Sabtu, 3 November 2012

RPA BEMBAN - TIADA JALAN TAR & LAMPU JALAN


Kenyataan Media 
YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh 
pada 1 November 2012 
di Bemban, Batu Gajah

RPA Bemban : Tiada Jalan Tar & Tiada Lampu Jalan


Penduduk RPA Bemban membuat aduan bahawa mereka terpaksa tinggal di rumah kediaman yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan tar di hadapan rumah. 

RPA Bemban wujud lebih daripada 50 tahun, tetapi sehingga hari ini tidak ada jalan tar di hadapan rumah mereka. Mereka tidak pernah didatangi oleh pemimpin-pemimpin BN untuk menghulur bantuan dengan menyelesaikan masalah tersebut. Mereka sudah bosan mengadu perkara ini kepada pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin tempatan. Selain daripada jalan tar, kawasan RPA Bemban juga tidak mempunyai lampu jalan. Ini menyebabkan kawasan itu amat gelap pada waktu malam. Perkara ini juga tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak selama ini. Penduduk RPA Bemban risau tentang keselamatan di kawasan itu. Mereka merayu kepada pihak kerajaan untuk membantu memasang lampu jalan untuk keselamatan dan kebaikan semua. 

YB V. Sivakumar bersama ahli-ahli DAP Batu Gajah telah membuat lawatan ke kawasan itu untuk melihat keadaan yang sebenar. YB V. Sivakumar akan membawa perkara ini kepada perhatian Pejabat Pembanguan Luar Bandar  Batu Gajah dengan segera. Beliau berjanji bahawa jika kerajaan BN gagal menyelesaikan masalah ini, Kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU 13 akan pasti menyelesaikan masalah kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan