Sabtu, 3 November 2012

JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT


Kenyataan Media 
YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak & ADUN Kawasan Tronoh 
pada 3 November 2012 di Batu Gajah

Jenayah Semakin Meningkat : 
Ketua Wanita PKR Batu Gajah Disamun

Baru-baru ini banyak kes samun telah berlaku di kawasan Batu Gajah.  Semalam dua orang lelaki bertopeng telah masuk ke dalam rumah Ketua Wanita PKR Batu Gajah di Pusing lebih kurang 8.45pm. Ketika itu suaminya baru keluar untuk memberi barang di Batu Gajah.  Dua lelaki itu memegang parang yang berkilat dan mengugut beliau dan anaknya menyerahkan semua barang kemas dan telefon bimbit. Mereka terpaksa menyerahkan semua barang kemas untuk menyelamatkan nyawa mereka. Kedua-dua ibu dan anak masih dalam keadaan trauma selepas insiden yang amat menggerunkan itu. Keseluruhan insiden itu hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit.  

Satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa di IPD Batu Gajah malam semalam. Saya berharap sungguh pihak polis Batu Gajah akan mengambil tindakan segera untuk membanteras jenayah di  Batu Gajah. Polis perlu bertindak dengan lebih efektif lagi untuk mengawal kadar jenayah yang semakin meningkat di kawasan Batu Gajah dan sekitarnya.


1 ulasan: