13 Feb 2014
Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
Semalam, laporan yang dikemukakan oleh Wartawan Tanpa Sempadan di Perancis telah mendedahkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2014 merosot dua anak tangga lagi sehingga ke-147 daripada 180 negara yang tersenarai, dan mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah Negara. Malahan, kedudukan Malaysia dilangkaui oleh Myanmar yang dianggap sebagai negara demokrasi terburuk di kalangan Negara ASEAN oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada hari yang sama dengan pengumuman Indeks Kebebasan Media , rakaman temubual dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang bakal bertanding di kerusi DUN Kajang dalam Pilihan Raya Kecil pada 23 Mac 2014, turut dilarang penyiarannya di stesen radio perniagaan, BFM oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia SKMM). Ini bukan kali pertama BFM dilarang daripada menyiarkan program mereka. Terdahulu, stesen itu telah beberapa kali dipanggil penyelia SKMM yang mengawal semua program yang disiarkan. Walaupun rakaman temubual tersebut kini boleh dimuat turun daripada laman web BFM, larangan penyiaran masih membawa implikasi yang tidak boleh dipandang kecil.
Pengumuman tersebut sekali gus mencalar air muka Perdana Menteri yang cerah berseri, yang pernah menyatakan bahawa kononnya Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia. Ironinya, transformasi dasar kerajaan UMNO-BN yang dikatakan menghala ke arah demokrasi, sebenarnya berputar balik ke arah autoritarian, malahan berunsur kan Mahathirisme? Pengamatan b adan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mendapati bahawa hakikat dukacita yang dialami oleh Najib ialah, tampuk pemerintahannya tidak dapat digenggam kuat tanpa diteruska n legasi negatif yang ditinggalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, yakni kekangan ketat terhadap media tradisional (baca: bukan media atas talian) termasuk media cetak dan penyiaran.
Tanggal 11 Februari 2014, Menteri Dalam Negeri membatalkan permit pencetakan bagi FZ Daily - hanya beberapa jam selepas penerbit The Edge Communications Sdn Bhd mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menangguhkan kelulusan awal permit tersebut. FZ Daily digantung s ebelum sebarang penerbitan dilakukan, dan ini memperbaharui rekod di mana pada tahun 2002, akhbar Bahasa Cina Oriental Daily digantung pada hari keluaran sulungnya. Difahamkan bahawa FZ Daily telahpun memohon permit pencetakan sejak tahun 2008, sehinggalah 20 Ogos tahun lepas, permohonannya diluluskan dan diberi permit, tetapi ditarik balik selepas seminggu permit dikeluarkan.
Pada 9 Februari 2014, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggantung penyiaran sitcom popular Cina “Kopitiam 88” dengan alasan bahawa program tersebut menampilkan pelakon yang terbabit dalam video parodi Tahun Baru Cina Teresa Kok. Tambahan pula, Lim Chin Miau, di antara tiga pelakon yang terlibat dalam video parodi tersebut, dipanggil polis untuk menjalankan soal siasat hampir dua jam semalam pada 12 Februari. Dua orang pelakon lain turut dipanggil untuk membantu siasatan ke atas video Teresa Kok bertajuk “Onederful Malaysia CNY 2014” itu.
Tindakan menggantungkan penyiaran itu telah menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat, kerana tidak adil sama sekali menjatuhkan hukuman awal walaupun siasatan masih dijalankan dan belum dimuktamadkan. Gerakan Media Marah (GERAMM), khususnya, menyatakan bahawa “Kopitiam 88” dihukum sebelum diadili dan diputuskan bersalah.
Pada Disember 2013 lalu, akhbar mingguan The Heat digantung serta-merta oleh KDN tanpa penjelasan yang munasabah. Secara umumnya, tindakan KDN tersebut dipercayai disebabkan oleh artikel muka hadapan pada The Heat isu 23 – 29 November, berhubung perbelanjaan ghairah Najib dan karenah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor susulan perdebatan hangat di Parlimen. Penggantun gan tersebut ditarik balik pada 27 Januari, selepas lebih daripada sebulan diarah dihentikan penerbitannya, bawah tekanan GERAMM.
Apa yang juga amat dikesali, adalah berhubung dengan permit penerbitan akhbar Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), sama ada tabloid Bahasa Melayu Suara Keadilan, mahupun tabloid Bahasa Cina Gong Zheng Bao (GZB) hingga hari ini masih tidak diberi permit penerbitan. Begitu juga portal berita atas talian Malaysiakini yang berhasrat menerbitkan akhbarnya turut ditolak KDN meskipun mahkamah membenarkan. Meskipun rayuan KDN seterusnya ditolak, Malaysiakini masih tidak diberikan kelulusan untuk menerbitkan akhbar.
Tindakan menindas media dan menyekat kebebasan media sesungguhnya bukan sesuatu yang jarang berlaku di tanah air yang diperintah oleh kerajaan UMNO-BN lebih daripada separuh abab. Rakyat jelata tidak akan terkejut dengan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media yang semakin tergelongsor jauh ke lurah, namun ini tidak bermakna sekatan kebebasan media adalah sesuatu yang dibiarkan, mahupun diizinkan. Khususnya, apabila kerajaan berasa kedudukannya semakin tergugat, penghuni kota dan bandar semakin bijak mempersoalkan, maka tindakan menyekat media traditional, terus menjadi kelaziman, supaya penghuni desa dan kampung dapat dipertahan sebagai kubu kuat sebuah rejim kuno.
Peranan media traditional dalam era Internet
Sedangkan kerajaan Najib dengan muka temboknya berkeras menyatakan bahawa pihaknya bertoleransi dengan media, kononnya “media di Malaysia tidak pernah sebebas ini”dan Malaysia menikmati media atas talian yang pelbagai dan terbuka. KPRU berpendapat, tahap kebebasan media tidak wajar diukur hanya bertapakkan premis kehadiran media atas talian yang berkepelbagaian, tetapi harus diambil kira perkembangandan kawalan ketat terhadap media traditional.
Populasi Malaysia terkini mencatat sejumlah 29.6 juta, s ementara pengguna internet ial ah 17.5 juta. Menurut statistik Julai 2013, pengguna laman sosial popular Facebook mencatat 13.3 juta. Statistik ini menunjukkan bahawa lebih kurang separuh daripada populasi Malaysia masih belum lagi atau tidak mengakses kepada internet di samping bilangan pengguna pasif Facebook yang dianggap besar jumlahnya.
Maka, betapa luasnya pengaruh internet dan telah merebak seperti yang diperkatakan, adalah sukar untuk menafikan kepentingan media traditional. Apa yang harus diberi penekanan di sini ialah, media cetak dan penyiaran masih memainkan peranan yang tidak boleh dipandang ringan dan tidak boleh dinafikan bahawa ia merupakan sumber informasi dan berita yang utama sekali, khususnya di kalangan masyarakat desa dan pedalaman. Inilah faktor utama media traditional senantiasa dijadikan sasaran k awalan dan penindasan, lantas menjurus kepada berleluasanya pengamal media traditional menjalankan penapisan dalaman. Kini semakin jelas kerajaan Najib masih mengenggam kuat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan tidak sanggup memansuhkan akta tersebut, biarpun beberapa pindaan dibuat, termasuk menyentuh kuasa mutlak menteri dan semakan kehakiman.
Sebagai kesannya, berita berhubung dengan kritikan kerajaan, sama ada diujar oleh Pakatan Rakyat (PAKATAN) atau pertubuhan bukan kerajaan yang kritikal terhadap pentadbiran kerajaan Najib, adalah be