Rabu, 29 Februari 2012
Selasa, 28 Februari 2012
Wayang Kulit BN di Desa Changkat
Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, Ahli Dewan Negeri Kawasan Tronoh pada 28/2/2012 di Batu Gajah.
Wayang Kulit BN di Desa Changkat
Penduduk Desa Changkat Batu Gajah mahukan satu padang permainan bolak sepak di kawasan itu. Memang terdapat satu tapak tanah yang sudah direzabkan untuk padang bola sepak di Desa Changkat. Pada masa pemerintahan Pakatan Rakyat, saya telah memulakan kerja-kerja memotong pokok dan membersihkan kawasan tapak itu. Saya telah meminta pihak Majlis Daerah Batu Gajah untuk menyiapkan tapak itu dengan segala kemudahan untuk padang bola sepak. Setelah kerajaan Pakatan Rakyat tumbang, projek ini telah diabaikan oleh Majlis Daerah Batu Gajah.
Saya telah membuat aduan berpuluh-puluh kali kepada pihak Majlis Daerah Batu Gajah mengenai hal padang bola sepak ini. Tetapi, pihak Majlis Daerah Batu Gajah tidak mempedulikan langsung mengenai hal yang dibangkitkan. Masalah ini adalah masalah rakyat yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Kanak-kanak dan belia kawasan ini memerlukan padang bola sepak ini untuk aktiviti-aktiviti rekreasi pada waktu petang. Ini juga boleh membantu membendung gejala-gejala sosial yang lain seperti dadah dan kegiatan samseng di kawasan ini.
Malangnya kerajaan Barisan Nasional tidak mempedulikan hasrat rakyat untuk membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan. Masalah kecil seperti ini pun tidak dapat diselesaikan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah. Saya rasa sungguh sedih apabila kerajaan Barisan Nasional sanggup boros membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk projek-projek kroni mereka yang mewah.Sedangkan, projek yang membawa manfaat kepada penduduk tempatan diabaikan.
Beberapa bulan yang lalu saya telah membuat lawatan tapak sekali lagi dan membuat pengumuman bahawa jika Majlis Daerah Batu Gajah gagal menyelesaikan masalah padang bola sepak ini, saya akan mengambil tanggunjawab dan menyiapkan padang itu untuk kepentingan penduduk kawasan itu. Saya akan membawa masuk tanah dan meratakan padang itu serta menyediakan semua kemudahan untuk padang bola sepak tersebut. Saya telah memberi tempoh 2 minggu kepada Majlis Daerah Batu Gajah untuk memulakan kerja-kerja di tapak padang itu. Setelah mencabar Majlis Daerah Batu Gajah, saya telah memulakan kerja-kerja persediaan yang awal untuk membuat padang bola tersebut. Saya juga dijanjikan oleh pihak-pihak tertentu untuk membantu melaksanakan projek itu.
Tetapi, selepas beberapa hari setelah saya membuat pengumuman itu, Ahli-ahli Majlis Daerah Batu Gajah daripada Barisan Nasional telah melawat tapak itu dan menjanjikan bahawa mereka akan melaksanakan projek itu. Mereka telah membawa masuk jentolak dan beberapa pekerja untuk bekerja di tanah lapang itu. Semua ini adalah ‘wayang kulit Barisan Nasional’ kerana selepas beberapa hari sahaja mereka telah menghilangkan diri. Mereka tidak membuat apa-apa kecuali mengorek longkang di satu bahagian tapak padang itu.
Mereka telah meninggalkan tapak itu begitu sahaja. Sudah lebih dua bulan tidak ada sesiapa pun daripada Majlis Daerah Batu Gajah turun padang untuk melihat atau memantau kerja-kerja yang telah dijalankan. Ini terbukti bahawa Ahli-ahli Majis yang memberi janji kosong itu hanya bertujuan untuk memberhentikan kerja yang hendak saya laksanakan untuk kebaikan masyarakat Desa Changkat. Mereka ini adalah golongan penipu yang berniat buruk dan sanggup membelakangkan kepentingan rakyat. Saya juga rasa kecewa dengan pihak pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah yang sanggup dipekudakan oleh ahli-ahli Majlis Daerah Batu Gajah Barisan Nasional untuk menipu penduduk Desa Changkat.
Khamis, 23 Februari 2012
Rabu, 22 Februari 2012
BN Gagal Dalam Program ‘Bantuan Rasuah 1Malaysia
Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 22/2/2012 di Ipoh.
BN Gagal Dalam Program ‘Bantuan Rasuah 1Malaysia’
Rakyat sedang mnghadapi tekanan inflasi yang cukup kuat. Pendapatan mereka adalah tetap atau tidak berubah tetapi harga barang-barang terus naik. Adakalanya pendapatan jatuh kerana hilang peluang untuk kerja lebih masa disebabkan kehadiran pekerja asing yang telalu ramai. Tambahan pula fenomena pengangguran juga tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya. Pemberhentian kerja juga berlaku di merata tempat kerana kegawatan ekonomi. Semua ini membebankan rakyat dalam keadaan inflasi yang semakin bertambah buruk. Barisan Nasional yang juga dikenali ramai sebagai ‘Barang Naik’ tidak dapat mengawal kadar inflasi yang sedang makan kocek rakyat negara kita setiap hari. Tidak ada apa-apa polisi yang nyata untuk mengawal inflasi ini. Malah,tindakan kerajaan Barisan Nasional mengurangkan subsidi bagi barang-barang tertentu seperti petrol telah menjadi mangkin untuk menaikan lagi harga semua barang-barang di pasaran.
Dalam keadaan yang tertekan ini, Barisan Nasional mengambil peluang untuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3000. Adakah ini satu penyelesaian untuk mengurangkan kadar inflasi? Tentu sekali tidak kerana pemberian ini adalah hanya untuk satu tahun sahaja. Mungkin pemberian ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat untuk tahun ini. Tetapi, ini bukannya satu penyelesaian kepada masalah inflasi yang dihadapi oleh negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan daripada tekanan inflasi ini untuk membantu rakyat dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia. Beliau dapat mencari satu peluang untuk membeli undi rakyat dengan memberi bantuan ini. Beliaulah punca kepada inflasi yang tidak terkawal ini. Tetapi, beliau berlagak seolah-olah menjadi pembela rakyat dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Pada hemat saya, pemberian ini adalah satu program ‘Bantuan Rasuah 1Malaysia’ untuk memancing undi bagi PRU13.
Kita harus sedar bahawa kesusahan yang dialami oleh rakyat adalah berpunca daripada polisi-polisi Barisan Nasional yang tidak berjiwa rakyat. Sebagai contoh, tindakan menaikan harga petrol adalah satu polisi yang memberi kesan kewangan yang buruk kepada seluruh rakyat Malaysia. Sudah tentu kerajaan Barisan Nasional tahu tentang perkara ini, tetapi polisi tersebut tetap dilaksanakan. Ini membuktikan bahawa kerajaan ini tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kenaikan harga petrol akan menberi impak yang luas dalam aliran wang sesebuah negara. Kenaikan harga petrol akan menyebabkan harga barang-barang lain juga turut naik. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.
Apabila harga barang-barang naik, maka pendapatan sebenar seseorang itu akan semakin menurun. Dalam kata lain, pendapatan seseorang mungkin tidak berubah tetapi nilai wang yang dimilikinya telah menurun. Ini bermaksud kemampuan urusniaga beliau dari segi ekonomi menjadi semakin hari semakin buruk. Inflasi ini telah mengurangkan daya beli seseorang yang akhirnya menimbulkan banyak masalah sosio-ekonomi yang lain. Ekonomi rumahtangga terganggu menyebabkan hutang bertambah. Adakalanya seseorang tidak mampu membayar hutang bank kerana wang pendapatanya tidak memadai untuk menaggung kos saran keluarga. Ini pula akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi yang lain seperti rumah dilelong, menjadi muflis dan sebagainya. Salah satu daripada puncanya ialah inflasi yang tidak terkawal. Kerajaan Barisan Nasional gagal mengambil kira semua perkara ini dan meneruskan polisi-polisi yang membebankan rakyat jelata. Pemberian RM500 akan dimakan inflasi dalam beberapa hari atau bulan sahaja.
Bagaimanakan masalah ini boleh ditangani? Pakatan Rakyat sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Satu daripada tindakan awal yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat jika menjadi Kerajaan Persekutuan ialah mengawal inflasi. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan bahawa ‘jika kita menjadi kerajaan hari ini, esok harga petrol akan diturunkan’. Ini adalah satu polisi yang lebih mantap dan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Penurunan harga petrol akan mengawal kenaikan harga. Tindakan ini akan meringankan beban rakyat. Ini adalah salah satu remedi untuk masalah yang kita hadapi sekarang. Polisi Pakatan Rakyat adalah untuk mengubat penyakit yang disebabkan oleh Barisan Nasional. Manakala, pemberian RM500 ringgit adalah satu usaha kerajaan ‘memabukkan rakyat’ supaya melupakan kesakitan dan keperitan hidup untuk sementara waktu.
Keselamatan Murid Tanggungjawab Semua
Kenyataan Media YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh, Timbalan Pengerusi DAP Perak Pada 21/2/2012 di Batu Gajah.
Keselamatan Murid Tanggungjawab Semua
Pada 17/2/2012 lebih kurang jam 7.15 pagi satu kemalangan jalan raya telah berlaku dan meragut nyawa seorang budak sekolah. Kemalangan itu berlaku di jalan besar berhampiran dengan SK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah. Seorang murid perempuan berumur 10 tahun dari sekolah itu telah meninggal dunia pada hari yang sama kerana dilanggar oleh sebuah kereta. Pada pagi ini, saya telah menziarahi keluarga mangsa yang kehilangan anak kesayangan itu.
Keselamatan murid-murid sekolah harus diberi keutamaan oleh semua pihak. Pihak sekolah harus mengambil semua langkah proaktif untuk memastikan keselamatan kanak-kanak sekolah. Keselamatan kanak-kanak sekolah harus diberi keutamaan kerana ibubapa mengharapkan pihak sekolah menjaga anak-anak mereka sebelum, sewaktu dan selepas sekolah. Ini adalah harapan semua ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Walau bagaimanapun, ibubapa juga tidak boleh mencuci tangan dengan hanya memberi tanggungan itu kepada pihak sekolah semata-mata. Ibubapa juga harus memastikan samada persekitaran sekolah itu adalah selamat untuk anak-anak mereka. Mereka juga harus meninjau dan memastikan keselamatan jalan raya berhampiran dengan sekolah itu. Ibubapa melalui PIBG harus mengambil inisiatif untuk meningkatkan tahap keselamatan sekolah anak-anak mereka.
Selain daripada itu, ibubapa juga harus mengingatkan anak-anak mereka supaya jangan bermain-main di jalan raya. Sebagai satu langkah keselamatan, Ibubapa dan bas sekolah harus mengambil dan menurunkan anak-anak mereka di tempat yang lebih selamat ataupun jauh daripada jalan raya utama. Sering kali kita melihat kanak-kanak sekolah menunggu kenderaan mereka berhampiran dengan jalan raya utama. Ini juga perlu dielakkan kerana ia juga boleh melibatkan kemalangan yang besar jika berlaku kecuaian daripada mana-mana pihak.
Pihak Jabatan Pelajaran Negeri juga harus membuat lawatan ke semua sekolah-sekolah di bawah bidang kuasa mereka untuk memastikan keselamatan murid-murid. Pemantauan aspek keselamatan murid-murid sekolah harus diberi keutamaan oleh pihak sekolah dan juga JPN.
Pihak kerajaan tempatan juga perlu memastikan bahawa papan tanda sekolah dan bonggol menahan kejaluan dibina di kawasan berhampiran dengan sekolah. Selain daripada itu, pengguna jalan raya juga harus berhati-hati dan memberi tumpuan penuh apabila menghampiri kawasan sekolah. Sering kali, kanak-kanak terlalu cuai bermain atau berlari di jalan raya. Pemandu kenderaan pula tidak boleh mengelakkan kemalangan jika mereka memandu dengan laju atau tidak memberi tumpuan penuh di jalan raya.
Saya berharap pihak sekolah, JPN, ibu bapa, pemandu bas sekolah, pengguna jalanraya dan semua pihak memastikan keselamatan kanak-kanak sekolah. Tidak guna kita sesal kemudian setelah nyawa seorang anak hilang kerana kemalangan jalan raya yang boleh dielakkan.
Isnin, 20 Februari 2012
Ahad, 19 Februari 2012
Sivakumar Mahu Bertemu Presiden MIC
Kenyataan Media YB V.Sivakumar, ADUN kawasan Tronoh, Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 19/2/2012 di Ipoh
Sivakumar Mahu Bertemu Presiden MIC
Kebanyakan sekolah-sekolah Tamil di Perak menghadapi masalah. Masalah-masalah ini merangkumi pelbagai aspek yang melibatkan tanah, bangunan, padang, infrastruktur, kekurangan guru dan sebagainya. Terdapat beberapa sekolah yang memerlukan perhatian segera tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan. Ini bermakna kerajaan tidak serius menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah ini. Walaupun perkara ini telah dibawa kepada perhatian kerajaan tetapi pelbagai alasan atau janji kosong diberikan. Kami telah menubuhkan satu jawatankuasa tindakan sekolah-sekolah Tamil di Perak yang dinamakan sebagai ‘Tamilpalli Thirvukkulu’ beberapa bulan yang lepas. Jawatankuasa ini terdiri daripada mereka yang sayangkan sekolah Tamil dan berkhidmat secara sukarela untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah itu.
Setakat ini Jawatankuasa ini telah membangkitkan masalah 5 buah sekolah di negeri Perak. Ahli-ahli jawatankuasa juga telah membuat lawatan tapak ke semua 5 sekolah tersebut. Sekolah-sekolah yang dilawat dan laporannya adalah seperti berikut:
1) SJKT Gunung Rapat. Sekolah ini telah memohon satu tapak baru untuk membina bangunan di kawasan Ampang. Tanah seluas 3 ekar telah dijanjikan oleh Datuk Bandar pada 19/10/2011. Kemudian kerajaan telah mungkir janji dan cuba memberikan tanah yang dijanjikan itu kepada PAFA. Jawatankuasa pernah mengadakan dialog dengan ibubapa dan menganjurkan satu perhimpunan aman mengenai masalah sekolah ini pada 2/10/2012. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiddin Yassin juga telah menjanjikan peruntukan RM2.5 juta untuk membina bangunan baru di tanah yang dijanjikan oleh Datuk Bandar.
2) SJKT Menglembu. Sekolah ini telah memohon untuk bangunan baru. Padang sekolah itu sering kali tidak dapat digunakan kerana sentiasa ditakung air terutamanya selepas hujan. Masalah ini telah dibangkitkan berpuluh kali tetapi seolah-olah jatuh di telinga pekak. Jawatankuasa juga telah mengadakan forum dengan ibubapa dan menyerahkan memorandum kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Tetapi tidak ada sebarang maklum balas setakat ini.
3) SJKT Changkat. Sekolah ini tidak mempunyai padang permainan. Permohonan telah dibuat kepada kerajaan negeri untuk memberikan tanah seluas 1.3 ekar dibelakang sekolah itu untuk dijadikan padang permaian. Tetapi, kerajaan menjawab soalan bertulis di Dewan Negeri Perak bahawa tanah itu akan diberikan untuk projek Taska PERMATA, satu projek kerajaan Persekutuan.
4) SJKT Holyroad. Sekolah ini hanya mempunyai 2 orang murid. Ini adalah kerana penduduk-penduduk estet di kawasan itu telah berpindah ke bandar dan tempat-tempat lain. Jika dibiarkan begitu sahaja sekolah ini akan ditutup bila-bila masa. Kerajaan berjanji untuk tapak ganti dan menggunakan lesen SJKT Holyroad untuk membuka sebuah sekolah baru di Taman Kaya, Taiping. Tetapi, tidak ada sebarang maklum balas mengenai perkara ini daripada mana-mana pihak setelah janji kosong dibuat oleh kerajaan.
5) SJKT Gopeng. Sekolah ini sedang dimakan anai-anai. Laporan Jabatan Kerja Raja sendiri membuktikan sekolah ini berada dalam keadaan yang buruk. Sebuah bilik darjah telah ditutup. Keadaan sekolah ini membahayakan keselamatan murid-murid. Jawatankuasa ini juga telah berjumpa dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya untuk membincangkan hal ini. Sekolah ini memerlukan satu bangunan baru dua tingkat untuk keperluan masa hadapan, bukan sekadar memperbaiki bahagian yang dimakan anai-anai sahaja.
Berhubung dengan masalah sekolah-sekolah Tamil di atas, satu perjumpaan telah diadakan pada 17/2/2012 di Pejabat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Medan Istana Ipoh. Mesyuarat itu dihadiri 50 orang yang dijemput khas oleh jawatankuasa Tamilpalli Thiruvukkulu. Para hadirin adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat India yang mencintakan bahasa ibunda.
Dalam mesyuarat tersebut masalah kelima-lima sekolah itu telah diberi penerangan secara terperinci oleh V.Sivakumar, ADUN Kawasan Tronoh. Selepas penerangan itu, sesi dialog juga dibuka kepada para hadirin untuk memberi pandangan dan komen mereka berhubung dengan masalah sekolah-sekolah Tamil di Perak. Para hadirin telah berkongsi pendapat mereka untuk memberi galakan, sokongan dan dokongan kepada Jawatankuasa Tamilpalii Thiruvukkulu.
Di akhir mesyuarat itu, satu resolusi telah diluluskan secara sebulut suara. Resolusi itu berbunyi seperti berikut:
‘Masalah kelima-lima sekolah itu perlu diberi perhatian segera. Oleh itu, satu memorandum akan diserahkan kepada Presiden MIC Dato Seri Palanivellu dalam tempoh terdekat. Beliau telah mengambil alih pucuk pimpinan MIC negeri Perak. Ini adalah cabaran pertama kepada beliau untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diutarakan jika kerajaan benar-benar serius dalam menangani masalah sekolah-sekolah Tamil. Penyelesaian harus dilakukan sebelum PRU13, bukan sekadar janji kosong pilihanraya’
Langgan:
Catatan (Atom)