Rabu, 6 Januari 2010

Kelubung Runtuh Di Kampung Kurnia



Kenyataan Media YB V.Sivakumar di Tronoh

Kelubung Runtuh di Kampung Kurnia

Penduduk di Kampung Kurnia, Tronoh menghadapi masalah lalulintas apabila sebuah kelubung runtuh di jalan alternatif memasuki kampung tersebut. Ramai diantara penduduk menggunakan jalan alternatif ini untuk berulang-alik. Malangnya apabila sebuah kelubung di jalan itu runtuh beberapa bulan yang lalu, penduduk di kampung tersebut menghadapi masalah yang besar. Mereka terpaksa menggunakan jalan utama untuk berulang-alik. Beberapa orang penduduk kampung itu mengadu bahawa jarak penggunaan jalan utama adalah lebih jauh dan menyukarkan.

Penduduk Kampung Kurnia mengharapkan supaya kelubung itu diperbaiki semula ataupun membina satu jambatan kecil merentasi sungai dengan kadar yang segera. Ini adalah penting untuk memudahkan pergerakkan dan aktiviti-aktiviti harian penduduk-penduduk yang menetap di kawasan ini.

V.Sivakumar, ADUN Kawasan Tronoh telah melawat tapak di mana berlakunya kelubung runtuh tersebut. Beliau juga diiringi oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Pembangunan Luar Bandar, Batu Gajah. Setelah meneliti kerosakkan yang dialami, pihak Pembaguanan Luar Bandar telah menganggarkan kos pembinaan semula diantara RM35,000 hingga RM40,000. Pihak Pembangunan Luar Bandar bercadang untuk memohon peruntukan tahun 2010 untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di jalan alternatif tersebut.

Masalah ini telah berpanjangan untuk beberapa bulan yang lalu. Perhatian yang serius perlu diberi terhadap masalah ini. Penduduk Kampung Kurnia mengharapkan supaya jalan itu diperbaiki dengan kadar yang segera. V.Sivakumar juga telah membuat aduan bertulis di Pejabat Pembangunan Luar Bandar berkaitan dengan masalah ini.

V.Sivakumar

5 Januari 2010

3 ulasan:

  1. Tuan Speaker
    Teruskan perjuangan merealisasikan impian rakyat....

    biaqpila.blogspot.com

    BalasPadam
  2. hahahha.... baru le nampak sivakumar mcm YB. x le asyik nak menjerit hal kerusi dan jubah yg dirampas je.... pengundi hak dia berkhidmat utk masyarakat, bukan utk dia melalak hal kerusi.

    BalasPadam
  3. Mohon link kan blog saja tuan, ke blog ini. Saya dah ikut blog ini. Link saya ada kat gambar pengikut blog ini

    BalasPadam