Sumber : Sinar Harian | 31 Mac 2013
IPOH - Bau macam bangkai merupakan gambaran penduduk terhadap sebuah kilang baja di Kawasan Perindustrian Rishah yang didakwa mengeluarkan bau busuk yang amat memualkan sejak ia mula beroperasi pada Disember tahun lalu.
Sinar Harian difahamkan, masalah berkenaan melibatkan kira-kira lima kawasan perumahan iaitu, Taman Rishah, Taman Pertama, Taman Silibin dan Taman Silibin Ria yang terpaksa menghidu bau busuk dipercayai datang dari kilang berkenaan saban hari.

Seorang penduduk, Sarban Singh, 58 memaklumkan, bau busuk berkenaan mengganggu selera makannya serta isteri dan menantu serta merasa kesal kerana terdapat pihak yang memberi kebenaran kepada pengusaha terbabit menjalankan operasinya berdekatan kawasan perumahan.
"Walaupun berada dalam rumah dengan semua tingkap serta pintu bertutup, bau busuk dari kilang itu tetap dapat dihidu. Malah ia bertambah kuat pada waktu malam dan ketika hujan, ditambah tiupan angin menghala ke kawasan tempat tinggal kami.
"Saya mohon pihak berkenaan menghentikan operasi kilang itu bagi mengelakkan pencemaran udara," katanya ketika ditemui berhampiran kawasan kilang berkenaan, kelmarin.
Bantah beramai-ramai
Kelmarin, lebih 100 penduduk taman perumahan terlibat berkumpul di hadapan kilang berkenaan untuk membantah serta mendesak kilang terbabit ditutup demi menghentikan segera pencemaran udara dan bau.
Perhimpunan penduduk secara aman untuk menunjukkan rasa tidak puas hati berlangsung dalam masa lebih kurang 10 minit.
Hadir sama memberi sokongan kepada usaha berkenaan adalah Adun Tronoh, V Sivakumar dan Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow.
Pemilik bengkel bas, Nelson Ng, 60 mendakwa, sejak kilang itu beroperasi, ramai pekerjanya tidak datang kerja kerana tidak tahan dengan bau busuk dari premis terbabit dan ia pertama kali berlaku sejak enam tahun bengkelnya beroperasi.
"Kilang ini mempunyai 40 pekerja dan operasinya berjalan dari jam 8 pagi hingga 7 petang. Sebelum ini, pekerja saya akan bekerja lebih masa sehingga jam 9 malam.
"Sekarang mereka tak sanggup bekerja seperti itu kerana tidak tahan dengan bau busuk yang semakin kuat terutama sebelah malam," katanya.
Nelson menambah, kilang berkenaan turut melepaskan asap selain bau tidak menyenangkan menyebabkan pekerja di kilang berhampiran turut merasa mual dan loya ketika bertugas.
Dia turut mendakwa, isterinya terpaksa dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman pada paru-paru yang dipercayai ada kaitan dengan pencemaran dari kilang berkenaan.
"Saya terpaksa belanja ribuan ringgit untuk menampung perbelanjaan pembedahan isteri dan kini dia (isteri) perlu berehat selama tiga bulan," katanya.
JAS sudah keluar kompaun
Sementara itu, Adun Buntong, A Sivasubramaniam menjelaskan, sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah menjalankan siasatan ke atas kilang terbabit dan telah mengeluarkan kompaun kerana kegagalan pihak premis berkenaan memasang serombong serta alat pembakaran bahan api tanpa kebenaran.
Menurutnya, premis tersebut turut diberi notis arahan oleh JAS untuk melaksana beberapa perkara, antaranya memasang alat kawalan pencemaran udara, meningkatkan kecekapan unit pengeringan dan membuat pembungkusan secara tertutup.
"Siasatan JAS juga mendapati kilang itu beroperasi tanpa mendapat lesen perniagaan daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Berikutan itu, satu jawatankuasa bertindak penduduk telah ditubuhkan untuk mengurus masalah ini.
"Jawatankuasa itu akan bertemu Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim untuk membincangkan cara terbaik menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.
Roshidi ketika dihubungi memberitahu bahawa beliau sudah mengarahkan kilang berkenaan menghentikan operasi sementara waktu berkuat kuasa serta merta bermula kelmarin bagi membolehkan pihak MBI memeriksa sama ada ia mengikut piawaian yang ditetapkan atau tidak.
Jawatan kuasa bertindak penduduk telah membuat laporan berhubung masalah bau busuk tersebut di Balai Polis Taman Rishah, semalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan