Isnin, 29 Jun 2009
Makan Malam Keadilan Di Kampung Timah
YB Keshvinder Singh (ADUN Malim Nawar)
YB Chen Fook Chye (ADUN Keranji)
YB V.Sivakumar (ADUN Tronoh)
YB Yunus (ADUN Kuala Kurau)
YB Chan Ming Kai (ADUN Simpang Pulai)
YB Amirudin (ADUN Batu Caves)
Jamuan makan malam ini juga bertujuan untuk menerangkan kepada rakyat kenapa DUN Perak perlu dibubarkan dengan segera.
YB V.Sivakumar telah menyentuh secara panjang lebar tentang isu perpaduan di negara kita. Beliau menegaskan bahawa, Barisan Nasional gagal mwujudkan perpaduan di negara ini. Mereka telah menggunakan taktik 'pecah dan perintah' di negara ini selama 52 tahun. Kini, rakyat Malaysia sudah menjadi lebih matang dan mula menolak politik perkauman. Di dalam Pakatan Rakyat isu perkauman tidak timbul langsung. Tetapi dalam Barisan Nasional, parti-parti komponennya masih lagi berasaskan perkauman. UMNO untuk orang-orang Melayu, MCA untuk orang-orang cina dan MIC untuk orang-orang India. Oleh kerana Barisan Nasional itu sendiri berasaskan perkauman, bagaimana perpaduan dan perasaan muhibbah dapat dilahirkan dikalangan rakyat Malaysia. Model yang lebih sesuai untuk masyarakat majmuk Malaysia ialah konsep yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.
YB V.Sivakumar juga menjadikan program makan malam ini sebagai satu contoh yang nyata. Semua kaum menghadiri program Makan Malam Pakatan Rakyat brsama-sama di bawah satu bumbung dengan penuh perasaan muhibah. Inilah integrasi sebenar yang berjaya diwujudkan oleh Pakatan Rakyat sejak 8 Mac 2008.
Makan Malam 'Bubar DUN' di Teluk Intan
YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)
YB Seah Loh Peng (ADUN Pasir Bedamar)
YB V.Sivakumar (ADUN Tronoh)
YB Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Bruas & ADUN Sitiawan)
Dalam ucapannya, YB V.Sivakumar menerangkan peristiwa pelucutan jawatan speaker dan perlantikan baru yang dilakukan secara tidak sah. Selagi Speaker yang sah masih duduk di kerusinya, tidak ada orang lain berhak untuk mengambil alih kuasa speaker. Ini jelas termaktub dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Tetapi, ADUN-ADUN Barisan Nasional tidak menghiraukan peraturan tersebut. Mereka mengunakan Hee Yit Fong (Timbalan Speaker, kononnya) untuk mengambil alih kuasa speaker. Ini adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang. Si Hee pula, mengwujudkan sub-dewan (dewan kecil dalam Dewan Negeri) untuk membaca usul pelucutan speaker dan perlantikan speaker baru. Perbuatan tersebut adalah menghina Dewan yang mulia dan tidak boleh dianggap sah. Insiden seperti ini tidak pernah berlaku di mana-mana Dewan Negeri ataupun Parlimen. Ia juga bertentangan dengan konvensyen komemwel. Ini jelas menunjukkan bahawa Barisan Nasional sanggup melakukan apa jua untuk berkuasa di negeri Perak.
Makan Malam DAP Di Sungkai
YB Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras)
YB Nga Kor Ming (Ahli Parlimen Taiping & ADUN Pantai Remis)
YB V.Sivakumar (ADUN Tronoh)
YB Sivanesan (ADUN Sungkai)
En Amran (Wakil Dato Seri Nizar)
YB Sivakumar dalam ceramahnya mengecam tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan secara sewenang-wenangnya apabila menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Sebagai contoh, peristiwa 26 Mei di mana 14 orang daripada pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat ditahan oleh polis di perkarangan Wisma DAP Perak. Tindakan polis menangkap mereka yang sedang bersurai ke kereta masing-masing selepas pelancaran mogok lapar dan puasa sunat adalah tidak adil sama sekali. Ini nampaknya seolah-olah penangkapan itu telah dirancang awal-awal lagi untuk menakut-nakutkan pimpinan Pakatan Rakyat dan orangramai. Tindakan polis mengunakan kaedah 1...2....3.... tangkap! adalah amat memalukan dan menyedihkan. Ini merupakan satu lagi peristiwa hitam dalam sejarah negeri Perak.
Rabu, 24 Jun 2009
Perjumpaan PR - SUHAKAM Esok
Perjumpaan ini diadakan berkaitan dengan isu penangkapan 14 orang pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat pada 26 Mei 2009 di perkarangan Wisma DAP Perak setelah perasmian Mogok Lapar & Puasa Sunat.
Sabtu, 20 Jun 2009
Nizar Minta 11 Hakim Dengar Rayuan
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau.
Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.
Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak.
Beliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 21 Mei lalu.
Menurut Nizar, beliau hairan mengapa hakim berkenaan melewat-lewatkan penyerahan ulasan bertulis sedangkan ketiga-ketiga mereka hanya mengambil masa 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.
Seolah-olah ada unsur ketidakadilan dalam aspek ini kerana rayuan Zambry mengambil masa 24 jam sahaja untuk dilaksanakan tetapi hal ini pula masih tertangguh, kata Nizar lagi.
Ujar Nizar, kerenah hakim terbabit menjejaskan usaha beliau dan panel peguamnya untuk membuat rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan memberikan alasan-alasan yang setimpal.
Sumber :pemudabesut
Polis Bertindak Zalim Terhadap Sivakumar
Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membela tindakan polis menceroboh Dewan Undangan Negeri Perak dan mengkasari speaker serta Adun Pakatan Rakyat 7 Mei lalu adalah “pembohongan besar”, kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat itu berkata hakikat ialah polis bertindak zalim terhadap Speaker V.Sivakumar dan adun-adun Pakatan atas arahan Barisan Nasional.
‘Pencerobohan polis ke dalam DUN Perak secara sesuka hati dan membawa senjata api yang dilarang ke dalam dewan bagi menarik keluar speaker secara paksa adalah tindakan provokasi yang mencetuskan lebih banyak kekecohan’, kata beliau kepada TVAntara.
Menurut Nizar, Hishammudin dilihat cuba memutar-belitkan hal sebenar. Rakaman video, menurut Nizar membuktikan kejadian sebenar berlaku.
Sehubungan itu beliau turut menempelak Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hasan kerana enggan bertangunggjawab di atas perlakuan liar anggota polis pada siding DUN itu.
‘ Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan ini dan perlu meletakkan jawatan kerana anggota di bawah bidang kuasa beliau melanggar undang-undang dengan mengasari mereka yang tidak bersalah’.
Nizar percaya tindakan polis adalah dirancang dengan teliti kerana beratus-ratus orang anggota polis telah ditugaskan berkawal diluar dewan ketika sesi DUN berlangsung.
Pendapat beliau turut disokong Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata begitu ramai anggota polis merempuh masuk ke dewan walaupun tiada sebarang percakaran fizikal antara ahli dewan negeri ketika itu.
‘Sebelum mereka masuk hanya berlaku bantahan oral dari ADUN Pakatan Rakyat tetapi polis telah bertindak atas arahan speaker Barisan Nasional yang tidak sah untuk menggunakan kekerasan ke atas Sivakumar’.
Ngeh kecewa dengan Hishamudin kerana “individu yang sepatutunya mendukung prinsip-prinsip keadilan sebagai Menteri Dalam Negeri meilih untuk melakukan pembohongan di Parlimen.”
Sumber: http://www.tvantara.com
Isnin, 15 Jun 2009
Ngeh : Hishammuddin Was Inaccurate
Beruas DAP parliamentarian Ngeh Koo Ham told reporters that the home minister's response to the Perak State Assembly matter was inaccurate.
The outspoken MP, who was booted out for 2 days after stirring a ruckus in the House this morning, defended Sivakumar.
He argued that the Ganesan's appointment was illegal, as the assembly had only begun after the Perak regent initiated the proceedings.
"While Sivakumar was instructing Zambry (Abd Kadir) and his six excos to leave, as well as the three assemblypersons who had resigned to vacate their seats, the BN assembly representatives were holding another 'sub-assembly'," said Ngeh.
"And it was in that illegitimate assembly that they had elected Ganesan... as they proceeded before the regent could address the assembly."
Hishammuddin : Police Reacted 'Within The Law'
Home Minister Hishammuddin Hussein defended police interference in the Perak state assembly on May 7 as being ‘within the law'.
Hishammuddin said the authorities, including police and assembly personnel had reacted in such a manner because of a call for aid by Ganesan, who by then, had been elected speaker by the BN majority.
"The police went into the assembly because the speaker (Ganesan) had requested for their help... Sivakumar refused to vacate his seat despite being asked to do so politely," said Hishammuddin.
He added that their actions also were in line with Section 89 and Section 90 of the Standing Order.
"The assembly was in disorder, and to prevent any untoward incident, the speaker (Ganesan) ordered the cops to remove Sivakumar so that the assembly could progress smoothly," he said.
The minister had also brought up the fact that videos of the chaos in the assembly were uploaded to YouTube which gave the public the impression that the disarray was caused by BN lawmakers in the assembly.
"Several had posted certain video recordings to distort facts... but the Hansard reflects the actual events which show that the tumult was initiated by Pakatan assemblypersons," he said.
"We cannot have selective memory syndrome. If they can leave it to the courts to decide on the legitimacy of the menteri besar, why not take this issue to the courts as well?" he asked, adding that Pakatan can institute legal action against the police and the government.
Soalan Parlimen YB Permatang Pauh
Soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditanyakan kepada YB Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Anwar Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kewajaran dan peruntukan undang-undang yang membolehkan polis mencerobohi persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb. Mei 2009, dan mengheret keluar Speaker yang sedang melaksanakan tugas ketika persidangan tersebut berjalan.
Kit Siang : Speaker Tidak Layan 'Point of Order'
Never Say "Hidup Rakyat, Bubar DUN" In Parliament House
Dato Seri Nizar Jamaluddin had led Pakatan Rakyat (PR) MPs in chants of “Hidup rakyat (long live the people)” and “Bubar DUN (dissolve the assembly)” as soon as the swearing-in ceremony ended, with some of them seen wearing headbands with the words “Bubar Dun”.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, who was annoyed by the Perak lawmakers, asked them to leave the House, after they refused to remove the headbands.
Pandikar later refused to deliver the customary welcoming speech, saying that Nizar had misbehaved.
“Traditionally after an MP is sworn in, the Speaker’s job is to welcome the new member, and in the welcoming speech, the Speaker will speak of his hope that the new member will be able to contribute to the House,” Pandikar told the House.
“But this morning I find it difficult to say that, look at the behaviour of the member who was a mentri besar. I don’t care how you behave outside the House, but inside the Parliament please watch your behaviour. And because of this I will not deliver my welcoming address,” he added.
“In my oath I said that I will defend the constitution therefore I asked for permission from the Speaker to inform the members on the constitution which has been sidelined in Perak,” said Nizar.
Mahfuz also pointed out that former Speaker, the late Tun Zahir Ismail, had allowed anti-ISA armband during the 10th Parliament session.
Several Perak PR assemblymen were also present to show support to the ousted Perak mentri besar who was asked to step down by the Perak Sultan last February despite asking for fresh polls.
Isu Bubar DUN Perak di Parlimen
Ahli-ahli Parlimen lain yang digantung 2 hari bersama-sama Dato Seri Nizar Jamaluddin oleh Speaker Dewan Rakyat ialah :
YB Dato Ngeh Koo Ham (DAP)
YB Nga Kor Ming (DAP)
YB N Gopalakrishnan (PKR)
YB Mahfuz Omar (PAS)
YB Dr Hatta (PAS)
Ngeh dan Nga juga memakai ‘headband’ yang dicetak dengan perkataan ‘BUBAR DUN’ di Parlimen pada pagi ini.
Isu Perak telah menjadi hangat di Dewan Rakyat sebaik sahaja Dato Seri Nizar mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang pada pagi ini. Parlimen berada dalam keadaan kucar-kacir selama lebih kurang 25 minit.
Nizar Digantung 2 Hari Di Parlimen
Dato Seri Nizar Jamaluddin telah digantung 2 hari daripada menghadiri sidang Parlimen selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang pada pagi ini. Bersama-sama beliau beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga telah digantung 2 hari oleh Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia. Mereka ini digantung kerana mendesak membubarkan DUN Perak. Menurut Speaker Dewan Rakyat, mereka telah bertindak kasar dan diarahkan keluar daripada dewan itu.
Apa salahnya membawa isu bubarkan DUN Perak di Parlimen? Bukankah itu juga merupakan hak dan kebebasan Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
Ahad, 14 Jun 2009
Ceramah Umum Penerangan Rakyat - Teluk Muroh
16 Jun 2009
9.00 Malam
Kampung Padang Tembak, Teluk Muroh
Dr Khairudin Abd Malek (Bendahari PAS Perak)
Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR)
YB Sivanesan (ADUN Sungkai)
YB Wong Kah Woh (ADUN Canning)
KY Tiong Abdullah (Pegawai Khas Dato Seri Nizar)
Rombongan PR Ke Parlimen
Satu rombongan wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak dan penyokong-penyokong akan pergi ke Parlimen pagi esok. Rombongan ini bertujuan memberi semangat dan sokongan moral kepada Dato Seri Nizar yang akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Rombongan ini akan bertolak awal pagi dari Ipoh dan dijangka sampai di Parlimen lebih kurang jam 9.00 pagi.
Taniah diucapkan kepada Dato Seri Nizar.
Wira Perak Melangkah Ke Parlimen Esok
MB Perak ditentukan oleh Mahkamah, Presiden PPP ditentukan oleh ROS
Meskipun pada asalnya perancangan jahat dibuat manusia itu menampakkan keuntungan dan kelebihan kepada pihak yang merencanakannya, dalam masa yang singkat kesan buruknya akan menimpanya, secara langsung dan tidak langsung.
Bagi maksud diperkatakan, BN mungkin sangat beruntung dengan keputusan Mahkamah Rayuan, 22 Mei lalu, yang membatalkan keputusan lebih awal oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
Lalu seluruh pendokong BN mendakwa keputusan itu paling tepat, demokratik dan berperlembagaan. Sedangkan ia secara zahir pun sudah lari dari tabiat biasa demokrasi dalam menentukan pemilihan sesebuah kerajaan.
Pihak yang sepatutnya menentukan kerajaan ialah rakyat (menerusi pilihanraya) atau wakil-wakil rakyat (menerusi persidangan DUN). Namum kes Perak membuka duluan bahawa penentuan kerajaan yang sah boleh juga dilakukan pihak ketiga, iaitu mahkamah.
Ada yang melihat dari kaca mata politik mengatakan kes Perak bakal membuka lebih banyak kes penentuan kerajaan, samada di peringkat kerajaan negeri-negeri lain mahupun pusat, tidak melalui pilihanraya atau undi tidak percaya di persidangan Dewan. Itu sebenarnya satu amaran awal buat BN bahawa kesan buruk perencanaan jahatnya di Perak bakal kembali dirasainya.
Ada juga yang menilai sudut undang-undangnya. Mereka menjangkakan kes tersebut akan menjadi rujukan berbagai pertikaian selepas ini, terutama berhubung kuasa mahkamah, bidang kuasa istana dan wibawa sebuah pilihanraya.
Kita boleh melihat kes terbaru membabitkan kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) dari perspektif ini. Pertikaian mengenai kesahihan penyandang jawatan tertinggi parti itu kini memening dan memalukan BN.
Menariknya, seperti mana kes Perak menjadikan pihak ketiga (mahkamah) sebagai penentu siapa Menteri Besar yang sah, kes PPP ini pula menjadikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai pemutus kata pertikaiannya.
Sebab itu banyak pihak masih selesa menggunakan istilah 'rampasan kuasa' bagi merujuk kepada pertukaran kerajaan Perak. Istilah yang sama juga mungkin sesuai digunapakai dalam konteks PPP.
Para pemimpin yang memihak kepada 'rampasan kuasa' dalam PPP itu barangkali telah mengambil teladan daripada tindakan dan manupulasi kuasa BN dalam kes Perak tempoh hari.
Bezanya, kes Perak itu amat dibanggakan BN, manakala kes PPP ini pula mungkin salah satu kesan buruk perancangan jahat itu yang mula kembali menimpa BN.
-dipetik dari Rencana-Fikrah-
Salahuddin : Kudeta Di Perak
Sebahagian daripada ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salalahuddin Ayub pada Muktamar dewan itu kali ke 50 yang berlangsung di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur pada 1 Jun 2009.
Satu strategi jahat yang disusun semenjak pilihanraya kecil Permatang Pauh iaitu memerangkap 2 orang EXCO Kerajaan Perak dengan kes rasuah telah dijadikan batu loncatan untuk menculik, mengugut dan merasuah 3 orang ADUN Pakatan Rakyat itu untuk mengalihkan sokongan mereka kepada BN.
Turut diculik ialah wakil rakyat BN yang baru menyertai Pakatan Rakyat yang akhirnya menyebabkan kudeta berlaku di negeri tersebut dan berakhirlah pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan itu.
Nilai demokrasi yang mereka laung-laungkan hanya berguna dan bermakna apabila menguntungkan mereka. Mereka menuduh kita melanggar etika demokrasi apabila wakil rakyat BN berura-ura menyertai Pakatan Rakyat, walaupun kita tidak menawarkan sebarang habuan.
Tetapi sebaliknya, BN telah bertindak membunuh demokrasi dengan membelakangi pilihan rakyat semata-mata untuk memenuhi nafsu politik gelojoh mereka yang sempit itu.
Isu Perak Di Sidang Parlimen Esok
Dewan Rakyat akan mula bersidang esok selepas dua setengah bulan. Sudah tentu banyak isu-isu hangat akan dibangkitkan dalam persidangan kali ini. Ini merupakan mesyuarat pertama selepas Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Beliau dan kabinet barunya terpaksa berdepan dengan Pakatan Rakyat yang akan mencungkil keluar isu-isu 'bagai api dalam dedak' dalam persidangan kali ini. Antara isu yang akan menjadi tumpuan ialah krisis politik negeri Perak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anuar Ibrahim akan mengemukakan soalan kedua di Parlimen Esok. Beliau akan membangkitkan isu kerakusan polis dalam Dewan Negeri Perak baru-baru ini. Datuk Seri Anuar meminta polis memberi alasan dan pengimbangan berkenaan tindakan mereka berdasarkan undang-undang samada wajar untuk polis menceroboh masuk Dewan Negeri yang mulia dan mengheret keluar Speaker yang sah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menjawab soalan berkenaan.
Khamis, 4 Jun 2009
Muslimat Melaka Menggesa Kehakiman Kembalikan Kredibiliti
Rabu, 3 Jun 2009
Rakyat Pilih Siapa Di Behrang, Changkat Jering & Jelapang?
Ini jelas menunjukan bahawa UMNO atau BN tidak mempunyai majority di Dun Perak, kerana pengundi di ketiga-tiga kawasan berkenaan tidak pernah memilih atau mengundi calun bebas atau BN dalam pilihanraya umum tahun lalu. Tetapi oleh kerana UMNO berkuasa dan boleh apa saja di Perak, maka kini lahirlah kerajaan palsu, Exco palsu, Menteri Besar palsu yang dilantik melalui Mahkamah Rimba.
Kini mereka gunakan isu komunis pula dengan tujuan untuk menjauhan orang Melayu dari DAP. Ingatlah, zaman dulu rakyat hidup tertekan akibat kezaliman dan kekejaman komunis, kini rakyat juga tertekan dan hidup dalam ketakutan angkara keganasan polis. Semuanya berlaku ketika UMNO menjadi kerajaan.
Wakil PR Tetap Turun Padang
Hanafiah Mat : Demokrasi Semakin Susut Dan Malap
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin di Pasti Paya Berenjut, Chukai.
Katanya di era Najib menjadi Perdana Menteri, Perkembangan politik di Perak jelas sangat gelap dan krisis politik yang berlaku di negeri itu dicetuskan oleh beliau ketika masih menjawat Timbalan Perdana Menteri.
Hanafiah seterusnya mengajak seluruh masyarakat bersama-sama menggembleng tenaga menumbangkan kerajaan BN.
Katanya, kuasa sebenar rakyat akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang bagi membetulkan keadaan demokrasi di negara ini.
Menurutnya, situasi yang berlaku di Perak membuatkan rakyat gelisah, keliru dan marah dengan UMNO dan BN.
Pada Majlis itu seramai 80 orang fakir miskin di DUN Chukai menerima barangan keperluan harian berupa beras, gula dan minyak masak.
OKU (42) Tidak Memiliki MyCard
Sivakumar telah medapatkan surat sokongan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah untuk memohon MyCard tanpa sebarang denda lewat kepadanya. Dalam pada itu, gambar berukuran IC wanita itu telah pun diambil pada hari ini untuk diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
Sivakumar akan membuat permohonan MyCard untuk wanita itu di Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Ipoh pagi esok.
Parti Sosialis Malaysia Mengusulkan DUN Perak Dibubarkan
Desakan ini antara 15 resolusi yang duluskan pada Kongres PSM ke 11 yang berlangsung di Ipoh, Perak selama tiga hari 31 Mei lalu.PSM juga menuntut kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia melaksanakan tujuh langkah bagi menangani masalah ekonomi yang melanda negara.
Resolusi Kongres PSM yang bersidang selama tiga hari di Ipoh, Perak mengusulkan:
1. Satu tindakan politik yang menyeluruh dan aman “Hartal” satu hari di seluruh negeri Perak, untuk menuntut pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan pilihanraya peringkat negeri Perak dilaksanakan.
2. PSM menuntut kerajaan melaksanakan 7 tuntutan untuk menangani krisis ekonomi. Sepertimana memorandum yang diberikan oleh PSM kepada Menteri Sumber Manusia pada 25 Februari 2009Ø Laksanakan Tabung Pembuangan KerjaØ Laksanakan Akta Gaji MinimaØ Wujudkan peluang pekerjaanØ Catuan makananØ Longgarkan skim bayaran balik pinjaman bankØ Tanah untuk pertanianØ Kekalkan cukai korporat.
3. PSM membantah segala polisi penswastaan air, hospital, pendidikan dan perkhidmatan asas yang lain. Kita juga membantah sebarang cadangan menambah kenaikan tambang pengangkutan awam, minyak dan cadangan Kerajaan tidak mahu mensubsidi tepung, gula dan roti pada masa hadapan. Pada masa yang sama, kami menuntut kerajaan supaya meningkatkan mutu perkhidmatan di hospital awam dan memberhentikan serta merta pembinaan hospital swasta.
4. PSM menuntut supaya dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris (PPSMI) dimansuhkan dan kembalikan bahasa ibunda dalam setiap aliran sekolah.
5. PSM menuntut kerajaan melaksanakan IPCMC untuk menghentikan salahguna kuasa polis dan penangkapan sewenang-wenangnya oleh pihak polis. Polis harus menjaga keselamatan rakyat dan menangani jenayah, dan bukannya menyekat hak demokrasi rakyat. PSM juga menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu lebih berintegriti dalam menangani kes-kes rasuah.
6. PSM menuntut kerajaan supaya memansuhkan akta-akta zalim seperti ISA, Akta Hasutan, AUKU, OSA dan sebagainya. PSM menuntut Kem Kamunting ditutup dan dijadikan Bangunan bersejarah untuk mengenali salahguna ISA.
7. PSM menuntut supaya memansuhkan undang-undang yang menghalang wakil rakyat yang meletak jawatan tidak dibenarkan untuk bertanding selama 5 tahun dan menggubal undang-undang yang menghalang wakil rakyat daripada melompat parti.
8. PSM membantah sebarang jenis penindasan dan pencabulan peperangan di Afghanistan, Sri Lanka, Palestin dan sebagainya.
9. PSM menuntut supaya golongan hak orang asli dan golongan rakyat Marhaen ditegakkan. PSM menuntut kerajaan menggubal undang- undang supaya kesatuan eekerja diiktiraf secara otomatik.
10. PSM menuntut perspektif sejarah mengenai kemerdekaan ditulis balik dan mengiktirafkan sumbangan golongan kiri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Kerajaan juga digesa menghormati Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1989 dan menuntut kerajaan supaya semua bekas PKM harus dibenarkan pulang ke tanahair seperti dalam perjanjian tersebut.
11. PSM menolak sebarang amalan dasar diskriminasi kaum dan gantikan semua dasar perkauman kepada dasar berasaskan keperluan. Dan untuk memulihkan hubungan antara kaum, PSM menuntut Kerajaan Selangor membuat kajian tentang kerugian, ketidakadilan, kecederaan dan kematian dialami oleh rakyat di Selangor semasa Peristiwa Mei 13.
12. PSM menuntut Kerajaan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan dilaksanakan serta merta dan menuntut kerajaan supaya melaksanakan Tuntutan BERSIH:- Gunakan dakwat pada jari- Hapuskan undi Pos- Pembersihan senarai nama pengundi- Akses kepada media.
13. PSM menuntut supaya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dibatalkan.
14. PSM menuntut kerajaan supaya melaksanakan dasar yang melindungi alam sekitar demi menangani masalah perubahan iklim secara serius.
15. PSM menyokong perjuangan rakyat seluruh dunia yang menentang sistem kapitalis yang memaksa kelas pekerja bayar untuk krisis ekonomi yang disebabkan oleh kegagalan kapitalis itu sendiri.
Sumber : TV Antara Com.
Selasa, 2 Jun 2009
Candle Light Vigil At Kg Tawas Women's Branch
Ipoh, 2 June 2009, At the last minute we decided to have a candle light vigil and the same time a signature campaign to demand that the State Assembly of Perak be dissolved. Only at about 4pm we decided to have this event at the women’s branch at Kg.Tawas, said M.Kulasegaran. (MP for Ipoh Barat).
As the event started we had some uninvited guest namely the policemen. Even some senior police officers were present. Apparently at about 6pm the branch Chairman M/S Jennies was visited by the local police warning her that she could be arrested if the candle Vigil was proceeded with.
The local people and members decided to have the candle vigil inside the DAP premises.
I spoke on the reasons to dissolve the state assembly in particular also as to the reluctance of Barisan National to seek a new mandate from the voters of Perak, he said.
Peringatan Bagi Mereka Yang Ditahan Polis Pada 7 Mei
Pemimpin-pemimpin, penyokong-penyokong dan orang awam yang ditahan polis pada 7 Mei 2009 (Persidangan DUN Perak) dikehendaki melaporkan kepada polis pada 4 Jun 2009.
Rakyat Tidak Boleh Diperbodohkan Lagi
Majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat diceroboh dan penyokong ditangkap hanya kerana menayankan video perihal kekecohan sidang DUN Perak.Namun apabila Umno dan BN mencetak 50,000 cakera padat yang menceritakan versi mereka berhubung sidang DUN 7 Mei dan menayangkan kepada umum tidak ada polis yang menceroboh majlis atau sesiapa pun ditangkap.
Isnin, 1 Jun 2009
Mustafa Kamil Tidak Yakin DUN Perak Akan Dibubarkan
"Saya sangsi dengan keikhlasan mereka untuk membubarkan DUN Perak, kerana tindakan ini ada kaitan dengan bacaan yang mereka buat", kata beliau.
Menurut Mustafa lagi, Zambry sebenarnya ada masalah dan krisis keyakinan kerana apabila beliau membubarkan DUN belum tentu mereka akan dapat menguasai majoriti dalam Dewan, malah ada kemungkinan kerusi yang menjadi milik mereka kini akan bertukar kepada Pakatan.
Beliau bagaimanapun mengalu-alukan sekiranya DUN Perak dibubarkan bagi memberi kepada rakyat untuk membuat pilihan.
Dewan Muslimat PAS Perak Mahu DUN Dibubarkan
Demikian tegas Ketua Muslimat PAS negeri, Ustazah Bariah Alang Sabri dalam sidang medianya di Pejabat PAS Negeri di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, kemelut yang sudah berpanjang hingga 4 bulan ini dapat dielakkan sekiranya semua pemimpin politik dan pihak berkuasa mendisiplinkan diri dengan akur serta menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan yang menjadi salah satu prinsip Rukun Negara.
Sehubung itu, Dewan Muslimat PAS negeri menyelar keengganan rejim BN untuk menerima hakikat penolakan rakyat terhadap pemerintahan mereka sehingga enggan berdepan dengan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan'.
Muslimat PAS Negeri sekali lagi menyatakan sokongan penuh agar DUN Perak dibubarkan.
"Rakyat negeri ini tidak sewajarnya dipaksa menerima sebuah kerajaan baru yang dibentuk dengan membelakangi prinsip keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan konsep raja berperlembagaan," tegasnya.
Beliau melahirkan rasa dukacita dengan kecelaruan yang sedang berlaku di negeri ini dan mendesak demokrasi di negeri ini dipulihkan segera.
Di masa yang sama, Muslimat PAS negeri menasihati rakyat agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu dalam menghadapi krisis ini.
Syabas! 'Rakyat' Menang Lagi Di Penanti
Taniah diucapkan kepada YB Mansor Othman! Sekali lagi ‘Rakyat’ menang dalam pilihanraya kecil.
Syabas diucapkan kepada semua pemimpin-peminpin dan penyokong-penyokong serta jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang berkerja keras memastikan kemenangan Rakyat di Penanti. Setinggi-tinggi penghargaan juga ucapkan kepada semua pengundi Penanti yang keluar mengundi pada hari ini.
YB Mansor (59) memperolehi 6052 undi. Majoriti yang diperolehinya ialah 5558 undi. Satu kemenangan yang cemerlang bagi rakyat Penanti.
Hari ini pengundi-pengundi Penanti telah membuat keputusan bijak dan waras dengan memilih YB Mansor sebagai wakil rakyat mereka. Beliau bakal dilantik Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Taniah kerana membuat pilihan yang tepat.
YB Mansor, dijangka mengangkat sumpah jawatan pada hari Rabu depan di hadapan Yang DiPertua Negeri. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu dilahirkan di Kedah dan mempunyai tiga ijazah sarjana. Mansor juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.