Pertanyaan-Pertanyaan YB Tuan V.
Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga,
Parlimen Ketiga Belas.
SOALAN
LISAN
Soalan
1 (20 Oktober 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan samada kerajaan bercadang untuk
menambahkan bilangan ambulans di Hospital Batu Gajah memandangkan keperluannya
semakin meningkat menghadapi kecemasan yang kerap berlaku di kawasan ini.
Soalan
2 (22 Oktober 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha kerajaan untuk merunding
semula Power Purchase Agreement (PPA) yang jelas merugikan negara dan rakyat?
Adakah terdapat usaha untuk meminda mana-mana undang-undang bagi membolehkan perjanjian
ini didedahkan kepada umum?
Soalan
3 (27 Oktober 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes yang ditangkap dan
disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) sejak undang-undang itu dipinda
pada tahun 2013. Nyatakan juga jenis-jenis jenayah berat yang telah disiasat di
bawah akta ini dan tindakan-tindakan yang telah diambil.
Soalan
4 (29 Oktober 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan
kesahihan dan keperluan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh.
Apakah nasib buruh-buruh tempatan akibat daripada kemasukan buruh asing dengan
begitu ramai yang boleh menggugat dan menjejaskan keseimbangan pasaran buruh dalam
negara?
Soalan
5 (2 November 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah rumah yang telah dilelong oleh
bank-bank di negara kita dari tahun 2006 sehingga Ogos 2015 kerana pemilik
rumah tidak mampu membayar pinjaman. Apakah
langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal dan mengatasi
fenomena yang merugikan ini?
Soalan
6 (4 November 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI BELIA dan SUKAN menyatakan
jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada para belia India melalui Program
NAAM iaitu projek menanam cili. Berikan secara terperinci bilangan usahawan
atau petani muda yang dihasilkan melalui projek ini sejak dilaksanakan.
Soalan
7 (18 November 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta PERDANA MENTERI menyatakan
perkembangan kerja-kerja penyediaan ‘blue print’ untuk memajukan ekonomi kaum
India seperti mana yang telah dijanjikan dalam pembentangan RMK 11. Siapakah pihak-pihak
yang terlibat dan mengetuai proses merangka ‘blue print’ tersebut?
Soalan
8 (23 November 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
pendirian jelas Kementerian berhubung dengan sekolah-sekolah vernakular di negara
kita. Itu adalah kerana pelbagai pihak membangkitkan isu berbaur perkauman
berhubung dengan sekolah-sekolah vernakular yang boleh menjejaskan
kesejahteraan dan keharmonian di kalangan rakyat Malaysia.
Soalan
9 (26 November 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah dan kadar pengangguran mengikut negeri
pada masa ini. Bagaimanakah Kementerian akan menangani pengangguran di kalangan
belia dan siswazah yang semakin meruncing terutamanya apabila ekonomi semakin
lembab?
Soalan
10 (1 Disember 2015)
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan samada kerajaan berhasrat untuk meminda Seksyen
19 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 berkaitan dengan penalti bagi
suatu kesalahan di bawah Seksyen 15, 16, 17 atau 18 yang mana hukuman atau/dan
denda yang dikenakan adalah dianggap terlalu longgar dan tidak munasabah.
SOALAN
BERTULIS
Soalan
1
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN dan
KOMODITI menyatakan kenapakah
Forest Plantation Development Sdn. Bhd enggan mengeluarkan pinjaman untuk
tanaman pokok balak yang wajib dikeluarkan mengikut perjanjian pinjaman yang
telah dimeterai kepada Upayapadu Plantation Sdn. Bhd?
Soalan 2
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan
jumlah pekerja bank diberhentikan di bawah
Voluntary Exit Scheme (VES) dan Early Retirement Scheme pada tahun 2014 sehingga
sekarang. Nyatakan nama bank dan jumlah pekerja yang terlibat secara spesifik.
Soalan 3
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta PERDANA MENTERI menyatakan
syarat- syarat yang dikenakan bagi pejabat pos untuk memberi perkhidmatan SPR iaitu
membuat pendaftaran pemilih baru dan pemilih yang bertukar alamat. Bilakah
Pejabat Pos Pusing, Batu Gajah akan memberi perkhidmatan sedemikian?
Soalan 4
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
bilakah kerja-kerja pembinaan bangunan baru SJKT Gunung Rapat dan SJKT
Menglembu akan dimulakan dan dijangka siap? Apakah kekangan yang melambatkan
kerja-kerja pembinaan bagi kedua-dua sekolah tersebut?
Soalan 5
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju
Naidu [BATU GAJAH] minta PERDANA MENTERI menyatakan
tindakan-tindakan kerajaan untuk merunding semula Perjanjian Konsesi Lebuhraya
sedia ada yang merugikan negara. Adakah terdapat usaha untuk meminda mana-mana
undang-undang yang membolehkan perjanjian ini didedahkan kepada umum termasuk
Perjanjian Pembinaan Lebuhraya akan datang?