Khamis, 25 Ogos 2011

Yang Miskin Tidak Dilupai



YB V.Sivakumar turut hadir bersama ahli-ahli PAS Batu Gajah untuk memberi sumbangan hari raya kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan. Lawatan rumah ke rumah diadakan untuk memberi sumbangan tersebut dalam bentuk barang-barang keperluan asas. Ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PAS Batu Gajah sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program seumpama ini mengikat jalinan baik di antara masyarakat dengan pemimpin-pemimpin tempatan. Tambahan pula golongan miskin juga dibantu serba sedikit dengan mengurangkan beban dalam musim perayaan ini.

Pada 21/8/2011, sumbangan ini diberikan kepada beberapa keluarga miskin di Kampung Kurnia, Kampung Serkai Jadi, Kampung Merbok, Kampung Piandang dan Siputeh. PAS Batu Gajah juga telah memberikan sumbangan ini di beberapa tempat yang lain di sekitar Batu Gajah dalam bulan Ramadhan ini.

Media Post : Pertandingan Thirumurai Anjuran Hindu Sangam Batu Gajah

YB V. Sivakumar bersama pihak penganjur, Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah
dan pemenang-pemenang di dalam program ini


Pertandingan Thirumurai Anjuran Hindu Sangam Batu Gajah

YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh telah menghadiri program pertandingan Tahunan Thirumurai yang ke 34 di Dewan Kuil Sri Subramaniar, Batu Gajah pada 14 Ogos 2011 anjuran Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah. Beliau telah dijemput sebagai tetamu khas bagi program tersebut. Program 2 hari iaitu 13 dan 14 Ogos 2011 telah berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Ramai kanak-kanak di kawasan Batu Gajah dan sekitarnya telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan yang telah dianjurkan. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah

1) Thirumurai (5 kategori lelaki dan perempuan)

2) Mewarna (coloring contest)

3) Melukis Kolam

4) Pidato

YB V.Sivakumar telah memberikan sumbangan hadiah-hadiah kepada semua pemenang dalam pertandingan yang telah dianjurkan. Ini merupakan tahun kedua beliau memberi sumbangan ini untuk membantu dan meringankan pihak penganjur . Lebih kurang 100 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam program anjuran Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah.

Dalam ucapan YB V.Sivakumar, beliau mengucapkan taniah dan syabas kepada Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah kerana berjaya membuat program berfaedah ini selama 34 tahun. Beliau juga memberi tahu ibubapa yang hadir supaya terus menghantar anak-anak mereka ke kelas Thevaram untuk menimba ilmu keagamaan. Jangan jadikan sekolah dan tuisyen sebagai alasan untuk tidak menghantar anak-anak untuk menghadiri kelas Thevaram. Pendidikan agama adalah penting untuk melahirkan insan yang baik untuk keluarga, masyarakat dan negara. Gunakan peluang kelas Thevaram di Batu Gajah untuk kebaikan semua. Beliau juga mencadangkan kepada semua ibu bapa Hindu yang berada di Batu Gajah dan sekitar untuk hantar anak-anak mereka untuk kelas Thevaram. YB V.Sivakumar juga menjanjikan bahawa beliau akan membantu Malaysia Hindu Sangam Batu Gajah dengan sebaik yang mungkin dalam program-program anjurannya.

(Untuk maklumat lanjut sila hubungi penganjur En Rajasegaran 0175083435)



Khamis, 18 Ogos 2011

Artikel : ‘Politik Melampaui Perundangan di Malaysia’ - YB V. SIVAKUMAR (ADUN Tronoh)


Politik Melampaui Perundangan di Malaysia




Persoalannya adakah cabang legislatif dihormati lagi oleh pemain-pemain politik di negara kita? Kita mahu semua pihak menghormati dan mengamalkan tertib yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan Undang-undang. Tetapi, jika pihak-pihak tertentu cuba mengatasi batasan undang-undang ini, maka tatacara pentadbiran negara kita akan tergugat. Apabila ada pihak yang melihatkan diri mereka lebih tinggi daripada undang-undang dan tidak mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sekian lama, ini akan menzahirkan permainan kotor yang tidak adil dalam gelanggang politik negara kita.

 

Organisasi bukan rasmi seperti parti politik cuba membataskan aktiviti dan peranan organisasi rasmi seperti badan legislatif. Kacau ganggu seperti ini akan melumpuhkan pentadbiran negara malah kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga akan turut meluncur.

Walaupun organisasi tidak rasmi seperti parti politik tidak disebut dalam perlembagaan, peranannya sebagai penggerak utama kepada jentera rasmi negara kita tidak dapat dinafikan. Walau bagaimanapun permainan politik yang melampau atau keterlaluan boleh menggugat kedudukan organisasi-organisasi rasmi seperti badan perundangan.

Dalam kes Negeri Perak memang permainan politik telah melampaui kuasa badan perundangan. Dewan Negeri tidak dihormati oleh ahli-ahli politik apabila mereka merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. Mereka membuat pelbagai helah dan tipu muslihat untuk melanggar semua undang-undang dan perintah-perintah tetap Dewan Negeri semata-mata untuk kembali berkuasa di negeri Perak.

Kuasa Speaker Dewan Negeri dicabar malah tidak dihormati langsung. Polis berani melangkah masuk ke dalam Dewan yang mulia untuk mengusung keluar Speaker dengan menggunakan kekerasan. Dewan Negeri tidak diberi ruang untuk berfungsi menjalankan tanggungjawab perlembagaan . Ini dapat dilihat dalam sekatan yang dibuat oleh ahli-ahli politik supaya tidak membenarkan Dewan Negeri bersidang pada 3 Mac 2009. Polis dan jentera kerajaan menghalang wakil rakyat memasuki Dewan Negeri dan akhirnya terpaksa bersidang di bawah pokok.

Tambahan pula mekanisme untuk membuat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Dato' Seri Nizar juga tidak dilakukan sehingga hari ini. Datuk Harun, seorang Menteri Besar yang disukai ramai pada masa itu yang menguasai Dewan Negeri Selangor dipaksa meletakkan jawatannya melalui undi tidak percaya yang diluluskan dengan suara terbanyak pada 25 Mac 1976. Beliau dijatuhkan oleh ahli-ahli partinya sendiri. Kejatuhan beliau berpunca daripada tindakan pemimpin kebangsaan parti yang mempengaruhi undi ahli-ahli Dewan Negeri Selangor. Ini adalah kerana Datuk Harun enggan meletakkan jawatan selepas beliau dipecat daripada parti. Walau bagaimanapun, pemimpin UMNO pada masa itu tidak memilih jalan pintas untuk melantik Menteri Besar baru dengan bantuan Istana. Proses pengundian dibuat secara demokratik untuk menjatuhkan Datuk Harun di dalam Dewan Negeri itu sendiri. Tindakan ini adalah satu amalan demokrasi yang diguna pakai oleh semua negara-negara komanwel.

Amalan demokrasi ini tidak dilaksanakan di Negeri Perak apabila Barisan Nasional merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat. Undi tidak percaya tidak pernah dibuat untuk menjatuhkan Dato' Seri Nizar malah seorang Menteri Besar yang baru dilantik di Istana secara tergesa-gesa. Permainan politik kotor seperti ini telah menganggu perjalan Dewan Negeri di Perak. Akhirnya rakyat Negeri Perak terjerumus ke dalam kemelut politik yang masih tidak terselesai sehingga ke hari ini. Ekoran daripada itu, Dewan Negeri tidak dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Pelbagai halangan dan batasan terpaksa diatur oleh Barisan Nasional untuk menyelamatkan kerajaan yang ditubuhkan secara haram. Belanjawan 2009 diluluskan dalam masa 20 minit. Persidangan Dewan Negeri pada 15 Ogos 2011 hanya berlangsung selama lebih kurang 2 jam. Ini adalah kerana kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dirampas dengan menggunakan kekerasan polis dan mahkamah. Ketakutan itu menghantui pemimpin-pemimin UMNO dan Barisan Nasional di Negeri Perak. Walau bagaimanapun, terbukti di sini bahawa politik yang melampau ini akan mencemarkan dan akhirnya menghancurkan sistem pentadbiran negara kita yang sedia ada.

V.Sivakumar

ADUN Tronoh
17/8/2011











Media Post : 今日新闻 : 倪可敏指州议会创纪录开二小时问政系统癱瘓 国阵掩耳盗铃遮蓋民联议员照片令人啼笑皆非‏


The legislature in Perak is in dead lock situation now. It is shameful and deplorable that the supposed mid-term review assembly is only on for less than 3 hours without any debates, neither on Bill or policy. Perak Assembly now had entered the dark ages even since the power grabbing in Feb, 2009. It is now worse than Rubber Stamp & the whole Parliamentary democracy system had collapsed. The only way out is to dissolve the Assembly, save Perak and return the power to the people!



今日新闻 : 倪可敏指州议会创纪录开二小时问政系统癱瘓 国阵掩耳盗铃遮蓋民联议员照片令人啼笑皆非
(怡保 16 日讯)

掩耳盗铃?鴕鳥心态?!吡州民联州议员出席本期州立法议会意外发现国陣州政府竟派人用橱木匮蓋住2008年民联执政时的州议员年度合照,情况令人啼笑皆非。

原任州议会议长西华古玛及行动党班台州议员倪可敏出席会议时发现,州议会走廊外一如往常展示吡州议会开幕时的年度议员合照,唯独2008年民联执政时的州议员年度合照遭人用橱木匮蓋住。

也是太平区国会议员的倪可敏指出,经他向议会保安人员投诉,保安人员指这是上头的指示、他们也无可奈何。倪氏表示,国阵以為掩蓋照片就可以篡改历史是典型掩耳盗铃的天真行为,更不可能改写民联上台、国阵夺权的历史事实。他质问国阵大臣赞比里是否担心自己的地位而以幼稚行为开倒车?

倪可敏指出,本期州议会历时最短只有区区二小时半显示国阵施政差劲;国阵政府不敢回答民联州议员的问题更证明议会问政系统瘫痪及政府内部黑箱作业严重,这是吡叻州人民的不幸。

倪可敏举例,他在州议会三度提问赞比里出国官访的实际费用可是州政府却拒绝回答。“赞比里用公款去新加坡踢足球,我代人民查问,为何不敢回答?”他质问。

此外倪可敏今日也郑重呼吁政府立法规定州议会开会法定天数,避免州立法议会开半天草草了事的丑闻不断重演。

倪可敏直言,去年8月,耗资逾亿的州议会大厦只开半天会即通过八千万元附加预算案,今年的吡州议会变本加厉,只有问答沒有辩论、也沒有任何法案,這是对民主议会的羞辱和人民代议士议政权利的蔑视。

倪氏炮轟国陣把议会当成民主死亡的一言堂,民联议员麥克风几乎全程关闭、议会佈满警察、报界则被隔离,阻碍新闻自由。

倪氏指出,国会用40天辩论才通过财政预算案,吡州国阵政府却在2009年分別用廿分钟和2010年用不足一天的时间分别通过7亿年度預算案及8千万附加预算案,创下世界纪录。“毋庸置疑的,国阵的做法肯定有资格列入大马纪录大全,但莊严的州议会却巳名存实亡。”他感叹。

倪可敏也是吡民联最资深的州议员。他呼吁政府立法规定州议会开会法定天数,捍卫人民代议士议政的权利及言论自由,以免立法机构沦為“橡皮章。”他对本期州议会只召开半天就休会表示难以置信,他也不明白国陣州政府為何十分害怕民联议员。

卡尼申不具备担任议長的素质与条件

倪可敏直指,自称议長的拿督卡尼申不具备担任议長的素质与条件;卡尼申完全不谙议会常规。他表示,议長根本无权吊销任何州议员的资格,他只能在议会通过下把州议员提交特权委员会调查,拿督卡尼申在未经州议会表决就宣佈吊销林行兴州议员的资格巳构成濫权渎职罪。倪氏指出,他深信人民的眼睛是雪亮的,现今民众将会明辨是非来屆大选支持民联挽救日益走下坡的吡叻州。

Media Post : 今日新闻 : 吡州行动党吁教育动力公司分配大马彩2亿公益金勿漏改制中学 倪可敏吁政府增华淡小拨款‏


今日新闻 : 吡州行动党吁教育动力公司分配大马彩2亿公益金勿漏改制中学 倪可敏吁政府增华淡小拨款



(怡保 12 日讯)


吡州行动党今日呼吁以21亿收购大马彩万字票业务的动力教育公司在分配公益金时切勿遗漏国内87间改制国民型华文中学,避免国中沦为华社弃婴。


该党州秘书兼太平区国会议员倪可敏指出,这项策略性的收购若秉承公平透明的原则,以大马彩年逾二亿的盈利相信将可造福全国独中及华淡小,甚至与政府拨款并驾其驱,但是希望以丹斯里林国泰为首的华裔企业家切勿遗忘同为母语教育命脈的改制国民型华文中学。


倪可敏指出,由于独中统考文凭不受国阵承认,改制国民型华文中学是华小师资的最主要来源,沒有改制中学就沒有华小老师,因此希望公益金在造福全国独中及华淡小的同时也能惠及国民型华文中学。


也是班台州议员的倪可敏指出,虽然国民型华文中学自1970年代改制以来,与国民中学同为政府学校、待遇却是有天渊之别。除了拨款不平等,凡建设扩建学府几乎无一不是被迫向华社筹款。倪氏说,由于是政府学校,华社产生的错觉往往以为须资助的对象只是独中及华淡小,国民型华文中学几乎沦为华社弃婴。“怡保三德、圣母、育才、崇华乃至我的母校爱中虽然年年为国培育人才,可是也几乎年年筹款,个中辛酸只有当事人最清楚。”倪氏感叹。


倪可敏也呼吁政府在10月7日的预算案大幅增加华淡小发展拨款以公平照顾各源流学校。他指出,全国华小学生高达65万人,占全国小学生人数21.2%,同为纳稅人,华小的发展拨款只有区区3%,这与“一个大马”的口号是公然背道而驰,希望华社明察。


与此同时,若动力教育公司真把盈利用在教育,倪可敏吁请政府豁免该公司每年4000万的税务,以免华淡小捐款须缴第二所得稅。


倪可敏是于今日出席行动党主办的一场讲座会后向媒体发表文告如是表示。


(图) : 倪可敏呼吁政府在预算案大幅增加华淡小发展拨款以公平照顾各源流学校。

Rabu, 17 Ogos 2011

Media Post : BN Tolak Soalan DUN Yang Berkepentingan Rakyat


Kenyataan Media YB V.Sivakumar , 
ADUN Tronoh
pada 17 Julai 2011 di Batu Gajah







Sungguh sedih apabila kerajaan BN yang membonekakan Dato Ganesan menolak soalan-soalan yang relevan dan berkepentingan rakyat yang dikemukakan oleh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. 

Setiap ADUN dikehendaki untuk menyerahkan 3 soalan lisan dan 5 soalan bertulis untuk setiap kali persidangan Dewan Negeri Perak. Begitu juga kali ini, kami wakil rakyat telah menyerahkan soalan-soalan kami di Pejabat Setiasusaha Dewan Negeri seperti  mana yang dikehendaki. Tetapi, banyak di antara soalan-soalan kami telah ditolak tanpa alasan yang munasabah.

Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan  yang ke 22(4) menetapkan bahawa:
Seseorang ahli tidak boleh bertanya lebih daripada tiga soalan bagi jawapan lisan dan tidak lebih daripada lima soalan bagi jawapan bertulis dalam mana-mana mesyuarat Dewan; dan tiap-tiap soalan itu tidak boleh mengandungi lebih daripada tiga soalan pecahan.

Inilah kali pertama dalam Sejarah Dewan Negeri Perak begitu banyak soalan-soalan lisan dan bertulis yang dikemukakan oleh wakil rakyat telah ditolak oleh Dato Ganesan dengan alasan-alasan yang tidak sahih dan tidak masuk akal. Beliau terbukti dipergunakan oleh Barisan Nasional untuk melarikan diri daripada tanggungjawab perlembagaan. Dato Ganesan seharusnya berasa malu kerana sanggup diperalatkan dan menjadi ‘anak patung’ Barisan Nasional. Beliau terpaksa melakukan semua ini kerana beliau adalah Speaker yang masuk melalui ‘pintu belakang’ dan  harus tunduk kepada semua desakan dan tuntutan pemimpin UMNO.

Sekali lagi Dato Ganesan secara terbuka dapat dilihat sebagai seorang yang tidak berkaliber malah sanggup  menjual maruah jawatan Speaker semata-mata untuk membantu kawan-kawannya yang tidak berani menjawab soalan-soalan daripada wakil-wakil  Pakatan Rakyat.  Walau bagaimanapun Dato Ganesan dan golongan pengecut ini harus sedar bahawa rakyat sedang memerhatikan segala tindak-tanduk dan gelagat mereka. Bila soalan daripada wakil rakyat ditolak, ini bermaksud soalan rakyat telah ditolak secara sewenang-wenangnya oleh kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

Sebagai satu contoh, soalan bertulis ke 5 yang saya kemukakan adalah seperti berikut :
Penasihat Kepada Menteri Besar Perak Dato Veerasingam pernah menyatakan dalam media bahawa beliau telah diberi peruntukan RM1 juta untuk masyarakat India oleh Kerajaan Negeri.
i) Adakah kenyataan ini benar?

ii) Jika benar, senaraikan semua projek-projek atau pemberian sumbangan yang dibuat oleh beliau untuk mengakaunkan RM1 juta tersebut.

iii) Adakah jumlah yang sama atau lebih besar telah diberikan kepada Dato Chang Ko Youn?

Soalan ini adalah soalan berkepentingan rakyat yang melibatkan wang sejumlah RM1 juta. Oleh yang demikian rakyat mempunyai hak untuk mengetahui  kebenaran kenyataan yang dibuat oleh  beliau melalui media massa baru-baru ini. Tambahan  pula, ada isu-isu yang kontroversial yang bersangkut-paut berhubung dengan  perkara yang dibangkitkan. 

Kenapakah soalan ini  perlu ditolak oleh Kerajaan? Ini menimbulkan lebih banyak persoalan berhubung dengan peruntukan  RM1 juta itu. Rakyat berhak mengetahui adakah wang itu telah dibelanjakan dengan waras untuk tujuan-tujuan yang memberi manfaat kepada mereka. Tetapi, sikap kerajaan melarikan diri daripada menjawab soalan ini adalah seperti ‘ada udang disebalik batu’. 

Oleh yang demikian, saya mendesak kerajaan memberi jawapan kepada soalan ini secara bertulis secepat yang mungkin. Ini adalah penting untuk memastikan Dewan Negeri masih lagi berfungsi sebagai satu pentas untuk ‘semak dan imbang’ dalam sistem pentadbiran kita.  Kita tidak boleh seleweng daripada prinsip bahawa badan eksekutif iaitu kerajaan  harus bertanggungjawab kepada Dewan Negeri  dan tidak boleh hidup tanpa sokongannya.  Jika soalan-soalan pembangkang disekat  seperti ini, maka secara berdikit-dikit rakyat akan kehilangan kepercayaan kepada demokrasi berparlimen.

Kerajaan  seharusnya menggunakan Dewan Negeri sebagai medan untuk memberi pandangan  yang membina  dan  menerima kritikan yang bernas asalkan ia tidak membangkitkan perasaan perkauman yang terlampau. 

Selasa, 16 Ogos 2011

Media Post : Sidang DUN Perak Paling Singkat Dalam Sejarah

Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada
16/7/2011 di Batu Gajah



 
Kerajaan Barisan Nasional telah mempersendakan sidang DUN kali ini yang diadakan pada 15/8/2011. Sungguh ganjil bahawa sidang DUN itu diadakan hanya untuk 2 jam setengah sahaja. Pada hemat saya Barisan Nasional telah mencipta sejarah mengadakan sidang DUN yang paling singkat dalam sejarah. Dato Ganesan seharusnya berasa malu kerana mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin Barisan Nasional untuk mengadakan sidang DUN yang singkat ini. Beliau seharusnya memberitahu kerajaan supaya tidak mempermainkan atau mengadakan sidang DUN olok-olok. Tindakan Dato Ganesan dan Kerajaan Barisan Nasional adalah satu penghinaan kepada Dewan Negeri yang mulia.

Dalam ucapan Yang Dipertua, Dato Ganesan menyebut bahawa sidang DUN kali ini diadakan semata-mata untuk memenuhi syarat tempoh 6 bulan di antara mesyuarat-mesyuarat Dewan. Beliau seharusnya berasa malu untuk membuat kenyataan seperti itu seolah-olah kerajaan Barisan Nasional tidak berminat untuk membincangkan masalah rakyat. Memang benar terdapat syarat 6 bulan seperti yang dinyatakan oleh beliau.

Mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, perkara XXXVI memperuntukkan bahawa ‘ Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa memangil bersidang Dewan Perhimpunan Undangan itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas satu dalam persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang dihadapan’

Apakah niat undang-undang itu yang mensyaratkan tempoh 6 bulan itu? Adalah jahil untuk berkata ‘kita bersidang untuk memenuhi syarat’. Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu memastikan bahawa sekurang-kurangnya Dewan Negeri bersidang dalam 6 bulan supaya masalah rakyat boleh dibincangkan secara panjang lebar. Tetapi, Menteri Besar dan pimpinan Barisan Nasional telah memanupulasikan undang-undang itu hanya sekadar memenuhi syarat yang diperakui oleh Dato Ganesan sendiri dalam ucapannya.

Adakah Kerajaan Barisan Nasional mengatakan bahawa di Negeri Perak tidak ada masalah langsung untuk diketengahkan dalam Dewan Negeri Perak yang mulia? Terdapat banyak masalah yang tidak diselesaikan dan memerlukan perhatian kerajaan dengan segera. Tindakan mereka jelas bahawa mereka ini adalah satu golongan pengecut yang tidak berani menghadapi wakil-wakil dari Pakatan Rakyat yang hendak membawa masalah rakyat ke forum tertinggi ini. Meraka mencari helah untuk melarikan diri daripada tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat negeri Perak.

Apa guna kita ada pilihanraya dan wakil rakyat jika persidangan Dewan Negeri hanya diadakan untuk setengah hari sahaja untuk membincangkan masalah rakyat. Sekali lagi kerajaan Barisan Nasional telah mencemarkan demokrasi di Negeri Perak. Terbukti bahawa Barisan Nasional merupakan satu kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak ada sikap akauntabiliti kepada pengundi dan rakyat negeri ini.

Media View : Zambry komen adalah agenda PR selalu buat kecoh di dalam Sidang DUN Perak (MAKKAL OSAI 16Ogos2011)



Sidang DUN Perak semalam; 15 Ogos 2011, telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Dengan ini, hanya lebih kurang 10 soalan lisan sahaja yang dapat diutarakan di dalam sidang 2jam ini.

Terdapat 59 orang Adun di Perak. Seorang Adun diberikan 3 soalan lisan untuk diutarakan di dalam Dewan Sidang. Secara logiknya, 177 soalan lisan seharusnya diberikan jawapan di dalam sidang Dewan Negeri.

Adakah 2 jam ini memadai untuk 177 soalan-soalan lisan? Sudah tentu tidak. Jadi, kenapakah Sidang DUN Perak tidak dipanjangkan untuk bersidang?

i. Mengapakah Mesyuarat Kedua, Sidang Dewan hanya diadakan untuk 2 jam sahaja? 
Dengan ketara dilihat bahawa inilah cara kerajaan BN di Perak melarikan diri dari tanggungjawab ia dan tidak berani menyelesaikan perkara-perkara yang berbangkit untuk rakyat Perak.

ii. 'Pakatan Rakyat selalu buat kecoh di dewan'..inilah tuduhan yang selalu ditamparkan kepada Adun-Adun Pakatan Rakyat oleh Zambry dan juga Dato Ganesan.
Kerajaan BN selalunya memendekkan sidang Dewan Negeri, adakah ia adil untuk rakyat?

Pakatan Rakyat adalah suara rakyat. Jika masalah rakyat tidak dibangkitkan di dalam sidang untuk mengetahui status masalah berkenaan, bagaimanakah masalah-masalah ini boleh diatasi atau diketahui oleh rakyat?

iii. BN adalah hipokrit semata-mata dan ini jelas dilihat di dalam setiap sidang dewan negeri di Perak.

ADAKAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL HIPOKRIT INI BERBALOI DI PERAK?



Isnin, 15 Ogos 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

YB NGA KOR MING
N38 Pantai Remis
P60 Taiping
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
MULAI 15hb OGOS 2011

 
 
 
 
 
 
Soalan-Soalan Bertulis:

Minta YAB Menteri Besar nyatakan :

1. Sila senaraikan langkah, jumlah kos dan hasil pencapaian secara terperinci program “Perak Aman Jaya” sehingga kini.

2. Sila senaraikan secara terperinci jumlah kos perbelanjaan, program yang dihadiri dan hasil lawatan luar negeri secara satu per satu yang melibatkan YAB Menteri Besar Perak, penasihat-penasihat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sejak Februari 2009 hingga Julai, 2011.
 
3. Sila senaraikan jumlah kos perbelanjaan secara satu per satu atas pelantikan jawatan Penasihat-penasihat YAB Menteri Besar, Ketua Penerangan Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai khas Menteri Besar bagi tempoh mulai tahun 2009 sehingga kini.

4. Sila senaraikan semua jumlah luas tanah termasuk tanah pertanian, tanah perumahan, tapak lombong dan kuari yang diluluskan oleh kerajaan negeri serta jumlah premium tanah yang dikutip secara terperinci bagi tempoh mulai tahun 2009 hingga Julai, 2011.
 
5. Sila nyatakan secara terperinci jumlah hutang kerajaan Negeri dan wang rizab kerajaan Negeri yang ada dalam tempoh sejak 2000 hingga Julai, 2011.

SOALAN-SOALAN LISAN:

Minta YAB Menteri Besar nyatakan : -

1. Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah seluas 150 ekar di Segari kepada Syarikat dormant Atigas Teknologi Sdn Bhd untuk projek pelaburan Gas asli bernilai RM5.8 billion pada tahun ini. Minta YAB Menteri Besar sila nyatakan secara terperinci :-

a) Jumlah hasil premium yang diterima setakat ini;

b) Hasil Laporan impak Alam Sekitar(Environment Impact Assessment Report) dan

c) Bagaimana Syarikat tersebut mendapat dana pelaburan sebanyak RM5.8Billion.

2. Sila nyatakan secara terperinci satu per satu kos pembelian dan penyelenggaraan semua kereta rasmi YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli MMK, Penasihat Menteri Besar, Tuan dan Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri secara satu per satu mulai tempoh 2009 hingga Julai 2011.

3. Sila nyatakan jumlah senarai peruntukan & perbelanjaan bagi hal-ehwal Islam dan hal Ehwal Bukan Islam secara terperinci bagi tempoh 2000 hingga 2011.

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

YB Chen Fook Chye
N41 Keranji
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
MULAI 15hb OGOS 2011





SOALAN-SOALAN LISAN:

1. Menanya Pihak Kerajaan Negeri

Masalah lembu dan kerbau yang berfoya-foya merata-rata di jalan raya adalah satu masalah yang telah diwujudkan lama, dan ianya masih belum diselesaikan setakat ini.

Alasan yang diberi oleh Kerajaan Negeri dalam mesyuarat yang lalu, bahawa penternak-penternak lembu dan kerbau enggan menjalankan ternakan mereka di kawasan tumpuan yang ditetapkan oleh kerajaan adalah disebabkan kesulitan dan kejauhan untuk penternak-penternak.
 
Berkaitan dengan itu, soalan-soalan yang saya ingin menanya :-
a) Adakah kerajaan ingin cuba mencari tempat yang lebih sesuai untuk penternak-penternak supaya mereka tidak ada apa-apa alasan untuk pindahan ladang ternakan mereka ?
 
b) Apakah langkah-langkah oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut ?
 
c) Berapakah kes kemalangan termasuk hilang nyawa yang disebabkan oleh masalah lembu dan kerbau yang berfoya-foya di jalan raya ?

2. Menanya Pihak Kerajaan Negeri

Masalah dari penternakan burung layang-layang yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di Kampar dan juga kawasan lain semakin lama semakin teruk. Penternak-penternak menggunakan kedai-kedai di Taman Sri Kampar dan Kampar Jaya untuk menjalankan penternakan mereka. Tempat tersebut adalah kawasan perniagaan dan juga kawasan kediaman. Suara yang terlalu bising dari alat pembesar suara untuk mengumpulkan burung.

Ini telah mengancam kehidupan kesunyian penduduk-penduduk dan kekotoran dari burung mungkin membawakan penyakit-penyakit yang membahayakan kesihatan manusia. Oleh itu, penduduk-penduduk yang menghadapi masalah ingin fahamkan dan memberi kuasa kepada saya untuk menanya soalan-soalan seperti berikut :-

a) Berapakah buah penternakan burung layang-layang yang berusaha mempunyai lesen dan yang tanpa lesen di seluruh Negeri Perak ?

b) Adakah kerajaan pernah menjalankan sebarang siasatan sebelum meluluskan permohonan bagi penternakan ?
 
3. Menanya Pihak Kerajaan Negeri

Walaupun amaun kos perbelanjaan yang besar telah digunakan dari Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Daerah Kampar sejak tahun 2007 untuk naik taraf dan menjayakan sebagai kawasan pelancongan di Taman Rekreasi yang bertempat di Batu Karang, Kampar. Tetapi, setakat ini nampaknya ia adalah satu projek yang gagal kerana taman rekreasi ini tidak dapat menarik pelancong atau pelawat.

Berkaitan itu, ingin menanya :-
 
a) Berapakah kos perbelanjaan bagi projek dan pengurusan atau kerja-kerja maksud memelihara taman tersebut ?

b) Jumlah bilangan pelancong yang telah melawat taman tersebut sejak ia dibuka ?
 
c) Adakah kerajaan ingin menambahkan peruntuk bagi memajukan taman tersebut walaupun tidak akan berjaya ?
 
SOALAN-SOALAN BERTULIS:

1. Menanya Y.A.B. Menteri Besar
 
Kadar bayaran premium untuk rumah tersusun di Jalan Labu, Kampar, setinggi kira-kira RM180 meter persegi (jawapan diberi dari pihak pejabat tanah ) telah menyebabkan pemohon-pemohon dipaksa membayar sebanyak di antara RM6,500 hingga 12,000 untuk bayaran premium adalah satu pembebanan bagi pemohon-pemohon berpendapatan rendah. Pemohon-pemohon tersebut telah membuat rayuan supaya mengurangkan bayaran premium sejak awal tahun tahu 2009. Tetapi tanpa sebarang jawapan setakat ini.

Sehubungan itu, ingin menanya :-
 
a) Bilakah kerajaan akan memutuskan kadar bayaran premium yang adil supaya pemohon-pemohon tersebut mampu menjelaskannya ?

b) Pastikan semua pemohon dari penduduk asal di kawasan demikian diluluskan ?
 
c) Berapakah tahun pajakan bagi hakmilik yang akan diluluskan ?

2. Menanya Pihak Kerajaan Negeri Perak
 
Saya pernah dapat jawapan dari kerajaan negeri melalui jawapan bertulis dalam Mesyuarat Dewan pada bulan Ogos 2010, bahawa projek pembinaan jalan raya (sebenarnya boleh dikataan sambungan projek pembinaan) yang dari Bandar Baru Kampar ke Malim Nawar, akan di tender pada bulan November 2010 dan kerja pembinaan akan dimulakan pada bulan Mac 2011. Begitu juga, Timbalan Menteri Dalam Negeri juga Ahli Parlimen Kawasan Kampar telah banyak kali mengumumkan di beberapa program awam bahawa projek tersebut akan dimulakan pada bila dan bila. Tetapi, tanpa sebarang tindakan pekerjaan dijalankan setakat ini. Ini telah mengelirukan orang awam.

Oleh demikian, saya ingin menanya soalan berikut :-
 
a) Mengapakah Kerajaan gagal menunaikan perjanjian yang telah memberi jawapan kepada saya (ADUN tempatan tentang projek tersebut) ?

b) Adakah projek tersebut sudah di tender dan mengapakah projek ternyata tidak mulakan pada tarikh yang dijawab, iaitu pada bulan Mac 2011 ?
 
c) Sila nyatakan kos perbelanjaan projek ?

3. Menanya Pihak Kerajaan Negeri Perak
a) Berapakah peruntukan bagi Majlis Daerah Kampar (MDK) dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat pada tahun 2010 dan 2011 ?

b) Sila senaraikan projek-projek yang dilaksanakan oleh MDK, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Pusat yang telah di siap di Daerah Kampar sejak tahun 2010 dan juga yang akan dilaksanakan.
 
c) Berkaitan soalan ( b ), sila sebutkan kos perbelanjaan.
 
a) Berapakah peruntukan bagi Lembaga Air Perak Cawangan Kampar dari Kerajaan Negeri pada tahun 2010 dan 2011 ?
 
b) Sila senaraikan projek-projek yang telah siap dan yang akan dijalankan dalam tempoh tahun 2010 dan 2011.

c) Berkaitan soalan ( b ) sila sebutkan kosnya
 
5. Menanya Pihak Kerajaan Negeri
a) Berapakah peruntukan bagi Pejabat Masyarakat Kebajikan Daerah Kampar dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat pada tahun 2010 dan 2011 ?

b) Sila nyatakan bilangan Orang Kurang Upaya yang telah didaftarkan di seluruh Negeri Perak ?

c) Sila nyatakan kemudahan atau faedah-faedah yang ditetapkan untuk Orang Kurang Upaya ?

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12



YB DS Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
N51  Pasir Panjang
P59 Bukit Gantang

 MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
MULAI 15hb OGOS 2011









SOALAN-SOALAN:

1. Minta penjelasan Exco Agama, berapakah jumlah pegawai penyiasat Pejabat Baitulmal Daerah? Sejauh ini berapa banyakkah kes yang disiasat pegawai penyiasat berjaya diselesaikan? Berapakah jumlah kes yang berjaya diselesaikan dan yang masih dalam siasatan? Berapa banyak peruntukan dikeluarkan untuk fakir miskin, OKU, anak yatim , mereka yang berhutang dan lain-lain?

2. Minta penjelasan Exco Pertanian, sejauhmanakah JPS (Jabatan Parit dan Saliran) berjaya membantu untuk membersih sungai dan saliran? Masih terdapat banjir kilat terus berlaku khususnya di kampung.

 

3. Setiap setinggan Kereta api Tanah Melayu Berhad di Daerah Larut, Matang dan Selama seramai 339 orang yang dibanci pada 26 September 2001 bersetuju dengan tawaran kerajaan negeri Perak (melalui Pejabat Daerah dan Tanah Larut & Matang), diberikan tapak rumah kediaman lengkap dengan kemudahan asas (Rancangan Perkampungan Tersusun). Tawaran ini dijanjikan pada Mesyuarat Penerangan Pengosongan Rumah pada 28 Mei 2008 di Dewan Majlis Perbandaran Taiping.

Dalam jangka masa dua (2) tahun, semasa tempoh menyiapkan tapak Perkampungan Tersusun para setinggan akan diberi kos sewa rumah sebanyak RM 300/= (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus) sebulan oleh KTMB (telah dilaksanakan oleh KTMB). Kos sewa rumah ditambah setahun lagi kerana Pejabat Daerah dan Tanah Larut & Matang tidak dapat menyiapkan penempatan semula setinggan. Kos sewa rumah berakhir pada bulan Jun 2011.

Soalannya, sejauhmanakah perkembangan penempatan semula setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad di Daerah Larut & Matang dan siapa yang membiayai kos sewa rumah mereka rentetan dari kelewatan menyiapkan Perkampungan Tersusun?




Jumaat, 5 Ogos 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

YB Hj Husin Bin Hj Din
N12 Selinsing

MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT

DEWAN NEGERI PERAK KE-12

MULAI 15hb OGOS 2011



SOALAN-SOALAN LISAN :

1. Mengenai mutu sukan Negeri Perak.

a) Dalam SUKMA yang lalu Perak berada di kedudukan terakhir dalam pungutan pingat, adakah laporan post-mortem telah dibuat? Dan apakah tindakan yang telah dilaksanakan?
b) Bola sepak juga tidak berada di kedudukan yang memuaskan, berapakah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Persatuan Bola sepak Perak(PAFA) bagi musim 2011?

2. Mengenai Kebajikan

a) Berapakah jumlah keseluruhan rumah anak-anak yatim di negeri Perak dan berapakah pecahannya mengikut daerah-daerah?

b) Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim ini?

3. PENDIDIKAN

a) Mengenai Sekolah Agama di bawah kerajaan negeri iaitu Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap penyerapan sekolah tersebut ke SABK.

b) Kenapa ada usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menyerapkan sekolah ini ke SABK? Adakah kerana kerajaan negeri tiada wang untuk menguruskan sekolah-sekolah ini.

c) Pengurangan bayaran per kapita kepada pelajar SAR daripada RM 60.00 kepada RM 15.00. Kenapakah pengurangan ini berlaku?

SOALAN-SOALAN BERTULIS :

1. Berapakah keluasan tanah yang telah dirizabkan kepada pasukan keselamatan negara khususnya anggota tentera selepas mereka pencen?

2. Berapakah penerima yang sudah menerima sumbangan dari skim khairat yang disediakan oleh kerajaan negeri.

3. Berapakah insentif yang diberikan kepada peserta yang mewakili Perak dalam dalam ujian tilawah peringkat kebangsaan dan berapakah bonus yang diperuntukkan jika mencapai kejayaan.

4. Masalah Sosial

Kes anak luar nikah amat membimbangkan berbanding dengan negeri lain. Apakah langkah-langkah pencegahan yang telah dan akan dilakukan oleh keajaan negeri bagi menangani masalah ini?

Media View : Mendapat MyKad Selepas 18 Tahun Dengan Bantuan Adun Tronoh (Makkal Osai 05 Ogos 2011)



Khamis, 4 Ogos 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

YB Hj Ramli Bin Hj Tusin
N11 Gunung Semanggol 
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT

DEWAN NEGERI PERAK KE-12

MULAI 15hb OGOS 2011





SOALAN-SOALAN LISAN :

1. Apakah status projek Wifi percuma yang telah dilancarkan pada 2007 di Gerik dengan kos RM20 juta, yang mana sepatutnya sudah meliputi seluruh bandar di negeri Perak?

2. Mengenai keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa negeri Perak.
a) Adakah pengharaman tarian poco-poco yang telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke 186 telah dikuatkuasakan?

b) Adakah surat perkeliling mengenainya telah diedarkan kepada semua jabatan-jabatan kerajaan?

3. Apakah tindakan kerajaan negeri dari segi penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan, khususnya kepada pengunjung yang beragama Islam?


SOALAN-SOALAN BERTULIS :

1. Mengenai perusahaan ternakan ikan hiasan (arowana) di Kampung Tebok Panchor, Semanggol.


a) Berapa luaskah tanah yang telah di bangunkan sebagai kolam ikan?

b) Apakah status tanah tersebut telah ditukar dari Tanah Pertanian kepada Tanah Perusahaan atau sebagainya?

c) Berapakah jumlah cukai yang dikenakan per hektar kepada pemilik tanah?


2. Mengenai masalah Murtad di kalangan umat Islam di Perak.

a) Berapakah angka sebenar yang telah membuat permohonan untuk Murtad?

b) Apakah langkah-langkah pencegahan yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan negeri terhadap masalah ini?

3. Mengenai Yayasan Bina Upaya Daul Ridzuan (YBUDR).

a) Berapakah kos pembinaan untuk satu unit rumah dan berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh YBUDR untuk pembinaan rumah-rumah tersebut?

b) Berapakah jumlah rumah yang telah berjaya dibina dan jumlah yang dirancang di masa hadapan?

Media Post : Makan Malam di Tokong Bemban

 华都牙也2日讯

民主行动党端洛区州议员西华古玛受邀出席了民万新村太上老君庙一年一度千秋宝诞晚宴,在会上致词时,他提及该庙申请列保留地事宜。他表示自2008年他中选后就协助该庙作出申请,而且在他任期的三年中,他不断的跟进这项庙地申请。


直到今年5月份,霹雳州行政议员马汉顺宣布端洛区内2庙地申请已获批准,其中一间就是民万太上老君庙,而且是早在今年一月份就批准了。


西华古玛遗憾的是,至今天为止,该庙理事会尚未接到任何批准信件通知,他质疑这是否刻意被拖延?莫非是要等到大选来临才发出有关信函给该庙不成?


他指,若在本月15日之前,该庙依然没收到有关信函,他将在15日开始的州议会上提出这事项。他最后也表示在来届大选中,如果他继续蝉联州议员,而民联掌权霹雳州,他承诺每年将拨款5千给民万太上老君庙。语毕时,赢得了台下巨响的掌声和欢呼声连连。