Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP
Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 1 September di Ipoh
PR Mengorak 1000 Langkah Merapati Putrajaya
Datuk Seri Najib Tun Razak telah
membuat kenyataan bahawa dalam apa sahaja keadaan sekali pun BN mesti mempertahankan Putrajaya.
Beliau berkata PR tidak layak masuk Putrajaya. BN yang membina Putrajaya, oleh
itu hanya BN yang layak menduduki Putrajaya. Ini adalah satu kenyataan yang
sungguh melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Adakah ini bermaksud orang yang membina ‘White House’ di Amerika
Syarikat sahaja yang layak mendudukinya? Ini membuktikan kecetekan pemikiran
seorang Perdana Menteri. Putrajaya dibina dengan wang rakyat, bukannya wang
‘tabung yang dikumpul oleh Najib dan Rosmah dari zaman budak-budak lagi’.
Perdana Menteri tidak seharusnya menipu rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang
tidak berasas ini. Putrajaya bukan milik Barisan Nasional. Yang dimaksudkan
dengan ‘Putrajaya’ ialah pentadbiran kerajaan persekutuan dan bukannya
bangunan-bangunan di situ. Sungguh memalukan apabila seorang Perdana Menteri
tidak memahami konsep yang mudah itu.
Tambahan pula Datuk Seri Najib
Tun Razak juga meminta seorang ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional untuk
membina benteng politik disekeliling Putrajaya untuk menghalang PR memasukinya.
Kenyataan ini membuktikan bahawa PR sudah semakin kuat dan menghampiri
Putrajaya. Secara tersirat Perdana Menteri telah membuat perakuan bahawa BN
sudah mula takut dan menjadi semakin lemah. Kenyataan beliau itu juga merupakan satu tanda besar bahawa PR
akan menakluk Putrajaya dalam PRU13. Kita yakin bahawa kenyataan beliau untuk membina bentang politik disekeliling Putrajaya
telah membuat PR mengorak 1000 langkah
merapati Putrajaya. Setiap pemimpin PR harus menjadikan ini sebagai papan
tanda dorongan kepada perarakan menuju
ke Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan