Rabu, 22 September 2010

Masalah Banjir Di Kampung Pinang B, Pusing


Setiap kali hujan lebat mesti berlaku banjir kilat di Kampung Pinang B, Pusing Batu Gajah. Penduduk kawasan ini terpaksa berdepan dengan masalah ini kerana kecuaian Majlis Daerah Batu Gajah membersihkan longkang-longkang di situ yang ditumbuhi rumput dan tersumbat. Di manakah perginya kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Majlis Daerah Batu Gajah untuk membersihkan longkang-longkang ini? Kenapa Majlis Daerah Batu Gajah tidak memantau kerja-kerja pembersihanan yang terletak di bawah bidang kuasanya. Ini menimbulkan masalah kepada rakyat. Penduduk kawasan Kampung Pinang B berasa sangat kecewa kerana rungutan mereka tidak mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.


Saya telah menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Dato Razali supaya mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah yang dibangkitkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan