Isnin, 27 Julai 2009

Masalah Setinggan Ara Payung Mesti Diselesaikan


Setinggan Ara Payung, Batu Gajah wujud lebih daripada 40 tahun. Banyak janji-janji kosong telah ditaburkan kepada penduduk Ara Payung setiap kali hampirnya pilihanraya umum. Tetapi, masalah ini tidak dapat diselesaikan lagi. Selepas pilihanraya umum yang lepas pada 8 Mac 2008. Penduduk-penduduk Ara Payung telah menghubungi YB V.Sivakumar untuk membantu menyelesaikan masalah setinggan ini. YB V.Sivakumar telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan Jawatankuasa Penduduk Ara Payung dan pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Kinta berhubung dengan perkara ini. Pada 23 Julai 2009, Pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah dan Daerah Kinta telah mengadakan mesyuarat dengan penduduk-penduduk setinggan Ara Payung dan menyemak senarai nama penghuni-penghuni setinggan yang terlibat. Hampir semua kerja-kerja awal telah dilaksanakan. Boleh dikatakan 90% kerja telah selesai termasuk melukis plan lokasi dan susun atur. Pejabat Tanah dan Daerah hanya perlu mengeluarkan geran kepada 38 keluarga yang terlibat. Turut hadir pada mesyuarat itu ialah YB V.Sivakumar dan YB Chang Li Kang (ADUN Teja)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan