Isnin, 25 Julai 2011

今日新闻 : 反驳蔡细历 吡州行动党挑战马华在三不条件下号召10万人上街示威看谁响应




In order to prove Chua Soi Lek is wrong, the best way is to allow him to prove him is right. As such, DAP Perak humbly challenge Dr Chua Soi Lek as what he say, to gather 100,000 people to demonstrate on the street provided MCA don't give money, don't offer free food and don't make any promise for those who are willing to take heed of CSL's call. See who will will join him?


今日新闻 : 反驳蔡细历 吡州行动党挑战马华在三不条件下号召10万人上街示威看谁响应



(太平 15 日讯)


吡州行动党今日挑战马华总会长拿督蔡细历在“不准给钱、不准请吃、不准给好处”的三不条件下号召10万人上街示威,屆时蔡细历就会了解马华在人民心目中真正的地位。


行动党州秘书兼太平区国会议员倪可敏今日在太平民联<支持乾净、拒绝骯脏>迈向大选讲座上致词时指出,马华总会长拿督蔡细历今日指709净选盟和平集会很少华人参与,他同时表示几万人示威是少数,马华随时也可号召10万人上街示威的言论向蔡细历发出挑战。倪氏表示,蔡细历的大言不惭显示今时今日的马华早巳与民意严重脱节。


倪可敏指出,当公民社会与知识份子为国家政改不计牺牲付出走上街头,马华不但沒有响应公平与乾净选举的呼声,反而再三冷嘲热讽及大泼冷水;面对净选盟的8大主张,身为执政党的马华根本拿不出一套像样的政策来以德服人,最终雪州马华呼吁政府勿节外主枝、允许净选盟在体育馆集会,蔡细历对于基层忠言也完全听不入耳。


倪可敏指出,马华在每一场补选时皆须靠“一个马来西亚组织”请吃请喝、载歌载舞来湊人头,蔡细历若对自己的男性魅力信心爆棚,行动党希望蔡氏能在“不准给钱、不准请吃、不准给好处”的三不条件下号召10万人上街示威,到时看看有谁要响应。


倪可敏说,根据英国广播电视台(BBC)及凤凰卫视的报导,709净选盟大集会出席人数突破20万人大关,但是当局却指只有不足6千人参与,谁在说谎相信人民心中雪亮。他指出,卫生部长廖中莱否认警方曾把催淚彈射入同善医院,但是一张医院屋顶因中弹冒烟的照片巳让部长的公信力直跌入谷底。“我当时人在现场,亲眼目睹可证明廖中莱在撒谎!”倪可敏直言。


今日出席太平民联<支持乾净、拒绝骯脏>迈向大选讲座的群众近千人且以巫裔居多,其他主讲者包括前行政议员再努丁、回教党州主席阿布峇卡等,场面热闹。



(图) 1 : 太平区国会议员倪可敏吁蔡细历勿轻视公民社会影响力。



(图) 2 : 太平民联迈向大选讲座吸引近千民众参与,且以巫裔居多,场面热闹。

DAP Parit Buntar 45th Anniversary Dinner


PC - RCI FAILED TO FIND THE TRUTH




PRESS CONFERENCE :

Intimidation amount to homorcide. It is unbelievable that no one in MACC need to be held responsible.The RCI finding not only fail to reveal the truth and only leave more question mark for all to keep on searching for the Truth. We insist the government should penalize the culprit and prosecute the MACC officers concern especially the unseen hand that involved in the conspiracy to bring down the people elected Selangor Government.



今日新闻 :莫让明福死不瞑目 吡州行动党要求政府马上开除及提控幕后涉及黑手



(怡保 22 日讯)


吡州行动党今日指皇委会调查报告显示赴明福是由反贪委员会害死的,即使不是谋杀,也不可能是自杀。


该党州秘书兼太平区国会议员倪可敏今日指出,皇委会调查报告的结论显示,由于面对反贪会官员“持续不断、激烈及不恰当”的盘问方式,因而蒙受精神压力,导致赴明福不幸坠楼死亡。吡州行动党要求政府马上开除及提控幕后涉及黑手。


倪可敏指出,赴明福只是证人、不是嫌犯,当局有责任保护任何协助查案人士的人身安全,即然赴明福是由反贪委员会审问,他在审问期间死亡,反贪委会就绝对必须负上责任。


也是行动党副总财政的倪可敏指出,皇委会报告指出精神专家裁决,原本处于自杀低风险群的赵明福,由于不堪蒙受激烈的盘诘,结果在被盘问的一夜之间骤升为自杀高风险群是难以置信的说法。一个原本开朗乐观的证人如何在数小时内变成自杀高风险群令人愕然,更重要的是赴明福只是证人、不是嫌犯,他沒有感觉压力的必要。


倪可敏指出,皇委会点名3名反贪会官员对赵明福使用持续不断、激烈及不恰当的盘问方式,已经违反反贪会程序,可是事发迄今逾两年,沒有任何一名涉及官员被开除或被提控,政府这样的处理草菅人命、难以令人信服。


倪可敏指出,政府用了逾两年调查虽有结论,可是大家却还在尋找真相,一天真相沒有大白、事件沒有水落石出,行动党将持继追究到底。


倪可敏今日出席一项<全民挺明福-----尋找真相>活动后向媒体如是表示。出席者包括赴明福胞妹赴丽兰、林连玉基金会吡州分会主席郑庭忠、行动党州财政林碧霞、社青团团长黄家和、德賓丁宜区州议员黄文标、政治教育局主任郑国霖等逾百人。






(图) 1 : :“莫让明福死不瞑目! ” 吡州行动党要求政府马上开除及提控幕后涉及黑手。






(图) 2 : 倪可敏代表万人签名与赴明福胞妹赴丽兰以要求政府追尋真相。中为郑庭忠。

KENYATAAN MEDIA : Perayaan Tahunan Kuil Maha Muthu Mariamman Ladang Nalla, Tronoh



Kenyataan Media YB V.Sivakumar di Ladang Nalla, Tronoh pada 24/7/2011



YB V.Sivakumar telah menghadiri perayaan tahunan Kuil Maha Muthu Mariamman Ladang Nalla Tronoh pada 24 Julai 2011.
 
Setiap tahun perayaan ini disambut dengan meriah di kuil ini. Upacara kemuncak perayaan ini ialah 'Thimithi' iaitu berjalan di atas bara api.

Ini merupakan tahun ke4 YB V. Sivakumar menghadiri upacara perayaan tahunan kuil ini.

Kuil ini wujud sejak kolonial British lagi untuk penduduk-penduduk ladang getah Nalla, Tronoh.

Kini ladang ini telah berubah wajah, getah tidak wujud lagi. Telah menjadi ladang kelapa sawit

Hampir keseluruhan masyarakat India telah meninggalkan ladang ini.

Kini pekerja-pekerja asing menetap dan bekerja di ladang tersebut.

Walaubagaimanapun, kuil Maha Muthu Mariamman ini masih tetap menyambut perayaan tahunan sehingga ke hari ini.

Penduduk-penduduk di sekitar pekan Tronoh datang beramai-ramai untuk menyambut perayaaan itu tiap-tiap tahun.

Dalam pada itu, keluarga yang pernah menetap di ladang itu tetapi sekarang bekerja di negeri-negeri lain juga akan pulang untuk menyambut perayaan ini.

Ini merupakan satu peluang kepada mereka untuk bertemu dengan sahabat handai dan jiran-jiran mereka yang lama.

Kuil ini pernah memohon sebidang tanah berhampiran dengan Kampung Baru Nalla.

Tetapi permohonan itu telah ditolak oleh kerajaan negeri tanpa satu alasan yang munasabah.

YB V. Sivakumar menjanjikan bahawa beliau akan mendapatkan tanah yang dipohon itu jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negeri Perak semula. Beliau juga mencabar MIC dan kerajaan negeri Perak untuk menyelesaikan masalah permohonan tapak tanah oleh Kuil ini.

MEDIA STATEMENT - 'PR Lodged Police Report to Release 6 PSM Detainees' (MAKKAL OSAI 24JUL11)

MEDIA STATEMENT - 'ARREST ORDER - SIVAKUMAR DENIED' (MAKKAL OSAI 24JUL11)

Jumaat, 22 Julai 2011

KERATAN MEDIA - 'WARAN TANGKAP UNTUK 13 ORANG TERMASUK DS ANWAR IBRAHIM' (MAKKAL OSAI 22JUL11)


MEDIA STATEMENT - 'Public Forum : Is Emergeny Ordinance Still Relevant?' (MAKKAL OSAI 22JUL11)


PUBLIC IS WELCOMED TO ATTEND THIS FORUM :

DATE          :   22 JULY 2011 (FRIDAY)
TIME           :   8:00 P.M.
VENUE        :   HOTEL EXCELSIOR, IPOH
SPEAKERS   :   YB LIM KIT SIANG
                       YB DATO NGEH KOO HAM
                       SDR AUGUSTINE ANTHONY (LAWYER)
                       SDR LEONG CHEOK KENG (LAWYER)
                       SDRI RANI (MRS DR. JAYAKUMAR)
CHAIRED BY :  YB V. SIVAKUMAR


'WHAT IS EMERGENCY ORDINANCE?'

PLEASE JOIN US TO KNOW MORE ABOUT IT.

IT IS VERY INFORMATIVE AND MIND-OPENING FORUM.

KINDLY PASS ON THIS MESSAGE TO YOUR FRIENDS.

'KNOW THE TRUTH AND NOTHING BUT THE TRUTH'

KERATAN MEDIA - 'Masalah Tanah Di Kg Ulu Tupai Telah Dibangkitkan Di Sidang DUN oleh YB Yee Seu Kai' - (MAKKAL OSAI 22JUL11)

Khamis, 21 Julai 2011

BERITA : 'Waran tangkap untuk Anwar, Samad Said, Husam' (Malaysiakini 21Jul11) --- YB. V.Sivakumar pun kena?!



Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan gagal hadir membantu siasatan selepas terbabit dalam perhimpunan 9 Julai lalu.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan, bagaimanapun anggota parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali meninggal dunia Ahad lalu, lapor Berita Harian.

Selain Anwar, mereka yang lain adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai).

Nama tunggal wakil Umno adalah Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Tanpa memetik mana-mapa pihak, akhbar itu melaporkan semua individu itu dipanggil ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi sejak 11 Julai, namun belum berbuat demikian.

Semalam, polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan individu itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan mengeluarkan waran tangkap.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi, lapor Berita Harian lagi.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman.

Daripada pihak Umno, ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga dilaporkan sudah memberikan keterangan.

KERATAN MEDIA - 'Masalah Di Ladang Kinta Kellas Diselesaikan Tetapi Tiada Dokumen Yg Sah' (MAKKAL OSAI 21JUL11)

Isnin, 18 Julai 2011

Jumaat, 15 Julai 2011

KERATAN MEDIA - 'TANAH DIKENALPASTIKAN, BOLEHKAH MIC SELESAIKAN MASALAH DENGAN SEGERA?' (MAKKAL OSAI 15JUL11)

KENYATAAN MEDIA - Perdana Menteri & Ketua Polis Negara Menipu Rakyat


14 JULAI 2011 - Batu Gajah, Perak

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Tronoh di Batu Gajah pada 14/7/2011.

Integriti dan kredibiliti kerajaan terjejas apabila 2 orang tokoh negara membuat kenyataan palsu dalam media untuk menipu keseluruhan rakyat Malaysia. Mereka mendakwa bahawa polis tidak menembak air dan gas pemedih mata di dalam kawasan Hospital Tung Shin. Ini adalah satu pembohongan yang sangat ketara. Terdapat banyak rakaman video dan saksi-saksi yang melihat dan menjadi mangsa keganasan polis di kawasan hospital berkenaan.

Saya bersama-sama YB Lim Pek Har, ADUN Menglembu berada di Hospital Tung Shin ketika kejadian menembak air dan gas pemedih mata  itu berlaku di dalam kawasan hospital itu.  Kami terperanjat dengan tindakan polis yang ganas lagi berani menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.  Saksi-saksi lain yang turut menjadi mangsa gas pemedih mata di Hospital Tung Shin ialah Pengerusi DAP Cawangan Bemban Lim Yoke See, Pengerusi DAP Cawangan Pusing Chan Chin Fah, Pengerusi DAP Cawangan Batu Gajah Utara Vijayakumar dan ramai lagi.


Beribu-ribu orang telah menyaksikan kejadian yang zalim itu, tetapi Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara menafikan tindakan polis menyerang Hospital Tung Shin. Sudah tentu ini menjatuhkan imej ketua negara dan Ketua Polis Negara yang sepatutnya dipandang tinggi oleh masyarakat umum. Apatah lagi penipuan ini dibuat semata-mata untuk kepentingan politik Barisan Nasional.

Selain daripada itu kami juga melihat berpuluh-puluh anggota polis dengan begitu ganas dan cemas telah memasuki kawasan dan bangunan Hospital Tung Shin untuk menangkap orang-orang yang datang menghadiri perhimpunan aman Bersih. Mereka telah menggunakan kekasaran yang keterlaluan apabila menangkap orang-orang yang berlari untuk menyelamatkan diri mereka.

Saya tidak lari daripada polis, saya duduk dan melihat telatah dan cara tangkapan yang dibuat oleh polis di Hospital Tung Shin. Walau bagaimanapun saya juga ditahan oleh polis di dalam kawasan Hospital Tung Shin.  2 orang anggota polis telah mengambil maklumat peribadi saya dan melepaskan saya dengan serta-merta.

Kenyataan media ini dibuat semata-mata untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku di dalam kawasan  Hospital Tung Shin supaya pihak-pihak tertentu tidak mengelirukan isu yang sebenar. Rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran untuk kepentingan bersama. 

Khamis, 14 Julai 2011

15 JULY 2011 - PRESS CONFERENCE : 'BUNTONG CREMATORIUM ISSUE - WHAT HAD HAPPENED TO THE ALLOCATION?''

Dear Comdrades and Friends,

There will be a press conference held regarding the issue on Buntong's Crematorium Land and what had happened to it's RM14.7million allocation by the State Government.

Press Conference by :

YB V. Sivakumar (ADUN Tronoh)
YB A. Sivasubramaniam (ADUN Buntong)

details as below :

      Date   :  15 July 2011 (Friday)
      Time   :  10:00 a.m.
      Venue :  DAP Buntong Service Centre

All pressmen are welcomed.

20 JULAI 2011 - PIKET MENUNTUT PEMBEBASAN DR JAYAKUMAR DAN RAKAN-RAKANNYA

SALAM PERJUANGAN...


Satu piket menuntut pembebasan Dr Jayakumar dan rakan-rakan yang ditahan di bawah 'Emergency Ordinance' akan diadakan :

             Tarikh   :   20hb Julai 2011 (Rabu)
             Masa    :   5:00 - 6:00 petang
             Tempat :   Di tepi Balai Bomba Sg Siput
             Anjuran:   DAP  Cawangan Sg Siput

Sila sebarkan...

HIDUP RAKYAT!!!

KERATAN MEDIA - 'TANAH UNTUK KREMATORIUM SUDAH DITUNJUKKAN, DI MANAKAH PERUNTUKKANNYA? (MAKKAL OSAI 14JUL11)

KERATAN MEDIA - 'GANESAN, JANGAN PESONGKAN MASALAH DAN MENGELIRUKAN RAKYAT' (MAKKAL OSAI 13JUL11)

PENIPUAN OLEH MIC TERHADAP MASYARAKAT DI KG ULU TUPAI, TAIPING

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0 - utube

http://www.youtube.com/watch?v=2yBMPqwe0Mk&feature=player_detailpage

BERSIH 2.0



09JULAI2011 - KUALA LUMPUR

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Gambar-gambar telah diambil selepas kena gas pemedih mata dan 'water canon'


Selasa, 5 Julai 2011

Hak Rakyat Dinafikan Dengan Kekerasan



Teks Ucapan YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, Timbalan Pengerusi DAPSY Perak dan ADUN kawasan Tronoh di Ceramah PAS Pekan Karai, Anjuran PAS Sungai Siput pada 3 Julai 2011.



Hak Rakyat Dinafikan Dengan Kekerasan


Malaysia mengamalkan demokrasi tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara. Tidak ada undang-undang lain yang lebih tinggi di negara kita melainkan Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada Perlembagaan Persekutuan. Kuasa Perlembagaan Persekutuan itu tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Perkara 1(1) Perlembagaan inilah yang memberi nama bagi negara kita yang dikenali sebagai ‘Malaysia’. Undang-undang ini mengwujudkan satu persekutuan yang terdiri daripada semua negeri-negeri dan wilayah-wilayah persekutuan di negara ini.

Mengikut Perkara 4(1), Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu. Perkara ini mengesahkan bahawa Undang-undang inilah yang paling tinggi dalam menentukan corak pentadbiran negara dan hak asasi rakyat.

Jika kita meneliti Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan iaitu hal berhubung dengan hak asasi manusia, semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata. Dalam erti kata yang lain, hak untuk berhimpun merupakan hak asasi rakyat yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada pihak yang patut mencabar atau menafikan hak rakyat ini.

Tetapi, Kerajaan BN telah melampaui batas dengan menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman semata-mata untuk menjamin keselesaaan dan kepentingan politik mereka. Arahan yang tidak munasabah dan tidak berperlembagaan telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Hishammudin selaku Menteri Dalam Negeri untuk menangkap mereka yang membuat persediaan untuk berhimpun secara aman. Tindakan mematahkan persediaan untuk berhimpun secara aman adalah sesuatu yang tidak menepati Perlembagaan Persekutuan. Segala usaha untuk menggunakan kekerasan hanya dilakukan oleh pihak kerajaan dengan menggunakan PDRM dan bukannya oleh pihak-pihak yang mahu berhimpun secara damai. Segala tindak-tanduk polis yang dilakukan atas arahan pihak-pihak tertentu telah menjengkelkan hati rakyat. Pihak polis juga harus menegakkan undang-undang negara terutamanya Perlembagaan Persekutuan dan bukannya secara membuta tuli mendewakan dan mengikut arahan menteri yang mempunyai kepentingan politik.

Jika polis juga terpengaruh dengan diayah politik kotor dan bersubahat dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan menafikan hak rakyat, maka ini akan membawa kepada ketirisan terhadap nama baik PDRM itu sendiri. Tambahan pula, PDRM harus mengutamakan dan mengangkat panji-panji rukun negara yang ketiga dan keempat iaitu ‘Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang’

Isnin, 4 Julai 2011

Datuk Rayu Bantuan Untuk 5 Orang Cucu‏



04JUL2011 - Taman Pinji Mewah

Saya telah menerima aduan daripada En Manogaran, berumur 48 tahun, bahawa beliau telah membuat permohonan bantuan kebajikan untuk 5 orang cucunya pada 16 Mac 2011 tetapi tidak menerima apa-apa bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat ini. Beliau seorang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, isterinya juga merupakan seorang suri rumahtangga. Mereka terpaksa menanggung perbelanjaan 5 orang cucu yang telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Beliau telah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat sebanyak 3 kali tetapi tidak ada apa-apa maklumbalas kecuali menyuruh beliau untuk tunggu. Beliau tidak mampu lagi membiayai tanggungan dan perbelanjaan sekolah anak-anak kecil ini. Beban ini jika berterusan beliau terpaksa memberhentikan cucu-cucunya daripada bersekolah. Perkara ini perlu dielakkan kerana masa hadapan anak-anak ini akan terkandas. Walau bagaimanapun, cucunya yang bernama Premila (13) telah pun diberhentikan daripada bersekolah pada tahun ini. Cucu-cucu yang lain iaitu Kanaga Priya (12), Yogeswaran (10), Venugopal (8), Jamuna (6) masih lagi bersekolah. Untuk menjamin masa hadapan anak-anak ini, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat harus mengambil tindakan segera membantu mereka. Sikap sambil lewa dan tidak mengambil kisah ini akan memudaratkan lagi masalah sosio-ekonomi negara kita pada masa akan datang. Kalau benar, kerajaan Barisan Nasional berniat untuk membasmi kemiskinan dan mendahulukan rakyat, tindakan harus diambil dengan serta-merta membantu keluarga miskin tegar ini.

*Makluman : En. Manogaran boleh dihubungi di 014-3411018 untuk bantuan


TANGKAPAN POLIS TERHADAP DR JAYAKUMAR (PSM) BERSAMA 5 ORANG LAGI


03JUL2011 - IPOH

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 3 Julai 2011 di Pejabat Pakatan Rakyat Negeri Perak, Ipoh. 

Pada 25 Jun 2011, 31 ahli dan penyokong PSM, termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S. Jayakumar Devaraj ditahan atas dakwaan bahawa polis menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas yang mereka naiki, di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Sebenarnya, mereka terlibat dalam satu kempen politik ‘Udahla tu …..Bersarala’. Sebagai satu parti politik yang sah dan berdaftar mereka mempunyai hak untuk membuat kempen politik di mana sahaja di negara ini. Tetapi, kempen ini telah dihodohkan dengan satu tangkapan polis yang mempunyai niat yang berlainan. Polis dan BN telah menggunakan peluang ini untuk menyimpang isu sebenar dan melakukan satu konspirasi bagi kepentingan politik mereka.

Dipercayai bahawa tangkapan ini ada kaitan dengan Perhimpunan Bersih 2.0. Kerajaan BN menggunakan PDRM untuk mematahkan perhimpuan aman itu. Antara langkah pertama yang diambil adalah dengan menangkap Dr Jayakumar dan 30 orang lain dengan satu tuduhan yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal. Polis sengaja mengenakan tuduhan yang tidak berasas dengan satu kesalahan yang amat berat agar pemimpin-pemimpin politik dan rakyat akan takut dalam suasana yang tidak menentu ini. Tindakan ini adalah satu perbuatan zalim oleh kerajaan BN untuk kepentingan politik mereka. Ini juga ada kaitan dengan ucapan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa BN akan terus mengekalkan kuasa mereka di Putrajaya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Ahli-ahli PSM ditangkap atas tuduhan perhimpunan haram, hasutan dan percetakan dan pengedaran risalah secara haram. Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM). Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan ini adalah sesuatu yang tidak relevan dan amat janggal sekali.

Buku-buku ideologi komunisme atau tokoh-tokohnya boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai buku di Malaysia. Adakah orang-orang yang menjual, membeli, menulis dan membaca buku-buku itu akan dianggap sebagai komunis? Di setiap pusat pengajian tinggi juga mempunyai buku-buku seperti ini. Adakah ini satu kesalahan di bawah Ordinan Darurat 1969 atau undang-undang lain di negara kita? Kerajaan Malaysia juga megadakan menjalin hubungan yang baik dengan Pemimpin-pemimpin Negara China yang mengamalkan fahaman komunisme. Ramai juga yang pernah datang ke Malaysia atas jemputan kerajaan kita. Adakah perkara ini boleh dianggap sebagai satu perbuatan subversif?

Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman 7 hari.
Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula sebaik mereka dibebaskan pada jam 2 petang semalam. Antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah Timbalan Pengerusi PSM M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa Pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, Setiausaha Bahagian Sungai Siput A Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.

Menurut maklumat, mereka telah dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur. Mereka dibebaskan dari ibu pejabat daerah polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang ini. Mereka ditangkap semula oleh anggota polis dari Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai berkenaan. Mereka ditangkap dibawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969. Tangkapan Dr Jeyakumar dan lima ahli PSM yang ditahan semula di Ordinan Darurat ini telah disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif. Katanya mereka ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung maklumat awal yang diterima oleh pihak polis.

Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Tempoh 60 hari itu adalah tempoh siasatan polis. Mereka akan dibawa dari satu balai ke balai yang lain. Sukar untuk mengetahui dimanakah tahanan ini disiasat. Mereka juga tidak ikut peraturan lock-up iaitu siasatan 9am hingga 6pm. Malah mereka boleh menjalankan siasatan bila-bila masa. Kemudian Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk caj mereka di Mahkamah atau diteruskan dengan ISA.

Kebanyakan aktivis hak asasi manusia menganggap Ordinan Darurat lebih kejam daripada ISA. Seperti ISA, tidak perlu perintah reman daripada mahkamah untuk tangkapan seumpama ini.


Lazimnya, sejak beberapa tahun lalu, EO digunakan oleh polis bagi mengehadkan pergerakan mereka yang disyaki sebagai samseng dan terbabit dengan aktiviti haram dan kongsi gelap.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menafikan dakwaan bahawa kerajaan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan tindakan polis menyoal individu yang dipercayai terlibat dalam penganjuran perhimpunan dilarang Bersih 9 Julai ini.


Kerajaan BN berada dalam keadaan takut dan terdesak. Ini menyebabkan mereka telah hilang haluan dan menyalahgunakan kuasa secara sewenang-wenangnya.


Pakatan Rakyat Perak mengecam sekeras-kerasnya penggunaan Ordinan Darurat 1969 yang telah digunapakai secara zalim oleh Polis menangkap 6 orang pemimpin PSM ini.

Jumaat, 1 Julai 2011

PROJEK RM5.8b untuk Syarikat 'dormant'?


01JUL11 - PEJABAT SPRM, IPOH

YB V. Sivakumar bersama 8 orang DUN Perak yang lain telah membuat laporan di SPRM, Ipoh pagi tadi.

Laporan dibuat terhadap kerajaan BN Perak yang meluluskan 150 ekar tanah di kawasan Segari, Manjung kepada sebuah syarikat modal berbayar RM100. Syarikat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia adalah bersifat 'dormant' sejak dimulakan pada tahun 2008. Tidak ada sebarang transaksi atau keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat ini.

Adakah pemberian tanah 150 ekar untuk projek RM5.8billion dilakukan secara telus dengan tender terbuka?

POLIS DAH MELAMPAU!


29JUN2011 - SUNGAI SIPUT, PERAK


Gambar-gambar di atas :
 * Sidang media oleh YB Chang Lih Kang mengenai kezaliman terhadap beliau dan rakan-rakannya di IPD Sungai Siput. Polis membebaskan orang-orang yang ditahan selepas 11 jam. Baju mereka ditanggalkan oleh polis di IPD Sungai Siput.
* Berbincang dengan ASP Pillai di IPD Sungai Siput berhubung dengan tangkapan YB Chang Lih Kang, YB Leong Mee Ming dan 12 orang ahli DAP & PKR di Sungai Siput
* Sidang media bersama YB Idham Lim dan YB Zainuddin di sebuah surau bersebelahan dengan IPD Sg Siput. Memberi penerangan mengenai hak rakyat yang diberikan oleh perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
* Bahan-bahan yang diedar oleh YB Chang Lih Kang & YB Leong Mee Meng sebelum ditangkap oleh polis pagi tadi. Risalah DAP gambar Tok Guru dan Jalur Gemilang. T-shirt DAP warna merah 'Ubah' pun dirampas oleh polis....Polis paksa tanggalkan baju merah ubah DAP. Ini satu tindakan zalim dan tidak menghormati undang2. Berani mereka sentuh Tshirt UMNO, MCA, MIC?

Merampas baju parti politik adalah bertentangan dengan hak berpersatuan dan amalan demokrasi negara ini


POLIS TELAH MELAMPAUI BATASAN UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA!