Ahad, 2 Mei 2010

Jamuan Makan Malam DAP Cawangan Kanthan


Cawangan DAP Kanthan telan menganjurkan Jamuan Makan Malam pada 30 April 2010 di Kampung Baru Kanthan. Jamuan ini dianjurkan sempena ulang tahun cawangan yang ke 36 dan ulang tahun DAP Malaysia yang ke 44.

Turut hadir ialah DS Nizar, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming, YB Ong Boon Piow, YB Chan Ming Kai dan YB Lim Pek Har. Ahli-ahli veteran DAP juga hadir untuk memeriahkan lagi suasana jamuan makan malam.

Sejumlah 800 0rang telah menghadiri jamuan itu. Ramai juga penyokong yang berkumpul di luar dewan untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak.

DS Nizar dalam ucapannya menerangkan isu mengenai beliau dituduh meniup sentimen perkauman dalam kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor oleh BN. Beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah menimbulkan isu perkauman. Politik perkauman adalan norma dalam dasar pemerintahan kerajaan BN.

DS Nizar juga telah menyanyikan sebuah lagi cina kerana permintaan daripada penyokong-penyokongnya. Walau bagaimanapun DS Nizar telah meninggalkan dewan awal kerana terpaksa menghadiri satu lagi program ceramah di Parit Buntar pada malam yang sama.

YB V.Sivakumar dalam ucapanya menerangkan mengenai suasana pilihanraya kecil Hulu Selangor. Beliau menerangkan bagaimana BN telah menggunakan wang untuk membeli undi. V.Sivakumar juga mengibaratkan pilihanraya itu sebagai 'pilihanraya pasar malam'.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat masih kuat dan amat digeruni oleh BN. Politik wang telah mengubah keputusan pilihanraya di Hulu Selangor walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat telah bertambah. Keadaan yang sama tidak akan berlaku dalam PRU ke 13.

Walau bagaimanapun kekalahan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor seharusnya dijadikan sebagai iktibar untuk terus berkerja keras dan berjuang demi keadilan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan