Isnin, 24 November 2014

UMNO Sengaja Mengguris Hati Bukan Melayu Untuk Menjadi Jaguh Kampung Dalam Isu Perbahasan Kedudukan Sekolah-sekolah Vernukular, Apa Pendirian MCA dan MIC?



Kenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah, Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 21 November 2014 di Batu Gajah.


Kenyataan Naib Presiden UMNO Hishamuddin Hussien baru-baru ini mengenai kedudukan sekolah-sekolah vernukular telah banyak menimbulkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati di kalangan kaum bukan Melayu. Kenyataannya yang berbaur perkauman untuk menutup sekolah-sekolah vernukular adalah hasil pemikiran sempit dan tidak menepati janji Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia.

Dalam persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan-soalan pembangkang baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin telah berjanji bahawa sekolah-sekolah vernukular akan dikekalkan malah telah dimaktubkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013 - 2025. Tetapi, masih terdapat pemimpin-pemimpin utama UMNO seperti Hishammudun Hussein dan Khairy Jamaluddin yang mahu mengkhianati janji Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia terutamanya kaum bukan Melayu. Ugutan-ugatan rasis seperti inilah yang sebenarnya menjadi punca perbelahan dan berbalahan kaum di negara ini.Dalam keadaan yang membimbangkan ini, dua parti utama iaitu MCA dan MIC yang kononnya mewakili masyarakat Cina dan India bukan lagi dianggap sebagai harimau yang hilang taring malah sudah mula menunjukkan ciri-ciri kucing yang dijinak oleh tuannya, UMNO. Menurut Hishamuddin, sekolah satu aliran menggantikan sekolah vernukular akan menjadi isu atau topik hangat yang akan dibahaskan dalam Pehimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung dari 25hb hingga 29hb November 2014.

Saya tidak faham kenapa UMNO sengaja mahu campurtangan dalam hal ehwal bukan Melayu terutamanya berkaitan dengan sekolah-sekolah vernukular di negara kita. Ada banyak lagi hal ataupun isu-isu ekonomi dan pembangunan negara yang patut dijadikan topik hangat dalam perbahasan UMNO itu. Hutang negara, GST, Inflasi, kemiskinan kaum Bumiputera dan sebagainya patut dijadikan antara topik-topik hangat dalam perbincangan forum tersebut. Tetapi, kedudukan sekolah-sekolah vernukular bukanlah isu berkaitan dengan orang-orang Melayu akan dibahaskan. Ini membuktikan bahawa UMNO merupakan satu parti rasis dan sentiasa campurtangan dan mengugat kedudukan dan hak-hak kaum lain di negara ini.

Apa yang mengecewakan lagi ialah MCA dan MIC masih lagi tunduk dan membiarkan UMNO membahaskan isu mengenai kedudukan sekolah-sekolah vernukular yang sudah pasti kritikal dan kontroversial. Sungguh mengaibkan kepada kedua-dua Presiden Parti itu yang tidak berani berjuang dan mempertahankan kedudukan sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah Tamil. Saya mencabar kepada Presiden kedua-dua parti tersebut supaya keluar daripada gabunagan Barisan Basional jika UMNO ingkar mematuhi kehendak dan desakan orang ramai supaya menggugurkan tajuk perbahasan yang menyentuh kedudukan sekolah-sekolah vernukular di negara ini.

Saya ingin menegaskan kepada MCA dan MIC supaya jangan menjadi parti yang tidak relevan dan membebankan rakyat Malaysia. Lebik baik gulung tikar dan buat kerja lain daripada menjadi liabiliti kepada rakyat yang menyokong mereka. Saya juga mohon kepada rakyat yang mengundi MCA dan MIC membuka mata dan melihat sendiri kedaifan pemimpin-pemimpinya yang tidak berani memperjuangkan hak mereka.

Penutupan sekolah-sekolah Cina dan Tamil akan menghilangkan identiti kaum-kaum tersebut di negara ini. Inilah agenda yang dihasratkan oleh UMNO dalam permainan politik perkaumannya. Saya juga ingin menyeru kepada sahabat-sahabat Melayu di seluruh negara supaya tidak menyokong apa-apa usaha untuk menutup sekolah-sekolah Cina dan Tamil di negara ini. Sekolah-sekolah ini tidak pernah menjadi ugutan kepada perpaduan kaum seperti yang didakwa oleh pihak-pihak yang berfikiran cetek.

Kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya adalah warisan unik Bangsa Malaysia. Marilah sama-sama kita berjuang untuk mengekalkan identiti unik ini yang menjadi kebanggaan kita di arena antarabangsa. Kita harus memberitahu pemimpin-pemimpin UMNO yang rasis untuk memberhentikan usaha-usaha jahat yang mengkhianati rakyat Malaysia semata-mata kerana ingin menjadi jaguh kampung yang kononnya memperjuangkan hak orang-orang Melayu.

Kita secara hati terbuka harus menerima sekolah-sekolah vernukular yang menjadi asas kepada keunikan dan kepelbagaian yang menjadikan negara kita lebih warna-warni di kaca mata dunia. Sekolah-sekolah ini bukanlah punca kepada perbelahan kaum. Sebenarnya, banyak diantara dasar-dasar kerajaan yang rasis inilah yang telah memecah belahkan kaum di negara ini. Kita kita harus menyokong segala usaha untuk melahirkan 'perpaduan dalam kepelbagaian' sebagai teras pembangunan kemasyarakatan di negara ini.

Saya membantah sekeras-kerasnya terhadap usaha-usaha menghapuskan sekolah-sekolah vernukular di negara ini. Perbahasan mengenai kedudukan sekolah-sekolah vernukular dalam Perhimpunan Agung UMNO adalah langkah pertama kearah matlamat itu