Khamis, 27 September 2012




Perarakan Tanglung Kg.Bali Tronoh
 Pada 28/9/2012







Di Manakah Peruntukan Bagi 
SJKT Menglembu???





Isnin, 24 September 2012


Siapa Akan Mendapat Buah Politik dlm MIC Perak???




Jumaat, 21 September 2012



Sasaran MIC Pada DUN Tronoh...







Khamis, 20 September 2012

Perayaan Vinayagar Chathurthi Di Taman Cempaka, Ipoh


Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Perak & ADUN Kawasan Tronoh pada 19/9/2012 di Taman Cempaka, Ipoh.

Perayaan Vinayagar Chathurthi Di Taman Cempaka, Ipoh


Pada 19/9/2012 seluruh umat Hindu merayakan Vinayagar Chathurthi iaitu hari yang suci dan mulia untuk Dewa Ganapathi. Semua kuil Ganapathi menyambut hari tersebut dengan penuh meriah bermula dari awal pagi hingga lewat malam. YB V.Sivakumar (ADUN Tronoh) bersama-sama dengan YB Wong Kah Woh (ADUN Canning) telah menghadiri upacara sambutan Vinayagar Chathurti di Kuil Sri Sitthi Vinayagar, Taman Cempaka, Ipoh. Kuil ini merupakan satu-satunya kuil yang lama di kawasan itu. Pihak jawatankuasa kuil telah membuat segala penghormatan kepada kedua-dua ADUN itu. Upacara sembayang diikuti dengan jamuan makan tengahari  yang dihadiri oleh penduduk  tempatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Walaupun kuil ini adalah satu kuil yang kecil tetapi sambutan orang tempatan adalah sungguh menggalakkan.

Jumaat, 14 September 2012


Di jemput hadir ramai-ramai....

Khamis, 13 September 2012



MASALAH AIR PAIP BOCOR SELESAI DI KG.MERBAU TRONOH




CERAMAH DAP DUN TRONOH


USUL UNDANG-UNDANG ANTI LOMPAT PARTI DI DUN TRONOH


'Putrajaya Adalah Dari Hasil Kutipan Cukai Rakyat. Individu Tiada Hak Ke Atasnya'


MINTA MBI MENYELESAIKAN MASALAH BAU BUSUK SAMPAH DI PAPAN DENGAN SEGERA.


'Aku Janji tarik balik semua kenyataan Fitnah' - Blogger UMNO



Kes Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming saman Blogger UMNO : Blogger UMNO tarik balik segala kenyataan fitnah & beri aku janji kepada Mahkamah tidak mengulangi dakwaan salahgunakuasa lagi
(Ipoh 12-9-12)

Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming,  Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut telah diselesaikan.
Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.
                                   
Aku Janji tarik balik semua kenyataan Fitnah

Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.
Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh 16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah “ penyamun besar” Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600 kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun ini.
Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini Berjaya diselesaikan.

Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mohd Hasnal dan Nurul Nadia.

Khamis, 6 September 2012

Pertandingan Karaoke Tamil di Tronoh


Terdapat ramai pemuda pemudi dan juga golongan orang yang berumur lebih daripada 50 tahun yang berbakat di DUN Tronoh. Pusat Khidmat DUN Tronoh menganjurkan Pertandingan Karaoke Tamil bagi penduduk-penduduk dari kawasan Jelapang, Menglembu dan Batu Gajah di Perak, untuk memberi peluang dan menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian .

Pertandingan ini akan diadakan pada 9hb September 2012 bermula pada jam 7.00 malam di Bilik Gerakan DAP Tronoh, di Pekan Tronoh.

Yang berminat, harus melebihi usia 16 tahun dan beralamat di Jelapang, Menglembu ataupun Batu Gajah di dalam kad pengenalan mereka.

Lain-lain terma bagi memasuki pertandingan ini boleh didapati di dalam Borang Penyertaan yang dikeluarkan oleh pejabat Pusat Khidmat DUN Tronoh di Taman Saujana, Batu Gajah, nombor telefon 05-2882105. Yang berminat boleh juga menghubungi Sdr Vijakumar 0162808357 atau Puan Shanthi 011-16465173.

Orang ramai dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi pertandingan karaoke Tamil yang julung kali diadakan di Pekan Tronoh ini. 



Isnin, 3 September 2012

Nasib Kuil Sri Maha Kaliamman Batu Gajah Akan Ditentukan Oleh PRU 13

Perayaan Tahunan Kuil Maha Kaliamman,
Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah.

Nasib Kuil Sri Maha Kaliamman Batu Gajah Akan Ditentukan Oleh PRU 13

Kuil Maha Kaliamman telah menyambut perayaan tahunannya pada 31 Ogos 2012. 

Seperti tahun-tahun yang lepas saya bersama-sama dengan pemimpin DAP kawasan Batu Gajah telah menghadiri sambutan perayaan tahunan kuil tersebut. 

Dianggarkan lebih daripada 3000 orang penganut telah menghadiri upacara sembahyang di kuil itu pada hari tersebut. 

Jawatankuasa kuil telah memberi penghormatan kepada saya sebagai wakil rakyat kawasan ini. Saya dan rakan-rakan DAP berjamu selera bersama-sama dengan penganut-penganut kuil tersebut. Kami mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa kuil yang sudi menjemput kami menghadiri upacara tahunan yang penuh meriah ini.

Kuil Sri Maha Kaliamman yang dijangka berusia lebih daripada 80 tahun ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Penduduk kawasan Batu Gajah dan sekitarnya mengetahui sejarah kuil ini sejak diasaskan. Kuil ini telah mendapat notis untuk mengosongkan tapak lebih kurang 2 tahun yang lalu. Saya bersama-sama pemimpin DAP lain telah membantah dan menahan daripada kuil ini dirobohkan. Tetapi, notis yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Batu Gajah masih tidak ditarik balik sehingga sekarang. Ini bermakna notis Majlis Daerah Batu Gajah masih berkuatkuasa lagi. Pihak Majlis tidak mengambil apa-apa tindakan kerana takut hilang sokongan pengundi-pengundi India di kawasan itu.

Barisan Nasional hanya menunggu untuk melihat keputusan Pilihanraya Umum ke-13. Seandainya BN menang Perak, sudah pasti nasib kuil ini akan terancam. Pihak Majlis Daerah akan menguatkuasakan notis yang mereka keluarkan kepada jawatan kuasa kuil tersebut dengan serta-merta. Jika Pakatan Rakyat menang, sudah pasti masalah tanah kuil ini akan diselesaikan demi kepentingan penduduk kawasan ini. Rakyat harus berwaspada untuk membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya akan datang. 



Ahad, 2 September 2012

PR Mengorak 1000 Langkah Merapati Putrajaya


Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 1 September di Ipoh
PR Mengorak 1000 Langkah Merapati Putrajaya

Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat kenyataan bahawa dalam apa sahaja keadaan  sekali pun BN mesti mempertahankan Putrajaya. Beliau berkata PR tidak layak masuk Putrajaya. BN yang membina Putrajaya, oleh itu hanya BN yang layak menduduki Putrajaya. Ini adalah satu kenyataan yang sungguh melucukan daripada seorang Perdana Menteri. Adakah ini bermaksud orang  yang membina ‘White House’ di Amerika Syarikat sahaja yang layak mendudukinya? Ini membuktikan kecetekan pemikiran seorang Perdana Menteri. Putrajaya dibina dengan wang rakyat, bukannya wang ‘tabung yang dikumpul oleh Najib dan Rosmah dari zaman budak-budak lagi’. Perdana Menteri tidak seharusnya menipu rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas ini. Putrajaya bukan milik Barisan Nasional. Yang dimaksudkan dengan ‘Putrajaya’ ialah pentadbiran kerajaan persekutuan dan bukannya bangunan-bangunan di situ. Sungguh memalukan apabila seorang Perdana Menteri tidak memahami konsep yang mudah itu.

Tambahan pula Datuk Seri Najib Tun Razak juga meminta seorang ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional untuk membina benteng politik disekeliling Putrajaya untuk menghalang PR memasukinya. Kenyataan ini membuktikan bahawa PR sudah semakin kuat dan menghampiri Putrajaya. Secara tersirat Perdana Menteri telah membuat perakuan bahawa BN sudah mula takut dan menjadi semakin lemah. Kenyataan beliau itu  juga merupakan satu tanda besar bahawa PR akan menakluk Putrajaya dalam PRU13. Kita yakin bahawa kenyataan beliau untuk  membina bentang politik disekeliling Putrajaya telah membuat PR mengorak  1000 langkah merapati Putrajaya. Setiap pemimpin PR harus menjadikan ini sebagai papan tanda  dorongan kepada perarakan menuju ke Putrajaya.