Isnin, 20 April 2009

Apa Kata Abdullah Abdul Karim


Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan pengantungan Menteri Besar Barisan Nasional Dato' Zambry Abd Kadir dan 6 exconya daripada menghadiri sidang DUN Perak didakwa memberi implikasi 'bahaya' selepas ini. Demikian kata peguam, Abdullah Abdul Karim kepada Harakah.

Bagi Abdullah, ia memberi implikasi kepada persoalan 'separation of power' (pengasingan kuasa) iaitu kuasa speaker itu sendiri sudah boleh dibawa ke mahkamah untuk dicabar.

"Kes ini katanya menjadi 'precedent' dan tidak mustahil akan berulang selepas ini. "Nampaknya dewan itu sendiri kini tidak bebas, dan kuasa speaker boleh dicabar. Ia akan menyebabkan tidak ada lagi keistemewaan kepada speaker. Ini akan mengundang bahaya" katanya.

Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan ini. Maknanya selepas ini di Dewan Rakyat sekalipun, sebarang tindakan yang dibuat Speaker Dewan akan terdedah untuk dibawa ke mahkamah.

oleh Abdullah Abdul Karim (Peguam)
dalam Harakah 20 -23 April 2009

3 ulasan:

  1. Ya,
    Mintak Gobind Singh dan semua MP pembangkang yang pernak kena dengan speaker failkan permohonan berasingan dan pada masa yang sama ke federal Court mintak periksa discretion of Speaker dewan rakyat (DUN dan Dewan rakyat sama tarafnya dibawah perlembagaan) biar federal court terpinga-pinga macam cicak makan kapor. kan sudah ada precedent (walaupun menjadi bahan ketawa di seluruh Commonwealth)

    BalasPadam
  2. Salam hormat...

    The precedent has been set. Let us see if MP or ADUN of PR bring the similiar case to court.

    1. How fast the case can be resolved?
    2. What are the comment from the judges?
    3. What would Bukan Pendikar Amin Tak Mulia would say?
    Many more questiones...

    Pissttt, pissttt! Bukan apa, nak bagi elokkk...

    -SANG TUBA-

    p/s: Rasanya mesti lain hujah hakim tu...

    BalasPadam