Khamis, 22 Julai 2010

Soalan-soalan Lisan & Tulisan YB Tai Sing Ng (Kuala Sepetang)


Soalan Lisan DUN Perak sessi Ogos 2010 YB. TAI SING NG (K. Sepetang)

1) Sila nyatakan cara penyelesaian kerajaan Negeri atas isu tanah kepunyaan KTMB di sekitar Kuala Sepetang hingga ke Simpang Halt. Adakah ini cara penyelesaian yang sempurna dan muktamad serta bilakah penyelarasan dengan KTMB boleh diselesaikan?

2) Sistem permohonan borang minyak subsidi Nelayan telah manyusahkan dan membebankan nelayan khususnya nelayan dari Kuala Sangga. Perbelanjaan yang ditanggung oleh mereka telah melebihi penjimatan dari subsidi. Apakah langkah yang berkesan boleh diambil oleh kerajaan negeri untuk membantu kumpulan nelayan Kuala Sangga?

3) Pembangunan di sekitar Pulau Pangkor amat pesat, sila nyatakan
I. jumlah nombor dan jenis projek yang telah dirancangkan oleh kerajaan; dan
II. jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi kesemua projek tersebut.


Soalan Bertulis DUN Perak

1. a) Berapakah nilai FDI baru yang telah diluluskan bagi separuh tahun akhir 2009 sehingga kini ke negeri Perak, dan
b) Nyatakan Negara, nama syarikat dan jumlah nilai yang melabur di negeri Perak dalam tempoh masa tersebut.

2. Berapa TOL telah dikeluarkan kepada penduduk Kampung Baru Kuala Sepetang? Apakah syaratnya dan apakah kaedah yang membolehkan tanah tersebut mendapat status hak milik selama-lama?

3. Baru-baru ini Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama telah mengeluarkan Notis Pencerobohan Tanah Kerajaan kepada 12 Penghuni Kuala Sepetang secara tergesa-gesa:
I. Pihak mana yang menurunkan arahan ini dan apa tujuannya untuk memindahkan penghuni?
II. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menempatkan penghuni pada hari yang sama sekiranya mereka dipaksa pindah?

4. Apakah cara berkesan kerajaan negeri dalam menangani Pusat mesin judi haram dengan menyamar atas nama pusat internet yang telah membawa masalah sosial?

5. Terdapat dua terowong di Kampung Matang Jambu yang tidak punyai kemudahan lampu, ini telah menambah risiko keselamatan penduduk,
I. Pihak manakah yang bertanggungjawab untuk pemasangan lampu dan pembiayaan bil letrik bulanan?
II. Bilakah pemasangan ini dapat dilaksanakan?

Penjual Daging Khinzir Diabaikan oleh MDBG


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 22 Julai 2010 di Pusing, Batu Gajah


Penjual daging khinzir di pasar awam Pusing telah membuat beberapa aduan kepada saya apabila membuat lawatan ke tempat itu pada pagi ini. Mereka menghadapi masalah ini untuk sekian lama tetapi tidak mendapat perhatian penguasa tempatan. Tindakan ini jelas membuktikan bahawa MDBG terang-terang menganak tirikan penjual daging khinzir di pasar awam Pusing.


Saya telah menerima 4 aduan daripada penjual-penjual daging Khinzir di pasar awam Pusing. Antara aduan-aduan yang diterima ialah:-

i) Longkang kecil yang dibina di luar gerai-gerai menjual daging khinzir tidak sama rata menyebabkan orang ramai tersandung dan hampir jatuh beberapa kali. Ini membahayakan keselamatan orang ramai yang mengunjungi tempat itu.


ii) Tidak ada bekalan air paip yang dipasang di gerai-gerai itu. Ini menyebabkan para peniaga terpaksa mengambil air dalam tong dari gerai-gerai yang menjual ayam. Jika gerai-gerai ayam ditutup masalah menjadi lebih rumit kerana terpaksa mendapat sumber air dari tempat yang jauh.


iii) Di dalam pasar, tempat menjual sayur dan ikan ada dipasang jubin tetapi di tempat menjual daging khinzir adalah lantai simen yang biasa. Pihak Majlis Daerah Batu Gajah juga tidak memasang kipas angin untuk mereka menyebabkan para peniaga terpaksa membelanjakan wang sendiri untuk memasang kipas angin.


iv) Longkang-longkang di dalam pasar awam Pusing tidak dibersihkan setiap hari oleh pihak MDBG. Tindakan mengabaikan kebersihan ini boleh membawa masalah kesihatan kepada orang ramai yang pergi ke pasar itu.


Saya telah menulis surat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah hari ini menerangkan keadaan di pasar awam Pusing. Harap beliau boleh mengambil tindakan segera mengatasi masalah yang dibangkitkan.

Rabu, 21 Julai 2010

Perkauman & 1Malaysia BN



Oleh: safarizal saleh


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menasihatkan agar Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria jangan mengajak rakyat terutama bangsa Melayu yang Beragama Islam agar membenci bangsa lain atau agama lain yang tidak sepatutnya dilakukan dan adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai orang penting merapatkan semua agama bagi memahami Agama Islam yang sebenar.Pendekatan yang cuba dilakukan oleh Tan Sri Harussani amat dangkal kerana sebagai tokoh agama yang dihormati tidak sepatutnya dilakukannya bagi menjauhkan lagi bangsa lain atau agama lain terhadap bangsa Melayu yang Beragama Islam. DPPN Pk sungguh kecewa dengan tindakan Tan Sri Harussani yang bertindak memburukkan lagi keadaan yang mana sudah diterima pakai oleh rakyat Malaysia sepertimana di dalam Perlembagaan Negara.Bagi DPPN Pk yang menyedari bahawa tindakan Tan Sri Harussani tersebut lebih memburukkan lagi keadaan dan bukan menyatu-padukan seluruh rakyat dengan penjelasan kebaikan Agama Islam itu sendiri.Islam menuntut Umatnya agar mempelajari dan mengambil tahu akan perbezaan setiap manusia agar mereka lebih dekat dan saling mengenali bangsa atau agama lain.Oleh yang demikian, DPPN Pk meminta agar Tan Sri Harussani sedar akan perkara tersebut dan berharap usaha memberikan kefahaman Agama Islam diberikan keutamaan dengan jelas terutama kepada agama lain agar mereka lebih memahami Agama Islam itu sendiri yang termaktud di dalam Perlembagaan Negara.

MDBG Harus Beri Perhatian Soal Keselamatan


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 21/7/2010


Kebelakangan ini terdapat banyak aduan yang diterima dari penduduk tempatan berkenaan ketiadaan penutup longkang di sekitar Batu Gajah. Salah satu daripadanya adalah di kaki lima Restoran Fatimah,Jalan Dewangsa. Ternyata keadaan di situ adalah merbahaya terutamanya kepada warga tua dan kanak-kanak yang berjalan melalui tempat tersebut pada waktu malam. Kos pembuatan penutup longkang ini adalah rendah namun ia tidak boleh diabaikan demi keselamatan.


Ahli-ahli majlis daerah Batu Gajah seharusnya lebih prihatin dalam soal keselamatan dan bukan hanya memberi tumpuan untuk mengindahkan kawasan Batu Gajah. Manakala YB V.Sivakumar sekali lagi menegaskan bahawa beliau bukannya seorang yang "anti mengindahkan kawasan". Menurutnya ia adalah penting untuk imej Batu Gajah tetapi tidak wajib. Keselamatan orang ramai haruslah diberi keutamaan dan ia adalah perkara yang wajib di lakukan oleh pihak MDBG.Jika sumber kewangan Majlis Daerah Batu Gajah mengizinkan maka isu mengindahkan kawasan tidak menjadi persoalan lagi.


Pada masa ini Majlis Daerah Batu Gajah membelanjakan beribu-ribu ringgit wang rakyat setiap bulan atas nama projek-projek pengindahan. Ini langsung tidak membawa manfaat kepada rakyat jelata.

Soalan-soalan Lisan & Tulisan YB Mohd Zainudin (Lubuk Merbau)


SOALAN-SOALAN LISAN DARIPADA YB HAJI MOHD ZAINUDIN BIN
MOHD YUSOF ADUN LUBUK MERBAU N20 DI DALAM MESYUARAT
KEDUA, PENGGAL KETIGA, DEWAN NEGERI YANG KEDUA BELAS
PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 03 OGOS 2010.

1. Projek “Electrified Double Track” utara selatan membuka lembaran baru di- dalam sejarah pembangunan sistem pengangkutan darat di negara kita. Pemba- ngunan projek tersebut adalah dialu-alukan. Namun di kawasan Dun Lubuk Merbau terdapat 64 lot tanah telah diambilalih, oleh pihak kerajaan di bawah Akta Pengam- bilan Balik Tanah 1960, sehingga menyebabkan penghuni tanah tersebut terpaksa berpindah ke tempat lain secara menumpang dengan keluarga terdekat.

1.1: Apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu dan meringankan
kesukaran dan beban yang di tanggung oleh penghuni lot - lot tanah
terbabit ?.

1.2: Adakah kerajaan merancang untuk mengujudkan penempatan baru
untuk penghuni lot-lot tanah tersebut ?.

2. Berapakah keluasan tanah kerajaan yang diusahakan tanpa izin melebihi 25 tahun oleh pemastautin Dun Lubuk Merbau dan:

2.1: Berapakah lot-lot tanah yang telah dikeluarkan suratan hakmilik ?.

2.2: Berapakah lot-lot tanah yang telah diluluskan tetapi belum dikeluarkan
suratan hakmilik ?.

2.3: Berapakah lot-lot tanah yang sedang di proses untuk diluluskan ?.

3. Berapa ramaikah KIR (Ketua Isi Rumah) yang berada di bawah paras kemis- kinan tegar di negeri Perak pada 31.12.09 ?.

3.1: Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk meringankan kesem-
pitan hidup mereka ?.

3.2: Apakah langkah-langkah jangkapanjang untuk mengeluarkan mereka
dari kelompok kemiskinan itu ?.

SOALAN BERTULIS.

4. Adakah kerajaan Perak mempunyai tabung khas untuk membantu Ibu - ibu
Tunggal untuk memulakan hidup baru melalui inisiatif untuk berdikari ?.

5. Apakah komponen-komponen penting dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan kepada kerajaan Perak di bawah RMK Ke-10 ?.

6. Sila nyatakan pencapaian dasar setinggan sifar sebagaimana yang ditetap- kan di dalam KPI dasar tersebut ?.

7. Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan daya tarikan pelancong ke Negeri Perak ?.

8. Apakah status projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah bernilai 60 juta ringgit yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan ?.

Soalan-soalan Lisan & Bertulis DS Nizar (Pasir Panjang)


YAB DATO’ SERI IR. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
ADUN PASIR PANJANG


SOALAN-SOALAN LISAN

1. Soalan kepada EXCO Pembangunan Ekonomi Dan Industri.“Apakah manfaat jangka panjang yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dengan langkah menjual pegangan saham dlam anak-anak syarikat Kerajaan Negeri kepad syarikat-syarikat korperat bukan bumiputra seperti Kilang Simen Perak Hanjung kepada YTL Berhad dan Ladang Perbadanan Fina kepada KLK Berhad”?

2. Apakah masalah utama yang menyebabkan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri tidak menunjukkan kemajuan dalam menjana pendapatan Negeri khusus Perbadanan Kemajuan Negeri Perak? Sedangkan pihak Kerajaan Negeri menyediakan seperti tanah untuk dimajukan.

3. Apakah kewajaran dan rasionalnya pihak Kerajaan Negeri untuk menyerahkan pengurusan 2 buah sekolah agama terkenal iaitu Sek.Men.Izzudin Shah dan Sek.Men.Raja Perempuan Taayah kepada Kerajaan Pusat sedangkan pada masa yang sama bajet tahun 2010 untuk Kementerian Pendidikan telah dikurangkan…..




SOALAN-SOALAN BERTULIS

1. Melalui berita akhbar bahawa Kerajaan Negeri telah memperoleh sejumlah RM11.6 billion nilai pelaburan asing sepanjang tahun 2009. Nyatakan secara terperinci jumlah mengikut syarikat dan bidang pelaburan serta tahap perkembangannya setakat Februari 2010.

2. Apakah langkah Kerajaan dalam memastikan kawasan perindustrian Kemunting kembali aktif dan berpotensi tinggi dalam menjana ekonomi Negeri? Hari ini banyak kilang yang telah ditutup.

3. Sejauh manakah perkembangan pelaksanaan projek di Wilayah Utara Perak di bawah rancangan NCER?

4. Berapakah nilai kos promosi sepanjang 2009 hingga Februari 2010 untuk meyakinkan rakyat dan pelabur kepada YAB Menteri Besar yang disahkan oleh mahkamah?

5. Sehingga kini bagaimanakah tahap kemajuan projek air bawah tanah di daerah Batang Padang yang diusahakan oleh pihak Sime Darby Berhad?

Selasa, 20 Julai 2010

Keluarga Mangsa Kuala Dipang Terima Sumbangan RM 25000


Kenyataaan Media YB V.Sivakumar ADUN Tronoh pada 20 Julai 2010 di Gopeng.


Keluarga Mangsa Kuala Dipang Terima RM25 000


Pada 26 Oktober 2009 telah berlaku satu insiden yang menyedihkan di Kuala Dipang, Kampar. Tiga murid sekolah rendah telah mati lemas akibat keruntuhan sebuah jambatan gantung di Kuala Dipang. Mangsa kejadian itu ialah Divyasri (12), Dina Devi (11) dan Devatharshini (11). Mereka menghadiri program Kem 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.


Pakatan Rakyat Perak telah menubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyiasat dan melaporkan insiden jambatan runtuh ini. Jawatankuasa ini diketuai oleh YB V.Sivakumar (Tronoh) dan ahli-ahlinya ialah YB Chang Lih Kang (Teja), YB Thomas Su (Pasir Pinji) dan YB Khalid Idham Lim (Titi Serong). Jawatankuasa tersebut telah melaksanakan siasatan dengan sempurna dan telah melaporkan hasil siasatannya kepada orang ramai. Pada masa yang sama YB Sivanesan (Sungkai) sebagai seorang peguam telah menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh mewakili keluarga mangsa.


Jawatankuasa Siasatan Jambatan Kuala Dipang Pakatan Rakyat telah mendedahkan punca-punca keruntuhan jambatan itu dengan jawapan teknikal. Jawatankuasa dibantu oleh jurutera pakar, juru ukur tanah bertauliah dan pakar-pakar yang lain.


Kementerian Pelajaran juga telah melantik satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu bagi pihak kerajaan. Jawatankuasa itu juga telah menyiapkan hasil siasatan tetapi ianya tidak didedahkan untuk makluman orang ramai. Kementerian Pelajaran seharusnya lebih telus dalam soal ini kerana kejadian ini telah meragut tiga nyawa kanan-kanak yang tidak berdosa. Pendedahan ini akan menghalang kejadian seperti ini supaya tidak berulang sekali lagi.


Pada 6 Julai 2010, rombongan Jawatankuasa Kuala Dipang Pakatan Rakyat bersama-sama dengan keluarga mangsa telah pergi ke Parlimen untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong. Satu temubual telah diadakan selama 1 jam di biliknya di Parlimen. Dalam perbincangan itu 2 perkara ditimbulkan iaitu:


1) Meminta supaya Kementerian Pelajaran mendedahkan hasil siatan jambatan runtuh tersebut kepada orang ramai secepat yang mungkin. Tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat tanpa tolak-ansur.


2) Mendapati sekolah-sekolah di seluruh Malaysia telah mengutip sumbangan derma untuk keluarga mangsa. Tetapi, keluarga mangsa tidak menerima apa-apa dana daripada pihak sekolah mahupun kementerian hasil kutipan sumbangan tersebut. Meminta Timbalan Menteri menyiasat hal ini dan menyerahkan sumbagan yang dikutip kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.


Selepas itu, dalam tempoh 2 minggu keluarga mangsa menerima satu surat jemputan daripada SK Tamil Manbang Diawan untuk menghadiri satu majlis di sekolah pada 16 Julai 2010. Dalam majlis itu, Timbalan Pengarah PPD kampar En Azlan telah menyerahkan cek berjumlah RM 25312.55 kepada setiap keluarga. Ini merupakan sumbangan yang dikutip daripada sekolah-sekolah di seluruh Perak yang berjumlah RM75937.65.


Ini merupakan sumbangan yang dikutip di sekolah-sekolah di Negeri Perak. Jika sekiranya sumbangan sedemikian ada juga dikutip di tempat-tempat lain, sumbangan itu harus disalurkan kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.


Walau bagaimanapun, kerajaan masih tidak terlepas daripada tanggungjawab. Laporan siasatan Kementerian Pelajaran harus didedahkan kepada orang ramai. Itulah matlamat dan permintaan ibu bapa mangsa yang masih tidak keluar daripada trauma kehilangan anak kesayangan mereka. Mereka mahu mengetahui kebenaran dalam kejadian yang buruk ini. Kerajaan harus mengaku bersalah kerana melancarkan kem 1Malaysia ini tanpa perancangan yang rapi dan mengabaikan keselamatan kanak-kanak sekolah.


Salah seorang bapa mangsa meminta pihak media melaporkan fakta-fakta yang benar mengenai kes ini supaya ia tidak disongsangkan atau memudaratkan mereka. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Ad Hoc Pakatan Rakyat yang membantu dalam hal ini.


V.Sivakumar

ADUN Tronoh

Soalan Lisan & Bertulis YB Chan Ming Kai (Simpang Pulai)


Soalan -Soalan Lisan & Bertulis untuk Persidangan Dewan Negeri Perak pada 3 Ogos 2010


YB CHAN MING KAI
ADUN SIMPANG PULAI

SOALAN LISAN

1. Pada September 2008, kerajaan negeri memutuskan bagi kerja-kerja yang nilainya tidak melebihi RM 10,000 bagi projek-projek kecil di bawah peruntukan ADUN, boleh dilaksanakan oleh kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM tanpa keperluan untuk berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

(a) Adakah polisi ini masih diteruskan ataupun telah dihentikan?

(b) Mengapa kerajaan tidak memanjangkan polisi ini supaya merangkumi semua peruntukan kerajaan dan bukan terhad kepada peruntukan ADUN sahaja?

(c) Senaraikan seluruh nama projek, jumlah peruntukan dibelanja dan syarikat yang dilantik bagi DUN Simpang Pulai tahun 2009 dan 2010.


2. Apabila polisi pengeluaran geran selama-lamanya bagi pemilik tanah kampong baru dan kampong tersusun dibatalkan sejak September 2009, ramai pemohon dimana geran mereka telah dibatalkan, terpaksa menukarkan pendaftaran geran tersebut kepada tempoh 99 tahun sedangkan geran asal mereka masih mempunyai pajakan 50 hingga 95 tahun. Ini menyebabkan mereka terpaksa menanggung bayaran proses sebanyak RM 525.

(a) Apakah bezanya bayaran proses (kecuali premium dan hasil) yang dikenakan kepada pemohon yang geran asal diserah semula, tinggal tempoh 5 tahun dan 95 tahun?

(b) Mengapa Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak member potongan atas bayaran proses kepada pemohon dimana tempoh geran asal mereka masih panjang sedangkan permohonan mereka atas geran selama-lamanya ditolak bukan disebabkan oleh kesilapan mereka?

(c) Jika rakyat terpaksa menanggung kos kerugian bila berlakunya pembatalan polisi yang disebabkan oleh pertukaran kerajaan, bagaimanakah kerajaan boleh menyakinkan rakyat untuk menerima polisi yang ditawarkan dan dilaksanakan oleh kerajaan sedangkan polisi itu juga mungkin akan berubah dari semasa ke semasa?

3. Bila wujudnya gangguan (nuisance) yang disebabkan oleh operasi tanpa kelulusan contohnya membuka restoran dalam kebun bunga (nursery) atau kilang mengecat kereta di belakang rumah kediaman, Majlis Bandaraya Ipoh cuma boleh mengeluarkan kompaun dan mohon kebenaran dari pendakwa raya untuk failkan kes di mahkamah sedangkan perniagaan tersebut masih kekal beroperasi berbulan-bulan sebelum mahkamah mengeluarkan arahan.

(a) Apa kuasa yang ada pada penguatkuasa kerajaan tempatan untuk menghentikan gangguan (nuisance) tersebut secara fizikal sebelum mendapat arahan mahkamah selain daripada mengeluarkan notis arah berhenti operasi?

(b) Adakah kerajaan setuju untuk mengkaji balik dan menggubal undang-undang kecil jika perlu untuk mengatasi masalah ini dengan memberi kuasa kepada penguatkuasa kerajaan tempatan untuk menghentikan operasi gangguan tersebut sebelum mendapat arahan mahkamah?

(c) Apakah polisi kerajaan tempatan atas gerai-gerai di simpang jalan contohnya gerai lemang di simpang jalan masuk Tmn Song Choon di tepi Jalan Gopeng, samada ia boleh dibenarkan atau tidak.





SOALAN-SOALAN BERTULIS

1. Majlis Bandaraya Ipoh bercadang untuk meroboh dan membina semula pasar Gunung Rapat tetapi cadangan tersebut telah jelas dibantah oleh majoriti penjaja di pasar tersebut. Untuk gantian cadangan tersebut, MBI telah merancang untuk membina pasar baru di lokasi yang berdekatan dengan pasar asal iaitu di tapak belakang Restoran Kopitiam Ampang.

(a) Adakah pihak MBI akan membuat kajian pandangan khususnya penduduk yang berhampiran dengan tapak cadangan pasar baru tersebut?

(b) Apa rasionalnya pihak MBI tergesa-gesa ingin menghabiskan peruntukan untuk membina pasar baru di kawasan Gunung Rapat/Ampang tetapi bukan membina atau membaik pulih pasar-pasar lain yang lebih daif?

(c) Adakah kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bersetuju atas pembinaan pasaraya Carefour di tapak Lee Rubber yang berhampiran dengan pasar Gunung Rapat yang akan membawa kesan dan impak yang besar kepada komuniti tempatan?


2. Perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil.1588 pada 17 Jun 2009 telah menimbangkan kertas mesyuarat bil 760/17/06/2009 dan memutuskan supaya menangguhkan permohonan RPT Kg Tanjung dan menangguhkan permohonan rizab tanah bagi tujuan tapak perkuburan cina. Biarpun kelulusan diberikan kemudian, tetapi kelulusan diberi cuma 10 ekar kepada RPT Kg Tanjung dan 10 ekar rizab tapak perkuburan cina walaupun persetujuan jawatankuasa perkuburan cina Tekka, asalnya ialah penyerahan balik (surrender) 10 ekar kepada RPT dan diberikan tapak sebanyak 15 ekar.

(a) Mengapa kelulusan tapak perkuburan cina tersebut cuma sebanyak 10 ekar walaupun permohonan dalam kertas kerja yang dibawa dari pejabat daerah adalah bercadang 15 ekar?

(b) Apakah keadaan permohonan rizab tanah untuk tapak perkuburan Cina Ampang Baru oleh Ampang Baru Benevolent Society yang telah lama mohon sejak 90-an (PTK(I)13/2/94(P)), (PSUK.PK(BPK)1A355/858/2-1jLD.10(40)), yang sampai sekarang masih belum diselesaikan?

(c) Apakah keadaan permohonan tanah oleh Rumah Berhala Fook Tat Chee Gunong Rapat atas tempat ibadat (tokong) (fail:PTK(I) 10/6-14) yang telah bertahun-tahun tunggu kelulusan tanah tersebut?

3. Mengikut Akta Pembahagian 1955, apabila mana-mana tanah dimiliki oleh orang bukan Islam, dimana pemilik tanah meninggal dunia dan Jabatan Harta Pusaka tidak dapat mengesahkan waris pemilik tanah, maka akan diberikan arahan supaya tanah tersebut diserah balik kepada kerajaan negeri.

(a) Adakah maksud “serah balik” tersebut merupakan pembatalan hakmilik tanah tersebut dan ianya dijadikan milik kerajaan yang bebas dimohon oleh orang ramai ataupun tanah tersebut ditukar pemilik kepada hakmilik dibawah Setiausaha Kerajaan Negeri?

(b) Siapa yang layak mohon/beli dan siapakah pula yang berkuasa untuk meluluskan permohonan atas tanah yang telah di “serah balik” dengan cara sedemikian?

(c) Senaraikan pemilik tanah dan jumlah tertunggak dimana tunggakan cukai tanah melebihi 5 tahun di daerah Kinta dengan pecah mengikut:
(i) Belum dikeluarkan notis 6A
(ii) Telah dikeluarkan notis 6A tetapi belum diwartakan Notis 8A
(iii) Telah diwartakan Notis 8A

4. Salah satu factor yang menyumbang kepada banjir di kawasan Simpang Pulai adalah “under culvert” jambatan laluan (access) di hadapan kilang Stone Link Manufacturing (jalan Simpang Pulai menghala ke Batu Gajah) yang melambatkan pergerakan air sungai khususnya pada waktu hujan. Jambatan tersebut tiada kelulusan dari MDBG, JPS atau JKR.
(a) Jabatan mana yang bertanggungjawab untuk memastikan masalah selesai dan bukan setakat member nasihat dan komen?

(b) Adakah kerajaan bersetuju untuk memberi peruntukan bagi membuat jambatan baru di kawasan tersebut supaya masalah banjir dapat diselesaikan?

(c) Apakah cadangan kerajaan untuk selesaikan masalah banjir di Kg Baru Ampang Baru khususnya rumah sepanjang pekeliling ampang baru dan berhampiran dengan jambatan baru ke Tmn Cempaka serta banjir di Lengkok Gunung Rapat di Kg Baru Gunung Rapat?


5. Terdapat banyak lagi masalah setinggan dan pengusaha tanaman limau tambun tanpa geran di kawasan Ampang Baru walaupun pihak kerajaan setuju untuk meluluskan permohonan geran pengusaha limau tambun dan juga setinggan yang telah dibanci bawah polisi setinggan sifar.

(a) Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tanah pengusaha limau tambun, yang sebahagian telah diberi milik kepada Yusham Construction Sdn Bhd (kini ditukar nama kepada Unique Globe (M) Construction Sdn. Bhd. ) dan sebahagian yang lain telah diberikan kepada PKNP?

(b) Mengapa permohonan tanah untuk pertanian kelompok di Ulu Piah yang telah dipersetujui untuk diberi milik masih belum selesai selepas diserahkan kepada UPEN?

(c) Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah setinggan yang telah dibanci, dimana tapak rumah mereka bertindih dengan Rizab Polis, Rizah Khas dan tanah Rizab sekolah SRJK Min Sin Ampang?


Disediakan oleh,
YB CHAN MING KAI
ADUN SIMPANG PULAI

RM3.13 Billion FDI in Perak During Pakatan Rakyat


It is with great pleasure to announce that Perak had achieved the highest record in history in respect of Foreign direct investment (FDI) and total investment while 11 months under PAKATAN RAKYAT administration. Perak scored RM3.13 billion total investment under Pakatan, which is the highest in history. It is also with great pride to inform all that the Pakatan Rakyat government also gain recognition from Auditor General as one of the most clean and transparent state government which accorded us with 4 stars rating. This is the people's power of change and if Perakian continue to have faith with us, we shall be able to achieve greater height to bring back pride and glory to our beloved silver state.Forward herewith today's latest statement and photo for your kind publication.


Thank you.


Regards,


YB Nga Kor MingDAP Deputy National Treasurer/MP for Taiping

Isnin, 19 Julai 2010

RM3.6 Billion To Build 12 UiTM


The Higher Education Ministry had decided to spend another RM3.6 billion to build 12 branch campuses for UiTM. It is estimated that the government need to spend another RM2.4 billion to fully equip the same 12 campuses.This whopping RM6 billion budget is incredible and the public shall hold the Ministry accountable for such huge expenses.What Malaysia need is centre of excellence but not paper mills. It is note worthy that UiTM had been exploited to satisfy UMNO political agenda but none of the local University reached excellent status according to National Accreditation Commission which had completed their studies & the result of which had just been announced this month. Forward herewith today's statement and photo for your kind publication.Regards,YB Nga Kor MingMP for Taiping/DAP


(班台 19 日讯)
“我国要的是卓越大学,不是文凭工厂!”
行动党太平区国会议员倪可敏今日揭露,高等教育部巳证实将在全国耗资36亿巨款兴建多达十二间玛拉工艺大学(UITM)分校,其中六间巳获内阁批准,其余六间则排队等拨款。
也是班台区州议员的倪氏今日拜访选民后指出,高等教育部巳证实每间玛拉工艺大学(UITM)分校将耗资高达3亿令吉,软体设备估计每间须另耗2亿元,单只玛拉工艺大学(UITM)十二间分校人民就须缴付60亿巨款。吡叻州的玛拉工艺大学分校预料将落户在打巴。
倪可敏今日也揭露,身為全世界唯一把种族例為收生标准的大学,以巫统為主幹的国陣政府不但100%负责建校经费,国阵政府也為该种族大学提供逾52亿奖学金,這种天之骄子的待遇让同為納稅人的华社猛吞口水、钦羡不已。
倪可敏指出,首相纳吉推销“一个马来西亚”,摆在眼前的事实却是身为国立大学的玛拉工艺大学却以膚色為收生条件,巫统领导人也从不掩饰该党的种族议程。他表示,看到政府厚待玛拉,就让人联想到马华江河日下的地位。“堂堂马华总会长拿督蔡细历大声宣佈将為全国1284间华小爭取10亿发展拨款,但事实上连1亿也爭取不到,财政部在第十大马计划下只准备给华小区区七千万,你怎么说?”他质问。
倪氏指出,巫统副主席拿督斯里阿末再益公开抨击马华与民政不过是国阵船上的乘客(Penumpang),没有巫统,马华与民政不可能会赢。倪氏希望马华爭气,勇敢跳船,离开巫统這艘巳破烂的船,不要再為了区区个人官位留在国阵给人看扁。
倪氏今日在木威区火箭国州议员服务队陪同下拜访班台旧街场人民,他也联同木威区国会议员拿督倪可汉赠送休闲石桌、石椅于旧街场花园居民,此外,他们也分别在该花园及班台卫星园等主要道路耗资6千元栽种60棵美观塔树美化环境,倪氏等人為民服务的热心精神纷纷获当地市民赞扬。出席今日记者会的包括行动党旧街场支部主席林瑞良、秘書刘贵喜、班台支部秘書姚顺吉、副主席许泳永、木威区国会议员特别助理黄玲蕙等。

(图) 倪可敏(左三)亲自拜访选民,并联同木威区国会议员拿督倪可汉赠送休闲石桌、石椅于旧街场花园居民,倪氏等人為民服务的精神纷纷获当地市民豎起姆指赞扬。左起黄玲蕙、林瑞良、姚顺吉等。

Kerajaan Salah, Rakyat Dihukum


Kenyataan Media YB V.Sivakumar , Ahli Dewan Negeri Perak Kawasan Tronoh pada 19 Julai 2010 di Ipoh

Kerajaan Salah, Rakyat Dihukum

Adakah benar bahawa Malaysia akan muflis pada tahun 2019? Kenyataan ini tidak dibuat oleh YB Lim Kit Siang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun YAB Dato Seri Tok Guru Nik Aziz. Yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang pemimpin Barisan Nasional sendiri. Seorang menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri telah berani tampil ke hadapan untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa negara kita akan muflis dalam tempoh 9 tahun lagi. Beliau menyarankan supaya subsidi yang diberikan kepada rakyat ditarik balik untuk menyelamatkan negara. Menurut Datuk Idris Jala , hanya dengan cara ini kita boleh menyelesaikan masalah ekonomi yang serius dihadapi oleh negara kita. Jika apa yang disebutkan oleh beliau itu adalah benar, siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?


Negara kita diperintah oleh komponen BN sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Jika negara kita menghadapi masalah ekonomi yang begitu meruncing, bukankah itu berpunca daripada ketololan dan salah urus kewangan yang dilakukan oleh kerajaan BN. Sudah tentu kita tidak boleh salahkan DAP, PAS, PKR mahupun rakyat dalam hal ini. Sebagai contoh, jika sebuah syarikat swasta menjadi muflis, salah siapa? Bukankah itu merupakan tanggungjawab pihak pengurusan syarikat tersebut? Jika benar, bagaimana pula sekiranya sebuah negara menjadi muflis? Bukankah itu merupakan tanggungjawab kerajaan yang memerintah negara tersebut. Dalam hal ini, jelas bahawa kerajaan BN tidak bijak menguruskan kewangan negara. Wang berjuta-juta ringgit dibelanjakan dengan boros tanpa membawa manfaat kepada rakyat. Kita boleh melihat sendiri berpuluh-puluh projek gajah putih telah mengakibatkan wang rakyat dibelanjakan seperti mencurah garam ke dalam laut.


Dimana perginya khazanah hasil mahsul daripada keuntungan petroleum? Rakyat tahu bahawa Petroleum membuat keuntungan berbillion ringgit setiap tahun. Adakah keuntungan Petronas digunakan dengan cara yang berfaedah atau digunakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan politik dan membantu kroni-kroninya? Semua pemimpin-pemimpin BN memekap apabila isu ini dibangkitkan. Ekonomi Malaysia dalam keadaan bahaya bagaikan biduk tiris menanti karam. Malaysia yang kaya dengan sumber alam dikatakan akan menjadi negara muflis dalam 9 tahun lagi jika polisi-polisi sekarang diteruskan. Yang bersalah ialah kerajaan BN, tetapi yang dihukum pula ialah rakyat kerana subsidi yang dinikmati oleh mereka telah ditarik balik. Ini adalah tidak adil kerana orang bersalah terlepas manakala orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung hukuman.


Jika kerajaan BN benar-benar jujur dalam mendahulukan rakyat , sudah tentu pemberian subsidi tidak akan ditarik balik. Tetapi, dalam keadaan sebenar BN cakap tak serupa bikin. Sebuah kerajaan kebajikan tidak akan membebankan rakyat dengan polisi-polisi yang menekan seperti ini. Tanggungjawab sesebuah kerajaan ialah mengenakan cukai daripada golongan kaya raya dan menggunakan wang itu untuk menyediakan kemudahan awam dan memberi subsidi kepada golongan pertengahan dan miskin. Menurut seorang pakar ekonomi yang bernama Paul A. Samuelson, tindakan makruf mengagihkan kekayaan dengan cara ini akan membawa kepada kepuasan sosial yang lebih tinggi dalam masyarakat. Dalam konteks Malaysia, cukai terus dikenakan tetapi subsidi ditarik balik. Ini bermakna terdapat bocoran yang amat ketara dalam urusan kewangan negara. Tambahan pula kerajaan bercadang untuk mengenakan GST yang akan menambahkan beban rakyat tidak lama lagi. Beban rakyat seharusnya dipikul oleh kerajaan, tetapi lain pula keadaan di Malaysia, beban kerajaan terpaksa dipikul oleh rakyat. Oleh yang demikian, kita memerlukan satu forsep baru untuk memegang ekonomi negara supaya tidak tersungkur kedalam senarai negara-negara muflis.
V.Sivakumar

Ahad, 18 Julai 2010

Siapa Anti Islam Harussani?


6 Syaaban 1431.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Nampaknya dia semakin bercalaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar.

Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

Satu perkara yang mengejutkan bila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahatya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh belia dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya.

Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polimik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Sebelum ini Ust.Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

“Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul,” kata Ahmad Awang sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

“Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya,” katanya.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui – dalam perbualan telefon dengan Harussani – mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah “zalim” termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) – lebih kurang 10 minit itu – beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

“(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam,” katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

“Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

“Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat,” katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani “mati akal” untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur. Harussani sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan UMNO yang "sesat " itu.

Atau kalau dia berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Shafei Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat!!! Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafei.

Berani ? buatlah kalau engkau berani wahai Harussani.......
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:00 AM

Sabtu, 17 Julai 2010

Majlis Daerah Batu Gajah Tidak Efektif Lagi


Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 17/7/2010


Penutup longkang berhadapan Restoran Tai Zhong berhampiran Jalan Siputeh,Pusing telah bengkok dan patah lebih daripada sebulan. Apabila penutup besi itu diperiksa; didapati cara pembuatannya seperti pengimpalan besi tersebut adalah tidak sesuai dan sempurna. Apakah pihak Majlis tidak memantau kerja-kerja pemasangan penutup longkang ini? Ini Meningkatkan kos sekaligus membazirkan wang rakyat.

Keadaan ini langsung tidak diambil tindakan oleh pihak Majlis Daerah Batu Gajah. Adakah perkara ini tidak diketahui oleh Ahli Majlis Daerah yang ditugaskan di kawasan tersebut ataupun pihak majlis sedang menunggu sehingga satu kejadian yang buruk untuk menimpa orang ramai sebelum mengambil tindakan. Persoalan yang timbul sekarang adalah kenapa pihak Majlis tidak mahu memberi perhatian kepada masalah harian rakyat seperti ini tetapi mahu menumpukan perhatian kepada projek-projek pengindahan dengan meletakkan pasu bunga di sekeliling Batu Gajah.

Kecuaian pihak Majlis Daerah Batu Gajah kerana tidak mengambil tindakan segera akan mengancam keselamatan para pengguna jalan tersebut. YB V.Sivakumar yang meninjau tempat tersebut difahamkan bahawa seorang murid sekolah yang menunggang basikal telah terjatuh ke dalam longkang tersebut minggu lepas. Turut hadir di tempat tersebut adalah bekas Ahli Majlis Daerah PR Encik Vijakumar,Encik Chan Chin Fa serta Puan Chin Tin Fong.

Sekian

Semakan Daftar Pengundi di Tronoh


Kenyataan Media Yb V.Sivakumar pada 17/7/2010 di Baju Gajah


Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tronoh dengan kerjasama DAP Cawangan Kampung Baru Nalla telah menganjurkan satu program semakan daftar pengundi di tapak pasar malam bersebelahan dengan pasar awam Tronoh pada 16/7/2010. Program dimulakan pada pukul 6.30 petang. Sambutan untuk program ini adalah sangat menggalakkan. Ramai yang berminat untuk mengetahui taraf mereka sebagai pengundi.

Didapati seramai 13 orang mahu menukar alamat mengundi mereka mengikut alamat kad pengenalan mereka. Namun penukaran ini hanya boleh dilakukan di SPR dan Pejabat Pos besar.Ini adalah satu amalan birokrasi yang menyusahkan para pengundi. ADUN Tronoh YB V. Sivakumar menyeru SPR supaya mengkaji semula polisi yang membebankan ini. Katanya; bagi mereka yang sudah menukar alamat kad pengenalan adalah wajar untuk Penolong Pendaftar Pengundi yang dilantik oleh SPR membuat pertukaran alamat pengundi tersebut yakni para pengundi tersebut tidak perlu pergi ke SPR dan Pejabat Pos.

Dijangka beribu-ribu pengundi di seluruh negara tidak mengubah alamat mengundi mereka walaupun telah menukar alamat di kad pengenalan. YB V.Sivakumar menyeru agar orang ramai yang layak mengundi memeriksa kedudukan mereka sebagai pengundi. Sesiapa yang ingin menyemak status mengundi boleh berbuat demikian dengan mengakses laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my

Isnin, 5 Julai 2010

Perayaan Tahunan Kuil Batu 3, Jalan Tg Tualang


Kenyataan media Yb V.Sivakumar pada 4/7/2010

Pada 4hb Julai 2010 perayaan tahunan Kuil Muniswarar telah diadakan di Batu 3 Jalan Tanjung Tualang. Batu Gajah. Kuil ini terletak di dalam sebuah ladang getah. Ramai penganut dari dalam kawasan ladang getah serta penganut dari luar kawasan untuk menyertai upacara sembahyang khas ini sejak awal pagi lagi.

Yb V.Sivakumar telah dijemput hadir sebagai tetamu khas telah menyertai upacara sembahyang bersama para penganut yang hadir. Upacara sembahyang ini dikuti dengan jamuan makanan tengahari. Yb V.Sivakumar turut menyertai jamuan makanan bersama para penganut.

Yb V.Sivakumar difahamkan bahawa kuil yang baru menjalani pengubahsuaian ini tidak mencukupi dana untuk membuat pendawaian elektrik dan juga untuk keperluan-keperluan lain. Jawatankuasa kuil akan bertemu dengan Yb.V.Sivakumar untuk membincangkan tentang perkara ini dengan lebih lanjut kelak.

Khamis, 1 Julai 2010

Federalisme Yang Berat Sebelah



Kenyataan media YB V.Sivakumar, Ahli Dewan Negeri Kawasan Tronoh pada 1 Julai 2010

Federalisme Yang Berat Sebelah

Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi yang bercorak federalisme yang berat sebelah. Ini merupakan satu lagi kecacatan yang amat ketara dalam Perlembagaan Pesekutuan. Autonomi yang luas diberikan kepada kerajaan persekutuan manakala kerajaan negeri pula dicekik dalam ruangan yang sempit. Ketidak seimbangan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri ini menjadikan politik Malaysia kucar-kacir dan tidak tentu hala.

Kerajaan pusat menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain untuk terus menindas kerajaan negeri. Kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat menghadapi ancaman yang hebat dan bertubi-tubi. Kerajaan Pusat menggunakan kekuasaan yang ada padanya untuk membuli kerajaan negeri yang serba kekurangan dan tidak dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya.

Kerajaan Pusat menempatkan tiga orang Ex-Officio di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Mereka ini terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. . Ketiga-tiga pegawai utama ini adalah lantikan persekutuan. Walaupun gaji mereka ini dibayar oleh kerajaan negeri, tetapi kesetian mereka adalah tertumpu kepada kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya jawatan dan insentif yang lain. Ketiga-tiga pegawai ini berkhidmat sebagai tali barut kerajaan pusat di setiap negeri.

Ex-Officio ini akan menyalurkan semua maklumat-maklumat kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat. Dalam kata lain, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi secara bebas. Segala tindak-tanduk dan rancangan kerajaan negeri boleh disalurkan oleh ex-officio in kepada kerajaan pusat yang cuba merisik maklumat- maklumat ini untuk kepentingan politiknya.

Ini bermakna, semua rahsia-rahsia kerajaan negeri akan diketahui oleh kerajaan pusat. Maklumat-maklumat atau keputusan-keputusan yang dibuat dalam Maljis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan sampai kepada pengetahuan kerajaan pusat dalam sekelip mata. Kerajaan negeri pula terpaksa beroperasi dalam keadaan yang cukup bahaya dan ketakutan kerana ada musuh dalam selimut.

Federalisme seperti ini tidak menjamin demokrasi yang tulen. Pengubahssuaian kepada sistem federalisme kita harus dikaji semula dan diperbaiki. Kerajaan negeri seharusnya diberi autonomi yang cukup untuk mentadbir negeri dengan baik dan tidak dikawal dan diancam oleh kerajaan pusat.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Profesor Aziz Bari, Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa yang menyarankan supaya kerajaan Pakatan Rakyat menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan memilih orang-orang yang taat kepada kerajaan negeri dan bukannya tali barut kerajaan pusat. Cadangan ini mempunyai nas kerana ketiga-tiga pegawai kerajaan tertinggi ini boleh menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan negeri.

Sebagai contoh, penglibatan dan komitmen yang diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak kepada Barisan Nasional Perak dan kerajaan pusat merupakan punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Kerajaan Pusat menggunakan ex-officio ini untuk merancang satu konspirasi politik menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Peranan Ex-Officio ini digunakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat untuk mendapatkan maklumat dalaman dan melemahkan kestabilan kerajaan negeriPenglibatan Ex-Officio dalam menggulingkan kerajaan Perak yang diberi mandat oleh rakyat tidak dapat dinafikan.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan kemelut negeri Perak sebagai satu pedoman dan mengambil segala langkah berjaga-jaga dan mengantikan orang-orang yang bekerja sebagai tali barut kerajaan pusat. Kerajaan –kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak boleh khilaf sekali lagi dan perlu memberi perhatian yang serius dalam hal ini. Adalah mudah untuk mentadbir negeri dan melaksanakan polisi-polisi Pakatan Rakyat jika Ex-Officio yang dilantik ini adalah tediri daripada pihak yang neutral. Mereka ini seharusnya memahami konsep neutraliti dan berpegang kepada prinsip tersebut dan tidak mengikut telunjuk dan meringkuk kepada arahan kerajaan pusat .