Jumaat, 17 Disember 2010

Laporan Audit Sahkan Projek Terbiar Di Pangkor


Kenyataan Akhbar YB V.Sivakumar pada 17 Disember 2010


Laporan Audit Sahkan Projek Terbiar Di Pangkor


Dalam Program merasmikan DWJ Hotel dan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Syarikat Pembinaan Caj Maju Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah membuat satu kenyataan yang mencabar kredibiliti Ketua Audit Negara. Beliau berkata , “ Dakwaan pihak pembangkang sebelum ini kononnya banyak projek terbengkalai terutama di Pangkor adalah tidak benar sama sekali, sebabnya projek berkenaan mengalami masalah kelewatan sahaja”.


Kenyataan Datuk Seri Dr Zambry sebenarnya mempertikaikan laporan Ketua Audit Negara berhubung dengan aktiviti Jabatan/Agensi dan pengurusan syarikat kerajaan Negeri Perak tahun 2009. Soal projek terbiar ini telah dibangkitkan dalam persidangan Dewan Negeri Perak baru-baru ini. YB Nga Kor Ming dalam ucapan bahas belanjawan ada menyebut tentang projek-projek terbengkalai di Pangkor dengan bukti yang kukuh. Beliau telah merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara yang ada menyatakan secara terang-terang mengenai projek-projek terbiar setelah siap dibina di Pulau Pangkor.


Saya tidak tahu kenapa Datuk Seri Dr Zambry menafikan perkara yang benar. Laporan Audit dibuat setelah penyiasatan dan penelitian yang sewajarnya. Jika beliau tidak bersetuju dengan Laporan Ketua Audit bermaksud beliau mencabar kredibiliti dan keupayaan Jabatan Audit Negara. Beliau tidak seharusnya menafikan satu kebenaran kerana ia akan mencemarkan kredibiliti beliau sendiri sebagai seorang menteri besar.


Disini saya ingin memetik ungkapan daripada Laporan Ketua Audit Negara pada muka surat 129 perkara 9.4.2 Bangunan / Premis/ Peralatan Tidak Digunakan
‘Majlis Perbandaran Manjung telah membina lima bangunan di Pangkor bagi tahun 1991 hingga 1999 dengan kos RM 4.89 juta dan nilai semasa berjumlah RM 3.53 juta. Semakan fizikal Audit mendapati bangunan-bangunan ini telah terbiar, usang, reput dipenuhi semak samun, menjadi tempat longgokan sampah dan tidak ekonomi untuk dibaiki. Semakan juga mendapati tiada pemantauan dilakukan oleh pihak Majlis’.Laporan ketua Audit Negara juga disediakan dengan gambar-gambar projek usang Majlis Daerah Manjung.

Laporan ini membuktikan bahawa terdapat nilai susutan asset sebanyak RM1.36 juta akibat projek-projek ini yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat Pangkor.
Datuk Seri Dr Zambry juga dengan bangganya membuat kenyataan bahawa Peruntukan RM8.2 billion dari Rancangan Malaysia Kesembilan untuk Kerajaan Negeri Perak berjaya diuruskan dengan baiknya untuk membangunkan negeri dengan pencapaian 93.1%. Menurutnya , pencapaian terbaik ini meletakkan negeri Perak pada kedudukan pertama dalam pengurusan pembangunan bagi RMK- 9. Kenyataan beliau ini tidak mempunyai sebarang asas untuk dibanggakan. Sebagai contoh, jika kita memberi wang sebanyak RM 1000 kepada seorang pelajar sekolah menengah untuk dibelanjakan, sudah tentu dia tahu membelanjakan wang tersebut. Tetapi persoalannya adakah wang itu telah dibelanjakan secara hemah dan betul. Apakah asasnya jika budak itu dengan bangga memberitahu seluruh dunia bahawa dia telah berjaya membelanjakan 93% daripada wang yang diberikan kepada beliau. Kita harus tahu bagaimana 93% daripada wang itu telah dibelanjakan.


Berikut adalah beberapa contoh pembaziran wang rakyat yang tidak boleh dibanggakan oleh kerajaan:


1) Kelewatan dalam menyiapkan projek Kompleks Kesihatan Haiwan Zoo Taiping meningkatkan kos sebanyak RM 168, 152 iaitu 3.5% daripada RM 4.91 juta kepada RM 5.08 juta
2) Kelewatan pembinaan Bangunan Kompleks Pejabat MPTI telah meningkatkan kos sejumlah RM 2.21 juta iaitu 39.9% daripada RM 5.54 juta kepada RM 7.75 juta
3) Kos projek Bangunan Perniagaan Dan Pejabat MPKK meningkat daripada RM3.98 juta kepada harga kontrak baru berjumlah RM5.33 juta iaitu 33.9% kerana penamatan kontraktor pertama.
4) Projek bernilai RM 10 juta Dewan Serbaguna Padang Bandaran Kuala Kangsar terbengkalai setelah 63% kerja disiapkan. Kontraktor baru terpaksa dilantik untuk sambung kerja.
5) Pavilion Pameran di Gua Tempurung yang bernilai RM 0.29 juta yang siap dibina pada Mac 2008 tidak digunakan lagi kerana tiada aktiviti pameran dilaksanakan.

Projek-projek pembangunan harus membawa manfaat kepada rakyat jelata. Tidak ada gunanya jika kita hanya mahu satu nilai statistik yang besar tetapi pembangunan itu tidak dapat dirasai oleh masyarakat. Kewujudan struktur-struktur fizikal sahaja bukan boleh dianggap sebagai pembangunan. Pembangunan mempunyai pengertian yang lebih besar.

Selasa, 14 Disember 2010

Warga Miskin Dipinggir BN


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 14 Disember 2010


Warga Miskin Dipinggir BN

Sedih melihat warga miskin yang berulang-alik ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana tidak mendapat bantuan atau sumbangan bulanan pada bulan November 2010. Orang-orang miskin ini mengharapkan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi mereka telah dihampakan pada bulan November. Mereka sudah penat berulang-alik dari rumah ke bank dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tetapi, sampai hari ini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak tidak boleh memberi satu tarikh yang tetap untuk membayar sumbangan ini. Alasan yang mudah telah diberikan kepada mereka bahawa peruntukan tidak sampai daripada kerajaan persekutuan. Adakah ini satu alasan yang munasabah? Jika betul peruntukan tidak sampai daripada kerajaan persekutuan , kenapa perkara ini boleh berlaku? Ini membuktikan kerajaan persekutuaan tidak prihatin terhadap masalah dan keperitan hidup warga miskin di negara ini.


Kerajaan harus memberi keutamaan kepada golongan miskin kerana mereka tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak kecuali daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jika bantuan ini tidak sampai pada masa yang tepat, ini bermakna kerajaan tidak serius dalam menyelesaikan masalah kemiskinan di negara ini. Apa gunanya ada KRA untuk menteri-menteri sedangkan masalah asas golongan miskin negara ini dipinggirkan. Sikap tidak peka dan sambil lewa ini juga bertentangan dengan slogan komik Barisan Nasional iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.


Kenapa pihak kerajaan persekutuan tidak membayar wang sumbangan warga miskin pada bulan November? Penerima sumbagan diberitahu bahawa wang akan dibayar pada bulan Disember. Bagaimana golongan miskin ini akan hidup tanpa sebarang bantuan sehingga mereka menerima wang tersebut? Mereka terpaksa makan, minum, perbelanjaan anak kecil, membayar sewa rumah, dan pelbagai perbelanjaan lain termasuk perbelanjaan kecemasan. Seramai 3 keluarga telah datang ke Pusat Khidmat DUN Tronoh untuk membuat aduan mengenai hal ini. Saya terasa amat kecewa kerana ini merupakan sikap kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan ‘mencuci tangan’. Golongan miskin ini terlalu daif dan tidak berani menentang atau menyuarakan keperitan mereka. Mereka tidak mahu gambar mereka dipaparkan dalam media kerana takut Kerajaan BN yang zalim ini akan memberhentikan terus sumbangan kebajikan yang mereka terima.


Adakah ini bermaksud kerajaan persekutuan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memberi bantuan kebajikan kepada warga miskin? Jika tidak ada wang, bagaimana pula kerajaan mempunyai wang untuk membuat projek-projek mega seperti Menara Warisan yang akan menelan RM 5 billion? Kerajaan BN memberi keutamaan kepada projek-projek untuk membantu kroni-kroni mereka. Sedangkan ramai yang hidup dalam keadaaan papa kedana yang tidak diberi perhatian yang serius. Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri Perak harus mengambil langkah segera untuk membayar bantuan kewangan warga miskin yang ditinggalkan pada bulan November. Dalam pada itu, bantuan bulan Disember juga harus dibayar pada bulan ini dan bukannya pada bulan Januari 2011.

(吉隆坡 14 日讯)


除了被总稽查司报告揭发乱派钱之外,行动党太平区国会议员倪可敏今日也揭发国家高等教育基金(PTPTN)截至今年10月31日被拖欠高达21亿1千500万元!
倪可敏今日在其国会文告中指出,国家高等教育基金自1997年成立后,短短十三年批准了166万4千661名大专生的申请,发出了高达365亿4千万元的款项。
根据高教部长拿督斯里卡立诺丁针对他在国会的提问,在总数365亿的款项中,到期应当偿还的款项是40亿7千500万,可是收到的款项不及一半,逾期遭拖欠者高达52%, 涉及款项高达21亿1千500万元;拖欠高等教育基金者人数更多达19万6402人。
倪可敏表示,愈多高教基金遭拖欠不还意味着愈多大专生将来可能面对申请无门的窘境,这是十分严重的事。他抨击政府把拖欠备受争议交通传票(Saman Ekor)的百万名车主列入黑名单禁止他们更新路税但对拖欠高等教育基金者却网开一面,使到遭拖欠的公款竟突破20亿大关。

Jumaat, 10 Disember 2010

Kebajikan Rakyat Harus Diutamakan




Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 10/12/2010



Kebajikan Rakyat Harus Diutamakan



Apakah fungsi Jabatan kebajikan Masyarakat kalau bukan untuk menjaga kebajikan rakyat. Jabatan Kebajikan Masyarakat harus member i keutamaan kepada factor-faktor kemanusiaan dan bukannya menimbulkan soal prosedur dan birokrasi. Sebagai seorang wakil rakyat saya berhadapan dengan masalah kebajikan rakyat tiap-tiap hari. Pelbagai aduan diterima daripada rakyat jelata bahawa permohonan mereka tidak dilayan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakt. Saya sendiri pernah menangani beberapa kes kebajikan yang tidak mendapat bantuan daripada pihak kerajaan.



Walaupun pada hakikatnya permohonan bantuan am kebajikan daripada pihak yang mengalami kesulitan kewangan tetapi tidak ada sebarang tindakan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya sendiri pernah membantu membuat permohonan untuk beberapa orang miskin yang amat memerlukan tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Batu Gajah. Perkara ini sangat menyedihkan kerana jabatan yang seharusnya bertanggung jawab menjaga kebajikan rakyat tidak memainkan peranan seperti mana yang diharapkan. Kalau benar kerajaaan Barisan Nasional mahu mendahulukan rakyat, maka jumlah peruntukan yang lebih banyak harus disediakan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat miskin.



Oleh kerana sikap tidak endah pihak kerajaan terhadap permohonan bantuan am, maka terbuktilah bahawa ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ merupakan satu slogan pilihanraya untuk mengkaburi mata rakyat. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak membuktikan kesungguhan dalam mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam memproses permohonan bantuan.



Tempoh proses permohonan bantuan adalah terlalu lama. Bantuan lambat adalah sama seperti tiada bantuan langsung. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat harus memenuhi piawaian yang ditetapkan untuk memproses dan memberi maklum balas untuk setiap permohonan yang diterima. Permohonan yang tidak dijawab menunjukkan sikap kakitangan yang angkuh dan merupakan satu penghinaan terhadap golongan yang memerlukan.



Ada juga kes-kes dimana bantuan kewangan yang diberikan itu diberhentikan tanpa memberitahu si penerima. Apabila si pemerima pergi ke bank untuk mengeluarkan wang bantuan, didapati wang tidak dimasukkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dengan rasa kecewa mereka menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengetahui sebab wang tidak dimasukkan dalam akaun mereka. Masa itu, mereka diberitahu bahawa pihak jabatan sedang membuat kajian semula bantuan yang diderikan itu. Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana member i kejutan kewangan kepada penerima bantuan tersebut. Kerajaan bermain dengan emosi dan kemiskinan rakyat. Apa salahnya penilaian semula bantuan dibuat terlebih dahulu sebelum bantuan diberhentikan. Sekurang-kurangnya si penerima itu akan lebih bersedia untuk menerima kemungkinan bantuan kewangan itu akan diberhentikan pada masa hadapan.

Khamis, 9 Disember 2010

Aktiviti Curi Pasir Perlu Dikawal Di Negeri Perak


Kenyataan media YB V.Sivakumar pada 9 Disember 2010


Aktiviti ‘Curi Pasir’ Perlu Dikawal Di Perak


Pengambilan pasir yang berleluasa merupakan satu lagi fenomena yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh warga Perak. Aktiviti melombong pasir ini boleh membawa pelbagai masalah kepada ekologi mahupun sosio-ekonomi negeri Perak. Ini bukan perkara yang baru dibangkitkan. Malah, perbuatan pengambilan pasir secara haram merupakan satu aktiviti yang wujud kian lama. Walau bagaimanapun tidak terdapat usaha dan ketegasan untuk membenteras aktviti ini. Dalam kata lain, pengambilan pasir secara haram ini bolehlah ditakrifkan sebagai ‘curi pasir’ Selagi pengambilan pasir dilakukan tanpa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ia haruslah dikategorikan sebagai aktiviti mencuri pasir.


Pihak kerajaan terutamanya Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah harus memikul tanggungjawab dalam membenteras aktiviti curi pasir ini. Lebih banyak operasi perlu dilakukan oleh pihak kerajaan negeri untuk membendung kegiatan haram yang dimaksudkan. Pihak kerajaan juga harus memantau jumlah dan spesifikasi pasir yang dilombong oleh pengusaha-pengusaha. Jika pihak kerajaan menangkap aktiviti perlombangan pasir yang dilakukan tanpa memenuhi syarat, tindakan tegas perlu diambil terhadap pengusaha-pengusaha yang terlibat. Kerajaan tidak boleh membiarkan khazanah negeri dicuri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Sebelum kelulusan diberikan untuk melombong pasir, laporan kesesuaian tanah dan laporan teknikal perlu diperolehi daripada agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat. Permohonan ini akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri . Pihak kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa meluluskan permohonan lombong pasir berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada. Oleh itu, jika berlaku sebarang aktiviti perlombaongan pasir yang tidak terkawal, maka itu merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.


Mengikut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, pengeluaran pasir di Negeri Perak bagi tempoh 2007 hinga 2009 adalah sebanyak 24.16 juta tan metrik yang melibatkan kutipan royalti berjumlah RM52.09 juta. Jumlah ini adalah jumlah yang diketahui oleh pihak kerajaan. Berapa banyakkan pasir yang telah dicuri diseluruh negeri Perak tanpa pengetahuan pihak berkuasa?


Laporan Ketua Audit Negara mengaku bahawa terdapat banyak operasi pengambilan pasir yang tidak memenuhi syarat permit dan kelemahan penguatkuasaan oleh agensi-agensi kerajaan. Menurut laporan itu lagi, terdapat banyak kes-kes pelanggaran syarat yang ditetapkan tetapi tidak ada pemantauan dan penguatkuasaan yang memadai. Kita tidak boleh membiarkan kekhilafan ini terus berlanjutan di negeri Perak. Apakah tindakan yang diambil terhadap pihak-pihak yang melanggar syarat perlombongan yang ditetapkan. Selagi pihak berkuasa negeri bersikap pasif menutup mata dan telinga dalam hal ini, ia akan membawa satu kesan negatif jangka panjang dari segi alam sekitar dan ketirisan hasil kerajaan negeri.