Selasa, 28 Julai 2009

7 May - 'Null & Void'

27 July 2009, Ipoh: After their verbal skirmish with the Barisan Nasional (BN) government authorities in the morning, Perak Pakatan Rakyat (PR) leaders finally convened its Rights and Privileges Committee meeting at the Syuen Hotel here this afternoon.

During the meeting, chaired by Speaker V. Sivakumar, explanations from three witnesses were heard – Perak DAP chief Datuk Ngeh Koo Ham, constitutional expert Tommy Thomas and Pokok Assam assemblyman Yee Seu Kai.

The meeting was held to investigate Yee’s complaint on the events of the May 7 assembly sitting which saw the forced removal of Sivakumar as Speaker, the appointment of BN’s Datuk R. Ganesan to replace him and the latter’s act of summoning the police into the House.
In a press conference after the hearing, Sivakumar said that it was clear from evidence that the entire sitting had been illegal and should be considered “null and void”.

He said that according to the expert opinion of Thomas, no chairman of any association or body could be removed from his post by his members if the meeting was not officially opened yet.
“Similarly, the May 7 sitting had not yet begun but already the BN introduced the motion to remove me.

“And how could Ganesan be brought into the House as the new Speaker when all that time, I was still in the Speaker’s chair,” he said.

Sivakumar added that since PR deemed the May 7 sitting illegal, he had to proceed on with their duties as the legal Speaker.

Source: Perakite

Sivakumar Membuat Laporan Polis Terhadap Dato SS

28 Julai 2009, YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Balai Polis Pusat, Ipoh pada jam 12.34pm. YB V.Sivakumar dan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan telah dihalang oleh polis daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 27 Julai 2009. Halang ini dibuat oleh polis atas arahan Dato Dr Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

YB V.Sivakumar sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri yang sah dan ahli-ahli jawatankuasanya mahu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan di bilik Yang Dipertua atau bilik mesyuarat. Tujuannya adalah untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh ADUN Pokok Assam YB Yee Sui Kai terhadap Dato Ganesan berkaitan dengan insiden 7 Mei Dewan Negeri Perak.
Apabila YB V.Sivakumar dan ahli-ahli jawatankuasanya sampai ke pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, polis telah menghalang dan menutup pintu masuk tersebut. Alasan yang diberikan oleh polis ialah mereka hanya menjalankan tugas. Arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan Jawatankuasa itu masuk ke dalam kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak polis adalah bertentangan dengan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Kejadian di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan tersebut disaksikan oleh orang ramai.

Oleh kerana polis telah menghalang jawatankuasa itu daripada bermesyuarat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, maka mesyuarat tersebut terpaksa diadakan di salah sebuah bilik mesyuarat di Hotel Syuen, Ipoh.

YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis dengan harapan pihak polis akan mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan.

Sept 4, Sivakumar's Judicial Review

The Kuala Lumpur High Court has maintained Sept 4 for hearing Perak speaker V Sivakumar's judicial review application to declare vacant the state seats held by three independents who quit Pakatan Rakyat.

This comes after Sivakumar's counsel Razlan Hadri Zulkifli informed Justice Lau Bee Lan in chambers today that lawyer Ranjit Singh, who is also acting for the speaker, submitted an affidavit in court yesterday to support the application and to state that this case was still relevant."Copies of the affidavit were submitted to court and also the Attorney-General's Chambers, which is representing the Election Commission who was also made a party to the legal action," he said.

This was despite the Federal Court's five-member bench ruling on April 9 that the three will remain state representatives as the EC was the rightful body to declare a seat vacant.Razlan Hadri said in the affidavit, the lawyer maintained that it was the speaker who had the powers to determine whether a casual vacancy occurred."This is still a live issue despite what representatives from the AG's Chambers could be contending.

The apex court's decision does not affect this application. We may expect the chambers to give a reply in the coming days."However, Justice Lau agreed to maintain Sept 4 for hearing despite an indication there will be preliminary objections," he said.Representing the EC from the AG's chambers were Senior Federal Counsel Suzana Atan and Andi Razali Jaya.On May 28, Sivakumar's lead counsel Sulaiman Abdullah told the court that the matter was still a live issue as it does not mean that one cannot question EC's decision not to declare a vacancy of the three seats, as he felt the final arbiter to decide such a discrepancy should be the court.
Sivakumar had filed a judicial review application on March 10 in his personal capacity, and named the three Barisan Nasional-friendly independents namely Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) and Hee Yit Foong (Jelapang).On the same day, three Pakatan Rakyat excos A Sivanesan (Sungkai), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang) and Chen Fook Chye (Keranji) along with three voters, one each from the constituency of Behrang, Changkat Jering and Jelapang filed a similar application.

The three voters are Ahmad Sabri Wahab, Ahmad Latip Ariffin and Foo Hong Wai representing the three constituencies.All six named Radzi, Osman, Hee and EC as respondents.Sivakumar, in his application, wants to compel the EC to declare the three seats of Behrang, Changkat Jering and Jelapang vacant and call for by-elections to be held.He also asked the three assemblypersons to present authorities to show that they are still elected representatives for their constituencies.

Sivakumar & His Committee Were Prohibited To Enter The State Secretariat

There was a 70 minute stand-off when Pakatan Perak Assembly Speaker V Sivakumar and his Rights and Privileges Committee members were denied entry into the State Secretariat.The six-member committee was to hold an inquiry into the conduct of BN-appointed state Speaker R Ganesan, who called police into the House to remove Sivakumar during the riotous May 7 assembly sitting.

The committee also wanted to interview three witnesses - Pokok Assam's Yee Seu Kai who lodged the complaint against Ganesan, DAP state chairman Ngeh Koo Ham and constitutional law expert Tommy Thomas.Sivakumar said he informed state secretary Abdul Rahman Hashim on Sunday via a phone call that he needed the Speaker's room, or any other room, to conduct the inquiry."He told me to put it in writing. I did, and faxed him the letter. This morning, I rang him up to confirm booking of the room but he did not respond to my call. I then sent a SMS asking him to prepare a room but he did not respond to it either."

Sivakumar and his six-member committee then arrived at State Secretariat at 9.55am to face a wall of police personnel blocking their path into the state government building.
Ipoh CID chief Glenn Anthony told Sivakumar that he had instructions from the state secretary not to allow him and his committee into the building.
Ngeh, who was also present, demanded an official notification from the state secretary.

Rahman's representative, principal assistant secretary Shamshuzaman Sulaiman, quickly retreated into the building and emerged with a hastily typed letter which said that Sivakumar was denied entry into the State Secretariat as no advance notice was given.Sivakumar and Ngeh (right) hotly disputed this and said a written notice was faxed, and followed up with a personal phone to Rahman. Shamshuzaman again retreated, and appeared 10 minutes later with another letter that he had signed, stating that Siva and company were prohibited from holding the meeting in the building as Rahman was not notified of the inquiry.This again raised loud protests from Sivakumar and company and Shamshuzaman was forced to strike out the sentence that 'no notice was given'

Source : Malaysiakini

Sivanesan Akan Mendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak

YB Sivanesan (ADUN Sungkai) akan menfailkan kes di mahkamah kerana beberapa orang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak telah dipecat. Kes akan difaikan pada 28 Julai 2009, jam 10.00 pagi di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sidang media akan diadakan selepas itu di bangunan mahkamah.

Ceramah Kampung Bahagia, Teluk Intan

Ceramah Politik anjuran PAS di Teluk Intan

Tarikh : 30 Julai 2009 (Khamis)

Masa : 9 pm

Tempat : Markas PAS Cawangan Kampung Bahagia, Teluk Intan

Penceramah :

Ustaz Abu Bakar Husain

YB Taib Azamudden

YB Chang Li Kang

YB V.Sivakumar

Isnin, 27 Julai 2009

Masalah Setinggan Ara Payung Mesti Diselesaikan

Setinggan Ara Payung, Batu Gajah wujud lebih daripada 40 tahun. Banyak janji-janji kosong telah ditaburkan kepada penduduk Ara Payung setiap kali hampirnya pilihanraya umum. Tetapi, masalah ini tidak dapat diselesaikan lagi. Selepas pilihanraya umum yang lepas pada 8 Mac 2008. Penduduk-penduduk Ara Payung telah menghubungi YB V.Sivakumar untuk membantu menyelesaikan masalah setinggan ini. YB V.Sivakumar telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan Jawatankuasa Penduduk Ara Payung dan pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Kinta berhubung dengan perkara ini. Pada 23 Julai 2009, Pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah dan Daerah Kinta telah mengadakan mesyuarat dengan penduduk-penduduk setinggan Ara Payung dan menyemak senarai nama penghuni-penghuni setinggan yang terlibat. Hampir semua kerja-kerja awal telah dilaksanakan. Boleh dikatakan 90% kerja telah selesai termasuk melukis plan lokasi dan susun atur. Pejabat Tanah dan Daerah hanya perlu mengeluarkan geran kepada 38 keluarga yang terlibat. Turut hadir pada mesyuarat itu ialah YB V.Sivakumar dan YB Chang Li Kang (ADUN Teja)

Ahad, 12 Julai 2009

Ambiga: Zambry Menolak Polisi Kebajikan Pakatan Rakyat

Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat untuk merayu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisthiarkan Zambry Kadir sebagai pemimpin kerajaan negeri itu.

Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengejut itu pada Mei lalu walaupun Nizar tidak meletakkan jawatan atau menghadapi usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Perak.

Keputusan Mahkamah Persekutuan ini bermakna Nizar mempunyai satu lagi saluran perundangan untuk membolehkan beliau diangkat semula sebagai Menteri Besar sah dan memohon membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan semula.
Pada sidang Mahkamah Persekutuan, panel tiga hakim berjanji untuk menetapkan perbicaraan seawal mungkin bagi membolehkan Nizar merayu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Bagaimanapun Nizar gagal mendapatkan perintah bagi menghalang Zambry daripada berfungsi sebagai Menteri Besar selagi Mahkamah Persekutuan tidak memberi keputusan berhubung isu dua Menteri Besar itu.

Peguam Nizar, Ambiga Srenevasan berkata Zambry telah bertindak menarik balik beberapa keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini yang membela kebajikan rakyat. Ini termasuk memansuhkan bantuan kewangan untuk warga tua, orang kurang upaya, anak yatim, pesakit dan yang miskin tegar.

"Mereka(Kerajaan BN) juga mengabaikan peniaga kecil dan memecat 817 ketua kampong, tambah Ambiga.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun bersetuju dengan peguam Zambry bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam keputusan-keputusan yang diambil oleh Zambry .

Justeru mahkamah membenarkan beliau untuk terus menjalankan kerja-kerja Menteri Besar sementara menunggu keputusan muktamad berhubung rayuan Nizar.
Pada perbicaraan itu nanti, Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan tiga persoalan mengenai perlembagaan dalam memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.
Ketiga-tiga persoalan itu berkisar kepada sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah mempunyai hak untuk memecat Nizar dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan atau menghadapi dikenakan usul tidak percaya di DUN Perak.
Penal hakim Mahkamah Persekutuan hari ini merangkumi Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria and Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Seorang lagi peguam Nizar Leong Cheok Keng berkata tidak ada penjelasan diberi mengapa permohonan Nizar didengar oleh hanya tiga hakim dan bukan lima sebagaimana yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan terus menggesa supaya perbicaraan Nizar didengar oleh panel sembilan hakim.

Sumber: TVAntara

Khamis, 2 Julai 2009

Keputusan Hakim Bercanggah Dengan Perlembagaan

Seramai 6 daripada 11 Hakim Mahkamah Persekutuan dikenalpasti membelakangkan peruntukan perundangan dan Perlembagaan dalam membuat keputusan pada beberapa perbicaraan termasuk yang membabitkan kemelut politik Perak, bekas Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan mendedahkan.

6 hakim berkenaan masih berkhidmat walaupun mereka telah mencabuli Kod Etika Hakim 1994 dan boleh dipecat kerana gagal melaksanakan tanggungjawab secara berwibawa dan amanah.

Chan enggan menamakan hakim-hakim berkenaan secara terbuka tetapi mendedahkan bahawa sikap berat sebelah 'kumpulan 6' itu terserlah setelah tercetusnya krisis perlembagaan di Perak.

Kes-kes bersabit kemelut di Perak menonjolkan kecenderungan 6 Hakim Mahkamah Persekutuan itu untuk mengambil keputusan yang berpihak kepada BN walaupun penghakiman mereka jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

"Sejak berlakunya krisis politik Perak terdapat beberapa keputusan mahkamah yang tidak adil. Sekiranya krisis ini tidak berlaku kita tidak mungkin dapat membezakan 'permata dengan batu' di kalangan hakim-hakim kita," kata Chan.

"Setakat ini saya telah mengenalpasti 6 hakim Mahkamah Persekutuan yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka berpandukan undang-undang. Saya boleh tambah jumlah ini dengan kalangan hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi," kata Chan yang dihormati kerana keberaniannya menegakkan keadilan semasa dalam perkhidmatan.

Sumber : Suara Keadilan

Mahkamah Rayuan Merombak Sistem Demokrasi

Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dalam penghakiman setebal 49 muka surat itu yang dikeluarkan mahkamah, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan.

"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.

Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis EXCO, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis EXCO beliau," menurut Hakim Md Raus.

Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata hujah Hakim Md Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah.

Menurut Aziz Bari lagi, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan.

"Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," katanya.

"Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.

Sumber : Suara Keadilan
30 Jun - 7 Julai 2009

Rabu, 1 Julai 2009

Artikel 36A Undang-undang Tubuh Perak Dicabuli

V. Sivakumar akan terus menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah disisi undang-undang manakala R. Ganesan, calon lantikan Barisan Nasional adalah Speaker haram dan perampas kuasa. Kekosongan kerusi Speaker hanya akan berlaku dalam tiga keadaan iaitu :

sekiranya Sivakumar meletak jawatan,

beliau didapati tidak lagi layak memegang jawatan itu atau

DUN membuat keputusan menggantikan beliau,

Demikian menurut bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan.Tiga syarat tersebut secara jelas terkandung dalam Artikel 36A(2) Perlembagaan Perak.

Chan berkata tafsiran Artikel 36A klausa 2(c),(d), 5 dan 6 dalam perlembagaan negeri itu jelas membuktikan bahawa kedudukan Sivakumar tidak boleh dirampas oleh mana-mana pihak.

“Kita membaca laporan media bagaimana Sivakumar dikasari oleh anggota polis untuk mengeluarkan beliau dari Dewan.

“Sivakumar boleh menyaman perampas kerusi Speaker, Ganesan yang mengaku bahawa beliaulah yang memanggil polis ke dalam DUN termasuk sesiapa sahaja yang bersubahat mengeluarkan beliau dari Dewan secara paksa,” kata bekas hakim itu.

Beliau juga menjelaskan menurut Artikel 36A(1) DUN tidak boleh membuat sebarang keputusan dalam ketiadaan Speaker selain bersidang untuk melantik Speaker yang baru.

“Oleh kerana Sivakumar tidak meletak jawatan, kedudukannya terbatal atau jawatannya dikosongkan atas keputusan Dewan maka beliau masih Speaker yang sah.

“Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang membuat kesilapan penghakiman boleh kata apa sahaja tetapi rakyat sudah tahu dan faham bahawa mereka telah menghina diri mereka sendiri dengan membuat keputusan yang tidak berasaskan undang-undang,” tegas Chan lagi.

Majlis Daerah Batu Gajah Mengecewakan Pekerja Di Taman Perindustrian Bemban

Pihak Berkuasa Tempatan harus peka terhadap masalah rakyat. Walaupun masalah yang kecil, ia perlu diberi perhatian dan tindakan perlu diambil dengan segera. Kebolehan untuk menyelesaikan masalah masalah-masalah yang kecil akan menggambarkan kewibawaan sesebuah kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan merupakan badan kerajaan yang paling hampir dengan rakyat jelata. Tindak-tanduk kerajaan tempatan akan menentukan pilihan rakyat terhadap kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Adalah amat menyedihkan apabila masalah-masalah kecil yang hanya melibatkan kos beberapa ratus ringgit sahaja pun diabaikan. Sebagai contoh, masalah pengadang longkang yang rosak tidak diperbaiki walaupun aduan telah dibuat beberapa kali. Ini menunjukkan sikap 'tidak apa' oleh pegawai-pegawai yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan keselamatan kawasan masing-masing.

Terdapat berita di akhbar Sinar Harian(1 Julai 2009) mengenai pengadang besi longkang yang mengundang bahaya kepada pengguna di Taman Perindustrian Bemban di Jalan Bemban, Batu Gajah. Pekerja-pekerja di kawasan itu memohon supaya masalah ini diselesaikan dengan segera kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada pengguna jalan tersebut. Pengadang besi itu sudah mendak ke bawah menghasilkan satu lubang besar yang membahayakan terutamanya penunggang basikal dan motosikal pada waktu malam. Kawasan ini juga tidak mempunyai lampu jalan. Masalah ini sudah wujud lebih kurang satu tahun.

Didapati banyak kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah pernah berlaku di jalan tersebut, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa. Adakah pihak berkuasa tempatan masih menunggu untuk satu insiden yang meragut nyawa dan kemudian baru mahu mengambil tindakan. Sikap kecuaian seperti ini dikalangan pegawai-pegawai kerajaan tempatan amat dikesali.

Adakah membaiki pengadang longkang merupakan satu kerja yang merumitkan dan menelan kos yang banyak? Majlis Daerah Batu Gajah sanggup membelanjakan kos beribu-ribu ringgit untuk memasang lampu-lampu hiasan di pekan Batu Gajah baru-baru ini, tetapi tidak mempedulikan masalah pengadang longkang yang membahayakan pekerja-pekerja kilang. Majlis Daerah Batu Gajah memberi keutamaan untuk projek perhiasan daripada keselamatan.

Salah satu daripada misi Majlis Daerah Batu Gajah ialah "Menyedia dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisen, kualiti dan komited". Bolehkan misi ini dicapai jika tidak ada tindakan susulan terhadap aduan yang diberikan oleh masyarakat setempat.

Hanya 3.8% Peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi Untuk Perak

Perak, sebuah negeri yang besar di Semenanjung Malaysia hanya diberi peruntukan sebanyak 3.8% daripada jumlah keseluruhan Pakej Rangsangan Ekonomi 2009 iaitu RM 13.9 billion. Negeri-negeri yang mendapat peruntukan yang besar ialah Sarawak (11.7%), Johor (9.4%), Pahang (8.6%), Selangor (7.8%), Wilayah Persekutuan (6.4%), Sabah (6.3%) dan Negeri Sembilan (4.9%). Negeri-negeri yang di bawah Pakatan Rakyat yang lain diberi peruntukan yang lebih kecil.

Ini jelas membuktikan bahawa BN mengunakan taktik kotor untuk menghukum penduduk-peududuk yang menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang lalu. Kementerian Kewangan bertindak berat sebelah dalam mengagihkan pakej rangsangan mengikut negeri. Perak sebagai sebuah negeri yang besar dengan jumlah peduduk yang ramai perlu diberi keutamaan. Hanya RM 524 juta untuk negeri Perak jika dibandingkan dengan RM 1628 juta untuk Sarawak, RM 1306 juta untuk Johor dan RM 1188 juta untuk Pahang.

Selesaikan Masalah Setinggan Kampung Kamariah & Kampung Pasir

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Ahli Dewan Negeri Kawasan Tronoh, Perak Darul Ridzuan pada 1 Julai 2009

Masalah setinggan di negeri Perak mesti diselesaikan sebelum penghujung tahun 2010. Ini merupakan masalah yang serius yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak. Permohonan demi permohonan telah di buat oleh warga setinggan sejak kemerdekaan tetapi masih terdapat banyak lagi masalah setinggan yang tidak diselesaikan. Permintaan mereka hanyalah sebidang tanah untuk mendirikan rumah kediaman. Bukankah itu merupakan hak setiap warga negara. Malangnya, sudah 52 tahun Malaysia merdeka tetapi masalah ini tidak diberi perhatian sepenuhnya.

Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak bersama-sama dengan Pejabat Daerah dan Tanah di setiap daerah perlu mencari jalan dan menguruskan masalah setinggan dengan kadar yang segera. Semua pihak yang terlibat harus memberi komitmen secara jujur dalam menyelesaikan masalah ini. Tanah tidak seharusnya dijadikan muslihat atau ‘gimmick’ untuk memancing undi sewaktu pilihanraya semata-mata. Selepas pilihanraya, tanggungjawab dan janji-janji yang dibuat diabaikan sebegitu sahaja.

Ahli-ahli politik dan Pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah akan menziarahi mereka dengan dokumen-dokumen tertentu hanya menjelang pilihanraya yang seterusnya. Perkara seperti ini telah berlaku beberapa kali dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Ini dapat dibuktikan apabila kita melawati kawasan-kawasan setinggan dan berbual dengan penghuni-penghuni di situ. Mereka adalah golongan yang terpedaya dengan tipu muslihat dengan harapan kerajaan akan menyelesaikan masalah mereka.

Pada 28 Jun 2009, saya telah melawat 2 kawasan setinggan sebelah menyebelah iaitu Kampung Kamariah dan Kampung Pasir. Penghuni-penghuni di kedua-dua setinggan ini menetap di situ lebih kurang 40 tahun. Sehingga hari ini, masalah mereka tidak diselesaikan. Rungutan mereka hanya jatuh di ‘telinga pekak’. Menurut mereka, ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah hanya memberi janji kosong menjelang pilihanraya. Selepas pilihanraya, batang hidung pun tak nampak. Mereka hidup dalam kesusahan. Keadaan rumah kediaman mereka amat usang sekali. Hujan lebat juga sentiasa mengakibatkan banjir besar di kawasan itu. Mereka masih menaruh harapan untuk mendapatkan sebidang tanah bagi mendirikan rumah kediaman yang lebih selesa. Saya akan mengadakan perjumpaan dengan Pegawai Daerah Kinta untuk membincang mengenai hal ini secepat yang mungkin.


ADUN Tronoh