Jumaat, 25 Mac 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

 Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh
YB Su Keong Siong, ADUN Pasir Pinji (DAP)
Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke4
Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan
Mulai 12 April 2011


Soalan Lisan :

1. Kebanyakan Suratan-suratan Hamilik untuk tanah yang di pegang di dalam kawasan Kampung Baru, Negeri Perak telah genap tempoh pajakan tanah masing-masing. Oleh itu menanya YAB Menteri Besar :-
a) Sila huraikan jumlah permohonan lanjutan tempoh pajakan tanah untuk kawasan-kawasan Kampung Baru yang telah di terima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Daerah Kecil Ipoh untuk tempoh tahun 2010 mengikut susunan Kampung Baru masing-masing.
b) Berapakah kelulusan yang telah di keluarkan pada tahun 2010 ?
c) Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk memberi pengurangan premium lanjutan tempoh pajakan secara automatic kepada kesemua pemohon-pemohon ?

2. Penternak-penternak Khinzir di dalam Negeri Perak yang sediaada sedang menghadapi masa depan yang tidak tentu kerana industri penternakan khnzir adalah tidak digalakkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-

a) Apakah halatuju pihak Kerajaan Negeri berkenaan dengan industri penternakan khinzir ini ?

b) Adakah Kerajaan Negeri Perak berhasrat menempatkan kesemua kegiatan penternakan khinzir ini satu kawasan yang khusus untuk industri ini ?

c) Jika Ya, sila nyatakan rancangan tersebut ?

3. Sejak beberapa bulan yang lalu, wargakota-wargakota Ipoh telah dikeluarkan kompaun parking kereta sebanyak RM 100.00 untuk kesalahan-kesalahan seperti berikut :-

“Kod 32(3) : Koupon menjadi tidak sah kerana telah di pinda”

“Kod 39(1) : Tiada seorang pun boleh menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta”

Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-

a) Bilakah Kerajaan Negeri melaksanakan kompaun sebanyak RM 100.00 untuk kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Ipoh) 2005 ?

b) Sila huraikan keslahan-kesalahan yang akan di kenakan kompaun sebanyak RMN 100.00 tersebut.

c) Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan kompaun ini kepada semua peringkat Majlis Daerah di dalam Negeri Perak ?

Soalan Bertulis :

1. Ada terdapat kerja-kerja pembinaan yang sedang di jalankan di MBI Terrace berdekatan dengan Dataran MBI (Greentown Business Centre). Adalah di fahamkan bahawa pihak MBI sedang membina pusat penjaja makanan yang kekal di kawasan tersebut. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar menjelaskan :-

a) Berapakah kos yang terlibat untuk pembinaan pusat penjaja makanan di kawasan tersebut ?

b) Siapakah yang bakal layak untuk memohon tempat atau lesen untuk menjaja makanan di kawasan tersebut.

c) Aapakah langkah yang di ambil untuk mengatasi kekesakan ataupun kekurangan tempat letak kereta di kawasan tersebut.

2. Kerajaan Negeri Perak selalu menwar-warkan slogan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” Oleh itu, meminta YAB Menteri Besar menjelaskan :-

a) Beberapakah permohonan tanah untuk tempat-tempat ibadat iaitu kuil-kuil, tokong-tokong dan gereja-gereja yang telah di luluskan oleh Kerajaan Negeri Perak dalam tahun 2009 & 2010 ?

b) Berapakah permohonan tanah untuk tempat-tempat ibadat yang masih belum di proseskan pada setakat 2010 ?

c) Aadakah Kerajaan Negeri Perak memberi diskaun premium dan juga cukai tanah nominal untuk tempat-tempat ibadat yang telah di luluskan ?

3. Pada tahun 2hb Oktober 2009, satu deretan rumah kedai di Fair Park Ipoh yang sedang di robohkan oleh Pemaju telah runtuh dan mengakibatkan kematian kepada dua orang iaitu, Zairi Mohd Sabri (25 tahun) and Firdaus Mohd Norzila (23 tahun). Satu siasatan telah di jalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu menanya YAB Menteri Besar :-

a) Adakah Pihak Berkuasa Tempatan [Majlis Bandaraya Ipoh] telah mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja tersebut ?b) Adakah Pihak Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk mengumumkan lapuran siasatan trajedi ini kepada orang awam ?

c) Apakah langkah-langkah yang telah di ambil oleh Pihak Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan kejadian malang ini tidak berulang lagi ?

4. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes-kes pecah rumah dan kecurian di rumah kediaman yang berlaku di sekitar Bandaraya Ipoh di mana kejadian-kejadian ini telah menyebabkan kerugian dan kerosakan harta benda. Selanjutnya, ia juga menyebabkan keselamatan warga Ipoh terancam. Oleh itu, mananya YAB Menteri Besar :-

a) Berapakah kes pecah rumah yang telah di laporkan di kawasan Bandaraya Ipoh pada tahun 2009 dan 2010 ?

b) Berapakah kes-kes tersebut yang telah dibongkar/selesai oleh Polis ?

c) Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Pihak Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar jenayah ini ?

5. Pada 14/3/2011, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (Public Account Committee) telah membuat satu kenyataan akhbar bahawa terdapat kes penyalahan-gunaan dana wang Kerajaan Negeri di mana Jabatan-Jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri di dapati membeli peralatan (equipment) pada harga yang lebih tinggi dan bermutu rendah dan menyebabkan kerugian besar kepada Kerajan Negeri. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-a) Sila nyatakan Jabatan-Jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri yang terlibat;

b) Berapakah jumlah kerugian wang yang terlibat ?

c) Adakah Kerajaan Negeri telah membuat lapuran kepada Polis atau SPRM berkenaan dengan kes-kes ini ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan