Jumaat, 2 September 2011

Media Post : Perayaan Tahunan Kuil Sri Maha Kaliamman, Jalan Tanjung Tualang





Kenyataan Media YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh pada 31 Ogos 2011 di Batu Gajah

Perayaan Tahunan Kuil Sri Maha Kaliamman, Jalan Tanjung Tualang

Perayaan Kuil Sri Maha Kaliamman, Jalan Tanjung Tualang telah disambut pada 31 Ogos 2011. Kuil ini merupakan antara kuil yang tertua di kawasan ini iaitu lebih daripada 80 tahun. Ia dimulakan oleh pekerja-pekerja Majlis Daerah yang tinggal di kuarters kerajaaan tempatan. Perayaan ini merupakan upacara tahunan yang disambut pada Hari Merdeka pada tiap-tiap tahun. Tahun ini juga ia disambut dengan begitu meriah dan didatangi oleh penduduk Batu Gajah dan pekan-pekan di sekitarnya. Dianggarkan lebih daripada 6000 orang telah menghadiri upacara tahunan kuil ini. YB V.Sivakumar dan bekas Ahli Majlis Batu Gajah, Vijakumar juga turut hadir untuk menyambut perayaan tahunan kuil ini bersama-sama dengan penduduk tempatan. Pada tahun ini, satu keistimewaan dalam perayaan itu ialah dua pokok pisang yang diikat di hadapan kuil itu menarik perhatian semua orang. Dua pokok pisang tersebut adalah cukup tinggi dianggarkan lebih kurang 20 kaki. Jarang sekali kita dapat lihat pokok pisang yang begitu tinggi. Ia telah menarik pehatian semua penganut yang datang ke kuil tersebut pada hari itu. Perayaan ini juga mengeratkan hubungan penduduk tempatan di sekitar Batu Gajah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan