Jumaat, 25 Mac 2011

PERAYAAN PANGUNI UTHIRAM DI BATU GAJAH


19hb Mac 2011 adalah satu perayaan masyarakat India iaitu ‘Panguni Uthiram’. ‘Panguni’ merupakan bulan ke-12, terakhir, di dalam kalendar India. Perayaan ini disambut dengan meriah pada hari bulan purnama di dalam bulan Tamil ini.

Di Batu Gajah, perayaan ini telah disambut di Kuil Sri Subramaniar di Jalan Pusing.

Cawangan DAP Batu Gajah Utara bersama dengan Pusat Khidmat Dun Tronoh telah memberi minuman ringandan makanan kepada para penganut yang telah datang ke kuil ini. Agenda ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi. Dengan ini, pendaftaran pengundi baru juga telah dibuat. Program ini telah diadakan bersama-sama ahli-ahli Pakatan Rakyat yang datang membantu bersama menjayakan agenda-agenda ini.

Pada malam hari, pemberian minuman beserta makanan juga telah diadakan. Ini merupakan salah satu sambutan yang positif untuk berinteraksi dengan masyarakat.

Walau bagaimanapun, perayaan ini telah terganggu oleh kesesakan jalanraya di mana jalanraya di hadapan kuil tersebut tidak ditutup. Ramai yang telah mengajukan aduan kepada saya. Dan saya telah menghubungi pihak trafik Batu Gajah. Walau bagaimanapun, masalah itu ketara terutamanya apabila orang ramai berada di perkarangan kuil tersebut pada waktu siang dan malam. Ini amat menyinggung pemandu kenderaan yang terpaksa berhenti lama. Dalam pada itu keselamatan orang ramai dan kanak-kanak yang berjalan kaki juga perlu diambil kira. Di harap pihak jawatankuasa kuil dan trafik Batu Gajah mengambil langkah yang sewajarnya pada tahun hadapan supaya perkara yang sama tidak diulangi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan