Khamis, 26 Mei 2011

BANTUAN KECEMASAN KEPADA KELUARGE MISKIN TEGAR DI BEMBAN



DAP Batu Gajah Utara memberi bantuan kecemasan kepada satu keluarga miskin tegar di Kampung Baru Bemban. Keluarga ini baru pindah ke kampung Baru Bemban lebih kurang 3 bulan yang lalu. Pasangan suami isteri mempunyai 5 orang anak. Anak sulung terpaksa berhenti Tingkatan 6 kerana masalah kewangan keluarga. 3 orang anak yang lain masih lagi belajar.

Ketua keluarga tidak mampu menanggung keperluan keluarga kerana beliau juga uzur. Beliau juga kelihatan seperti separuh lumpuh dan tidak dapat bekerja di mana-mana secara tetap. Masalah telah diadukan kepada pihak DAP oleh orang awam.
DAP Batu Gajah Utara telah melawat keluarga tersebut untuk melihat sendiri keadaan keluarga itu. Memang benar mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak mempunyai barang makanan secukupnya. Oleh yang demikian pihak DAP Batu Gajah Utara telah memberikan sumbangan barang-barang makanan kepada keluarga itu untuk mengurangkan beban keluarga.

Keluarga itu juga mengadu bahawa mereka pernah berusaha memohon bantuan kebajikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi tidak ada apa-apa hasil. Tidak ada sesiapapun yang datang menghulurkan bantuan kepada keluarga ini. 'Saya akan merujuk kes ini semula kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh terdekat' kata V.Sivakumar ADUN Tronoh. Harap bantuan diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin kepada keluarga yang berada dalam keadaan yang papa kedana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan