A. Ramalan Ekonomi Global
1.
Ekonomi global pada 2014
diramalkan akan meningkat berbanding 2013. Ramalan IMF (4.0% vs 3.3%), World Bank (3.0%
vs 2.2%) dan OECD (4.0% vs 3.1%).
2.
Namun begitu, realiti ekonomi
global yang agak rapuh dan tidak menentu pada ketika ini (seperti yang akan
dinyatakan di bawah) boleh membawa risiko untuk
ramalan di atas diubah kepada kadar yang lebih rendah;
i.
Ketidaktentuan dalam
penyelesaian permasalahan hutang Negara Amerika Syarikat (debt ceiling, quantitative easing)
ii.
Kemelesetan ekonomi dan kadar
pengangguran yang tinggi di Eropah yang berterusan disebabkan oleh
langkah-langkah penjimatan (austerity
measures)
iii.
Prestasi ekonomi China yang
kurang memberangsangkan serta kelembapan pemulihan ekonomi India
3. Pakatan Rakyat meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun
2014 pada kadar 5.2% (berbanding
2013 pada kadar 4.5% hingga 5%),
berdasarkan kepada ramalan peningkatan ekonomi global.
B. Anggaran Defisit
1.
Pakatan Rakyat menganggarkan
defisit Negara untuk 2014 pada RM 34
billion bersamaan kadar 3.2% GDP
(Keluaran Dalam Negara Kasar). Aggaran ini dibuat berdasarkan:
i.
Anggaran pendapatan Negara sebanyak RM 228
billion
ii.
Anggaran perbelanjaan Negara sebanyak RM 262 billion dimana pengurangan sebanyak 10% pada perbelanjaan
operasi (OPEX) tidak termasuk emolumen
iii.
Anggaran KDNK sebanyak RM 1,055
billion berdasarkan unjuran pertumbuhan sebanyak 5.2% untuk 2014
2.
Sejak Pakatan Rakyat
menyediakan Belanjawan alternatif, anggaran defisit PR adalah selalunya lebih
rendah daripada BN.Defisit sebenar kerajaan BN adalah dianggarkan lebih tinggi
dari 3.2% (dianggarkan sebanyak 3.8% hingga 4%) disebabkan kegagalan mereka
menangani rasuah dan ketirisan
C. Teras Belanjawan Pakatan Rakyat (PR)
Belanjawan PR
kali ini dirangka berdasarkan kepada 3 teras utama:
1.
Pengukuhan Kedudukan Fiskal
Negara dan Pemerkasaan Kewangan Awam
2.
Pembangunan Ekonomi yang
Seimbang, Inklusif dan Mampan
3.
Peningkatan Kesejahteraan dan
Kualiti Hidup Rakyat
C1. Teras 1: Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara dan
Pemerkasaan Kewangan Awam
Pengukuhan
kedudukan fiskal Negara adalah amat penting dalam memastikan kesinambungan
kedudukan kredit Negara yang kini dihadapi kemungkinan penurunan taraf (sovereign downgrade) akibat penambahan
defisit dan hutang negara yang membarah semenjak 2009.
Bajet alternatif
2014 PR adalah suatu usaha untuk memperkenalkan reformasi fiskal yang akan
memastikan pencapaian defisit bajet pada kadar 3% GDP pada 2015 dan seterusnya
mencapai lebihan bajet (budget surplus)
selewat 2018. Reformasi fiskal ini dijangka akan membolehkan Malaysia:
1.
Keluar dari kemelut hutang yang
kini melebihi RM 500 billion dan kos pembayaran hutang yang melebihi RM 20
billion setahun
2.
Menjamin ekonomi yang berdaya
tahan dan anjal dalam menghadapi persekitaran ekonomi global yang semakin
mencabar dan tidak menentu
3.
Beralih dari pertumbuhan
ekonomi yang berasaskan pinjaman kepada pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh
aktiviti perbelanjaan kerajaan
A. Bagi menjamin
PERBELANJAAN kerajaan yang lebih efisyen
dan teratur, PR akan:
1.
Melancarkan program
rasionalisasi kos untuk setiap kementerian dan jabatan kerajaan untuk mencapai
pengurangan perbelanjaan operasi sebanyak 10%.
Ini akan dicapai melalui;
i.
Penangguhan sementara kenaikan
elaun menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan
ii.
Pengkajian semula polisi
perbelanjaan kerajaan terutama sekali dalam pemberian kontrak dan prokumen
peralatan
iii.
Memperkemaskan mekanisma
subsidi sasaran (targetted subsidy)
dan juga pengawalan barangan subsidi seperti diesel, petrol, gula dan tepung
bagi mengelakkan salahguna subsidi
2.
Mengkaji semula keutamaan
perbelanjaan (spending priority)
dengan mengurangkan atau menghapuskan perbelanjaan program-program yang tidak
berkesan dan kurang kepentingan sebagai contoh;
i.
Program Khidmat Negara yang
dilihat gagal mencapai objektif memupuk kesatuan kaum dan jatidiri di kalangan
pelatih-pelatih. Program ini menelan belanja tahunan RM 800 juta yang lebih
besar dari perbelanjaan Kementerian Belia dan Sukan (~RM 700 juta) yang juga
mempunyai matlamat yang sama. Program ini juga telah menyebabkan sebanyak 22
kematian semenjak penubuhannya dan sebilangan kes pelatih hamil yang bersalin
sewaktu di dalam progam, disebabkan perancangan dan perlaksanaan program yang
tidak baik. Program ini patut ditangguhkan sehingga satu kajian menyeluruh
dibuat oleh Parliamentary Select
Committee (PSC)
3. Mengambil tindakan tegas terhadap kesemua kementerian yang terlibat
dengan sebarang salahlaku dan pembaziran seperti yang dilaporkan dalam Laporan
Tahunan Ketua Audit Negara. PR menganggarkan sekurang-kurangnya RM 20 hingga 30 billion boleh
dijimatkan sekiranya kesemua pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan
dihentikan. Antara contoh pembaziran besar yang dilaporkan adalah;
i.
RM 2.051 bilion dibelanjakan dari 2010
ke 2012 dari jumlah RM 3.689 bilion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah-sekolah
dan institusi-institusi pengajian. Walaupun ia berniat baik, namun ketiadaan
sistem pemantauan telah mengakibatkan pengawal yang berumur dan tidak disahkan
latar belakang, dan juga CCTV yang tidak berfungsi untuk diguna bagi memastikan
keselamatan anak-anak kita di sekolah. Pembaziran dianggarkan sebanyak RM 1.6illion
ii.
Pengurusan projek Mansuh oleh
Kementerian Kerja Raya. Dari 2010 hingga 2012, projek mansuh sebanyak 83 projek
dianggarkan berjumlah RM 2.2 billion. Kerugian dianggarkan sebanyak RM 1.1 billion atau 50% daripada nilai
asal disebabkan oleh kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik
bayaran daripada kontraktor
iii.
Kementerian Pengangkutan telah
membelanjakan hampir RM 1.42 bilion
dari jumlah peruntukan RM 1.47 bilion untuk menambahbaik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Walaupun lebih
96% peruntukan telah digunapakai, namun projek yang dimulakan pada tahun 1996
ini masih belum siap: balai ketibaan dan bilik air-bilik air didapati tidak
memuaskan, dan 599 lubang telah dijumpai di landasan kapal terbang yang belum
dibaiki sejak 2010. Anggaran kerugian yang dilaporkan setakat ini adalah
sekitar RM 120 juta. Kemungkinan
besar projek ini akan menelan belanja yang lebih besar untuk disiapkan.
B. Bagi menjana PENDAPATAN
kerajaan yang lebih saksama dan adil, PR akan:
1.
Menangguhkan implementasi GST
(yang dilihat akan lebih membebankan golongan berpendapatan rendah dan
sederhana) sehingga:
i.
Pendapatan minima isirumah
mencapai suatu tahap yang dikira sesuai untuk menyerap sebarang kesan terhadap
kuasa beli akibat GS
ii.
Pelebaran ‘band’ cukai pendapatan terutamanya golongan menengah untuk
mengelakkan kemasukan mereka ke ‘band’
cukai yang lebih tinggi dalam tempoh yang singkat. Lebih banyak perelepasan
cukai juga harus diberikan kepada golongan menengah
iii.
Kajian menyeluruh mengenai trade-off cukai korporat/peribadi dengan
GST dilakukan dan diperjelaskan kepada rakyat untuk mengelakkan rakyat dibebani
dengan pertambahan cukai akibat GST sekiranya cukai korporat/peribadi
dikekalkan pada kadar yang sama
2.
Memperkenalkan sistem cukai
yang lebih saksama;
i.
Mengembalikan cukai RPGT (real
property gains tax) pada tahap sebelum 2007, iaitu cukai berperingkat pada
kadar 30% bagi tahun pertama, sehingga cukai terendah 5% bagi perjualan pada
tahun kelima. Ini bertujuan untuk mengekang kegiatan spekulasi hartanah yang
berlebihan
D. Aspek-aspek lain bajet PR 2014
1. PR percaya
bahawa peningkatan penyambungan (connectivity)
samada dari segi perhubungan seperti Internet, mahupun perhubungan fisikal
seperti lebuhraya adalah amat perlu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang
lebih seimbang, mampan dan inklusif. Untuk mencapai keseimbangan dari segi
pembangunan rakyat luar bandar/bandar, Sabah & Sarawak;
i.
Lebuhraya Pan-Borneo yang
menyambungkan bandar-bandar di Sabah & Sarawak akan di naiktaraf dan
pembinaannya akan disegerakan seawal 2014. Lokasi-lokasi kemalangan akan
dikenalpasti untuk diperbaiki dan penyelengaraan yang berkala juga akan
dilakukan.
ii.
Pengkajian semula polisi
kabotaj untuk Sabah dan Sarawak. Polisi yang lebih baik akan berupaya untuk
menurunkan harga kargo dan barang-barang yang masuk/ keluar dari Sabah dan
Sarawak, seterusnya menyumbang pada pertumbuhan ekonomi
iii.
Penjurusan kepada perbekalan
air dan elektrik 100% untuk kawasan luar bandar & bandar terutamanya Sabah
& Sarawak. Ini akan memastikan bekalan air bersih dan elektrik menerusi
penggunaan teknoloji solar, windfarms dan microhydro
2.
PR amat menghargai sumbangan
wanita untuk pembangunan Negara. Kaum
wanita akan diberikan insentif berikut untuk menggalakkan mereka untuk terus
menyumbang kepada ekonomi Negara:
3.
i.
Peruntukan sebanyak RM 1,200 setahun bagi setiap ibu
bekerja untuk membiayai caj perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di bawah 12
tahun
ii.
Peruntukan sebanyak RM 3 billion setahun kepada Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN),
iaitu suatu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi isteri
terutamanya suri-suri rumah. Kerajaan PR akan menyumbang RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami (suami mencarum
bagi pihak isteri pada kadar minimum RM 120 hingga RM1,200 setahun) dan SCWN
ini boleh dikeluarkan apabila berlaku kematian pasangan, perceraian, hilang
upaya kekal dan hilang kekal pendapatan
iii.
Mengekalkan polisi untuk
meningkatkan pimpinan wanita hingga pada tahap sekurang-kurangnya 30% pada tahun 2017. Pimpinan wanita di
Parlimen, pengurusan korporat dan
kepimpinan nasional dalam sektor awam dan swasta akan menjadi tumpuan utama.
Dato’ Seri Anwar
Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
21 Oktober 2013