Jumaat, 25 Mac 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh

YB Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis (DAP)

Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke4

Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan

Mulai 12 April 2011


Soalan Bertulis:

1. Sila senaraikan secara terperinci satu per satu perbelanjaan yang dilakukan oleh peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disemua 59 kawasan undangan Negeri untuk tahun 2009 dan 2010.

2. Sila senaraikan secara terperinci jumlah kos perbelanjaan, program yang dihadir dan hasil lawatan luar negeri secara satu per satu yang melibatkan YAB Menteri Besak Perak, penasihat-penasihat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak sejak Februari 2009 hingga Mac, 2011.

3. Sila senaraikan jumlah kos perbelanjaan secara satu per satu atas perlantikan jawatan Penasihat-penasihat YAB Menteri Besar, Ketua Penerangan Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai khas Menteri Besar bagi tempoh mulai tahun 2009 sehingga kini.

4. Sila senaraikan semua jumlah luas tanah termasuk tanah pertanian, tanah perumahan, tapak lombong dan kuari yang diluluskan oleh kerajaan negeri serta jumlah premium tanah yang dikutip secara terperinci bagi tempoh mulai tahun 2009 hingga 2011.

5. Sila nyatakan secara terperinci kadar dan bilangan jenayah serta jenis kes yang berlaku mengikut kawasan Daerah dalam Negeri Perak untuk tahun 2009 dan 2010.


Soalan Lisan:

1. Minta YAB Menteri Besar sila nyatakan secara terperinci berapa kos perbelanjaan kerajaan Negeri & kerajaan Tempatan untuk mempromosikan kempen “1 Malaysia” yang dilaung-laungkan oleh YAB Perdana Menteri?

2. Sila nyatakan secara terperinci satu per satu kos pembelian dan penyelenggaraan semua kereta rasmi YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli MMK, Tuan dan Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri secara satu per satu mulai tempoh 2009 hingga kini.

3. Sila nyatakan jumlah peruntukan & perbelanjaan bagi hal-ehwal Islam dan hal Ehwal Bukan Islam secara teperinci bagi tempoh 2000 hingga 2010.

http://malaysiandotcom.blogspot.com/

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh
YB Tuan Hj. Husin bin Hj. Din, ADUN Selinsing (PAS)
Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke4
Dewan Negeri Yang Ke-12
Perak Darul Ridzuan Mulai 12 April 2011
SOALAN LISAN

1. KEBAJIKAN MASYARAKAT Bagi kes-kes kebakaran rumah yang berlaku, a) Adakah sebarang peruntukan khas disediakan oleh pihak kerajaan negeri untuk diberikan kepada mangsa-mangsa kebakaran? b) Jika ada, apakah saluran yang perlu diikuti oleh mangsa-mangsa kebakaran bagi mendapatkan peruntukan tersebut dan berapakah nilai peruntukan yang diberikan mengikut daerah? 2. PERKHIDMATAN KUMPULAN BAS PERAK ( KBP ) Kumpulan Bas Perak ( KBP ) telah beroperasi lebih daripada 6 bulan,

a) Berapakah perbelanjaan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi menyediakan perkhidmatan bas ini untuk keseluruhan operasi bas tersebut?

b) Berdasarkan purata jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ini, Adakah perkhidmatan ini membantu mengurangkan masalah pengangkutan awam di negeri Perak. 3. PENDIDIKAN Pendidkan amatlah penting untuk masa depan anak-anak dan keluarga. Malangnya ada juga

kanak-kanak yang tidak pernah memasuki sekolah rendah.

a) Berapa ramaikah kanak-kanak di negeri Perak yang tidak pernah didaftarkan dalam sekolah rendah?

b) Apakah sebab-sebabnya?

c) Sekiranya mereka sudah melebihi umur apakah program yang boleh membantu mereka? SOALAN BERTULIS

1. Dua belas rumah di Malaya Estate, DUN Kubu Gajah seringkali menghadapi masalah banjir. Masalah ini pernah dibawa kepada perhatian kerajaan. Untuk mengatasi masalah penduduk kawasan ini, adakah kerajaan berhasrat untuk :- a) Memberi tanah lot rumah kepada mereka ini di kawasan berhampiran ?

b) Jika ya, apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam proses pemberian tanah ?

c) Bilakah dijangka 12 keluarga ini memiliki geran tanah sendiri ? 2. Masalah berhubung dengan Sungai Kinta, Perak a) Bilakah kali terakhir pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah membersihkan Sungai Kinta ?

b) Berapakah kos pembersihan Sungai Kinta sepanjang tahun 2009 dan 2010 ? c) Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan pencemaran Sungai Kinta ? 3. Penduduk setinggan Kampung Ara Payung, Batu Gajah sudah lama menanti iaitu lebih 40 tahun untuk mendapat lot tanah bagi tujuan membina rumah. a) Apakah masalah kerajaan negeri untuk melambat-lambatkan pemberian lot-lot tanah tersebut yang dicadangkan secara insitu ?

b) Bilakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan geran-geran untuk lot-lot tanah di Kampung Ara Payung?

c) Apakah status terkini permohonan tanah tersebut ? 4. Masalah Sosial Masalah sosial seperti Mat Rempit, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan gejala

buang bayi sangat membimbingkan. Apakah tindakan kerajaan untuk membendung dan juga

membimbing belia-belia dari gejala tersebut?

PERAYAAN PANGUNI UTHIRAM DI BATU GAJAH


19hb Mac 2011 adalah satu perayaan masyarakat India iaitu ‘Panguni Uthiram’. ‘Panguni’ merupakan bulan ke-12, terakhir, di dalam kalendar India. Perayaan ini disambut dengan meriah pada hari bulan purnama di dalam bulan Tamil ini.

Di Batu Gajah, perayaan ini telah disambut di Kuil Sri Subramaniar di Jalan Pusing.

Cawangan DAP Batu Gajah Utara bersama dengan Pusat Khidmat Dun Tronoh telah memberi minuman ringandan makanan kepada para penganut yang telah datang ke kuil ini. Agenda ini telah bermula pada pukul 9.00 pagi. Dengan ini, pendaftaran pengundi baru juga telah dibuat. Program ini telah diadakan bersama-sama ahli-ahli Pakatan Rakyat yang datang membantu bersama menjayakan agenda-agenda ini.

Pada malam hari, pemberian minuman beserta makanan juga telah diadakan. Ini merupakan salah satu sambutan yang positif untuk berinteraksi dengan masyarakat.

Walau bagaimanapun, perayaan ini telah terganggu oleh kesesakan jalanraya di mana jalanraya di hadapan kuil tersebut tidak ditutup. Ramai yang telah mengajukan aduan kepada saya. Dan saya telah menghubungi pihak trafik Batu Gajah. Walau bagaimanapun, masalah itu ketara terutamanya apabila orang ramai berada di perkarangan kuil tersebut pada waktu siang dan malam. Ini amat menyinggung pemandu kenderaan yang terpaksa berhenti lama. Dalam pada itu keselamatan orang ramai dan kanak-kanak yang berjalan kaki juga perlu diambil kira. Di harap pihak jawatankuasa kuil dan trafik Batu Gajah mengambil langkah yang sewajarnya pada tahun hadapan supaya perkara yang sama tidak diulangi.




SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

 Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh
YB Su Keong Siong, ADUN Pasir Pinji (DAP)
Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke4
Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan
Mulai 12 April 2011


Soalan Lisan :

1. Kebanyakan Suratan-suratan Hamilik untuk tanah yang di pegang di dalam kawasan Kampung Baru, Negeri Perak telah genap tempoh pajakan tanah masing-masing. Oleh itu menanya YAB Menteri Besar :-
a) Sila huraikan jumlah permohonan lanjutan tempoh pajakan tanah untuk kawasan-kawasan Kampung Baru yang telah di terima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Daerah Kecil Ipoh untuk tempoh tahun 2010 mengikut susunan Kampung Baru masing-masing.
b) Berapakah kelulusan yang telah di keluarkan pada tahun 2010 ?
c) Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk memberi pengurangan premium lanjutan tempoh pajakan secara automatic kepada kesemua pemohon-pemohon ?

2. Penternak-penternak Khinzir di dalam Negeri Perak yang sediaada sedang menghadapi masa depan yang tidak tentu kerana industri penternakan khnzir adalah tidak digalakkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-

a) Apakah halatuju pihak Kerajaan Negeri berkenaan dengan industri penternakan khinzir ini ?

b) Adakah Kerajaan Negeri Perak berhasrat menempatkan kesemua kegiatan penternakan khinzir ini satu kawasan yang khusus untuk industri ini ?

c) Jika Ya, sila nyatakan rancangan tersebut ?

3. Sejak beberapa bulan yang lalu, wargakota-wargakota Ipoh telah dikeluarkan kompaun parking kereta sebanyak RM 100.00 untuk kesalahan-kesalahan seperti berikut :-

“Kod 32(3) : Koupon menjadi tidak sah kerana telah di pinda”

“Kod 39(1) : Tiada seorang pun boleh menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta”

Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-

a) Bilakah Kerajaan Negeri melaksanakan kompaun sebanyak RM 100.00 untuk kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Ipoh) 2005 ?

b) Sila huraikan keslahan-kesalahan yang akan di kenakan kompaun sebanyak RMN 100.00 tersebut.

c) Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan kompaun ini kepada semua peringkat Majlis Daerah di dalam Negeri Perak ?

Soalan Bertulis :

1. Ada terdapat kerja-kerja pembinaan yang sedang di jalankan di MBI Terrace berdekatan dengan Dataran MBI (Greentown Business Centre). Adalah di fahamkan bahawa pihak MBI sedang membina pusat penjaja makanan yang kekal di kawasan tersebut. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar menjelaskan :-

a) Berapakah kos yang terlibat untuk pembinaan pusat penjaja makanan di kawasan tersebut ?

b) Siapakah yang bakal layak untuk memohon tempat atau lesen untuk menjaja makanan di kawasan tersebut.

c) Aapakah langkah yang di ambil untuk mengatasi kekesakan ataupun kekurangan tempat letak kereta di kawasan tersebut.

2. Kerajaan Negeri Perak selalu menwar-warkan slogan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” Oleh itu, meminta YAB Menteri Besar menjelaskan :-

a) Beberapakah permohonan tanah untuk tempat-tempat ibadat iaitu kuil-kuil, tokong-tokong dan gereja-gereja yang telah di luluskan oleh Kerajaan Negeri Perak dalam tahun 2009 & 2010 ?

b) Berapakah permohonan tanah untuk tempat-tempat ibadat yang masih belum di proseskan pada setakat 2010 ?

c) Aadakah Kerajaan Negeri Perak memberi diskaun premium dan juga cukai tanah nominal untuk tempat-tempat ibadat yang telah di luluskan ?

3. Pada tahun 2hb Oktober 2009, satu deretan rumah kedai di Fair Park Ipoh yang sedang di robohkan oleh Pemaju telah runtuh dan mengakibatkan kematian kepada dua orang iaitu, Zairi Mohd Sabri (25 tahun) and Firdaus Mohd Norzila (23 tahun). Satu siasatan telah di jalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu menanya YAB Menteri Besar :-

a) Adakah Pihak Berkuasa Tempatan [Majlis Bandaraya Ipoh] telah mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja tersebut ?b) Adakah Pihak Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk mengumumkan lapuran siasatan trajedi ini kepada orang awam ?

c) Apakah langkah-langkah yang telah di ambil oleh Pihak Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan kejadian malang ini tidak berulang lagi ?

4. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes-kes pecah rumah dan kecurian di rumah kediaman yang berlaku di sekitar Bandaraya Ipoh di mana kejadian-kejadian ini telah menyebabkan kerugian dan kerosakan harta benda. Selanjutnya, ia juga menyebabkan keselamatan warga Ipoh terancam. Oleh itu, mananya YAB Menteri Besar :-

a) Berapakah kes pecah rumah yang telah di laporkan di kawasan Bandaraya Ipoh pada tahun 2009 dan 2010 ?

b) Berapakah kes-kes tersebut yang telah dibongkar/selesai oleh Polis ?

c) Apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Pihak Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar jenayah ini ?

5. Pada 14/3/2011, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (Public Account Committee) telah membuat satu kenyataan akhbar bahawa terdapat kes penyalahan-gunaan dana wang Kerajaan Negeri di mana Jabatan-Jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri di dapati membeli peralatan (equipment) pada harga yang lebih tinggi dan bermutu rendah dan menyebabkan kerugian besar kepada Kerajan Negeri. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-a) Sila nyatakan Jabatan-Jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri yang terlibat;

b) Berapakah jumlah kerugian wang yang terlibat ?

c) Adakah Kerajaan Negeri telah membuat lapuran kepada Polis atau SPRM berkenaan dengan kes-kes ini ?

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh

YB Leong Mee Meng, ADUN Jalong (DAP)

Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4

Dewan Negeri Yang Ke-12

Perak Darul Ridzuan Mulai 12 April 2011


Soalan Bertulis :

1. Cukai taksiran (Cukai pintu) merupakan sumber pendapatan utama bagi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Sila nyatakan jumlah kutipan cukai taksiran MPKK pada tahun 2009 dan 2010 berserta jumlah tunggakan terkini bersama senarai penghutang tunggkan yang melebihi RM10,000.

2. Dewan komuniti di Taman Sambathan merupakan Dewan sebarguna untuk kegunaan orang ramai di Sungai Siput. Saya ingin tahu hakmilik dewan itu berserta jumlah kos pembinaan dan peruntukan daripada kerajaan pusat dan negeri untuk menambungkan kos pembinaaan dewan tersebut.

3. Perternakan khinzir sering menjadi satu isu di kawasan Jalong. Kerajaan negeri menyatakan akan menyediakan satu Pusat peternakan Khinzir untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah penternakan dan masalah pencemaran. Saya ingin tahu lokasi yang telah ditentukan oleh kerajaan negeri untuk membina pusat perternakan ini serta tempoh penyelesaian projek ini dan cara pembahagian tanah kepada penternak – penternak bersama kos pembinaan projek tersebut.

4. Selain daripada pengutipan cukai tanah dan taksiran, peruntukan daripada kerajaan pusat juga diperlukan untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan Jalong. Sila nyatakan jumlah peruntukan daripada kerajaan pusat pada tahun 2010 untuk menjalankan projek –projek peningkatan infrastruktur di Kawasan Jalong serta senaraikan projek – projek tersebut bersama nama kontrator yang terlibat.

5. Salah satu sumber kewangan bagi kerajaan negeri adalah cukai tanah yang dibiayai oleh penduduk tempatan. Sumber tersebut digunakan untuk pembangunan negeri. Sila nyatakan jumlah kutipan cukai yang dibiayai oleh penduduk kawasan Jalong pada tahun 2009 dan 2010 berserta jumlah tunggakan terkini bersama senarai penghutang tunggakan yang melebihi RM10000.

Soalan Lisan:

1. Perternakan lembu merupakan sumber rezeki yang penting terutamanya bagi kaum india di kawasan jalong. Dengan masalah kekurangan tanah dan kewangan untuk menternak lembu, maka lembu- lembu tersebut dilokasikan berhampiran di estet-estet. Namun demikian, lembu–lembu tersebut sentiasa ditemui ditepi jalan raya. Ini adalah sangat bahaya dan mungkin akan menyebabkan kemalangan berlaku. Dengan ini, saya berharap kerajaan negeri dapat memberi sebidang tanah kepada peternak – peternak untuk menjadikan pusat ternakan lembu demi menambahkan pendapatan peternak dan mengerakan kemalangan berlaku.

2. Masalah miskin tegar merupakan satu isu penting di Negeri Perak. Selain daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan negeri juga bertanggung jawab untuk membasmi kemiskinan ini. Sila nyatakan bilangan penduduk di kawasan Jalong yang dikategorikan sebagai miskin tegar serta nyatakan polisi – polisi kerajaan negeri untuk membasmi masalah kemiskinan ini.

3. Wanita kini memainkan peranan yang penting di semua sektor. Namun demikian peratusan wanita yang memegang jawatan sebagai Eksekutif masih belum mencapai 30% . Dengan ini, saya ingin tahu berapa peratus wanita yang berjawatan Eksekutif dalam kerajaan negeri dan polisi – polisi kerajaan negeri untuk meningkatkan peratusan ini.


Khamis, 24 Mac 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12


Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh

YB Dato’Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin,S.P.M.P,
ADUN Pasir Panjang (PAS)
Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri
Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan Mulai 12 April 2011

1. KENAPAKAH SEBUAH KILANG HARAM MEMPROSES TAHI AYAM DIBENARKAN BEROPERASI DI BT 14 TRONG YG MENCEMARKAN ALAM SEKITAR SERTA SEBUAH SUNGAI BERSEBELAHAN?

2. KENAPA KERAJAAN MEMBENARKAN BINAAN KIOSK PERNIAGAAN KEKAL DIATAS PANTAI TELUK NIPAH, PANGKOR SERTA BERAPAKAH KOS PEMBINAAN DAN SIAPA KONTRAKTOR BINAAN?

3.  BERAPAKAH KETINGGIAN DAN KOS BINAAN LOGO 1MALAYSIA DI JETI  PANGKOR?

4. APAKAH STATUS PERISTIWA 2 ORANG PEMUDA MELAYU YANG TERBUNUH  DLM KEJADIAN BANGUNAN RUNTUH DI FAIRPARK PADA 2 OKTOBER 2009 DAN TINDAKAN KEATAS MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB, DBI ATAU KONTRAKTOR?

5. SIAPA DAN JABATAN MANA YG DIMAKSUDKAN OLEH PENGERUSI PAC YG BERBELANJA MEMBELI BARANGAN YG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI MELAMPAUI HARGA PASARAN DAN BERAPAKAH KOS YG DIBAYAR UTK BARANGAN APA .SILA RUJUK UTUSAN MSIA 15 MAC 2011?

6. SENARAIKAN PBT SERTA JUMLAH HUTANG YG MASIH TERTUNGGAK DGN KERAJAAN UTK TAHUN 2010. APAKAH TINDAKAN PBT YANG MASIH TIDAK MAMPU MENGUTIP TUNGGAKAN HASIL/CUKAI DIDAERAH MASING-MASING?

7. KENAPA YAB MB TIDAK BERMOHON MAAF DI ATAS UPACARA KHURAFAT YG DIBUATNYA DIGUAR MANONG PD 16 OKTOBER 2010 LALU DAN ADAKAH UPACARA TERSEBUT DIBENARKAN OLEH AQEEDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?

8. NYATAKAN STATUS SERTA KEBENARAN KHABARAN YANG MELIBATKAN SEORANG EXCO KANAN KERAJAAN YG SEDANG DISIASAT OLEH SPRM KERANA RASUAH DGN KEHIDUPAN MEWAH SETELAH RAMPASAN KUASA . ADAKAH MB BERHASRAT MENDEDAHKAN HARTA SEMUA WAKIL RAKYAT KHUSUSNYA AHLI MMK?

http://malaysiandotcom.blogspot.com/

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh YB Sum Cheok Leng, ADUN Bercham (DAP) Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan Mulai 12 April 2011


Soalan-soalan Lisan :

1. Memandangkan premium sebanyak 2 Juta ringgit yang dikenakan ke atas m/s Semangat Suwa Sdn Bhd, adalah terlalu tinggi,

a) 1000 Hektar Tanah pertanian tidak cukup membiayai Perbelanjaan sebanyak 9 buah sekolah SUWA Cina, adakah Kerajaan merancangkan menaiktaraf bilik kelas dan dewan sekolah SUWA Cina ini?

2. Pada 23/11/2010 Y.B. Dato’ Rumly Zahari melawat ke Bercham dan berjanji akan selesaikan masalah jalan masuk / keluar Bercham sebelum Tahun Baru Cina 2011.

a) Pihak mana bertanggung jawab untuk menaiktaraf jalan yang sedia ada atau meluaskan jalan di Kawasan Perindustrian ringan Taman Ipoh?

b) Jumlah Kos Projek ini?

3. Jumlah bilangan Penduduk-Penduduk di Negeri Perak pada hujung Tahun 2010 menurut banci yang dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

a) Jumlah bilangan Lelaki dan Perempuan pada 2010 di Negeri Perak?

b) Jumlah bilangan Penduduk Bumiputra Cina dan India dan Penduduk-Penduduk lain pada 2010.

Soalan-soalan Bertulis :

1. Menurut surat jawapan daripada Pejabat Menteri Besar yang ditujukan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 16/04/2010 melalui Fail PMB 1287/16 JLD 5 mengenai masalah mangsa Projek Double Trek di Gunong Cheroh.

a) Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan pada tahun yang lepas?

b) Mengapa masalah Projek Double Trek di S.Siput dapat diselesaikan, tetapi di Gunong Cheroh tidak?

2. Permohonan Pemasangan Lampu Jalan di Bercham sudah diluluskan oleh MBI pada 31/03/2010 dan 30/04/2010 melalui Fail MBI F 5/3/216/09 L/90/10 dan F5/3/2/7/10 L/770/09.

a) Pada setakat ini Lampu Jalan belum dipasangkan sungguhpun permohonan telah diluluskan cukup 1 tahun.

b) Jumlah Kos Pemasangan Lampu Jalan ini?

3. Allaryaham EN Ariffin b Hj Zainuddin & rakan sudah menjelaskan premium sebanyak RM12,450.00 melalui Fail Pejabat Batu Gajah Kg 37/3/241 pada 10/05/1982 dan bayaran ukur sebanyak RM 8,615.00 kepada Lembaga Jurukur Tanah semanjung Malaysia pada 26/09/1983 dengan resit bernombor 19142.

a) Mengapa hakmilik sampai sekarang belum dikeluarkan?

b) Apakah gantirugi yang akan dibayar kepada keluarga Allaryaham En Ariffin bin Hj Zainuddin & rakan akibat kelambatan dan kesilapan oleh Kerajaan?

4. Lapangan Perubatan Kemanusiaan (Frying Hospital) yang telah menadatangani MOU antara PKNP dan Syarikat Casa Pasifik Sdn Bhd pada Tahun 2007.

a) Ada apa-apa pencapaian pada setakat ini?

b) Jumlah Perbelanjaan oleh PKNP pada setakat ini?

5. Projek Pembangunan di Super Kinta, Bandaraya Ipoh.

a) Bilakah Super Kinta dibina dan sila nyatakan kos pembinaannya.

b) Mengapa Majlis Bandaraya Ipoh masih belum menaiktaraf Super Kinta walaupun berbagai aduan telah dibuat berhubung keadaan persekitaran Super Kinta yang tidak diselenggara dengan sempurna?

c) Apakah Majlis Bandaraya Ipoh mempunyai rancangan untuk menyewa Super Kinta kepada pihak swasta dalam masa yang terdekat.

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh YB Tuan Hj. Ramli bin Tusin, ADUN Gunung Semanggol (PAS) Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4

Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan

Mulai 12 April 2011



1. Mengenai Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR)

a) Sukatan Pelajaran bagi SRAR masih berada di tahap lama, memandangkan guru-guru KAFA sekarang ini yang berkelulusan tinggi.Adakah perancangan dari kerajaan negeri untuk meningkatkan sukatan pelajaran ini?

b) Bangunan SRAR yang tidak mencukupi bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Berapakah bilangan SRAR yang tidak mempunyai bangunan sendiri di seluruh negeri Perak?

c) Adakah perancangan dari Kerajaan Negeri menyerapkan guru-guru KAFA ini sebagai jawatan tetap memandangkan sekarang ini guru-guru KAFA masih bertaraf kontrak?

2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan hak kepada rakyat untuk memilih sendiri Jawatankuasa Masjid di kariah masing-masing melalui mesyuarat agung masjid?

3. Mengenai setinggan

a) Berapakah jumlah setinggan yang telah didaftarkan dan dipindahkan ke penempatan baru mengikut program setinggan sifar 2012, mohon pecahan mengikut daerah?

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh

YB Tuan Haji Mohd. Anuar bin Sudin, ADUN Changkat Jong (PAS)

Bagi Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Dewan Negeri Yang Ke-12

Perak Darul Ridzuan mulai 12 April 2011


1. Adakah Kerajaan Negeri telah berjaya mencapai sifar miskin tegar pada tarikh yang ditetapkan iaitu 31 Disember 2010? Sila nyatakan jumlah KIR yang mendapat bantuan tunai bulanan dan juga bantuan melalui Program Peningkatan Ekonomi berserta dengan amaun yang dikeluarkan.

2. Apakah syarat-syarat yang melayakkan seseorang KIR menerima bantuan dibawah Program Bantuan Rumah (PBR). Di kawasan DUN Changkat Jong berapa KIR yang telah mendapat bantuan dibawah PBR, samaada bantuan bina baru ataupun bantuan baik pulih dalam tahun ini ?

3. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM15 juta untuk membangunkan projek dibawah Program Perumahan Rakyat (PBR) di Jalan Laksamana Teluk Intan berkonsepkan rumah pangsa mengandungi 150 unit untuk disewa sahaja.

Soalan saya :

A. Bilakah projek ini akan dimulakan ?

B. Siapakah yang layak untuk memohon bagi mendapatkan rumah pangsa ini ?

C. Bagaimanakah pehak kerajaan akan memberitahu orang ramai tentang projek ini ?

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh

YB Seah Leong Peng, ADUN Pasir Berdamar (DAP)

Bagi Mesyuarat Pertama Penggal ke4 Dewan Negeri Yang Ke-12

Perak Darul Ridzuan mulai 12 April 2011



1). Tanah TOL di hujung jalan pasar Pasir Bedamar yang seluas lebih 4 ekar telah dirampas oleh pihak berkenaan untuk membina 8 unit rumah kebajikan untuk mangsa kebakaran di Kg Keso, Jalan Maharajalela.

Ini telah mengakibatkan ketidakpuasan penduduk asal di Pasir Bedamar, di mana mereka telah memohon geran tanah lebih 50 tahun, tetapi gagal. Apakah tindakan seterusnya pihak kerajaan negeri untuk menjamin kebajikan penduduk asal, yang sepatutnya mendapat hak asasi mereka untuk dapat geran tanah untuk selama-lamanya?


2). Dari Tahun 2009 – 2010 , permohonan untuk memiliki tanah kerajaan Negeri Perak untuk pertanian atau untuk kegunaan lain. Berapakah permohonan telah diluluskan oleh kerajaan Negeri Perak ? 3). Berkenaan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah Di Perak.


i. Sila senaraikan Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di Negeri Perak yang telah melaksanakan projek pembersihan sampah dan parit – parit dengan secara sewasta. ii. Sila senaraikan perbelanjaan semua Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah bagi projek tersebut.

Isnin, 14 Mac 2011

TUNGGU SEUMUR HIDUP UNTUK KAD PENGENALAN BIRU


Puan Hew Tai yang berumur 69 tahun dilahirkan di Sungai Tinggi, Kuala Selangor. Ibunya seorang penoreh getah. Beliau diahirkan di rumah. Kedua ibubapanya adalah warganegara Malaysia. Oleh kerana Puan Hew Tai telah dilahirkan di rumah sebab atas alasan-alasan tertentu, ibubapanya gagal mengambil surat lahir ketika itu. Ini telah menjadi satu masalah sehingga beliau telah diberikan kad pengenalan merah, walaupun beliau dilahirkan di Malaysia. Beliau masih memiliki kad pengenalan merah yang beliau terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dalam hidupnya.

Suaminya yang berumur 73 tahun juga merupakan seorang warganegara yang memiliki kad pengenalan biru. Atas kesedaran beliau mengenai masalah kad pengenalan meraH, beliau telah memohon kad pengenalan biru pada tahun 1980. Kini sudah 31 tahun, masih tidak lagi dapat melihat wajahnya dalam kad pengenalan biru sebagai warganegara Malaysia yang sah.

Berpuluh kali beliau telah naik turun ke pejabat JPN tetapi beliau masih menunggu untuk menukar statusnya sebagai warganegara Malaysia. Beliau juga telah membelanjakan banyak wang untuk tujuan yang sama. Pernah membayar RM300 sebanyak tiga kali, tetapi tiada hasilnya. Pada tahun 2009, akhirnya beliau telah menerima surat kelulusan untuk permohonan beliau. Sudah 2 tahun birokrasi JPN masih menggagalkan beliau untuk mendapatkan kad pengenalan. Masih lagi beliau terpaksa turun naik JPN untuk menyelesaikan masalah ini.

Perkara ini telah dibawa ke perhatian saya dan pasangan suami isteri itu telah dibawa ke JPN Perak untuk menguruskan segala prosedur dan menyerahkan semua dokumen-dokumen buat kali terakhir. Pegawai JPN menjanjikan bahawa Putrajaya akan mengeluarkan kad pengenalan dalam tempoh 2 hingga 6 bulan.

Birokrasi keterlaluan akan mengakibatkan pelanggan JPN terpaksa menunggu untuk satu tempoh yang terlalu lama sehingga membazirkan usia muda yang produktif. Oleh itu, pihak berkuasa seharusnya lebih prihatin untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam tempoh yang paling singkat supaya menyenangkan semua pihak yang terlibat.

Jumaat, 11 Mac 2011

BANTUAN PAGAR TIDAK SAMPAI LAGI UNTUK SAR SIPUTEH

Gambar bersama Uztaz Abu Bakar dan Vijakumar (Bekas Ahli Majlis Batu Gajah)

Sekolah Agama Rakyat Al-Hikmah Siputeh pernah memohon bantuan daripada kerajaan Negeri Perak untuk membina dinding bata sebagai pagar di sekeliling bangunan sekolah tersebut. YB Hamidah yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Perak pernah menjanjikan RM10,000 untuk membantu sekolah tersebut membina pagar yang amat diperlukan. Beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 000 pada bulan November 2010. Walau bagaimanapun, projek pembinaan pagar dinding bata itu telah diserahkan kepada pihak Pejabat Pembangunan Luar Bandar.
Pejabat Pembangunan Luar Bandar pula telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan. Kontraktor telah menjanjikan supaya projek akan dimulakan pada awal bulan Disember tahun 2010. Tetapi, kontraktor tersebut tidak memulakan kerja seperti yang telah dijanjikan. Kemudian projek ini diserahkan kepada kontraktor lain pada bulan Disember 2010.
Kontraktor baru itu pula tidak memulakan kerja-kerja pembinaan dengan alasan RM10,000 tidak mencukupi untuk membina pagar dinding bata yang telah dijanjikan. Oleh yang demikian, projek ini masih tidak dimulakan sehinga ke hari ini.
Pada pandangan saya, prosedur untuk meluluskan peruntukan tidak dilaksanakan dengan betul. Inilah punca kepada masalah yang timbul dalam membiayai projek yang kecil ini. Peruntukan seharusnya diluluskan selepas permohonan dibuat melalui UPEN dan pihak Pembangunan Luar Bandar mendapatkan sebut harga daripada kontraktor-kontraktor yang mampu membina pagar tersebut. Tetapi, dalam kes ini satu prosedur songsang telah digunakan iaitu peruntukan diluluskan sebelum mengetahui kos pembinaan. Sudah tentu ini akan menimbulkan masalah kerana jika kos pembinaan itu adalah lebih tinggi daripada jumlah yang diluluskan, siapa pula akan menanggung beban tambahan itu. Ini akan menjadi satu alasan untuk tidak melaksanakan janji yang diberikan.
Kerajaan Negeri Perak seharusnya menanggung sepenuhnya jumlah pembinaan pagar bata tersebut. Ini merupakan tanggungjawab kerajaan yang harus dilaksanakan demi kepentingan rakyat. Jangan mencari pelbagai helah untuk lari daripada tanggungjawab. Jika kerajaan tidak sanggup membina pagar dinding bata yang melebihi kos yang dijangka, maka kerajaan juga boleh menghadiahkan RM10,000 yang dijanjikan itu kepada Pihak Sekolah Agama Rakyat Al-Hikmah sebagai satu bentuk sumbangan. Dengan cara ini pihak sekolah agama boleh memilih kontraktornya sendiri untuk membina pagar bata yang dipohon itu.
Saya meminta supaya YB Hamidah untuk menyalurkan bantuan yang dijanjikan itu dalam kadar yang segera kepada Sekolah Agama Rakyat di Siputeh. Ini adalah kerana dengan bangunan sekolah terbuka luas tanpa pagar buat masa ini, anjing dan binatang lain juga boleh memasuki kawasan itu secara bebas selepas waktu sekolah. Dalam pada itu, keselamatan murid-murid juga tidak terjamin. Kanak-kanak ini dengan mudahnya boleh lari keluar dari kawasan sekolah dan boleh mengakibatkan kemalangan atau apa jua perkara yang tidak diingini. Selain daripada itu, pihak luar juga boleh menceroboh masuk ke kawasan sekolah pada waktu malam dan boleh menimbulkan masalah sosial yang lain. Oleh yang demikian, tindakan segera diperlukan daripada pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

Khamis, 10 Mac 2011

KELUBONG TERSUMBAT

Kelubong di Sungai Menderus di Jalan Gunung Hijau, Pusing telah tersumbat dengan sebuah pokok.
Aduan diterima daripada penduduk-penduduk di rumah-rumah yang berhampiran di kawasan ini.
Sudah lebih seminggu pokok ini tersumbat di kelubong.
Penduduk-penduduk juga telah membuat aduan kepada pihak Majlis Daerah Batu Gajah dan Ketua Kampung tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

Penduduk-penduduk di sekitar kawasan ini risau jika masalah lain akan tertimbul dari kelubong itu. Sampah-sarap juga tersangkut pada pokok yang tersumbat ini. Penduduk-penduduk juga khuatir akan mengalami banjir jika berlaku hujan lebat disebabkan oleh aliran air yang terganggu di kelubong itu.

Masalah ini perlu diselesaikan dalam masa tersingkat memandangkan ini bukanlah satu masalah yang besar dan sukar untuk diselesakan.
YB V. Sivakumar telah melawat tempat itu bersama bekas Ahli Majlis, Chan Chin Fah dan Vijakumar. Aduan telah dibuat aduan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Perak untuk mengambil tindakan segera.

'STRUCTURAL DEFECT' DI PEKAN BARU, PUSING

Aduan telah diterima daripada peniaga-peniaga di Pekan Baru Pusing bahawa longkang di belakang kedai-kedai mereka tersumbat.
Air kotor tidak boleh mengalir dan bertakung di longkang tersebut.
Ini telah menyebabkan air kotor itu mengeluarkan bau amat busuk. Ini telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang ramai yang datang makan di kedai-kedai mereka.
Didapati terdapat 'structural defect' dalam pembinaan longkang itu. Bagaimana air boleh mengalir dari kawasan rendah ke kawasan tinggi?
Bagaimana ia telah diluluskan oleh Majlis Daerah Batu Gajah?
Aduan bersurat telah dibuat ke Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG).
Harap tindakan segera diambil.

Rabu, 9 Mac 2011

SITTI VINAYAGAR TEMPLE, SITIAWAN, PERAK

Visited Sitti Vinayagar Temple in Sitiawan on 08 March 2011 for an evening prayer.

This is a very famous temple in Sitiawan.

This is also the First temple in Manjung that had its land been gazette for temple purpose.

Selasa, 8 Mac 2011

LAWATAN KE PASAR BATU GAJAH


Pagi tadi, telah membuat satu lawatan ke Pasar Batu Gajah, untuk berjumpa dengan pegerai-pegerai dan juga orang awam yang datang membeli-belah di pasar ini.

Pada masa yang sama, telah mengunjungi pegerai-pegerai daging khinzir yang berniaga di sini.

Pada tahun 2010, aduan telah diterima daripada pegerai-pegerai daging khinzir mengenai kerosakan tingkap dan cermin-cermin yang telah pecah.Di sekeliling pasar pula ditutupi dengan kepingan-kepingan zink sebagai ‘dinding’, yang juga kelihatan dalam keadaan amat buruk.

Kedua-dua aduan ini telah dibawa ke Majlis Daerah Batu Gajah.

Selepas beberapa kali membangkitkan isu ini, akhirnya tindakan telah diambil oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah.

MDBG telah merobohkan zink-zink itu dan naikkan dinding bata yang lebih kemas dan teguh. Cermin-cermin yang pecah tidak digantikan, tetapi tingkap-tingkap yang rosak telah dipasang dengan dawai jaring.

Pegerai-pegerai berasa puashati dengan tindakan penyelesaian.

Walaubagaimanapun, mereka sarankan bahawa kajang (awning) dipasangkan pada satu bahagian dinding pasar tersebut. Ini adalah oleh kerana tiada penghadang atau gelas pada tingkap-tingkap ini. Ia menyebabkan kerosakan hartabenda seperti peti sejuk dan sebagainya. Oleh itu, dengan pemasangan kajang, masalah ini boleh diatasi.

Lawatan juga telah dibuat ke gerai-gerai menjual ayam, sayur, ikan dan juga ke lain-lain gerai makanan di sekeliling Pasar Batu Gajah.

ANWAR DIGANTUNG

Pada Persidangan Parlimen penggal keempat (ke-4) selepas Pilihanraya Umum Ke-12, tercatat satu lagi peristiwa hitam yang memburukkan lagi imej negara di arena antarabangsa. Hari ini kita dapat melihat satu persidangan yang cacat yang pasti akan menjadi bahan ketawa seluruh umat manusia yang percaya dan berpegang kepada amalan demokrasi.

Persidangan yang dibuka oleh Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac telah dilangsungkan tanpa adanya Ketua Pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perlakuan ini telah menjejaskan amalan demokrasi dan juga dengan jelasnya menggambarkan kekejaman kerajaan Barisan Nasional yang memerintah secara kuku besi.

Apa gunanya ada Parlimen apabila Ketua Pembangkang dinafikan hak untuk berbahas mengenai isi kandungan titah ucapan DiRaja yang akan menjadi landasan dasar-dasar dan arah tuju negara?

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang telah digantung dari menghadiri persidangan Parlimen selama 6 bulan oleh Speaker Dewan Rakyat. Ini sudah tentu atas arahan kerajaan Barisan Nasional yang zalim. Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet bersama-sama ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain kecut untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya soalan berkaitan dengan hubungan negara kita dengan APCO.

Parlimen adalah satu-satunya tempat yang mempunyai imuniti untuk Wakil Rakyat membangkitkan apa jua isu berkaitan negara kita ini. Tidak ada sesiapa yang mempunyai kuasa untuk menghalang ahli-ahli Parlimen untuk membangkitkan sesuatu masalah yang melibatkan negara ini. Atas tujuan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bangkitkan isu APCO bersama bukti-bukti yang kukuh. Tetapi beliau telah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di dalam Persidangan Dewan Rakyat lepas.

Jawatankuasa ini telah mengambil keputusan untuk menggantung beliau untuk masa selama 6 bulan. Beliau seharusnya diberi peluang untuk memberikan penjelasan sepenuhnya berkaitan dengan tuduhan beliau yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia menandatangani kontrak dengan syarikat APCO yang juga berfungsi sebagai penasihat bagi Israel. Kontrak ini telah menelan belanja sebanyak RM70 juta. Wang ini adalah wang rakyat Malaysia yang boleh dipersoalkan oleh Ketua Pembangkang. Apatah lagi, secara langsung, perkara ini melibatkan keselamatan negara kita. Tetapi kerajaan Barisan Nasional yang zalim ini telah menggunakan jalan pintas yang juga boleh sifatkan sebagai taktik pengecut kerajaan Barisan Nasional, untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan dan menunjukkan bukti-bukti yang kukuh mengenai hujah beliau di Dewan Rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional telah mempergunakan Speaker Dewan Rakyat untuk mengambil tindakan menggantungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan selama 6 bulan. Satu daripada komponen utama Parlimen Malaysia ialah Ketua Pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya diberi ruangan yang secukupnya untuk membahaskan perkara-perkara yang difikirkan perlu untuk kebaikan, kemajuan, kebajikan dan kesejahteraan Malaysia. Tetapi malangnya, beliau tidak hadir ke Parlimen pada persidangan kali ini kerana telah digantung oleh pihak kerajaan untuk melarikan diri daripada kesalahan mereka sendiri.

MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN

Telah menghadiri kenduri majlis perkahwinan anak lelaki Sdr Vijakumar, Setiausaha Organisasi saya, pada 05hb Mac 2011 di Kampung Muhibbah, Ara Payung, Batu Gajah.

Ahad, 6 Mac 2011

RISALAH PERKASA MELAMPAU!

PERKASA telah menerbitkan risalah di Merlimau dengan gambar aktivis HRP/Hindraf ditangkap PDRM pada 27 Februari 2011 dengan tajuk 'KELING tak sedar diri'.

Adakah ini Konsep 1Malaysia?

TOLAK BN DI MERLIMAU!!!


http://malaysiandotcom.blogspot.com/

Jumaat, 4 Mac 2011

KEMPEN PENDAFTARAN PENGUNDI BARU







MAHA SHIVARATHIRI - SHIVAN TEMPLE, JLN SG PARI, IPOH

Attended Maha Shivaratri celebration at Shivan Temple, Jalan Sg Pari, Ipoh

Mahashivaratri Festival or the ‘The Night of Shiva’ is celebrated with devotion and religious fervor in honor of Lord Shiva, one of the deities of Hindu Trinity. Shivaratri falls on the moonless 14th night of the new moon in the Hindu month of Phalgun, which corresponds to the month of February - March in English Calendar. Celebrating the festival of Shivaratri devotees observe day and night fast and perform ritual worship of Shiva Lingam to appease Lord Shiva.
Devotees observe strict fast in honor of Shiva, though many go on a diet of fruits and milk some do not consume even a drop of water.
On Shivaratri, worship of Lord Shiva continues all through the day and night. Every three hours priests perform ritual pooja of Shivalingam by bathing it with milk, yoghurt, honey, ghee, sugar and water amidst the chanting of “Om Namah Shivaya’ and ringing of temple bells. Nightlong vigil or jaagran is also observed in Shiva temples where large number of devotees spend the night singing hymns and devotional songs in praise of Lord Shiva. It is only on the following morning that devotee break their fast by partaking prasad offered to the deity.

Rabu, 2 Mac 2011

LAWATAN KE KAMPUNG TEBING TINGGI, DUN KUBU GAJAH

Perjumpaan telah diadakan dari jam 6.30 petang hingga 8.00 malam. Seramai lebih 100 orang telah menghadiri perjumpaan ini.

Makanan juga telah disediakan oleh Pas Kubu Gajah.

Agenda-agenda perjumpaan :

  • telah memberi penerangan mengenai sosio-ekonomi kaum India di negara ini

  • tertumpu kepada isu Interlok

  • minta masyarakat India membawa satu perubahan untuk generasi akan datang

Selepas ceramah kelompok, satu lawatan telah dibuat ke Ladang Malaya untuk melihat masalah banjir dan keadaan kesengsaraan masyarakat ladang yang hidup dalam serba kekurangan.

GAMBAR : Sebahagian daripada masyarakat India yang
menghadiri ceramah kelompok di Markaz PAS Kampung Tebing Tinggi, DUN Kubu Gajah.