SUMBER : SINAR HARIAN
IPOH – Kerajaan Negeri digesa menyelesaikan segera isu penubuhan organisasi yang bertanggungjawab mengurus tadbir pemberian 800 hektar tanah untuk pembangunan sekolah Tamil di negeri ini.
Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar berkata, langkah itu perlu, bagi mengelak timbulnya ‘pertelingkahan dalaman’ antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kini sudah menunjukkan minat mengurus tanah berkenaan.
Menurutnya, tanah yang disediakan di Sungkai itu sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan 134 sekolah Tamil di seluruh negeri.
“Namun apa yang berlaku kini, status tanah seolah-olah ‘digantung tidak bertali’, tiada sebarang pembangunan atau perusahaan dilakukan mengakibatkan lokasi terbiar,” katanya pada sidang media, di sini.
Sivakumar berkata, ketika pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) 2008 lalu, isu sama pernah dibangkitkan, bagaimanapun jalan penyelesaian yang dirancang terbantut selepas insiden rampasan kuasa berlaku.
Katanya, berlainan dengan pengurusan sekolah Melayu dan Cina yang mempunyai lembaga serta ahli koperasi masing-masing, sehingga kini, belum ada mana-mana badan khusus yang dilantik untuk mengurus tanah pemberian Kerajaan Negeri itu.
“Kelewatan ini bukan sahaja menyebabkan beberapa sekolah membangkitkan isu sama dalam setiap mesyuarat, malah kita difahamkan sudah wujud beberapa NGO dalam kalangan komuniti India mula menawarkan diri menjadi pemegang amanah untuk mengendalikan tanah ini.
“Situasi ini dibimbangi akan menjadi perebutan dan perbalahan antara mereka, sedangkan kita memerlukan sebuah NGO dilantik sebagai pemegang amanah mengendalikan tanah ini,” katanya.
Sivakumar yang juga Adun Tronoh berkata, tanah yang perlu diusahakan untuk memberi hasil kepada sekolah Tamil itu kini diletakkan di bawah pengurusan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri.
Menurutnya, situasi itu tidak sewajarnya berlaku kerana dikhuatiri akan menimbulkan kesulitan dalam tuntutan hak terhadap sekolah Tamil.
“Kita minta Kerajaan Negeri kaji semula dan sekiranya boleh hak ini perlu diserahkan kepada badan NGO yang tiada kaitan dengan politik bagi memudahkan kendalian pengurusan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan