Kenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 15 November 2021 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Dalam satu video yang menular dalam media sosial, saya melihat satu insiden yang menyedihkan. Menteri Agama dari Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Uztaz Idris bin Ahmad dan Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Datuk Haji Awang bin Hashim telah berkonfrontasi dengan seorang wartawan wanita mengenai isu penutupan kedai nombor ekor di Negeri Kedah.
Bagi saya, wartawan itu hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat mengenai isu panas yang menjadi buah mulut orangramai. Sebagai seorang Menteri dan Timbalan Menteri yang wibawa, soalan yang dibangkitkan oleh wartawan wanita itu harus dijawab dengan lemah lembut dan bersopan. Tidak perlu menggunakan bahasa kasar yang keterlaluan. Peradaban kedua-dua pemimpin PAS ini telah menimbulkan kemarahan orangramai. Tindakan menutup kedai-kedai nombor ekor di Negeri Kedah adalah dilakukan semata-mata dengan niat meraih sokongan pengundi Melayu di Negeri Melaka. Jelas, ini adalah strategi PAS dalam menghadapi Pilihanraya Negeri Melaka. Walau bagaimanapun, tindakan pemimpin PAS yang bersikap sombong dan mengelak untuk menjawab soalan-soalan wartawan adalah sesuatu yang perlu dihindari. Saya telah menasihatkan Menteri Agama untuk memohon maaf kepada wartawan wanita dan keluarganya ketika beliau menggulung Belanjawan 2021 di peringkat dasar. Tetapi, beliau enggan berbuat demikian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan