Khamis, 30 Jun 2011

PENCEMARAN ALAM DI BEMBAN

Aduan diterima daripada orang ramai bahawa ada sebuah kilang di Bemban, Batu Gajah yang mengalirkan sisa buangan kilang ke dalam longkang biasa. Sisa itu mengeluarkan bau kimia yang kuat dan tidak menyenangkan penduduk kawasan itu. Air berwarna coklat mengalir keluar ke dalam longkang dan kemudiannya memasuki sebatang sungai yang berhampiran. Mereka mengadu semua ikan-ikan dalam sungai itu pun mati akibat sisa buangan itu. Walau bagaimanapun, kita tidak pasti apakah kandungan sisa buangan tersebut. Oleh yang demikian, kami telah mengambil sampel air untuk menguji kandungan kimia. 

Rabu, 29 Jun 2011

SUMBANGAN KERUSI RODA



Pusat Khidmat DUN Tronoh telah memberi sumbangan kerusi roda kepada seorang warga emas 69 tahun yang bernama Allameloo. Beliau adalah seorang yang uzur dan tidak boleh berjalan. Allameloo tinggal di Kampung Baru Bemban, Batu Gajah. 

Jumaat, 24 Jun 2011

The 8 Demands Made by Bersih


The 8 demands made by Bersih



1. Clean the electoral roll

The electoral roll is marred with irregularities such as deceased persons and multiple persons registered under a single address or non-existent addresses. The electoral roll must be revised and updated to wipe out these ‘phantom voters’. The rakyat have a right to an electoral roll that is an accurate reflection of the voting population.

In the longer term, BERSIH 2.0 also calls for the EC to implement an automated voter registration system upon eligibility to reduce irregularities.



2. Reform postal ballot

The current postal ballot system must be reformed to ensure that all citizens of Malaysia are able to exercise their right to vote. Postal ballot should not only be open for all Malaysian citizens living abroad, but also for those within the country who cannot be physically present in their voting constituency on polling day. Police, military and civil servants too must vote normally like other voters if not on duty on polling day.



The postal ballot system must be transparent. Party agents should be allowed to monitor the entire process of postal voting.



3. Use of indelible ink

Indelible ink must be used in all elections. It is a simple, affordable and effective solution in preventing voter fraud. In 2007, the EC decided to implement the use of indelible ink. However, in the final days leading up to the 12th General Elections, the EC decided to withdraw the use of indelible ink citing legal reasons and rumours of sabotage.

BERSIH 2.0 demands for indelible ink to be used for all the upcoming elections. Failure to do so will lead to the inevitable conclusion that there is an intention to allow voter fraud.



4. Minimum 21 days campaign period

The EC should stipulate a campaign period of not less than 21 days. A longer campaign period would allow voters more time to gather information and deliberate on their choices. It will also allow candidates more time to disseminate information to rural areas. The first national elections in 1955 under the British Colonial Government had a campaign period of 42 days but the campaign period for 12th GE in 2008 was a mere 8 days.

5. Free and fair access to media

It is no secret that the Malaysian mainstream media fails to practice proportionate, fair and objective reporting for political parties of all divide. BERSIH 2.0 calls on the EC to press for all media agencies, especially state-funded media agencies such as Radio and Television Malaysia (RTM) and Bernama to allocate proportionate and objective coverage for all potlical parties.

6. Strengthen public institutions

Public institutions must act independently and impartially in upholding the rule of law and democracy. Public institutions such as the Judiciary, Attorney-General, Malaysian Anti-Corruption Agency (MACC), Police and the EC must be reformed to act independently, uphold laws and protect human rights.

In particular, the EC must perform its constitutional duty to act independently and impartially so as to enjoy public confidence. The EC cannot continue to claim that they have no power to act, as the law provides for sufficient powers to institute a credible electoral system.

7. Stop corruption
Corruption is a disease that has infected every aspect of Malaysian life. BERSIH 2.0 and the rakyat demand for an end to all forms of corruption. Current efforts to eradicate corruption are mere tokens to appease public grouses. We demand that serious action is taken against ALL allegations of corruption, including vote buying.

8. Stop dirty politics

Malaysians are tired of dirty politics that has been the main feature of the Malaysian political arena. We demand for all political parties and politicians to put an end to gutter politics. As citizens and voters, we are not interested in gutter politics; we are interested in policies that affect the nation.


http://addin77.blogspot.com


Selasa, 21 Jun 2011

PERAK tangga terakhir SUKMA dengan kosong pingat emas Pakatan Rakyat mendesak Exco Sukan Negeri Letak jawatan‏



“Apa sudah terjadi kepada Sukan Negeri Perak?”

Ekoran daripada pencapaian kosong pingat emas oleh kontinjen Negeri Perak sekaligus menduduki tangga terakhir sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-14 yang baru berakhir baru-baru ini, Pakatan Rakyat hari ini meminta kerajaan Negeri membuat rombakan semula terhadap Majlis Sukan Negeri dan mendesak EXCO Sukan Dato Zainul Padzi Paharuddin (Sungai Manik) meletak jawatan dengan segera.

Pakatan Rakyat (PR) mendakwa bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) tersebut telah gagal menjalankan tugas dengan baik dan tidak melaksanakan tanggungjawab beliau dengan memuaskan sehingga kedudukan sukan Negeri menjunam ke tempat teakhir.

Setiausaha Negeri DAP yang juga merangkap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkata, pencapaian negeri kali ini adalah paling teruk sejak SUKMA mula dianjurkan. Kontinjen Negeri yang pulang dengan tangan kosong bukan sahaja menyedihkan malahan ia menjejaskan imej Negeri yang kian merosot sejak rampasan kuasa oleh BN pada tahun 2009.

Nga Kor Ming berkata, jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan setiap tahun untuk bidang sukan dalam negeri ini tetapi hasil pencapaiannya sama sekali tidak boleh dibanggakan. Beliau meminta Menteri Besar Perak, Dato Zambry Abdul Kadir memberikan penjelasan penuh kepada rakyat Negeri tentang kegagalan kontinjen negeri kali ini. “Jika Ahli Exco tidak berdaya, adalah baik kerajaan tukar mereka yang lebih layak demi kebaikan untuk rakyat”, kata Nga.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Khairuddin Bin Dato Abdul Malik berkata, pihak rakyat tidak pernah jangka prestasi sukan negeri boleh merosot sehingga tanpa Perak kalah kepada negeri-negeri lain termasuk Perlis, Kelantan dan menduduki tangga terakhir pada temasya sukan terbesar tanahair ini.

Dr Khairuddin berkata, Perak pernah menjadi Juara Piala Malaysia, Juara Piala Agong untuk sukan Bola Keranjang serta pernah menghasilkan atlit yang memenangi Piala Thomas untuk sukan Badminton tetapi kini prestasi pasukan negeri kian merosot dan ini mencerminkan tahap pengurusan dan pimpinan kerajaan Negeri.

Pada Sukan Malaysia yang baru-baru ini berakhir di Kuala Lumpur, Negeri Terengganu muncul Johan Keseluruhan buat kali ketiga berturut-turut dengan pungutan 30 pingat emas tetapi Perak pulang dengan tangan kosong dengan tempat terakhir.

(Gambar 1) : Pakatan Rakyat mendesak EXCO Sukan Negeri Perak, Dato Zainul meletak jawatan. Duduk depan dari kanan: Nga Kor Ming dan Dr Khairuddin Dato Abdul Malik.

(Gambar 2) ; Carta pungutan pingat Sukan Malaysia 2011 menunjukkan Perak menduduki tangga terakhir.


DAP bongkar Kerajaan Negeri BN memberi tanah puluhan jutaan & projek RM5.8 billion kepada syarikat 100 ringgit‏






Scandal BN!
Bagaimana syarikat Domain yang mempunyai modal seratus ringgit sahaja dapat melabur 5800 juta ringgit?


Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja.

Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.

Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.

Setiausaha Negeri DAP YB Nga Kor Ming hari ini berkata, mengikut pengumuman Ecxo Kanan Kerajaan Negeri, Dato Hamidah Binti Othman pada 9/6/2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion. Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas(LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.

Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan.

Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain(sleeping company) yang hanya berdaftat mulai 28/2/2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung.

Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Sysrikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal brbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat “Domain”,malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini.

Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan.


吡州国阵州政府又传58亿令吉大丑闻! 继上周遭行动党踢爆国阵州政府濫权把怡保市值5千万令吉的17畝公务员宿舍土地交由私人发展商业计划后,今日行动党再接再厉,再次揭发国阵州政府本月宣佈高达58亿令吉的天然气计划竟颁发给一间缴足资本只有区区一百元的有限公司,更甚的是-----它更是一间冬眠公司(Domain Company)!



行动党州秘书兼太平区国会议员倪可敏今日召开发佈会披露,吡州高级行政议员拿督哈米达于本月十日宣佈,国阵州政府巳在三个星期前批出曼绒昔加里五湾一块价值连城广达150英畝的地段给宏涛液化天然气公司(Atigas Technology Sdn Bhd)设立液化天然气厂,哈米达当时更宣称该公司不但将从卡塔尔进口液化天然气,该公司更会投资高达58亿令吉巨款。根据哈米达当时的宣佈,此计划15个月即可完成,屆时将会供应全国三分之一的天然气市场。


倪可敏 : “冬眠公司”如何融资58亿?


倪可敏指出,在接获巫统内部的投诉及经行动党查证后证实,该公司是2008年2月28日才成立,缴足资本只有一百元,批准资本也只是区区10万;更令人難以置信的是,政府的官方资料清楚写明该公司是间…“冬眠公司”,沒有任何商业纪录可以查询。


倪可敏指出,曼绒昔加里五湾的土地一畝市值至少30万,国阵州政府批给该公司的150畝土地估计市值至少达5千万,一间缴足资本只有一百元的公司该如何融资投资58亿元是全国人民有权知道的事。他要求哈米达说明到底那一间银行愿意借贷给这间公司。


倪可敏指出,该间梹城注册的公司有三名股东,大马公司委员会的资料显示,该公司连商业地址(Business Address)及商业纪录全都沒有,在此情况下,政府把广达150英畝的土地批给这样的公司,其动机令人成疑。他吁请州务大臣赞比里解释该土地及此投资计划是否有公开召标。


倪可敏指出,哈米达曾经有报大数误导人民的前科,因此吡州民联限哈米达三天内向人民清楚交代,否则限期一过,民联屆时将采取必要行动捍卫人民利益。哈米达曾在2010年1月召开发佈会宣佈吡州投资高达130亿令吉,但过后贸工部证实来吡州投资的只有区区8亿而巳。


国阵夺权一年批准4,502英亩矿地,每畝地价66令吉


也是班台区州议员倪可敏今日同时揭发,截至2010年杪,国阵夺权一年来总共批准了高达4,502英亩矿地,但是地价总收入只有29万7千357元,每畝地价低至马币66元。他指出,根据国阵大臣拿督赞比里在州议会给予他的书面答覆,虽然吡州政府债务高企突破九亿元,州政府依然沒有计划对州内具商业价值的土地进行公开召标。


倪可敏表示,根据吡叻州土地法规,州政府土地最低地价必须不少过1000元,他对国阵收取每畝66元地价深表震惊。倪氏也指出,国阵州政府在短短一年内也批准了高达503英畝石矿地(Kuari),对此政府征收了709万令吉地价,每一畝地价达1万3千令吉。与此相比,政府对每英畝采矿地只征收66令吉令人百思不得其解,即使只是开采权相信也不只这个数目。


倪可敏表示,在国阵施政下吡州政府债务从1999年的1亿8200万剧增至如今的9亿300万,由于州儲备金只有7亿9500万,若债主真的追债,他担忧吡州有朝一日将会破产,因此他今日再度施压赞比里公佈还债计划以安民心。





今日新闻 : 行动党誓言那里跌倒、那里站起來 双溪古月晚宴全场热爆‏





(双溪古月 20 日讯)

 
 吡叻州民主行动党主席兼木威区国会议员拿督倪可汉今日说,行动党从那里跌倒、将从那里从新站起来,因此该党不但将出征双溪古月区,更矢志收复吡州政权以恢复州内的民主,让人民主权抬头。

 
拿督倪可汉指出,该党原任议员卡斯文达星为了个人私利出卖选民他对此深感歉意,因此他祈求人民原谅。无论如何,行动党对双溪古月区人民不离不弃,自从卡斯文达星叛党逃离后行动党即刻成立以梁卓经律师为首的服务队为民服务,该党不但开设服务中心,梁卓经也每周固定往选区服务,以实干精神赢得口碑。

 
倪可汉今日也大力推介梁卓经,指他不但年青有为,更曾考获新加坡国立大学会计系与英国利兹大学法律系双荣誉一等学位,是名不可多得的人才;希望来屆大选人民可以给他一个表现的机会。


倪可敏 : 政府今年超支131亿元 情况严重


该党州秘书兼太平区国会议员倪可敏在演讲时则指出,政府一方面削减人民津贴,另一方面则花钱如流水,如此施政令人摇头叹息。倪可敏举例,内政部动用了每只三万四千元的价格来购买维持治安的犬只,价格昂贵令人咋舌。他表示,普通的名犬市价至多不超过2千元,政府却用愈三万购买,挥霍无度导致我国国债今年突破4千亿元,今年更超支高达131亿巨款。“可能国阵买的狗会唱刘德华的歌,所以特别贵吧?”他调侃。

 
倪可敏指出,政府的财政管理不但差强人意,挥霍浪费的情况更令人震惊万分。他表示,“人人免费的面子书旅游部竟遭揭发耗费180万天价来设立、青体部主办青年大集会原本只预算150万,最终却用了2千700万,超支2千550万,现在还花三万天价买一只狗,凡此种种皆令纳税人无名火起。”


行动党今日联同其他民联领袖几乎倾巢而出,重点出击该党双溪古月区服务队主办的“众志成城、迈向布城”晚宴,该党摆出的鑽石级名咀阵容包括党中央文宣组组长丘光耀博士、十大杰出青年兼太平区国会议员倪可敏、雪州议会议长拿督邓章钦及原任州务大臣拿督斯里尼查等,该党署理主席兼端洛区州议员西华古玛也是主讲人之一。晚宴吸引愈千名公众赴会、全场爆满,买不到票的村民更扶老携幼出席驻足聆听精采演讲。


(图) 1 : 双溪古月区服务队主席梁卓经颁发幸运奖于出席公众并由倪可敏(右三)等见证
(图) 2 : 众志成城、迈向布城”晚宴主宾席众领袖相见欢。右起梁卓经、西华古玛、拿督倪可汉、倪可敏及党元老骆瑞珍等。
(图) 3 : 行动党双溪古月区服务队主办“众志成城、迈向布城”晚宴吸引愈千名公众赴会、全场爆满。

Jamuan Makan Malam DAP DUN Tronoh - 25 Jun 2011



Mesyuarat terakhir jawatankuasa jamuan makan malam DAP DUN Tronoh telah diadakan pada 20/6/2011.

Semua persiapan program sedang berjalan dengan lancar. Kami bercadang untuk mengadakan jamuan makan malam 100 meja di Pekan Batu Gajah. Tiket hampir selesai dijual di sekitar Batu Gajah.

Kami ingin mengucap terima kasih kepada semua penyokong dan penderma.


Jamuan akan diadakan di Tokong Sam Wong Kong, Pekan Lama Batu Gajah pada 25 Jun 2011 jam 7 malam.


Semua cawangan-cawangan DAP di DUN Tronoh telah terlibat untuk menjayakan program makan malam ini.


Penceramah-penceramah undangan di program ini adalah YB Gobind Singh, YB Teo Nie Ching, YB Tian Chua YB Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming dan YB V.Sivakumar.

Kami menjemput semua untuk hadir dan memberi sokongan.

Sabtu, 11 Jun 2011

Diskriminasi Terhadap Sekolah Bantuan Modal Di 1Malaysia


Kenyataan Media YB V.Sivakumar  pada 11 Jun 2011 di Batu Gajah.

MIC gagal melindungi sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Pada tahun 1957 terdapat 888 sekolah Tamil di seluruh pelusuk negara. Tetapi hari ini hanya terdapat 523 sekolah Tamil. Dalam tempoh 54 tahun sejak merdeka 365 sekolah Tamil telah hilang dari bumi ini.  Daripada 523 sekolah tamil yang ada sekarang  372 buah sekolah merupakan sekolah bantuan modal.  Hanya 151 sekolah Tamil ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Dalam  kata lain, hanya 28.8% daripada jumlah sekolah Tamil yang ada mendapat bantuan penuh daripada kerajaan. Baki  71.2%  sekolah Tamil di negara ini telah dianak tirikan oleh kerajaan  Barisan Nasional.   Inilah  pencapaian MIC yang dibangga-banggakan oleh pemimpinnya. 

Apakah akan berlaku kepada sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada dalam tempoh 50 tahun akan datang? MIC tidak boleh mempertahankan kedudukan sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Jika kerajaan membawa cadangan untuk menghapuskan sekolah-sekolah venukular, pemimpin-pemimpin MIC yang juga merupakan ‘pak angguk’ kepada UMNO akan  terus mengangkat tangan untuk menyokong cadangan itu. Mereka tidak mempunyai sejarah ‘melawan tauke’.  Mereka akan menggadai maruah dan kepentingan orang-orang India untuk mempertahankan kedudukan politik mereka. 

Pada tahun 2000, bekas Menteri Pelajaran pada masa itu, Musa Mohamad  menyatakan bahawa sekolah-sekolah Tamil adalah tanggungjawab komuniti  itu sendiri dan bukannya tanggungjawab kerajaan.  Apakah reaksi pemimpin-pemimpin MIC ketika itu? Kenyataan yang dibuat oleh menteri itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Perkara  12 (1)(b) :
Dengan tidak menyentuh keluasan makna Perkara 8, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir tentang memperuntukan bantuan kewangan dari wang sesuatu pihak berkuasa awam untuk tanggungan murid-murid atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pendidikan. 

Perkara  12(1)(b) Perlembagaan Persekutuan ini menjelaskan bahawa tidak boleh ada diskirminasi dalam memberi  bantuan  kewangan dari segi ‘tanggungan  kepada semua murid-murid’.  Bantuan itu seharusnya merentasi kaum dan agama. Ini juga merangkumi bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah-sekolah Tamil. Tetapi, kerajaan Barisan Nasional telah menganak-tirikan sekolah-sekolah Tamil. Masih terdapat sebilangan besar sekolah-sekolah Tamil yang hanya memperolehi bantuan modal daripada kerajaan tanpa menghiraukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak memberi  ruang kepada diskriminasi terhadap mana-mana sekolah tetapi dalam pelaksanaan polisi kerajaan perkara itu telah diabaikan. Jika kerajaan tidak mengamalkan diskriminasi, maka sekolah-sekolah bantuan modal sudah lama dinaik taraf kepada sekolah-sekolah bantuan penuh. Tetapi, perkara ini tidak dilaksanakan sehingga ke hari ini. Sekolah-sekolah bantuan modal kekal sebagai sekolah kelas ketiga dan tidak dipedulikan oleh kerajaan ini. 

MIC tidak dapat mengubah status sekolah-sekolah bantuan modal kepada bantuan penuh. Adakah Presiden MIC Datuk Palanivel juga bersetuju dengan dasar kerajaan untuk mengekalkan status sekolah-sekolah bantuan modal ini? Jika tidak, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh  beliau dan kerajaan dalam mengatasi masalah sekolah-sekolah bantuan modal? Beranikah MIC memberi jaminan untuk mengubah status semua sekolah-sekolah bantuan modal  kepada sekolah-sekolah bantuan penuh sebelum Pilihanraya Umum ke 13? Sudah semestinya MIC tidak akan berani membuat jaminan sedemikian. 

Pemimpin–pemimpin MIC tidak arif untuk menuntut hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Mereka menghangatkan bangku semata-mata untuk mengaburi mata rakyat seolah-olah kerajaan Barisan Nasional prihatin terhadap masalah sosio-ekonomi  kaum India di negara ini. 

Untuk sekolah-sekolah bantuan modal, ibubapa dan orang awam perlu membina bangunan dan menyelenggarakannya. Kerajaan hanya menyediakan guru-guru untuk sekolah tersebut.  Adakah ini wajar? Dalam 1Malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat dua aliran atau sistem untuk sekolah-sekolah Tamil. 

Apakah salahnya kerajaan membiayai penuh semua sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Masyarakat India yang hidup sederhana di negara ini tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan sekolah-sekolah Tamil bantuan modal ini. Perbelanjaan ini harus ditanggung oleh kerajaan, tetapi  dengan kebijaksanaan ‘tai chi’ Barisan Nasional beban itu telah dialihkan ke atas bahu masyarakat India itu sendiri.

MIC seharusnya berasa malu apabila pergi mengutip derma daripada orang ramai untuk membantu sekolah-sekolah bantuan modal ini. Pemimpin-pemimpin parti  itu sepatutnya mendapatkan peruntukan sepenuhnya daripada kerajaan persekutuan untuk semua sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Mengutip derma daripada orang ramai itu sendiri membuktikan bahawa MIC tidak cekal hati menuntut hak yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan , malah menujah  dan  menipu masyarakat India kerana kedayusannya.  Walau bagaimanapun  kaum India hari ini  sudah melihat permainan ‘kerdip mata’ diantara pemimpin-pemimpin UMNO dan MIC.

V.Sivakumar
ADUN Tronoh

Jumaat, 10 Jun 2011

‘MIC a toothless tiger in BN’


IPOH: Perak DAP has accused MIC of being a “toothless tiger” in the Barisan Nasional (BN) coalition with no political bite to fight for the social and economic betterment of the Indian community.

Party state deputy chief V Sivakumar said, “MIC is just a small party in the BN coalition with no political voice to either fight or champion the rights of the Indian community for the past 53 years.”

He listed 10 points that have greatly affected the community which MIC leaders had allegedly failed to take up with Umno leaders:

• MIC has failed to take up the scholarship issue of deserving, bright SPM Indian students who were denied the right to study overseas;

• MIC did not do anything concrete to ensure that the controversial Malay literature book “Interlok”, which had hurt the feelings of the Indian community, is removed from the SPM syllabus;

• MIC has failed to increase the percentage of Indians working in the civil sector which is less than 5% now;

• MIC has failed to address the social grievances of thousands of Malaysian Indians who have failed to get birth certificates and proper citizenship rights like blue identity cards;

• MIC has not played its role in ensuring that plantation workers get a minimum wage for the past 53 years;

• MIC has not done anything positive to improve the equity share of the Indian community which still stands at about 1.5% after 50 years;

• MIC has not ensured that the Tamil literature subject in SPM examination is given importance as a compulsory subject for the selection of scholarship awards and as admissions into the local universities;

• MIC has not been proactive in ensuring that all partially-aided Tamil primary schools in the country are converted into fully-aided government schools to ensure that the Indian pupils enjoy all the education facilities and benefits that national primary school pupils enjoy;

• Why did the MIC remain silent when Perkasa leader Ibrahim Ali had warned both MIC and MCA not to touch on the allocation of scholarships given by the Public Service Department?

• Why did MIC choose to remain silent when the prime minister's former special assistant, Nasir Safar, had made a seditious statement that all Indians came to Malaya as beggars?

Sivakumar scoffed at reports that 20,000 Pakatan Rakyat Indian members have joined the MIC.

He was responding to MIC chief G Palanivel who reportedly said that 20,000 unhappy Pakatan Indian members had allegedly joined MIC recently.

“MIC’s claim is ridiculous. It is easy to make such a sweeping statement without data and figures to back up,” said Sivakumar who was the former ousted Pakatan Perak state assembly speaker.

'MIC politically desperate'

Sivakumar claimed that MIC, now politically desperate, is attempting to paint a rosy picture to Umno of its increasing support among the Indian community just to get back the seats it had lost in the 2008 general election.

“MIC is trying to give this figure (20,000) just to satisfy its political master, Umno, which will think that MIC is gaining popularity as a rejuvenated Indian party,” said the DAP leader.

Sivakumar, who is DAP Tronoh assemblyman, also claimed that Umno has lost confidence in the political ability of MIC to pull in the Indian votes for BN in the coming general election.

Thus, it has resorted to supporting other mosquito Indian-based parties like Malaysian Makkal Sakthi as an alternative to the MIC.

“Many Umno leaders in their public speeches have said that they can win more seats without the support of (MIC’s) Indian votes,” he alleged.

Sivakumar said that even Umno leaders like Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz was reported as saying that Perak MIC should not be given any state seats as the party allegedly does not command the support of Indian voters in the state.

He also alleged that Umno is now prepared to go alone without the support of MIC in the coming general election.

“MIC has become irrelevant now to Umno as it (MIC) does not command the support of the Indian community ,” Sivakumar alleged.

“Also, it makes no difference whether MIC is in or out of the Cabinet as it does not have the political voice to speak out,” he said.

Free Malaysia Today [ http://www.freemalaysiatoday.com ]

BUAIAN ROSAK DI TAPAK PERMAINAN


华都牙也9日讯 / 09JUN2011 - TAMAN BEMBAN RAYA - BATU GAJAH

华都牙也TAMAN BEMBAN RAYA 花园里的草场原本有两个秋千(BUAIAN),哪里的小孩在下午爱到这草场游玩和荡秋千, 但目前一个已损坏不堪,另外一个也已经非常残旧,小孩去到草场时对此感到无比失望。这花园的居民向端洛区行动党投诉,要求当地县议会能早日换上新的秋千。


前民联华都牙也区行动党县议员陈文彬,陈进华及古玛到过该草场视察了秋千损坏的情况。


图:左一起:陈文彬,陈进华及古玛促华都牙也县议会尽快为TAMAN BEMBAN RAYA换上新的秋千.

Isnin, 6 Jun 2011

Masalah Kekurangan Tempat Letak Kereta Di Pekan Batu Gajah


06JUN2011 - PEKAN BATU GAJAH

Aduan telah diterima daripada orang ramai dan peniaga-peniaga kawasan itu. Majlis Daerah Batu Gajah gagal menangani masalah itu. TapalkLocal Agenda 21 boleh digunakan sebagai tempat letak kereta. tetapi, pihak majlis memberi pelbagai alasan untuk berbuat demikian.

RAKYAT DIDAHULUKAN?

Ahad, 5 Jun 2011

Kumbaabishegum, Kuil Sri Maha Mariamman Kampung Nalla, Tronoh

Telah menghadiri upacara Kumbaabishegum, Kuil Sri Maha Mariamman Kampung Nalla, Tronoh. Bersama masyarakat setempat sejak pagi tadi. Makan tengahari bersama rakyat di perkarangan kuil. DAP DUN Tronoh memberi sumbangan RM3500 kepada Jawatankuasa Persatuan Sri Maha Mariamman, Kampung Nalla.

Sabtu, 4 Jun 2011

Apa PR Boleh Buat Di Perak?


KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK
Pakatan Rakyat Negeri Perak mengumumkan bahawa kerajaan Negeri baru yang bakal dibentuk sekiranya memperolehi mandat dari Rakyat akan memberi kadar premium tanah nominal serendah RM10 ringgit untuk tapak tanah yang diluluskan kepada institusi pendidikan sumbangan wang orang awam yang merangkumi semua aliran bahasa dengan secara adil dan saksama.

Pakatan Rakyat Negeri Perak mengumumkan dasar penting ini sempena sidang akhbar khas di Parlimen hari ini yang turut dihadiri oleh Bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Bin Jamaluddin, Pengerusi PKR Perak, Dr Manuty dan Setiausaha Negeri DAP Perak, Nga Kor Ming menyatakan pendirian bersama PR dalam isu ini yang hangat diperkatakan oleh rakyat di Perak.

Pakatan Rakyat bersetuju bahawa pendidikan adalah teras pembangunan Negara dan semua aliran sekolah patut diberi layanan yang adil dan penghormatan sebagai buaian yang mencungkil bakat dan mendidik generasi muda pemimpin masa depan Negara.

Dalam aspek ini, ketika Pakatan Rakyat memimpin kerajaan Negeri Perak pada 2008, kerajaan Negeri pada waktu itu telah bersetuju secara prinsip meluluskan tanah kepada institusi pendidikan iaitu tanah seluas 2,023 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat(SAR) Negeri Perak, 1,012 Hektar untuk Sekolah SUWA dan 607 hektar untuk Sekolah Tamil dalam Negeri tersebut supaya dijadikan modal dan tabung untuk membantu pembangunan institusi pendidikan tersebut.

Bagaimanapun, setelah rampasan kuasa berlaku pada 2009, Kerajaan Negeri BN walaupun mengikut jejak langkah Pakatan Rakyat, tanah yang diluluskan kepada sekolah sumbangan orang awam(SUWA) dikenakan premium tanah bernilai berjuta-juta ringgit. Umpamanya, sekolah SUWA dikehendaki membayar premium tanah sebanyak RM2,240,000.00 dengan setiap sekolah terpaksa menanggung kos premium tanah RM248,888.00., satu beban yang cukup berat untuk lembaga pengelola sekolah tersebut.

Atas dasar BN tersebut, pihak lembaga pengelola sekolah terpaksa mengutip derma dan merayu bantuan dari pelbagai pihak khususnya masyarakat umum.

Menyedari masalah kewangan yang bakal dihadapi oleh sekolah-sekolah Agama Rakyat, SUWA dan Sekolah Tamil dimana jumlah premium tanah masih belum mengambil kira kos pembangunan tanah yang menelan belanja kos jutaan ringgit, Pakatan Rakyat Perak telah memutuskan sebulat suara bahawa : Seandainya Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri Perak semula pada PRU ke 13, kerajaan PR akan mengenakan premium secara nominal RM10 sehektar dalam rancangan dan usaha membantu sekolah-sekolah tersebut mencapai objektif membangun sekolah dari pulangan modal tanah berkenaan. Maka dengan dasar ini, sekolah tersebut di atas boleh menjimatkan jutaan ringgit premium tanah dan mereka hanya perlu membayar RM20,230 untuk Sekolah Agama Rakyat, RM10,120 untuk Sekolah SUWA dan RM6,070 untuk Sekolah Tamil sahaja.

Sekian, terima kasih.
PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

Kerja Apa Ini?

Benteng longkang dibina di hadapan rumah kedai Taman Saujana oleh kontraktor yang dipilih oleh Majlis Daerah Batu Gajah. Benteng baru telah siap dibina.....

Benteng lama yang dipecahkan itu ditolak masuk ke dalam longkang.....kerja apa ini?

Sudah hampir satu tahun....yang dimasukkan dalam longkang, masih dalam longkang!

Lihat sendiri gambar.....bukan saya tipu!

Ini yang buat saya marah. Ini wang rakyat. Jangan buat kerja macam ini.

Majlis Daerah Batu Gajah tidak pantau kerja-kerja yang dibuat oleh kontraktor? Bagi kontrak dan bayar saja? Kerja siap dengan sempurna atau tidak bukan hal Majlis lagi...?

Bila saya bangkitkan isu seperti ini orang kata saya jahat.....habis boros wang rakyat itu apa?

Ahli-ahli Majlis pun serupa makan elaun buta....!

Hmmmm....tukar sajalah kerajaan BN yang lembab ini

Jumaat, 3 Jun 2011

Rungutan Desa Pelancongan

Kenyataan Media YB V.Sivakumar , ADUN Tronoh di Desa Pelancongan pada 2 Jun 2011

Rungutan Penduduk Desa Pelancongan

Kawasan perumahan Desa Pelancongan  ini telah dibina pada tahun 1986. Harga rumah kos rendah ini adalah lebih kurang RM45,000 pada masa itu. Ramai telah membeli rumah di kawasan itu kerana dijanjikan akan dibina 38 unit rumah kedai, padang permainan dan klinik kesihatan. Mereka telah mempercayai pemaju dan broker-broker jualan pada masa itu. Tetapi  25 tahun  sudah lalu, masih tidak dibina  rumah kedai dan menyediakan padang permainan seperti yang dijanjikan. Tapak rumah kedai dan padang permainan itu telah menjadi belukar dan ditumbuhi pokok-pokok yang besar. Saya tidak tahu kenapa pihak pemaju tidak membina rumah kedai dan menyediakan padang permainan seperti yang dijanjikan. 

Desa Pelancongan terletak di DUN Sungai Rapat. Perkara ini telah dibawa kepada perhatian Ahli Dewan Negeri Kawasan itu, Hamidah Osman, juga merupakan EXCO Kanan Kerajaan Negeri Perak. Tidak ada sebarang usaha yang diambil oleh beliau untuk menyelesaikan  masalah penduduk kawasan ini.  Kenapa kerajaan negeri  Perak masih lagi tidak menarik balik tanah yang diberikan kepada pemaju untuk membina rumah kedai dan menyediakan padang permainan itu? 

Adakah pemaju menyimpan tapak tanah tersebut selama ini  semata-mata untuk menaikkan nilai tanah? Apabila nilai tanah menjadi tinggi, maka projek itu disambung semula untuk mendapat keuntangan yang lumayan. Mesti ada udang disebalik batu. “Saya hairan kenapa kerajaan negeri masih tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pemaju yang gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan?” Kata V.Sivakumar, ADUN Kawasan Tronoh. 

Selain daripada itu 13 unit rumah juga masih tidak dibina lagi. Tapak ini adalah sebaris dengan rumah yang dijadikan sebagai ‘show house’ ketika  itu. Terdapat tapak kosong untuk 13 unit rumah dalam barisan rumah teres itu. Tapak itu juga telah ditumbuhi pokok-pokok besar dan menjadi semak samun. Tidak ada mana-mana pihak yang datang membersihkan kawasan ini. Penduduk kampung ini berada dalam ketakutan kerana sering kali mereka melihat  ular sawa dan ular tedung berkeliaran di kawasan perumahan itu. Ada juga seorang pengadu berkata rumahnya pernah dimasuki ular sebanyak 3 kali. Penduduk Desa Pelancongan risau akan keselamatan anak-anak mereka yang bermain di luar  atau diperkarangan  rumah mereka.

Selain daripada itu, pihak Majlis Daerah Batu Gajah juga tidak membersihkan longkang-longkang di hadapan dan di belakang rumah mereka. Longkang tersumbat dan air kotor bertakung di situ. Bau busuk serta menjadi tempat pembiakan nyamuk. Menurut seorang lagi pengadu, mereka tidak boleh keluar rumah pada waktu lewat petang kerana takut diserang nyamuk yang begitu banyak. Perkara ini perlu dipandang serius oleh Majlis Daerah Batu Gajah dan Pejabat Kesihatan Kinta kerana ia melibatkan kesihatan dan keselesaan penduduk kawasan ini. “saya berharap pihak kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan masalah rumah kedai, padang permainan dan 13 unit rumah yang masih tidak dibina. Tambahan pula, kesihatan penduduk kawasan ini juga tidak boleh diabaikan. Oleh yang demikian pihak Majlis Daerah Batu Gajah harus membersihkan kawasan ini dalam kadar yang segera”, Kata V.Sivakumar lagi.