Kenyataan Media Oleh
YB V. Sivakumar,
Timbalan Pengerusi DAP
Perak,
Ahli Parlimen Batu Gajah
pada
24hb Mei 2013 di Ipoh,
‘MASIH TERPINGGIR DI BAWAH PROGRAM MYDAFTAR’
Masalah
taraf kewarganegaraan diketahui masih menjadi satu fenomena bertahun-tahun
lamanya di kalangan kaum India di Malaysia. Ribuan masyarakat kaum India selama
ini masih dalam keadaan menggapai tangan untuk mendapatkan kad pengenalan biru
dan juga taraf kewarganeraan mereka daripada Kerajaan Malaysia.
Proses
untuk mendapatkan kad pengenalan biru adalah masih susah sehingga seringkali
permohonan ditolak oleh pihak JPN. Jika diperhatikan, masalah ini hanya melanda
masyarakat kaum India. Ratusan pendatang yang baru memasuki Malaysia pula cepat
mendapat taraf kewarganegarran Malaysia. Isu taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan
biru bagi kaum India di Malaysia masih belum selesai dan merupakan janji kosong
kerajaan Barisan Nasional.
Salah
satu perkara yang perlu disalahkan adalah pimpinan MIC yang tidak mempunyai
mekanisma teratur bagi memastikan proses taraf kewarganegaraan dan kad
pengenalan biru diberi dan diiktirafkan kepada masyarakat kaum India. Apabila
sahaja ada isu bangkit, pada masa itulah MIC akan mengadakan program-program
yang tidak memberikan manfaat tetapi hanya mengaburi mata rakyat Malaysia.
Saya
berpendapat bahawa program MyDaftar tidak memberikan penyelesaian terhadap
masalah ini. Terdapat banyak birokrasi yang perlu ditangani dan masalah ini
wajar diselesaikan 100%. Cara yang paling efektif adalah memudahkan mekanisma
untuk meluluskan permohonan-permohonan yang diterima oleh pihak JPN.
Saya
juga beranggapan terdapat beberapa pihak tertentu yang sengaja tidak mahu meluluskan
permohonan-permohonan yang diterima dengan memberi alasan remeh seperti
dokumen-dokumen tidak lengkap, tidak memenuhi syarat dan sebagainya, hanya untuk
menolak pemberian kad pengenalan atau pengiktirafan kewarganegaraan.
Seorang
yang bernama Muniandy A/L Munusamy, 63 tahun, telah beberapa kali memohon untuk
mendapatkan kad pengenalan biru. Baru-baru ini beliau telah menerima surat
daripada Jabatan Pendaftaran Negara pada 10 Mei 2013. Kandungan surat itu
menyatakan bahawa permohonan beliau tidak berjaya di bawah syarat Perkara 16
Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan keputusan ini adalah muktamad. Dalam pada
itu juga, surat itu menyatakan bahawa jika pemohon masih berminat, boleh
kemukakan permohonan baru dan mencukupi syarat-syarat permohonan. Soalannya,
jika sesuatu keputusan itu telah dimuktamadkan, bolehkah ia dibincangkan
semula?
Permohonan
Encik Muniandy ditolak berdasarkan syarat-syarat dalam Perkara 16 Perlembagaan
Persekutuan di mana ke semua syarat Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan telah
menepati permohonan Encik Muniandy untuk memdapatkan kad pengenalan biru. Jadi,
kenapakah permohonan Encik Muniandy telah ditolak?
Saya
meminta pihak JPN untuk memberikan penjelasan lengkap terhadap kes permohonan
yang telah ditolak ini.
Di
sini, saya juga mencabar Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri,
Waythamoorthy, bahawa beliau harus berikan fokus dan selesaikan semua kes kad
pengenalan merah dalam tempoh 100 hari.
Salah
satu daripada janji Pakatan Rakyat di dalam Manifesto jika Pakatan Rakyat
menjadi Kerajaan Persekutuan adalah akan menyelesaikan masalah-masalah kad
pengenalan merah dalam masa 100 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan