Selasa, 21 Jun 2011

DAP bongkar Kerajaan Negeri BN memberi tanah puluhan jutaan & projek RM5.8 billion kepada syarikat 100 ringgit‏






Scandal BN!
Bagaimana syarikat Domain yang mempunyai modal seratus ringgit sahaja dapat melabur 5800 juta ringgit?


Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja.

Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.

Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.

Setiausaha Negeri DAP YB Nga Kor Ming hari ini berkata, mengikut pengumuman Ecxo Kanan Kerajaan Negeri, Dato Hamidah Binti Othman pada 9/6/2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion. Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas(LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.

Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan.

Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain(sleeping company) yang hanya berdaftat mulai 28/2/2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung.

Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Sysrikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal brbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat “Domain”,malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini.

Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan.


吡州国阵州政府又传58亿令吉大丑闻! 继上周遭行动党踢爆国阵州政府濫权把怡保市值5千万令吉的17畝公务员宿舍土地交由私人发展商业计划后,今日行动党再接再厉,再次揭发国阵州政府本月宣佈高达58亿令吉的天然气计划竟颁发给一间缴足资本只有区区一百元的有限公司,更甚的是-----它更是一间冬眠公司(Domain Company)!



行动党州秘书兼太平区国会议员倪可敏今日召开发佈会披露,吡州高级行政议员拿督哈米达于本月十日宣佈,国阵州政府巳在三个星期前批出曼绒昔加里五湾一块价值连城广达150英畝的地段给宏涛液化天然气公司(Atigas Technology Sdn Bhd)设立液化天然气厂,哈米达当时更宣称该公司不但将从卡塔尔进口液化天然气,该公司更会投资高达58亿令吉巨款。根据哈米达当时的宣佈,此计划15个月即可完成,屆时将会供应全国三分之一的天然气市场。


倪可敏 : “冬眠公司”如何融资58亿?


倪可敏指出,在接获巫统内部的投诉及经行动党查证后证实,该公司是2008年2月28日才成立,缴足资本只有一百元,批准资本也只是区区10万;更令人難以置信的是,政府的官方资料清楚写明该公司是间…“冬眠公司”,沒有任何商业纪录可以查询。


倪可敏指出,曼绒昔加里五湾的土地一畝市值至少30万,国阵州政府批给该公司的150畝土地估计市值至少达5千万,一间缴足资本只有一百元的公司该如何融资投资58亿元是全国人民有权知道的事。他要求哈米达说明到底那一间银行愿意借贷给这间公司。


倪可敏指出,该间梹城注册的公司有三名股东,大马公司委员会的资料显示,该公司连商业地址(Business Address)及商业纪录全都沒有,在此情况下,政府把广达150英畝的土地批给这样的公司,其动机令人成疑。他吁请州务大臣赞比里解释该土地及此投资计划是否有公开召标。


倪可敏指出,哈米达曾经有报大数误导人民的前科,因此吡州民联限哈米达三天内向人民清楚交代,否则限期一过,民联屆时将采取必要行动捍卫人民利益。哈米达曾在2010年1月召开发佈会宣佈吡州投资高达130亿令吉,但过后贸工部证实来吡州投资的只有区区8亿而巳。


国阵夺权一年批准4,502英亩矿地,每畝地价66令吉


也是班台区州议员倪可敏今日同时揭发,截至2010年杪,国阵夺权一年来总共批准了高达4,502英亩矿地,但是地价总收入只有29万7千357元,每畝地价低至马币66元。他指出,根据国阵大臣拿督赞比里在州议会给予他的书面答覆,虽然吡州政府债务高企突破九亿元,州政府依然沒有计划对州内具商业价值的土地进行公开召标。


倪可敏表示,根据吡叻州土地法规,州政府土地最低地价必须不少过1000元,他对国阵收取每畝66元地价深表震惊。倪氏也指出,国阵州政府在短短一年内也批准了高达503英畝石矿地(Kuari),对此政府征收了709万令吉地价,每一畝地价达1万3千令吉。与此相比,政府对每英畝采矿地只征收66令吉令人百思不得其解,即使只是开采权相信也不只这个数目。


倪可敏表示,在国阵施政下吡州政府债务从1999年的1亿8200万剧增至如今的9亿300万,由于州儲备金只有7亿9500万,若债主真的追债,他担忧吡州有朝一日将会破产,因此他今日再度施压赞比里公佈还债计划以安民心。





Tiada ulasan:

Catat Ulasan