Selasa, 8 Mac 2011

LAWATAN KE PASAR BATU GAJAH


Pagi tadi, telah membuat satu lawatan ke Pasar Batu Gajah, untuk berjumpa dengan pegerai-pegerai dan juga orang awam yang datang membeli-belah di pasar ini.

Pada masa yang sama, telah mengunjungi pegerai-pegerai daging khinzir yang berniaga di sini.

Pada tahun 2010, aduan telah diterima daripada pegerai-pegerai daging khinzir mengenai kerosakan tingkap dan cermin-cermin yang telah pecah.Di sekeliling pasar pula ditutupi dengan kepingan-kepingan zink sebagai ‘dinding’, yang juga kelihatan dalam keadaan amat buruk.

Kedua-dua aduan ini telah dibawa ke Majlis Daerah Batu Gajah.

Selepas beberapa kali membangkitkan isu ini, akhirnya tindakan telah diambil oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.

MDBG telah merobohkan zink-zink itu dan naikkan dinding bata yang lebih kemas dan teguh. Cermin-cermin yang pecah tidak digantikan, tetapi tingkap-tingkap yang rosak telah dipasang dengan dawai jaring.

Pegerai-pegerai berasa puashati dengan tindakan penyelesaian.

Walaubagaimanapun, mereka sarankan bahawa kajang (awning) dipasangkan pada satu bahagian dinding pasar tersebut. Ini adalah oleh kerana tiada penghadang atau gelas pada tingkap-tingkap ini. Ia menyebabkan kerosakan hartabenda seperti peti sejuk dan sebagainya. Oleh itu, dengan pemasangan kajang, masalah ini boleh diatasi.

Lawatan juga telah dibuat ke gerai-gerai menjual ayam, sayur, ikan dan juga ke lain-lain gerai makanan di sekeliling Pasar Batu Gajah.

ANWAR DIGANTUNG

Pada Persidangan Parlimen penggal keempat (ke-4) selepas Pilihanraya Umum Ke-12, tercatat satu lagi peristiwa hitam yang memburukkan lagi imej negara di arena antarabangsa. Hari ini kita dapat melihat satu persidangan yang cacat yang pasti akan menjadi bahan ketawa seluruh umat manusia yang percaya dan berpegang kepada amalan demokrasi.

Persidangan yang dibuka oleh Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac telah dilangsungkan tanpa adanya Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perlakuan ini telah menjejaskan amalan demokrasi dan juga dengan jelasnya menggambarkan kekejaman kerajaan Barisan Nasional yang memerintah secara kuku besi.

Apa gunanya ada Parlimen apabila Ketua Pembangkang dinafikan hak untuk berbahas mengenai isi kandungan titah ucapan DiRaja yang akan menjadi landasan dasar-dasar dan arah tuju negara?

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang telah digantung dari menghadiri persidangan Parlimen selama 6 bulan oleh Speaker Dewan Rakyat. Ini sudah tentu atas arahan kerajaan Barisan Nasional yang zalim. Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet bersama-sama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain kecut untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya soalan berkaitan dengan hubungan negara kita dengan APCO.

Parlimen adalah satu-satunya tempat yang mempunyai imuniti untuk Wakil Rakyat membangkitkan apa jua isu berkaitan negara kita ini. Tidak ada sesiapa yang mempunyai kuasa untuk menghalang ahli-ahli Parlimen untuk membangkitkan sesuatu masalah yang melibatkan negara ini. Atas tujuan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bangkitkan isu APCO bersama bukti-bukti yang kukuh. Tetapi beliau telah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di dalam Persidangan Dewan Rakyat lepas.

Jawatankuasa ini telah mengambil keputusan untuk menggantung beliau untuk masa selama 6 bulan. Beliau seharusnya diberi peluang untuk memberikan penjelasan sepenuhnya berkaitan dengan tuduhan beliau yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menandatangani kontrak dengan syarikat APCO yang juga berfungsi sebagai penasihat bagi Israel. Kontrak ini telah menelan belanja sebanyak RM70 juta. Wang ini adalah wang rakyat Malaysia yang boleh dipersoalkan oleh Ketua Pembangkang. Apatah lagi, secara langsung, perkara ini melibatkan keselamatan negara kita. Tetapi kerajaan Barisan Nasional yang zalim ini telah menggunakan jalan pintas yang juga boleh sifatkan sebagai taktik pengecut kerajaan Barisan Nasional, untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan dan menunjukkan bukti-bukti yang kukuh mengenai hujah beliau di Dewan Rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional telah mempergunakan Speaker Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan menggantungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan selama 6 bulan. Satu daripada komponen utama Parlimen Malaysia ialah Ketua Pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya diberi ruangan yang secukupnya untuk membahaskan perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk kebaikan, kemajuan, kebajikan dan kesejahteraan Malaysia. Tetapi malangnya, beliau tidak hadir ke Parlimen pada persidangan kali ini kerana telah digantung oleh pihak kerajaan untuk melarikan diri daripada kesalahan mereka sendiri.

MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

Telah menghadiri kenduri majlis perkahwinan anak lelaki Sdr Vijakumar, Setiausaha Organisasi saya, pada 05hb Mac 2011 di Kampung Muhibbah, Ara Payung, Batu Gajah.

Ahad, 6 Mac 2011

RISALAH PERKASA MELAMPAU!

PERKASA telah menerbitkan risalah di Merlimau dengan gambar aktivis HRP/Hindraf ditangkap PDRM pada 27 Februari 2011 dengan tajuk 'KELING tak sedar diri'.

Adakah ini Konsep 1Malaysia?

TOLAK BN DI MERLIMAU!!!


http://malaysiandotcom.blogspot.com/

Jumaat, 4 Mac 2011

KEMPEN PENDAFTARAN PENGUNDI BARU







MAHA SHIVARATHIRI - SHIVAN TEMPLE, JLN SG PARI, IPOH

Attended Maha Shivaratri celebration at Shivan Temple, Jalan Sg Pari, Ipoh

Mahashivaratri Festival or the ‘The Night of Shiva’ is celebrated with devotion and religious fervor in honor of Lord Shiva, one of the deities of Hindu Trinity. Shivaratri falls on the moonless 14th night of the new moon in the Hindu month of Phalgun, which corresponds to the month of February - March in English Calendar. Celebrating the festival of Shivaratri devotees observe day and night fast and perform ritual worship of Shiva Lingam to appease Lord Shiva.
Devotees observe strict fast in honor of Shiva, though many go on a diet of fruits and milk some do not consume even a drop of water.
On Shivaratri, worship of Lord Shiva continues all through the day and night. Every three hours priests perform ritual pooja of Shivalingam by bathing it with milk, yoghurt, honey, ghee, sugar and water amidst the chanting of “Om Namah Shivaya’ and ringing of temple bells. Nightlong vigil or jaagran is also observed in Shiva temples where large number of devotees spend the night singing hymns and devotional songs in praise of Lord Shiva. It is only on the following morning that devotee break their fast by partaking prasad offered to the deity.

Rabu, 2 Mac 2011

LAWATAN KE KAMPUNG TEBING TINGGI, DUN KUBU GAJAH

Perjumpaan telah diadakan dari jam 6.30 petang hingga 8.00 malam. Seramai lebih 100 orang telah menghadiri perjumpaan ini.

Makanan juga telah disediakan oleh Pas Kubu Gajah.

Agenda-agenda perjumpaan :

  • telah memberi penerangan mengenai sosio-ekonomi kaum India di negara ini

  • tertumpu kepada isu Interlok

  • minta masyarakat India membawa satu perubahan untuk generasi akan datang

Selepas ceramah kelompok, satu lawatan telah dibuat ke Ladang Malaya untuk melihat masalah banjir dan keadaan kesengsaraan masyarakat ladang yang hidup dalam serba kekurangan.

GAMBAR : Sebahagian daripada masyarakat India yang
menghadiri ceramah kelompok di Markaz PAS Kampung Tebing Tinggi, DUN Kubu Gajah.

Jumaat, 7 Januari 2011

Masalah Geran Tanah Diselesaikan


Berjaya menyelesaikan masalah geran tanah untuk seorang pemilik tanah tapak rumah di Kampung Baru Bali, Tronoh. Permohonan tanah dibuat pada tahun 1976. Permohonan telah diluluskan pada tahun 1998 oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta. Premium telah dibayar oleh pemohon. Tetapi, beliau tidak menerima geran tapak rumah sehingga bulan November 2010. Atas kesilapan teknikal, geran tidak dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan geran tanah melalui pihak MCA tetapi gagal. Akhirnya beliau dan isteri datang ke pejabat saya pada bulan November 2010. Mereka telah menceritakan masalah yang mereka hadapi,


Saya telah membawa mereka ke Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah. Fail dapat dikesan dan telah diproses. Kesilapan teknikal telah dibetulkan. Minggu lalu beliau telah menerima surat daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta untuk membayar cukai tanah. Pada 6 Januari 2011 saya telah berjaya mendapatkan geran tanah untuk beliau.


Menurutnya, ini merupakan hadiah tahun baru yang paling istimewa bagi keluarganya selepas menunggu selama 30 tahun

Khamis, 6 Januari 2011

Kekuatan Pakatan Rakyat Yang Muhibah


Kenyataan Media YB V.Sivakumar ADUN Tronoh pada 5 Januari 2011

Kekuatan Pakatan Rakyat Yang Muhibah


Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2008 selepas pilihanraya umum ke 12. Ia merupakan satu pakatan yang kuat diantara DAP, PAS dan PKR untuk menentang Barisan Nasional. Dalam sejarah Malaysia tidak pernah ada satu pakatan yang sebegitu kuat menentang Barisan Nasional. Selama lebih 50 tahun Barisan Nasional berjaya memerintah negara ini dengan kaedah ‘pecah dan perintah’ yang mudarat. Barisan Nasional tidak pernah mewujdkan perpaduan kaum yang sebenar di negara ini.


Barisan Nasional juga dianggotai oleh parti-parti yang kebanyakannya mewakili sesuatu kaum. Ini membuktikan Barisan Nasional tidak mempunyai hasrat untuk menyatupadukan kaum. Lebih-lebih lagi perasaan perkauman semakin menebal dikalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional terutamanya UMNO. Sokongan rakyat mula gentas terhadap Barisan Nasional kerana permainan politik kotor dengan membakar api perkauman.


Lebih 50 tahun rakyat Malaysia dikongkong dengan ideologi perkauman. Baru-baru ini banyak isu-isu berbau perkauman sengaja diungkitkan oleh Barisan Nasional untuk memecah belah rakyat Malaysia. Idea 1Malaysia tidak akan kekal lama kerana tujuannya bukanlah murni dan ikhlas. Sandiwara 1Malaysia diwujudkan semata-mata untuk memenagi hati rakyat sebelum menghadapi pilihanraya umum ke 13.Ia juga akan luput seperti Bersih Cekap dan Amanah yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir dan Islam Hadari yang diwar-warkan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Dalam masa yang sama, hubungan perkauman di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjadi semakin erat. Mungkin juga tidak pernah dalam sejarah Malaysia hubungan perkauman yang begitu lazat dan erat. Pakatan Rakyat telah berjaya melintas halangan pertama dan halangan yang paling sukar iaitu masalah perkauman. Apabila hubungan antara kaum semakin pulih dan bertambah baik di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, maka ini menimbulkan rasa takut dan bimbang kepada Barisan Nasional. Mereka telah mengetahui bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatu padukan rakyat. Semangat anak Malaysia yang sebenar didokong penuh oleh Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya konsep muhibah‘Ketuanan Rakyat’ diterima oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.