Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 12 Sept 2009 di Dewan Tow Boh Keong, Jalan kampar,
Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan program ‘Makan Malam Perjuangan’ pada 12 September 2009 di Dewan Tow Boh Keong, Jalan Kampar,
Dalam ucapan YB V.Sivakumar, beliau menegaskan bahawa krisis politik negeri Perak hanya boleh diselesaikan dengan satu cara sahaja iaitu dengan membubarkan Dewan Negeri dan mengadakan pilihanraya di negeri Perak. Selagi dewan tidak dibubarkan, krisis ini akan berlanjutan. Adalah wajar untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memilih semula sebuah kerajaan yang sah di negeri Perak. Kita mesti menghormati prinsip-prinsip demokrasi dan keluhuran perlembagaan. Rampasan kuasa yang berlaku di Perak telah menjahanamkan ketenteraman dan keadilan. Untuk menutup kesilapan yang telah mereka melakukan, banyak lagi tindak-tanduk yang bertentangan dengan nilai-nilai muri dan amalan demokrasi terpaksa dilakukan oleh Barisan Nasonal. Mereka menyalahgunakan Polis, SPRM, Mahkamah, Pejabat Setiauasaha Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Perkembangan seperti ini adalah tidak sihat bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berprinsipkan ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’.
YB V.Sivakumar juga mencabar Barisan Nasional untuk bersetuju membubarkan Dewan Negeri Perak. Menurutnya, 28 orang Ahli Dewan Negeri Perak Pakatan Rakyat sanggup dan bersedia untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Manakala, 28 orang ahli Dewan Negeri Perak Barisan Nasional pula mahu mengekalkan Dewan Negeri dan tidak mahu Dewan Negeri dibubarkan. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional berkata mereka sudah mendapat sokongan rakyat. Mereka berpendapat bahawa rakyat berada bersama-sama dengan mereka sekarang. Kalau benar rakyat bersama mereka, kenapa takut unuk membubarkan Dewan Negeri? Adalah lebih mudah untuk membubarkan dewan negeri dan balik kepada rakyat merayu undi. Tidak perlu bersusah payah memerintah sebuah kerajaan yang tidak sah dan tidak dihormati oleh rakyat Perak. Tindakan Barisan Nasional merampas kuasa di negeri Perak adalah seperti perangai kebubak-budakan. Macam budak sekolah rampas roti bun daripada seorang rakan dan terus menelannya. Selepas itu,
Menurutnya lagi, krisis politik yang berlarutan selama 8 bulan ini perlu diselesaikan dengan segera. Tumpuan perlu beralih kepada masalah ekonomi yang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Ini hanya boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang sah. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk membubarkan Dewan Negeri Perak dan kembalikan kuasa kepada rakyat. Adakan pilihanraya bagi seluruh negeri Perak. Satu kerajaan yang sah akan dipilih oleh rakyat. Dengan itu, kemelut politik negeri Perak akan berakhir. Inilah harapan keseluruhan rakyat negeri Perak.
V.Sivakumar