Perayaan Tahunan Kuil Maha Kaliamman, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah. |
Nasib
Kuil Sri Maha Kaliamman Batu Gajah Akan Ditentukan Oleh PRU 13
Kuil Maha
Kaliamman telah menyambut perayaan tahunannya pada 31 Ogos 2012.
Seperti
tahun-tahun yang lepas saya bersama-sama dengan pemimpin DAP kawasan Batu Gajah
telah menghadiri sambutan perayaan tahunan kuil tersebut.
Dianggarkan lebih
daripada 3000 orang penganut telah menghadiri upacara sembahyang di kuil itu pada hari tersebut.
Jawatankuasa kuil telah memberi penghormatan kepada saya sebagai wakil rakyat
kawasan ini. Saya dan rakan-rakan DAP berjamu selera bersama-sama dengan
penganut-penganut kuil tersebut. Kami mengucapkan terima kasih kepada
jawatankuasa kuil yang sudi menjemput kami menghadiri upacara tahunan yang
penuh meriah ini.
Kuil Sri Maha
Kaliamman yang dijangka berusia lebih daripada 80 tahun ini mempunyai
sejarahnya tersendiri. Penduduk kawasan Batu Gajah dan sekitarnya mengetahui
sejarah kuil ini sejak diasaskan. Kuil ini telah mendapat notis untuk
mengosongkan tapak lebih kurang 2 tahun yang lalu. Saya bersama-sama pemimpin
DAP lain telah membantah dan menahan daripada kuil ini dirobohkan. Tetapi,
notis yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Batu Gajah masih tidak ditarik balik
sehingga sekarang. Ini bermakna notis Majlis Daerah Batu Gajah masih berkuatkuasa lagi. Pihak Majlis tidak mengambil apa-apa tindakan kerana takut hilang
sokongan pengundi-pengundi India di kawasan itu.
Barisan Nasional
hanya menunggu untuk melihat keputusan Pilihanraya Umum ke-13. Seandainya BN
menang Perak, sudah pasti nasib kuil ini akan terancam. Pihak Majlis Daerah
akan menguatkuasakan notis yang mereka keluarkan kepada jawatan kuasa kuil
tersebut dengan serta-merta. Jika Pakatan Rakyat menang, sudah pasti masalah
tanah kuil ini akan diselesaikan demi
kepentingan penduduk kawasan ini. Rakyat harus berwaspada untuk membuat pilihan
yang tepat dalam pilihanraya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan