Jumaat, 23 Januari 2015
Sivakumar : Minta Menteri Kesihatan Menyatakan Jumlah Doktor Housemen Tamat Perkhidmatan Sebelum Menghabiskan Latihan Di Hospital-hospital Kerajaan
Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 21 Januari 2015 di Batu Gajah.
Saya percaya setiap orang akan mengakui bahawa kualiti doktor terutamanya di hospital-hospital kerajaan adalah sangat penting dan perlu diutamakan. Ini adalah kerana doktor-doktor ini berurusan dengan nyawa manusia. Sebarang kesilapan yang dilakukan oleh doktor bertauliah akan mengakibatkan kehilangan yang besar.
Oleh yang demikian, kita harus memberi tumpuan dalam menghasilkan diktor-doktor yang mempunyai kepakaran tinggi dan berkualiti di negara kita. Pihak Kementerian Kesihatan tidak boleh mengabaikan perkara tersebut.
Pada tahun lepas, saya terbaca satu artikel dalam akhbar The Star bahawa doktor-doktor housemen yang menjalani latihan di Hospital Raja Permaisuri Ipoh mengalami tekanan kerja yang amat mendalam. Saya juga berpeluang untuk mendapatkan maklum balas terus daripada beberapa orang doktor housemen dan ibubapa mereka yang mengakui perkara tersebut.
Mereka mendakwa suasana kerja yang amat menekan ini menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi dan kehilang minat untuk bekerja. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan diabaikan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Ini adalah kerana doktor-doktor yang mengalami tekanan ini mungkin tidak mahu bekerja sebagai doktor lagi. Tambahan pula, masalah ini juga boleh menjejaskan prestati dan kualiti doktor-doktor yang kita hasilkan kelak.
Pihak yang bertanggungjawab harus mengambil sikap yang positif dan prihatin dan memberi latihan parktikal kepada doktor-doktor housemen yang baru masuk bekerja dengan semangat dan impian yang cukup tinggi.
Sikap membuli atau menekan doktor-doktor housemen ini akan merugikan kita bersama jika mereka mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan mencari pekerjaan lain.
Saya agak berkeberatan untuk menggunakan perkataan 'membuli' terhadap doktor-doktor yang lebih senior terhadap doktor-doktor junior ini. Walau bagaimanapun, artikel yang saya terbaca dalam akhbar The Star dan aduan terus daripada mereka yang terlibat telah mendorong saya menggunakan perkataan tersebut. Mungkin terdapat perkataan yang lebih lembut yang boleh digunakan dalam kes-kes seperti ini. Saya kurang arif berkenaan perkataan tersebut. Yang lebih penting ialah suasana kerja yang dialami oleh doktor-doktor housemen ini perlu diberi tumpuan khusus.
Saya pernah membangkitkan isu mengenai masalah doktor-doktor housemen ini di Dewan Rakyat pada 12 November 2014. Saya telah meminta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam menjelaskan samada kerajaan pernah mengeluarkan satu perintah atau order kepada semua hospital kerajaan bahawa masa bekerja untuk doktor-doktor housemen adalah 60 jam sahaja dalam seminggu?
Saya juga ingin mengetahui samada perintah itu juga ada menyebut tentang cuti 2 hari bagi doktor-doktor housemen yang telah berkerja 'on call' ? Jika ya, adakah perintah itu dilaksanakan di Hospital Raja Permaisiri Bainun Ipoh dan hospital-hospital kerajaan yang lain. Saya difahamkan doktor-doktor housemen ini kerap kali dikehendaki bekerja 70 hingga 80 jam seminggu dan tidak diberi cuti 2 hari setelah mereka bekerja 'on call'.
Dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan saya mendapati beliau cuba mengelak daripada menjelaskan perkara yang saya bangkitkan itu. Beliau langsung tidak mahu menjawab tentang surat perintah yang dikeluarkan oleh pihak kementeriannya sendiri. Saya juga masih tidak menerima apa-apa jawapan bertulis daripada Menteri Kesihatan berkaitan dengan perkara yang saya bangkitkan.
Tambahan pula, saya juga telah meminta Menteri Kesihatan menjelaskan mengenai jumlah doktor housemen yang telah menamatkan perkhidmatan, iaitu diberhentikan oleh kementerian ataupun berhenti dengan secara rela hati sejak tahun 2010 hingga tahun 2014. Menteri juga gagal memberi maklumat tersebut. Saya mohon Menteri Kesihatan memberikan statistik yang penting ini.
Selasa, 20 Januari 2015
164 Anggota Perkhidmatan Awam Dari Kalangan Kaum India Dibuang Kerja Dari 2010 Hingga 2013
Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 20/1/2015 di Batu Gajah
Masalah mendapat pekerjaan dalam sektor awam adalah amat sukar untuk kaum India. Walaupun ramai diantara anak-anak muda berbangsa India sangat berminat untuk bekerja di dalam sektor awam, tetapi cita-cita mereka tidak mudah untuk tercapai.
Kebanyakkan permohonan yang dibuat oleh anak-anak muda berbangsa India ditolak. Harapan untuk mendapat pekerjaan dalam sektor awam masih tebal dikalangan mereka. Apabila turun padang berjumpa rakyat khususnya kaum India, inilah satu daripada masalah yang sering dibangkitkan oleh mereka. Anak-nak mereka yang berminat tidak mendapat tawaran dalam sektor awam. Ramai juga yang sudah berputus asa walaupun telah berusaha memohon beberapa kali.
Kerajaan Barisan Nasional tidak prihatin terhadap masalah ini. Walaupun janji diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin-pemimpin MIC, tetapi semuanya janji kosong pilihanraya. 'Nambikai' yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah hilang sama sekali. Mungkin beliau sendiri telah lupa erti perkataan itu. Masyarakat India masih menunggu dengan harapan untuk melihat lampu di hujung jalan.
Mengikut statistik yang diberikan dalam satu jawapan bertulis Dewan Rakyat, seramai 164 penjawat awam berbangsa India iaitu sebanyak 3.8% daraipada jumlah keseluruhan telah dibuang kerja dari 2010 hingga 2013. Ini melibatkan kesalahan pelanggaran tatkelakuan, tidak hadir bertugas, kes-kes mahkamah dan kesalahan dadah. Walaupun jumlah ini adalah agak kecil iaitu hanya 3.8% daripada jumlah keseluruhan tetapi angka itu memang terlalu besar untuk masyarakat India yang sukar mendapat peluang bekerja di sektor awam.
Oleh yang demikian, pekerja-pekerja sektor awam dari kalangan kaum India harus lebih berhati-hati dan bertanggungjawab untuk memastikan mereka tidak dibuang kerja secara sia-sia. Peluang yang hilang itu mungkin tidak lagi akan digantikan dengan anggota kaum India yang lain. Laksanakan tanggungjawab dengan baik dan penuh dedikasi. Pada masa yang sama, ahli-ahli politik terutamanya dari Pakatan Rakyat dan NGO harus terus berjuang untuk menambahkan bilangan pekerja sektor awam dikalangan kaum India pada masa hadapan.
Sambutan Perayaaan Ponggal di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu Gajah
Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah
& Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 15/1/2015 di Taman Saujana, Batu Gajah.
Perayaan ponggal disambut secara sederhana di Pusat Khidmat
Masyarakat Parlimen Batu Gajah. Perayaan menuai yang juga dianggap sebagai
Tahun Baru Tamil disambut secara penuh kemeriahan di Tamil Naadu, India pada
setiap tahun.
Di negara kita juga hari Ponggal disambut oleh orang-orang
India di bandar mahupun di luar bandar. Pada hakikatnya perayaan Ponggal
bukanlah upacara keagamaan walaupun ada unsur-unsur keagamaan diselitkan dalam
upacara memasak nasi manis yang dikenali sebagai “Ponggal’.
Oleh kerana perayaan ini bukan satu sambutan keagamaan, maka
hari Ponggal sesuai diraikan oleh semua warga Malaysia tanpa mengira agama dan
bangsa. Walaupun pada tahun-tahun lepas Ponggal disambut dengan penuh meriah
tetapi pada tahun ini perayaan tersebut diraikan secara agak sederhana.
Ini adalah kerana bencana banjir yang telah melanda di
beberapa negeri mengakibatkan ramai diantara sahabat-sahabat kita merana kerana
kehilangan harta benda. Kepahitan itu dikongsi bersama oleh semua rakyat
Malaysia. Oleh yang demikian, eloklah jika sambutan Ponggal di raikan secara
sederhana semata-mata sebagai tanda terima kasih kepada Tuhan, alam semulajadi,
petani dan haiwan yang memberi berkat dalam menghasilkan makanan terutamaya
penanaman padi.
Dalam perayaan ini, kita perlu memperingati jasa petani yang
sanggup membanting tulang dan mengalirkan keringat ke bumi untuk menghasilkan
sumber makanan dengan bantuan haiwan seperti lembu. Disamping itu, alam
semulajadi seperti Matahari, tanah, air dan sebagainya juga merupakan kurniaan
tuhan untuk membolehkan makanan dihasilkan
bagi memenuhi keperluan manusia sejagat. Maka adalah wajar untuk semua menjunjung
rahmat dan berterima kasih kepada Tuhan
yang maha kuasa pencipta segala alam
Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu Gajah telah
menagadakan upacara Ponggal pada jam 5pm bersama penduduk tempatan di Taman
Saujana. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua rakan-rakan dan
penduduk tempatan yang menjayakan program ini.
Keruntuhan Nilai Ringgit Bakal Membawa Inflasi, TarafHidup Rakyat Menyusut Lagi.
Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen BatuGajah, Timbalan Pengerusi DAP Perak, SetiausahaAntarabangsa DAP Malaysia pada 11/1/2015 di Chemor, Perak.
Adakah kerajaan masih mahu men afikan bahawa negarakita sudah dilanda krisis ekonomi? Penaf ian yang tidakberasas seperti ini adalah cukup bahawa dan bo lehmembawa kemudaratan kepada seluruh rakyat Malaysia.Rakyat akan menjadi keliru dan tidak memahamikeadaan ekonomi yang sebenar. Kerajaan harusmenjela skan situasi yang sebenar wala upun semua iniberpunca daripad a pengurusan ekonomi yang lema h olehkerajaan. Rakyat berhak mengetahui status ekonomiyang sebenar. Ini adalah penting su paya mereka bolehbersedia meng hadapi keadaan yang tidak mene ntu padamasa hadapan. Memberi gambaran ekonomi yang tidakbet ul hanya akan memperbodohkan r akyat danmenyusahkan mereka me nghadapi masa-masa genting.
Nilai matawang Ringgit semakin merosot. Perkara initidak bol eh dinafikan oleh kerajaan. Te tapi, adalah tidakwajar jika a da pihak-pihak tertentu menyif atkannyasebagai sesuatu yang b aik untuk ekonomi negara. Kita semua tahu bahawa, beberapa bu lan yang lalu nilaimatawang Ma layisa adalah RM3 bagi 1USD. K ini,nilainya semakin hari sema kin menurun sehinggaRM3.60 bag i 1USD. Kenaikan lebih kurang RM0.60 atau 16% ini akan membawa ban yak implikasi negatifkepada ek onomi negara. Keadaan ini adal ah paling teruksejak krisis ke wangan Asia pada tahun 1997.
Antara punca-punca kepada keja tuhan yang mendadakini adalah kerana kemasukan pelaburan asi ng yangsemakin merosot, pening katan hutang dari luar negara, kemerosotan harga minyak di pe ringkat global,kemerosotan har ga komoditi mentah seperti get ah dankelapa sawit dan isu-isu atau krisis dalam negara yang kerap memberi imej negatif.
Saya kurang setuju jika keraja an berkeyakinan bahawapenuruna n matawang Ringgit Malaysia akanmenawarkan suasan a pelaburan yang kondusif danm emulihkan ekonomi negara. Pada pandangan saya,sektor pelanco ngan mungkin ada sedikit seban yak kesanpositif tetapi sektor -sektor lain akan mengalamiker untuhan akibat kejatuhan mataw ang negara. Negarakita tidak h anya bergantung kepada sumber pendapatandaripada sektor pela ncongan. Oleh yang demikian,ke rajaan tidak seharusnya member i itu sebagai satualasan yang konkrit. Kejatuhan Ringgit Malaysia hanyamenguntungkan pe lancong-pelancong yang datang kenegara kita kerana harga bar ang-barang menjadi semakinmura h berbanding matawang negara m ereka. Tetapi,penurunan nilai matawang wang negara akan meru gikanpelancong-pelancong dari negara kita yang melawatnegara -negara lain. Kita tidak boleh nafikan ratusan riburakyat ne gara kita juga melawat negara- negara asingpada tiap-tiap tah un. Mereka terpaksa berbelanja lebihsekarang kerana nilai ma tawang negara asing lebih ting giberbanding dengan Ringgit Malaysia. Bukankah inimerugika n rakyat negara kita?
Selain daripada itu, kita juga harus sedar bahawakejatuhan n ilai Ringgit Malaysia akan menyebabkanimpor t menjadi lebih mahal. Harga b arang-barang yangdibeli dari n egara-negara lain akan meningk at keranamatawang kita mengala mi kemerosotan nilai. Oleh yangdemikian, barang-barang yang dibeli dari negara lainte rpaksa dijual dengan harga yang lebih tinggi di negarakit a. Bukankah ini juga akan meru gikan rakyattempatan? Tambahan pula, kenaikan harga barang- barang yang diimport ini akan memberi kesan inflasiyang keta ra.
Dalam keadaan ekonomi negara yang semakinmerundum, penuruna n nilai matawang negara agakme risaukan seluruh rakyat jelata . Saya rasa adalah sukaruntuk kerajaan memulihkan ekonomi ne gara dalamjangka masa terdekat . Pada pandangan saya kita sud ahtercicir daripada landasan m engejar status negaraberpendap atan tinggi menjelang tahun 2020.
Pada 17 Disember 2014, Timbala n Menteri PerdaganganAntaraban gsa dan Industri Datuk Hamim S anurimembuat kenyataan meminta orang ramai tidak panikberiku tan kejatuhan nilai ringgit yang bolehmenyebabkan krisis e konomi dalam jangka masapanjan g, memandangkan Putrajaya seda ng bersediadengan langkah mena nganinya yang akan diumumkanol eh Perdana Menteri. Kerajaan Malaysia seolah-olahmenyembuny ikan sesuatu berhubung kejatuh an nilairinggit, padahal perka ra ini mendapat liputan meluas dikalangan media negara-negara jiran seperti Singapuradan Brunei.
Tetapi, para penganalisis pula menjang ka Malaysiaberkemungkinan menj adi negara Asia paling terukterjejas ekoran ke jatuhan berterusan harga minya k dunia.Industri minyak menyum bangkan sebanyak satu pertigad aripada hasil negara. Nilai ma tawang negara akan terusmengal ami kejatuhan sehingga harga m inyak kembalistabil.
Apakah pengumuman yang bakal d ibuat oleh PerdanaMenteri meng enai hal penurunan nilai mataw angRinggit? Apakah langkah- langkah yang akan diambiloleh Bank Negara Malaysia dalam menangani krisi s ini? Rakyat masih menunggu untuk m elihat sejauh manakahkerajaan yang ada hari ini berkaliber m enangani situasiyang melarat i ni.
Langgan:
Catatan (Atom)