Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013


SELAMAT TAHUN BARU 2013

SALAM PERJUANGAN!

SALAM UBAH

Khamis, 27 Disember 2012



KEDUDUKAN KAUM INDIA PERLU DIKEKALKAN !!!









KONGRES DAP DI PULAU PINANG !!!



Rabu, 26 Disember 2012

Ahad, 23 Disember 2012

TMP Mungkir Janji Sekolah Tamil


Kenyataan Media YB V.Sivakumar ADUN Tronoh & Timbalan Pengerusi DAP Perak di Ipoh pada 23/12/2012
TMP Mungkir Janji Sekolah Tamil

Tan Sri Muhiddin Yassin telah menjanjikan RM2.5juta untuk pembinaan banguanan baru untuk SJKT Gunung Rapat. Janji ini dibuat pada bulan November 2011 sewaktu beliau berucap di Progaram Pesta Deepavali di Little India, Jalan Lahat, Ipoh. Ucapan itu dibuat dihadapan ribuan orang-orang India yang datang ke pesta itu. Tetapi, sehingga hari ini wang yang dijanjikan itu masih belum sampai lagi. Adakah beliau membuat janji kosong semata-mata untuk meraih sokongan dan undi masyarakat India? 

Saya telah membawa isu ini dalam persidagan belanjawan Dewan Negeri Perak baru-baru ini. Saya memberitahu dewan yang mulia bahawa tapak baru diluluskan  oleh kerajaan  negeri di Ampang pada bulan Mei 2012. Dato Hamidah Osman, ADUN Sungai Rapat dan Dato Veerasingam, Penasihat kepada Menteri Besar Perak telah menyerahkan dokumen geran tanah itu kepada pihak sekolah dan PIBG. Dalam majlis penyerahan  kelulusan tanah itu, Dato Hamidah menjanjikan bahawa kerja-kerja pembinaan akan bermula dalam tempoh 3 bulan dan banguanan baru itu akan siap bina selepas 1 tahun. 

Tetapi, sekarang sudah 7 bulan tetapi tidak ada apa-apa perkembangan tentang bangunan baru untuk sekolah tersebut. Dato Hamidah juga membuat janji kosong ini menjangkakan pilihanraya akan diadakan dalam tempoh terdekat ketika membuat janji tersebut. Barisan Nasional telah menipu masyarakat India selama lebih 50 tahun dan masih meneruskan usaha-usaha itu dengan mempermainkan perasaan hati mereka.

Saya terpaksa bertikam lidah dengan Dato Hamidah Osman  dalam persidangan Dewan negeri kali ini. Beliau mendakwa bahawa beliaulah yang telah berusaha untuk mendapatkan tanah untuk SJKT Gunung Rapat. Saya menegaskan dalam dewan yang mulia bahawa SJKT Gunung Rapat mendapat tanah  di Ampang atas usaha dan perjuangan Pakatan Rakyat. Barisan Nasional telah melakukan pelbagai muslihat untuk menafikan hak sekolah itu. Apabila Barisan Nasional tidak dapat mengawal keadaan, mereka telah meluluskan tanah di Ampang dalam keadaan yang terdesak. Sekarang mereka cuba mendapat nama baik dengan mengatakan Barisan Nasional telah memberi tanah itu. Walau bagaimanapun rakyat Perak dan kaum India khususnya tahu siapakah yang telah  berjuang mati-matian untuk sekolah Tamil tersebut.

Dalam menjawap perbahasan saya, Dato Hamidah mengatakan bahawa projek ini masih belum boleh  dimulakan kerana pihak PIBG mahu peruntukan tambahan untuk membina banguanan yang lebih besar daripada cadangan asal. Beliau mendakwa pihak PIBG sekolah itu telah memohon peruntukan tambahan kerana wang peruntukan RM2.5juta  yang dijanjikan  oleh Timbalan Perdana Menteri adalah tidak memadai.
Saya ingin tahu adakah Dato Hamidah bercakap benar? Pihak PIBG SJKT  Gunung Rapat harus menjelaskan perkara ini untuk pengetahuan umum. Berapakan peruntukan tambahan yang dimohon oleh PIBG? Adakah pelan bangunan baru untuk sekolah itu sudah disiapkan? Pihak sekolah, PIBG dan kerajaan negeri tidak seharusnya mengelirukan rakyat dalam isu yang sensitif ini. 


Saya juga ingin menanyakan kepada Dato Hamidah, jika benar permohonan peruntukan tambahan telah dibuat oleh pihak PIBG, kenapa peruntukan itu masih belum diluluskan lagi?

Jumaat, 21 Disember 2012

TEKS PERBAHASAN YB V. SIVAKUMAR DI SIDANG DUN PERAK KE-12 PADA 20 DISEMBER 2012


Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ketua-ketua Jabatan yang berada di Dewan yang mulia ini.

Saya rasa sungguh teruja untuk membahaskan Belanjawan Perak 2013 yang merupakan belanjawan terakhir bagi Dewan Negeri Perak yang ke-12.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Sg Rapat yang memuji saya semalam kerana sentiasa turun padang di kawasan-kawasan ADUN BN yang lain. Ini merupakan satu pengiktirafan yang diberikan oleh EXCO Kanan BN sendiri bahawa saya rajin turun padang menyelesaikan masalah rakyat.

Untuk maklumat Yang Berhormat Sg Rapat, saya masuk kawasan orang lain semata-mata untuk membantu rakyat yang menjemput saya. Saya tidak masuk kawasan-kawasan lain di atas kapasiti ADUN Tronoh tetapi sebagai Timbalan Pengerusi DAP Perak yang berhak untuk jelajah seluruh Perak mendengar rintihan rakyat.

Di sini, saya juga ingin memperbetulkan YB Sg Rapat yang membuat komen bahawa saya tidak menjaga kawasan saya. Ini adalah tidak betul dan satu tuduhan yang tidak akan dipercayai oleh mana-mana pihak. Saya berada di DUN saya hampir setiap hari. Kalau tidak percaya, sila masuk ke Facebook saya atau ikuti saya dalam Twitter ‘sivatronoh’ untuk mengetahui aktiviti-aktiviti saya.

Untuk makluman YB Sg Rapat, Facebook dan Twitter saya adalah percuma, dan tidak dibelanjakan berjuta-juta ringgit seperti Menteri Pelancongan ‘Curi-curi Malaysia’.

1.  MASALAH BANJIR DI TAMAN TIEN SHIEN
Penduduk Taman Tien Shien, Batu Gajah sering menghadapi masalah banjir apabila hujan lebat turun. Banjir kilat ini berpunca daripada Sungai Resam dan longkang-longkang di sekitar kawasan perumahan Taman Tien Shien. Perkara ini telah dibawa kepada perhatian pihak JPS dan MDBG tetapi tidak ada tindakan susulan sehingga hari ini. Pada tahun 2008, pihak kerajaan telah membelanjakan RM2.4juta untuk menaik taraf sungai tersebut. Tetapi tidak ada apa-apa kesan daripada wang yang dibelanjakan. Mohon kerajaan memberi maklum balas mengenai hal ini.

2.  SJKT GUNUNG RAPAT
Pada 24 Mei 2012, YB Sg Rapat dan Penasihat kepada Menteri Besar Dato’ Veerasingam telah memberikan geran tanah kepada SJKT Gunung Rapat. Semasa pesta Deepavali 2011, di Little India Jalan Lahat, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan RM2.4juta untuk projek pembinaan bangunan baru di tapak yang diluluskan di Ampang. YB Sg Rapat juga telah menjanjikan bahawa kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam tempoh 3 bulan dan bangunan akan siap dibina dalam jangkamasa satu tahun. Tetapi sehingga hari ini, sebiji bata pun tidak sampai di tapak baru yang diluluskan. Ini adalah satu lagi janji capati Barisan Nasional untuk menipu kaum India negeri Perak khususnya penduduk Gunung Rapat.
   
SJKT MENGLEMBU
Begitu juga SJKT Menglembu, masih menunggu selama lebih 5 tahun untuk peruntukan wang daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina bangunan baru. Setiap kali apabila saya membangkitkan isu ini pihak MIC dengan serta-merta membalas kenyataan media bahawa peruntukan sudah diluluskan dan akan sampai pada bila-bila masa. Saya tidak tahu jalan mana yang diambil oleh wang peruntukan itu untuk sampai ke Ipoh. Lebuhraya Utara-Selatan atau jalan lama kerana begitu lama untuk wang peruntukan dari Putrajaya sampai ke Ipoh.

3.  VADAI GERGASI
Baru-baru ini satu program yang amat melucukan telah dianjurkan di kawasan Kacang Putih, Buntong. Program membuat Vadai Gergasi untuk Malaysia Book of Records. Saya tidak tahu apa keistimewaan program ini. Kalau guna sikit tepung, vadai yang kecil, kalau guna banyak tepung, vadai yang besar, what is so special about it? (dengan izin). Inipun mahu masuk dalam Malaysia Book of Records. Sungguh memalukan! Dunia sedang menuju ke arah teknologi maklumat canggih tetapi golongan ini buat Vadai Gergasi untuk menipu rakyat. Program ini dianjurkan sempena Tahun Melawat Perak 2012 yang dirasmikan oleh YB Sg Rapat. Dalam program itu, YB Sg Rapat berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM50 ribu untuk membuat Vadai Gergasi. Persoalannya sekarang, wang peruntukan itu adalah wang YB Sg Rapat sendiri atau peruntukan kerajaan negeri?

4. PAPAN
    Kerajaan telah meluluskan tapak seluas 560 ekar untuk pelupusan sisa pepejal di Papan. Projek ini telah dimulakan pada 1 April 2012 tetapi ia tidak dapat beroperasi penuh kerana terdapat lebih kurang 30 orang petani-petani dan penternak-penternak yang sedang mengusahakan tanah tersebut. Akibatnya seringkali bau busuk menjadi aduan penduduk Pusing, Bukit Merah, Papan, Menglembu, Batu Gajah Perdana dan Lahat. Saya telah membangkitkan isu ini beberapa kali tetapi hanya didengari oleh telinga-telinga pekak. Petani-petani dan penternak-penternak itu sentiasa diberi janji kosong oleh kerajaan untuk memberi tanah gantian. Setakat ini mereka tidak diberi tanah tetapi sentiasa diusir oleh operator pelupusan sisa pepejal.

Baru-baru ini air kotor dari tapak pelupusan sampah itu disalurkan ke dalam kolam-kolam ikan yang diusahakan oleh penternak-penternak itu. Akibatnya ratusan ribu ikan yang diternak itu telah mati. Air kolam ini pula memasuki Sungai Papan kemudiannya ke Sungai Johan dan seterusnya ke Sungai Kinta.

Sudah pasti sungai-sungai itu telah tercemar akibat tindakan yang tidak bertanggungjawab itu. Adakah pihak Jabatan Alam Sekitar sedar tentang perkara ini? Adakah kerajaan benar-benar ingin dan akan membantu petani-petani dan penternak-penternak ini ataupun mereka akan ditipu dengan janji kosong BN?

Saya cukup khuatir kerana ‘orang mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih’.

5. 2000 EKAR
Kerajaan sekali lagi telah memperdayakan masyarakat India dengan tipu muslihat pemberian tanah 2000 ekar untuk sekolah-sekolah Tamil di Negeri Perak. Tanah itu tidak pernah diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil. Tanah itu diberikan kepada Yayasan Perak. Yayasan Perak bukanlah satu badan atau organisasi kaum India. Ini adalah satu ‘modus operandi’ kerajaan BN untuk mengaburi mata masyarakat India.

Mengikut Laporan Audit terkini, Yayasan Perak telah berhutang dengan Agro Bank dan Bank Rakyat sebanyak RM74 juta. Kedudukan kewangan Yayasan Perak sendiri dalam keadaan melarat. Kerajaan belikan 2000 ekar tanah kepada organisasi yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Tanah ini perlu diselamatkan dengan serta-merta. Jika tidak, masyarakat India akan ditipu lagi oleh kerajaan BN.

Banyak juga buaya-buaya darat sudah membuka mulut tunggu untuk telan 2000 ekar tanah yang diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil itu.

Status tanah 2000 ekar untuk sekolah-sekolah Tamil itu pada hari ini adalah seolah-olah ‘ikan digantung kucing tunggu’. Apakah salahnya kerajaan memberikan 2000 ekar tanah itu di atas nama kesemua 134 sekolah Tamil dan diselenggarakan oleh pemegang amanah untuk sekolah-sekolah Tamil di Perak?

Saya juga menasihatkan kerajaan ini supaya jangan sekali-kali memberikan amanat itu kepada orang-orang MIC dan kroni-kroninya untuk menguruskan tanah itu.

6.  NOTIS ROBOH KUIL
Semalam saya terbaca di dalam akhbar Tamil bahawa tidak ada sebarang notis dikeluarkan untuk merobohkan kuil Hindu di Tg Rambutan. Kenyataan ini diberikan oleh Yang Berhormat Pangkor sendiri.

Tetapi, ada atau tidak notis untuk merobohkan rumah-rumah ibadat dikeluarkan oleh pihak Kerajaan Tempatan sepanjang tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 di Perak? Adakah notis-notis yang dikeluarkan itu masih sah? Saya mohon dan mestikan jawapan kerajaan untuk hal ini.

Dalam masa pemerintahan Pakatan Rakyat, kami ada polisi bahawa sebelum notis merobohkan rumah ibadat, perlu mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Adakah polisi itu masih diteruskan oleh kerajaan BN atau kuasa mutlak diberikan kepada Kerajaan Tempatan?

7.  RIZAB SEKOLAH
Saya juga ingin tahu berapakah jumlah sekolah-sekolah Tamil dan Cina yang masih tanahnya belum dirizabkan lagi? Sila berikan sebab-sebab kenapa perkara ini masih tidak dilaksanakan lagi. Di sini, saya mahu membawa kepada perhatian Dewan Negeri yang mulia ini bahawa SJKT Kampar dan SJKT Changkat masih tidak dirizabkan lagi tanahnya walaupun bangunan besar telah dibina bertahun-tahun lamanya. Apakah muslihat kerajaan untuk tidak merizabkan tanah untuk sekolah-sekolah ini?

Dalam masa yang sama saya juga ingin tahu kenapa pihak kerajaan gagal untuk melantik Pengarah di Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Jawatan ini telah dikosongkan pada 4 November 2011dan tidak ada gantian sehingga hari ini.

8.  RADIOAKTIF DI BUKIT MERAH
Sisa-sisa radioaktif telah ditanam di kawasan Papan sejak pertengahan tahun 80-an. Sekarang kerja-kerja pindah dan menempatkan semula bahan-bahan buangan radioaktif sedang dilakukan di situ. Adakah ini dilakukan kerana kerajaan terdapat bacaan radioaktif yang positif di kawasan itu? Saya mahu kerajaan bercakap benar berhubung dengan hal ini. Saya tidak mahu pihak kerajaan menutup hal ini kerana takut reaksi atau bantahan rakyat Perak.

Datuk Bandar Ipoh pernah berkata bahawa kawasan itu tidak sesuai untuk pertanian dan penternakan kerana kawasan itu dicemari oleh radioaktif.

Saya mohon kerajaan supaya dedahkan laporan yang diberikan oleh Atomic Energy Licensing Board mengenai pembocoran radioaktif di kawasan tersebut.

Saya difahamkan, kini sisa-sisa radioaktif di Papan itu ditanam dan dikebalkan dengan dinding yang boleh bertahan selama 300 tahun. Adakah perkara ini benar? Inilah nasib yang diterima oleh negeri yang tercinta ini kerana membenarkan industri yang mara bahaya disebabkan ketamakan kerajaan BN.

Marilah kita bersama-sama, di sebelah sini dan di sebelah sana, membantah projek Lynas di Kuantan untuk selamatkan ibu-bapa, adik-beradik, saudara-mara dan kaum kerabat kita yang bakal teraniaya jika projek dajal itu diteruskan. Kemasukan Lynas ke negara ini seolah-olah kita membenarkan iblis memasuki bumi syurga.

9.  ORANG ASLI
     Saya tertarik dengan kenyataan media yang dibuat oleh Pangkor pada 10 Oktober 2012 ‘kongsi ilmu perubatan herba, warisan masyarakat orang Asli ada potensi untuk dikembangkan’.

Orang Asli di Kampung Air Denak bertapak di situ sejak tahun 1942. Mereka menjalankan aktiviti mencari hasil-hasil hutan seperti ubi kayu, buah-buahan dan lain-lain untuk sumber makanan. Mereka juga memburu binatang dan mencari hasil hutan seperti rotan, pucuk-pucuk kayu untuk tujuan perubatan dan sebagainya. Penduduk kampung juga turut mengadakan upacara pemujaan nenek moyang untuk menjaga kawasan yang didiami dan perubatan tradisional mengikut kepercayaan adat rasmi Orang Asli. Orang Asli di Kg Air Denak mengadu bahawa ada peneroka-peneroka dan pengusaha-pengusaha dari luar telah membuka ratusan ekar hutan di sekeliling penempatan mereka. Siapakah peneroka-peneroka ini?

Kenapa mereka mengganggu penduduk Air Denak dan merosakkan habitat dan punca pendapatan mereka? Kalau hutan di sekeliling kampung itu habis dibersihkan, bagaimanakah orang-orang Asli di kawasan ini akan menjalani kehidupan mereka?
Satu memorandum yang ditandatangani oleh penduduk Kg Air Denak telahpun diserahkan kepada Kerajaan Negeri Perak tetapi tidak ada sebarang tindakan ataupun maklumbalas sehingga kini daripada pihak Kerajaan.

Saya cuma ingin mengingatkan kerajaan bahawa ‘jangan disangka ikan lais-lais tidak menyengat’. Orang Asli juga tahu hak mereka di bumi tercinta ini.

 10. KAMPUNG SENGAT ESTET
  Kampung Sengat Estate yang didiami oleh lebih kurang 40 buah keluarga miskin sejak tahun 1979 masih tidak mendapat tanah yang dijanjikan oleh MIC. Setiap kali pilihanraya umum, janji-janji manis ditaburkan oleh pemimpin MIC. Selepas pilihanraya, mereka menghilangkan diri.

Adakah kerajaan berhasrat untuk meluluskan 13 ekar tanah di Kampung Sengat Estate itu untuk mereka yang amat memerlukan geran tanah tersebut. Saya juga ingin mengetahui samada sasaran setinggan sifar sudah dicapai ataupun tidak?

 Jika tidak, saya mohon supaya senaraikan setinggan-setinggan yang masih belum diselesaikan berserta dengan sebab-sebab kegagalan tersebut.

11. KHALWAT PASANGAN BUKAN ISLAM DI KELANTAN
Baru-baru ini dua pasangan kekasih bukan Islam dilaporkan ditangkap khalwat oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan. Ketua Pemuda MCA Negeri, Gan Han Chuan berkata kes itu adalah pertama kali dalam sejarah dimana pasangan bukan Islam dikenakan tindakan yang sepatutnya dikhususkan kepada orang Islam. Beliau juga mendakwa pegawai penguatkuasa berkenaan hilang kewarasan dan cuba melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya ingin tunjukkan  kenyataan media Star Nation, mukasurat 16, yang bertarikh 28 Mei 2003. Akhbar itu melaporkan bahawa  seorang pelajar kolej berbangsa Cina mendakwa beliau dan kekasihnya ditangkap berpegang tangan di Padang Ipoh pada 13 April 2003. Saman telah diberikan kepada kedua-dua pasangan itu dibawah Ipoh Municipal By Law 1985.

Terbukti, Ketua Pemuda MCA Negeri Kelantan, Gan Han Chuan adalah seorang penipu.

Saya ingin tanya Dewan Yang Mulia ini, sama ada undang-undang ini masih wujud atau tidak di Negeri Perak? Dan di mana perginya pemimpin-pemimpin MCA ketika itu yang tidak membantah undang-undang tersebut.

Selain daripada itu, seorang lagi remaja berbangsa India berumur 20 tahun ditangkap kerana berbual-bual dengan teman sekolahnya di tangga Perpustakaan Tun Razak pada 6 Mei 2003. Mungkin banyak lagi kes-kes seperti ini ditangkap dan tidak dilaporkan di Negeri Perak.

MCA hanya mencari publisiti murahan untuk meraih sokongan pengundi-pengundi Cina dengan fitnah dan pembohongan.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan selamat bersara kepada YB Pengkalan Hulu, seorang pemimpin yang dikagumi dan disegani oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasanya tetap akan dikenang.

Untuk yang lain, marilah kita bersama-sama turun gelanggang pilihanraya secara gentleman (dengan izin) tanpa sebarang tipu muslihat dengan jaminan Malaysia, Untuk Rakyat Malaysia.

Salam Ubah.


Terima kasih.

Khamis, 13 Disember 2012



Lubang Besar Yang Merbahaya Di Taman Pusing Baru !!! 



Rabu, 12 Disember 2012



Bolehkah MIC Dapatkan Peruntukkan untuk Kuil Sri Subramaniar Tronoh sebelum PRU 13 ????  




UBAH TRACK DI KG.BALI, TRONOH !!!!






GELANGGANG BOLA KERANJANG YANG BARU DIBINA DI BELAKANG PASAR PUSING TELAH RETAK!!!!






Sambutan Deepavali 2012 Di Pekan Tronoh!!!





Jumaat, 23 November 2012




PERTANDINGAN MEWARNA DI BEMBAN !!!!!!



Rabu, 21 November 2012

Sumbangan Deepavali Oleh Wanita Pakatan Rakyat Perak


SUMBANGAN DEEPAVALI DARIPADA 
WANITA PAKATAN RAKYAT PERAK





SAMBUTAN DEEPAVALI DI KINTA VALLEY


SAMBUTAN DEEPAVALI DI 
KINTA VALLEY



Selasa, 20 November 2012

GELANGGANG BOLA KERANJANG RETAK




GELANGGANG BOLA KERANJANG DI PASAR PUSING YANG BARU DIBINA SUDAH RETAK



Isnin, 19 November 2012

SAMBUTAN DEEPAVALI DI TAIPING




今日新闻 : 倪可敏吁人民拒绝贪腐打击腐败    来届大选用选票来挽救国家
(太平 18日讯)
太平区国会议员倪可敏今日呼吁人民拒绝贪腐、打击腐败,在来届大选用选票来挽救国家。
也是行动党副总财政的倪可敏指出,下个月我国的国债将首次突破5千亿大关,达到528亿,可是虽然债台高筑,政府对庞大债务却束手无策,反而举债来派钱,这种做法无异于饮鳩止渴。
倪可敏指出,现今我国一年只是偿还国债的利息就高达225亿,这笔庞大金额巳足够兴建几十间大学。
债务高企却无重大建设
倪可敏指出,在国阵冶理下,虽然欠债巳逾5千亿,我国在过去十年却完全没有任何重大与突破性的建设,不但公共交通乏善可陈,连道路网络主要还是依赖1980年代末期兴建的南北大道;反观本区域许多国家,捷运、地铁、高铁等重大建设巳陆续完工与启用,这方面大马巳远远被抛在后头。〝看看中港台及新加坡,我国政府的表现实在差強人意。〞倪氏强调。
倪可敏指出,多年前政府曾提出兴建吉隆坡直通新加坡的子弹火车计划,可是至今全都沦为纸上谈兵。
                                                太平行动党屠妖节开放门户庆典
倪可敏今日出席太平行动党主办的屠妖节开放门户庆典上致词时如是表示。这场于后廊公共蓝球场举行的屠妖节开放门户庆典成功吸引近600名印裔同胞出席,出席的其他领袖尚包括行动党州署理主席西华古玛州议员、后廊区州议员姚天和及太平行动党国州议员服务队主席廖泰义等,场面盛大热闹。
() 1 : 行动党领袖受邀主持屠妖节点灯仪式,象征〝点亮光明、驱赶黑暗〞。前排左二起廖泰义、姚天和、倪可敏及西华古玛等。

() 2 : 姚天和、倪可敏及西华古玛等与精心打扮装上印度沙丽的女党员合照,展现行动党多元文化的一面。




Jumaat, 16 November 2012




PERKHIDMATAN MENGISI BORANG BR1M DI KG. BARU BEMBAN !!!!





BANJIR DI TAMAN MEDAN PUSING..






Jumaat, 9 November 2012





BANJIR DI KG. JERNEH, BATU GAJAH !!!!!






BANJIR DI KAWASAN BATU GAJAH !!!!




Khamis, 8 November 2012




JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT !!!!!!




‘SHAME SHAME, PUPPY SHAME! FOR K. ESWARAN’



MEDIA STATEMENT FROM 
YB V. SIVAKUMAR, TRONOH STATE ASSEMBLYMAN,
ON 07 NOVEMBER 2012

‘SHAME SHAME, PUPPY SHAME! FOR K. ESWARAN’



IT IS SHAMEFUL FOR A CHAMBER’S CHAIRMAN TO SPEAK WITHOUT KNOWING FACTS!
Malaysian Associated Indian Chamber of Commerce and Industry (MAICCI) chairman Datuk Kenneth Eswaran should be aware and know of what he is talking about and not blurt out words to just please someone else by shadowing the facts. K. Eswaran is advised to concentrate on his chambers work rather than involve in politics that I had noted he has shallow knowledge about it. It is not wise for a man in his position to criticize the opposition politicians without knowing the facts and figures. Do not behave as a clown by taking an opportunity criticizing the Opposition politicians. 
In K. Eswaran’s statement, he had condemned the Opposition as a ‘family party’. This statement shows K. Eswarans’s ignorance in Malaysian politics. if he says PKR and DAP top positions are held by family members, what has he got to comment to these questions : who is Najib’s father? Who is Hishamuddin’s father?
Does this MAICCI’s chairman knows that Mahathir is trying his level best to make his son as MB of Kedah? How about Samy Velu’s son’s political base? Did he not think that Ling Leong Sik had groomed his son in politics? How about the Ong brothers? Aren’t all these people I had mentioned, families? I can add on to the list if he needs more info. Do not embarrass by making foolish remarks because as a chairman of a Chamber, K. Eswaran has to have a standard to maintain. 
It is better for this MAICCI Chairman to concentrate 100% on his Chambers work and only mind his own business. There are so many problems in MAICCI that I am also been aware of that it is advised for the Chairman to solve that problems rather than interfering in the politics, which is alien to him. I am sure the MAICCI members will be happy if its Chairman does so. 
The Indian community in Malaysia is so much back ward in business. There are so many poor Indians in Malaysia that K. Eswaran can help out. 
K. Eswaran commented on Hindraf supporting Pakatan Rakyat because of the recent meet up session between Hindraf’s Chief and DSAI. He also told the Indians not to be taken as a ride. Is K. Eswaran saying that Hindraf has taken the Indians for a ride? Where was K. Eswaran when hundreds of thousands of Indians gathered in KL on 25/11/2007?  Did he come out to support the Indians? I am sure, he did not. Shame on you! And you do not have the right to talk about Hindraf! Most of the Indian MPs and SAs were there for PR taking part on the struggle and still are fighting for Indians. If it was not because of these struggles, we Indian would not have got even a peanut that Najib and his government are giving now. This includes whatever allocation that this chamber is getting now to win back Indian votes. 
K. Eswaran must not forget that whatever the Indians are getting now is not because Najib is doing it full-heartedly. He’s doing it in the fear of losing. He is kneeling sown to the Indian community simply because he has lost supports from the Chinese and Malay communities. 
So, K. Eswaran please do not sell out the Indians in this country for your own bread and butter. 
Is K. Eswaran panicked when he issued his statement? He said that if opposition really wants to help the Indians, it should give more seats to the Indians in the next GE. Is he throwing a challenge? He is making a joke out of himself! Like I said earlier, K. Eswaran does not have politics knowledge. K. Eswaran, did you not know the fact that Opposition’s Indians’ state seats were more than BN-MIC seats? For example, 7 seats in Perak were contested by Opposition Indians and BN-MIC contested only 4! As for Parliament seats in Perak, Opposition Indians had contested 3 seats and BN-MIC had shaming 2-seats. The scenario is nearly the same in almost all states. Furthermore in PR ruling states there are more numbers of Indian Councilors were appointed compared to BN-governances’ era. 
In addition, Perak was the first state in Malaysia to have appointed an Indian Speaker during its PR ruling. Why did BN never do this before nor in it’s any other ruling state as Johor? Another proud fact, PR had also appointed an Indian First Deputy Chief Minister in Penang. 
I am indeed glad to feed K. Eswaran with some political facts. PR has a proven track and we believe that action speaks better than words. 
Is K. Eswaran openly supporting Najib thinking that Najib would give him a seat to contest in GE-13? 
If Najib’s 1Malaysia is true and has his support for Indians, can he give more seats for Indians to contest in GE13 compared to GE12’s number?