Jumaat, 25 Mac 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh

YB Leong Mee Meng, ADUN Jalong (DAP)

Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4

Dewan Negeri Yang Ke-12

Perak Darul Ridzuan Mulai 12 April 2011


Soalan Bertulis :

1. Cukai taksiran (Cukai pintu) merupakan sumber pendapatan utama bagi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Sila nyatakan jumlah kutipan cukai taksiran MPKK pada tahun 2009 dan 2010 berserta jumlah tunggakan terkini bersama senarai penghutang tunggkan yang melebihi RM10,000.

2. Dewan komuniti di Taman Sambathan merupakan Dewan sebarguna untuk kegunaan orang ramai di Sungai Siput. Saya ingin tahu hakmilik dewan itu berserta jumlah kos pembinaan dan peruntukan daripada kerajaan pusat dan negeri untuk menambungkan kos pembinaaan dewan tersebut.

3. Perternakan khinzir sering menjadi satu isu di kawasan Jalong. Kerajaan negeri menyatakan akan menyediakan satu Pusat peternakan Khinzir untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah penternakan dan masalah pencemaran. Saya ingin tahu lokasi yang telah ditentukan oleh kerajaan negeri untuk membina pusat perternakan ini serta tempoh penyelesaian projek ini dan cara pembahagian tanah kepada penternak – penternak bersama kos pembinaan projek tersebut.

4. Selain daripada pengutipan cukai tanah dan taksiran, peruntukan daripada kerajaan pusat juga diperlukan untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan Jalong. Sila nyatakan jumlah peruntukan daripada kerajaan pusat pada tahun 2010 untuk menjalankan projek –projek peningkatan infrastruktur di Kawasan Jalong serta senaraikan projek – projek tersebut bersama nama kontrator yang terlibat.

5. Salah satu sumber kewangan bagi kerajaan negeri adalah cukai tanah yang dibiayai oleh penduduk tempatan. Sumber tersebut digunakan untuk pembangunan negeri. Sila nyatakan jumlah kutipan cukai yang dibiayai oleh penduduk kawasan Jalong pada tahun 2009 dan 2010 berserta jumlah tunggakan terkini bersama senarai penghutang tunggakan yang melebihi RM10000.

Soalan Lisan:

1. Perternakan lembu merupakan sumber rezeki yang penting terutamanya bagi kaum india di kawasan jalong. Dengan masalah kekurangan tanah dan kewangan untuk menternak lembu, maka lembu- lembu tersebut dilokasikan berhampiran di estet-estet. Namun demikian, lembu–lembu tersebut sentiasa ditemui ditepi jalan raya. Ini adalah sangat bahaya dan mungkin akan menyebabkan kemalangan berlaku. Dengan ini, saya berharap kerajaan negeri dapat memberi sebidang tanah kepada peternak – peternak untuk menjadikan pusat ternakan lembu demi menambahkan pendapatan peternak dan mengerakan kemalangan berlaku.

2. Masalah miskin tegar merupakan satu isu penting di Negeri Perak. Selain daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan negeri juga bertanggung jawab untuk membasmi kemiskinan ini. Sila nyatakan bilangan penduduk di kawasan Jalong yang dikategorikan sebagai miskin tegar serta nyatakan polisi – polisi kerajaan negeri untuk membasmi masalah kemiskinan ini.

3. Wanita kini memainkan peranan yang penting di semua sektor. Namun demikian peratusan wanita yang memegang jawatan sebagai Eksekutif masih belum mencapai 30% . Dengan ini, saya ingin tahu berapa peratus wanita yang berjawatan Eksekutif dalam kerajaan negeri dan polisi – polisi kerajaan negeri untuk meningkatkan peratusan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan